Kenduri kahwin itu adalah ibadah
Buatlah mengikut kemampuan
Jangan sehingga berhutang-hutang
atau mengenakan duit hangus kepada pengantin lelaki
atau mengambil bayaran dari para tetamu
 
Buatlah mengikut kemampuan
sebagai ibadah
bukan kerana nak riak pada sesiapa
 
http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/

--- Pada Rab, 14/1/09, m...@yahoo.com <m...@yahoo.com> menulis:

Daripada: m...@yahoo.com <m...@yahoo.com>
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Tarikh: Rabu, 14 Januari, 2009, 4:54 PM








Salam,
 
Setuju sgat ngn pendapat rozmal dan rakan2, bukannya apa..
 
1.    Kita membazir
2.    Menyusahkan orang hendak berkahwin
3.    Takut2nya riak
4.    mengugurkan hukum wajib hadir kenduri walimah apabila bercampur ngn 
benda2 haram
5.    menggalakkan utang(bagi yang xberduit lah)
6.    takut ilang berkatnya(berkat yg lebih penting)
7.    saya pn tggl di n9 tapi xterasa pn, berilah ruang utk kebenaran menyerlah
8.    Adat2 yang menyusahkan dan xdi approve oleh agama ni baik buang ja
 
Harap betulkan...
Wsalam

 




Daripada: "abu sa...@yahoo. com" <abu sa...@yahoo. com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Dihantar: Ahad, 11 Januari, 2009 7:46:00
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan




Assallamualaikum. ....
 
Tk percaya tenguk pesta perkahwinan Mawi sekarang.... .masyaallah. ..
Kekadang benci dan meluat teramat sangat, kat radio Era ada selingan
kisah cinta Mawi dan Ekin....Bagi dia orang, mungkin pendengar tergila-gila
sangat nak dengar kisah mereka yang berulang kali..Pedih telinga jadinya.
 
Bawak bawaklah bertaubat SESUNGGUHNYA MENBAZIR ITU ADALAH
SAUDARA SYAITAN.
Kekadang yang nak kahwin tak berapa sangat tapi orang sekeliling yang terlebih
nak kaut keuntungan.. ..
 
Wassallam
 

----- Original Message -----
From: Kholid Ali
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Wednesday, January 07, 2009 10:39 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang 
menyusahkan








     Tabiat suka berpesta ini semacam sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu. 
Lagi banyak pesta lagi disukai. Berbeza dengan kaum lain yang ada juga berpesta 
tapi jarang jarang. Pesta di kalangan orang Melayu/Islam kadang-kadang turut 
disertakan dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kenduri 
kawin besar-besaran memang suka diamalkan kebanyakan orang Melayu. Tetamu pula 
biasanya tidak datang dengan tangan kosong, sekurang-kurang nya membawa hadiah 
atau sedikit sumbangan wang tunai. Selalu juga kedengaran jemputan malu nak ke 
majlis dengan tangan kosong. Tapi agak malang kerana ada berlaku pihak yang 
mengadakan majlis kenduri besar-besaran sudah menjangkakan pungutan yang bakal 
diperolehi bagi menampong perbelanjaan bahkan pernah juga saya terdengar yang 
marah-marah kerana sumbangan diterima kurang dari perbelanjaan yang 
dikeluarkan. . Di Kelantan, majlis perkahwinan kadang-kadang disebut majlis 
kesyukuran (sempena
 perkhawinan) di mana tetamu dijemput untuk jamuan sahaja tapi orang perempuan 
masih rasa tak sedap kalau tidak bawa sebarang hadiah. Suasana majlis selalunya 
memang tenanglah tidak terlalu hingar bingar. Jika ada muzik pun mungkin yang 
ringan-ringan saja atau nasyid-nasyid saja. 
 
