apabila sultan tiada maka mudah non-muslim menguasai sepenuhnya malaysia kerana 
buat masa ekonomi mereka sedang kuasai dan segala teknologi berada pada tangan 
mereka, orang-orang Islam hanya menjadi pengguna sahaja tidak kira siapa dia 
sama ada orang PAS atau UMNO..
 
penguasaan ekonomi merupakan faktor penentu politik kerana ramai yang sokong PR 
kini kerana tiada puashati dengan perlaksanaan ekonomi bukan semata-mata faktor 
agama Islam. apabila ekonomi dijadikan alasan untuk menolak sesebuah kerajaan 
maka tidak mustahil penggantinya juga akan bermasalah kerana semua nilai duit 
dunia berpandukan USD. harus kita semua sedari.
 
petronas sekalipun memiliki bahan mentah tetapi bukan berupaya menapisnya 
dengan teknologi sendiri. petronas sendiri perlu win-win bisnes dalam 
menjayakan bisnesnya. harus ini disedari.
 
kebelakangan ini berapa kerat muslim mengambil berat isu murtad dan yang banyak 
sekali orang sebut ialaha PR perlu berkuasa seolah-olah bila PR berkuasa murtad 
akan tidak berlaku. Dahulu Mufti Perak dedah kemurtadan semua orang sokong 
beliau tetapi bila beliau buat kenyataan menyokong sultan maka seolah-olah 
jasanya dianggap kosong. inilah bahaya sikap orang Islam di Malaysia, berkata 
tanpa mengambil kira apa yang realiti memayungi malaysia dan seumpamanya.
 
harap diketahui, antara kenapa perlu kepada sultan kerana menerusi peruntukan 
inilah bumiputra masih terselamat jika tidak liberalisasi di Malaysia akan 
menjadi padah kepada orang Islam dan termasuk PAS sendiri.
 
bank-bank di Malaysia pun masih terselamat sikit kerana ada PIDM atau 
seumpamanya yang menyelamatkan keadaan perbankan walaupun Amerika sedang kalut 
kini....
 
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui tentang fitnah akhir zaman macam mana 
realitinya...

--- On Sun, 2/15/09, ha...@yahoo.com <ha...@yahoo.com> wrote:

From: ha...@yahoo.com <ha...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Fw: Malaysia jadi republik jika Sultan 
lupa diri vs Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Sunday, February 15, 2009, 8:18 PM








salam,

bila membaca kenyataan hishamudin husin bahawa malaysia menjadi republik jika 
pembangkang memerintah, saya terpanggil utk mengatakan sebaliknya. Cuma pada 
masa ini, agak terasa gerun apabila mendengar ancaman sultan selangor mengenai 
risiko menghina sultan. Kami faham tuanku, bahawa tuanku dan rakan2 adalah 
protected species yg dijaga oleh akta hasutan. Walaubagaimanapun, protected 
species tidak bermakna ia adalah endangered species. Dan kami tidak akan 
menghina tuanku dan yang sewaktu dengannya. Tetapi izinkan kami membincangkan 
institusi istana yang ada sekarang kerana ketua pemuda umno telah menuduh yang 
bukan bukan.

Apabila ketua pemuda umno mengatakan malaysia menjadi republik jika pembangkang 
berkuasa, pejuang PR juga boleh mengatakan malaysia boleh menjadi republik jika 
sultan lupa diri. Perkara ini tidak akan berlaku sekarang. Mungkin akan berlaku 
dalam 30 tahun lagi digenerasi cicit, piut kami. Seperti yang dikatakan oleh 
Tuan Guru Nik Aziz, yang begitu lembut mengingatkan pihak istana supaya tidak 
berlaku seperti Nepal dll, pihak istana sendiri perlu menjaga agar jangan 
rakyat benci kepada mereka.

Seorang anak kawan saya bertanya kepada ayahnya "kenapa mereka kaya walau 
mereka tak kerja". Ada makna tersirat disitu walaupun ditanya oleh anak bawah 
umur.

Begitu juga jika kerabat boleh memukul orang mengikut suka. Juga kalau kerana 
kerabat maka ada antara polisi kerajaan yang terpaksa berpatah balik seperti 
kes 'tidak membenarkan bukan warganegara membeli minyak kereta dinegara ini"

Begitu juga jika UMNO berterusan menggunakan talian hayat nya dengan meminta 
istana campurtangan secara langsung dan tak langsung. Dan rakyat mula terlalu 
bosan dan umno dan ianya boleh memberi implikasi kepada istana.

Begitu juga kalau time n time again, apabila terdesak umno akan menggunakan 
talian hayat istana dan tidak mustahil rakyat dimasa itu mengatakan sultan 
bukan lagi sultan rakyat tapi hanyalah sultan umno.

Begitu juga jika menteri2 dan menteri besar umno membuat korupsi yang begitu 
teruk tetapi pihak istana menutup mata dari menegur ahli2 politik tersebut. Dan 
ianya bertambah buruk jika istana hanya berminat menegur kerajaan negeri 
pakatan rakyat.

Begitu juga kalau kerabat boleh dapat tanah banyak dan menjual sesuka hati tapi 
bila rakyat ingin mendapat sekangkang kera tanah, maka ianya menjadi isu besar.

Begitu juga jika kerabat mula mempermainkan harta rakyat seperti duit zakat dan 
sebagainya.

Begitu juga bila cucu, cicit, piut.... kerabat yang bertambah besar ramai dan 
rakyat mula tersedar bahawa setiap nyawa yang keluar perlu dibayar oleh duit 
rakyat juga.

Begitu juga, jika diminta, rakyat boleh menyeneraikan perangai perangai buruk 
kerabat istana disetiap negeri bawah jajahan malaysia ini. Tetapi saya yakin 
rakyat masa ini belum lagi tergamak berbuat demikian kerana rasa hormat kepada 
istana masih ada walau tidak setinggi mana.

Begitulah antara senario yang tak sepatutnya berlaku jika institusi istana mahu 
dikekalkan.


 Salam Perjuangan€
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup. blogspot. com





Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa
Oleh Zulkofli Jamaludin, Ridzuan Yop, Nazura Ngah,
bhn...@bharian. com.my

KUALA LUMPUR: Rakyat tidak harus memperjudikan masa depan negara kerana tidak 
mustahil pemimpin Pakatan Rakyat yang menyatakan hasrat mahu menyaman Sultan 
Perak akan menukar Malaysia menjadi republik sekiranya diberi peluang 
memerintah.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kemelut politik 
khususnya di Perak sehingga institusi Raja diheret sama membuktikan pemimpin 
Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa saja untuk memastikan agenda politik 
mereka tercapai.

Oleh itu, katanya tiada guna mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), 
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf apabila bertindak sebagai dalang terhadap 
penentangan institusi raja kerana Ketua Pembangkang itu akan menafikannya.

"Biar orang ramai menilai dan ingat sebelum ini bahawa dialah yang selama 
setahun tidak ada kerja lain selain cuba memujuk wakil rakyat Barisan Nasional 
(BN) lompat parti dengan alasan mereka rapat dan mendapat sokongan Raja-Raja 
Melayu.

"Tetapi apabila berlaku sebaliknya, tengok apa yang mereka tergamak lakukan 
terhadap institusi Raja. Saya setuju dengan Pemuda Sabah baru-baru ini bahawa 
tidak mustahil negara ini boleh mereka tukar kepada sebuah republik jika 
pembangkang berkuasa," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas desakan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang mendesak Anwar 
memohon maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seluruh rakyat Malaysia 
kerana beliau adalah dalang sebenar yang mencetuskan penentangan terhadap 
institusi Raja secara terbuka.
Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Hilmi Ismail dilaporkan berkata, 
kekalutan politik di Perak sebenarnya berpunca daripada projek 16 September 
yang dilancarkan oleh Anwar untuk menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah 
melompat parti.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan 
Anwar sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab apabila sanggup menjadi dalang 
terhadap penentangan institusi Raja.

Katanya, rakyat perlu memahami kuasa Raja dan Sultan bagi mengelak hak Raja dan 
Sultan dipersoalkan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata peranan 
Anwar terhadap penentangan terhadap institusi Raja, khususnya Sultan Azlan Shah 
ibarat baling batu sembunyi tangan.
Katanya, Anwar harus bertanggungjawab atas tindakan pemimpin dan penyokong PKR 
terhadap Sultan Azlan Shah kerana sebarang tindakan menghina Raja adalah salah 
di sisi undang-undang mengikut Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri 
serta Akta Hasutan 1948.

"Jika perkara ini dibawa ke tengah, tentu PKR tidak dapat lari daripada 
tindakan. Justeru, saya menyeru PKR pulang ke pangkal jalan dan menghormati 
institusi Raja di negara ini," katanya.

Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim, berkata tidak mustahil Pakatan 
Rakyat akan menukarkan Malaysia kepada republik sekiranya memenangi dua pertiga 
kerusi di Parlimen.

"Sikap Anwar yang terang-terang berkepentingan peribadi sejak dibebaskan amat 
jelas kerana tiada langsung cadangan yang beliau buat untuk kebajikan rakyat 
atau pembangunan negara" katanya.

















      

Kirim email ke