Assallamualaikum.....

Tk percaya tenguk pesta perkahwinan Mawi sekarang.....masyaallah...
Kekadang benci dan meluat teramat sangat, kat radio Era ada selingan 
kisah cinta Mawi dan Ekin....Bagi dia orang, mungkin pendengar tergila-gila
sangat nak dengar kisah mereka yang berulang kali..Pedih telinga jadinya.

Bawak bawaklah bertaubat SESUNGGUHNYA MENBAZIR ITU ADALAH
SAUDARA SYAITAN.
Kekadang yang nak kahwin tak berapa sangat tapi orang sekeliling yang terlebih
nak kaut keuntungan....

Wassallam

  ----- Original Message ----- 
  From: Kholid Ali 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Wednesday, January 07, 2009 10:39 AM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang 
menyusahkan


             Tabiat suka berpesta ini semacam sangat sesuai dengan jiwa orang 
Melayu. Lagi banyak pesta lagi disukai. Berbeza dengan kaum lain yang ada juga 
berpesta tapi jarang jarang. Pesta di kalangan orang Melayu/Islam kadang-kadang 
turut disertakan dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. 
Kenduri kawin besar-besaran memang suka diamalkan kebanyakan orang Melayu. 
Tetamu pula biasanya tidak datang dengan tangan kosong, sekurang-kurang nya 
membawa hadiah atau sedikit sumbangan wang tunai. Selalu juga kedengaran 
jemputan malu nak ke majlis dengan tangan kosong. Tapi agak malang kerana ada 
berlaku pihak yang mengadakan majlis kenduri besar-besaran sudah menjangkakan 
pungutan yang bakal diperolehi bagi menampong perbelanjaan bahkan pernah juga 
saya terdengar yang marah-marah kerana sumbangan diterima kurang dari 
perbelanjaan yang dikeluarkan. Di Kelantan, majlis perkahwinan kadang-kadang 
disebut majlis kesyukuran (sempena perkhawinan) di mana tetamu dijemput untuk 
jamuan sahaja tapi orang perempuan masih rasa tak sedap kalau tidak bawa 
sebarang hadiah. Suasana majlis selalunya memang tenanglah tidak terlalu hingar 
bingar. Jika ada muzik pun mungkin yang ringan-ringan saja atau nasyid-nasyid 
saja. 

            Memang seronok buat kenduri besar-besaran yang kadang-kadang 
sebenarnya di luar kemampuan keluarga/pasangan terlibat. Pada masa yang sama 
yang mengecewakan rata-rata orang Melayu digelar ? bangsa subsidi. Dalam banyak 
perkara kerajaan menanggung subsidi. Perbelanjaan anak-anak sekolah seperti 
buku teks pun masih ditanggung oleh kerajaan. Walau pun kita tahu perolehan 
kerajaan adalah melalui cukai-cukai keatas rakyat. Bantuan ini bukan percuma. 
Bila nak pilih wakil rakyat pemberian ini dianggap sebagai ihsan kerajaan maka 
orang Melayu yang tidak mudah lupa bila termakan budi walau pun kadang-kadang 
dibuli teruslah menyokong kepimpinan kerajaan tersebut walau pun banyak 
dasarnya bercanggah dengan Islam agama anutan ? semua orang Melayu. 

             Elok juga daripada menghabiskan wang yang banyak untuk kenduri 
kawin wang tersebut digunakan untuk banyak perkara lain yang dapat membantu 
orang Melayu/ Islam sendiri. Mungkin apabila anak-anak yang masuk universiti 
tidak perlu pinjam dengan ? Tabong PTPN. Artis-artis pun lebih baik meyumbang 
kepada pelbagai tabong kebajikan daripada mengadakan majlis kawin 
besar-besaran. Kadang-kadang sedih juga tengok artis yang bercerai dan 
beritanya juga besar-besaran. Dengar Mawi juga adakan majlis raikan perkahwinan 
besar-besaran. Elok juga didermakan sedikit kepada ? Tabong Dafur untuk Dapor. 
Tak taulah mungkin dia banyak dah menderma !! Moga-moga berbahagialah Mawi dan 
isteri, insyaAllah. Wallahua'lam.

        ibnuAli
        kota jembal

        --- On Fri, 1/2/09, raza...@yahoo.com <raza...@yahoo.com> wrote:

          From: raza...@yahoo.com <raza...@yahoo.com>
          Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang 
menyusahkan
          To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
          Date: Friday, January 2, 2009, 11:04 PM


                kenapa kau kutuk org n.sembilan negeri lain tak de mcm 
n.sembilan ke...cara kau tulis buat org rasa marah...suka hati la org nak buat 
kenduri mcm mana pun...dorg tak mintak pun duit kau....agak2 sket jaga 
sinsitiviti org...kita ni org melayu bukan org putih ke org hitam ke...kalau 
org melayu dah tentu org islam...org islam tak menghina sesama sendiri...
                aku tak puas hati la cara kau bersuara...jgn tau mengutuk org 
je...


                Razali husaini///
                (zalie_brutal )


                --- Pada Rab, 24/12/08, roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com> 
menulis:

                  Daripada: roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com>
                  Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin 
yang menyusahkan
                  Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
                  Tarikh: Rabu, 24 Disember, 2008, 9:21 PM


                  Saya pun tak tahulah kenapa kenduri kahwin sekarang ini 
melebih-lebih sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan 
“simple” , makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di N.Sembilan dan 
lain-lain negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan 
muzik.

                  Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. 
Bunga telur pun pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang 
bunga dibuang selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu 
, kad kahwin berlapis-lapis macam-macam style.

                  Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah 
seberapa sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri 
kahwin yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal 
belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang 
berwarna warni.

                  Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter 
Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. 
Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, 
bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi 
kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA 
KHAABAAR ? Baru dengar.

                  Masa kenduri kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara yang 
jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak 
beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara.

                  Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat 
dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak 
tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.

                  Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang 
Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.

                  Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri 
ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi 
yang bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.

                  ************ ********* ********* *
                  Jangan dikomersialkan kenduri kahwin
                  Utusan Malaysia 24 Dis 08
                  JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya 
dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang 
mengutamakan keuntungan.

                  Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, 
trend majlis perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat 
sebenar diadakan majlis itu.

                  Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah 
mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah 
antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah.

                  Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran 
kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan 
yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.

                  Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan 
sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.

                  "Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah 
melakukannya dengan penuh kesederhanaan.

                  "Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil 
dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.

                  http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt= 
1224&pub= Utusan_Malaysia& sec=Dalam_ Negeri&pg= dn_12.htm 

               


----------------------------------------------------------------------
          Ceriakan mesej status anda dengan Emotikon.
          Kini segalanya boleh dengan Yahoo! Messenger terbaru.  



   

Kirim email ke