    Memang seronok buat kenduri besar-besaran yang kadang-kadang sebenarnya di 
luar kemampuan keluarga/pasangan terlibat. Pada masa yang sama yang 
mengecewakan rata-rata orang Melayu digelar ? bangsa subsidi. Dalam banyak 
perkara kerajaan menanggung subsidi. Perbelanjaan anak-anak sekolah seperti 
buku teks pun masih ditanggung oleh kerajaan. Walau pun kita tahu perolehan 
kerajaan adalah melalui cukai-cukai keatas rakyat. Bantuan ini bukan percuma. 
Bila nak pilih wakil rakyat pemberian ini dianggap sebagai ihsan kerajaan maka 
orang Melayu yang tidak mudah lupa bila termakan budi walau pun kadang-kadang 
dibuli teruslah menyokong kepimpinan kerajaan tersebut walau pun banyak 
dasarnya bercanggah dengan Islam agama anutan ? semua orang Melayu. 
 
     Elok juga daripada menghabiskan wang yang banyak untuk kenduri kawin wang 
tersebut digunakan untuk banyak perkara lain yang dapat membantu orang Melayu/ 
Islam sendiri. Mungkin apabila anak-anak yang masuk universiti tidak perlu 
pinjam dengan ? Tabong PTPN. Artis-artis pun lebih baik meyumbang kepada 
pelbagai tabong kebajikan daripada mengadakan majlis kawin besar-besaran. 
Kadang-kadang sedih juga tengok artis yang bercerai dan beritanya juga 
besar-besaran. Dengar Mawi juga adakan majlis raikan perkahwinan besar-besaran. 
Elok juga didermakan sedikit kepada ? Tabong Dafur untuk Dapor. Tak taulah 
mungkin dia banyak dah menderma !! Moga-moga berbahagialah Mawi dan isteri, 
insyaAllah. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Fri, 1/2/09, raza...@yahoo. com <raza...@yahoo. com> wrote:

From: raza...@yahoo. com <raza...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang 
menyusahkan
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Friday, January 2, 2009, 11:04 PM









kenapa kau kutuk org n.sembilan negeri lain tak de mcm n.sembilan ke...cara kau 
tulis buat org rasa marah...suka hati la org nak buat kenduri mcm mana 
pun...dorg tak mintak pun duit kau....agak2 sket jaga sinsitiviti org...kita ni 
org melayu bukan org putih ke org hitam ke....kalau org melayu dah tentu org 
islam...org islam tak menghina sesama sendiri...
aku tak puas hati la cara kau bersuara...jgn tau mengutuk org je...


Razali husaini///
(zalie_brutal )

--- Pada Rab, 24/12/08, roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com> menulis:

Daripada: roz...@yahoo. com <roz...@yahoo. com>
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Tarikh: Rabu, 24 Disember, 2008, 9:21 PM




Saya pun tak tahulah kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. 
Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan “simple” , makanannya 
sedap dan berselera. Tak macam kita di N.Sembilan dan lain-lain negeri yang 
kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.

Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun 
pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang 
selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin 
berlapis-lapis macam-macam style.

Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. 
Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak 
sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada 
ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni.

Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di 
rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada 
Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. 
Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin 
kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru 
dengar.

Masa kenduri kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah 
bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan 
tetamu dan sanak saudara.

Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin 
anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri 
kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.

Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang 
buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.

Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB 
Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah 
untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.

************ ********* ********* *
Jangan dikomersialkan kenduri kahwin
Utusan Malaysia 24 Dis 08
JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan 
seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis 
perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar 
diadakan majlis itu.

Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau 
memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan 
pengantin bagi mengelakkan fitnah.

Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan 
untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan 
keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.

Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai 
kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.

"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan 
penuh kesederhanaan.

"Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula 
boros berlebihan sehingga membazir," katanya.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt= 1224&pub= 
Utusan_Malaysia& sec=Dalam_ Negeri&pg= dn_12.htm




Ceriakan mesej status anda dengan Emotikon.
Kini segalanya boleh dengan Yahoo! Messenger terbaru.




Sertai keseronokan di Yahoo! Messenger dengan semua rakan anda
Hanya tambah mereka dari e-mel atau rangkaian sosial anda hari ini!














      Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke