salam semua ....
   
   
  diharap semua kekawan yang beragama islam dapat menjaga akhlak kita dalam 
berbahas ...  yg penting segala kita lakukannya hanyalah kerana ALLAH ... 
sedarlah kita bahawa kita adalah umat akhir zaman ... jadi persiapkan diri kita 
menghadap ALLAH ...  dalam segala tindakan kita ...  selebihnya serahkan pada 
ALLAH ...
   
  bg saya perjuangan hanyalah untuk ALLAH dan ISLAM ..... Sekiranya UMNO boleh 
menyatakan segalanya adalah kerana ALLAH ... dan terus buat hukum hudud di 
seluruh negara ... insyaallah semua org ISLAM akan sokong UMNO ....  rasanya 
setelah 50 tahun merdeka .... tibalah masa kita perjuangkan ISLAM .... mulakan 
dengan hukum hudud ... pembgnn umat ISLAM hanyalah selepas ISLAM dihayati .. 
kerana ALLAH sayang kita dan tidak mahu umat Nabi Muhamad sesat dalam kemajuan 
.... 
   
  kepada PAS .. teruskan usaha mengajak kepada ALLAH ... insyaallah segala 
usaha dakwah akan diberkati ...  biarlah susah di dunia ... sebab itu sudah 
janji ALLAH .. dunia memang menuju kepada kemusnahan pada akhir zaman ... 
marilah kita persiapkan iman menghadapi fitnah dajal dan lain-lain ... 
   
   
   
  

z...@yahoo.com, unexpected_data_after_addr...@.syntax-error. wrote:
              Assalamualaikum wbt, sdr Ismail, yang buat kerja di Perak tu exco 
PR dan wakil PKR - PKR pertahankan, Pakatan Rakyat juga pertahankan - Anwar pun 
pertahankan. Kini dia keluar daripada PKR dan jadi anggota bebas - belum ahli 
UMNO atau Gerakan ataun BN lagi. Siapa pertahan siapa - BN minta mereka letak 
jawatan tetapi Nizar selaku MB ketika itu tidak buat apa2 tindakan dan tuduh 
pula konspirasi. Inikah yang anda kata double std. Saya tetap akan mengundi 
calon yang bersih dan mampu menunjukkan daya kepeminpinan yang berlandaskan 
kepada kebenaran, dan sanggup berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Ya agama 
(DAP tak perjuangkan agama Islam, PKR juga tidak). Pilih yang terbaik dari 
golongan yang mampu membangunkan negara ini dgn memberi tumpuan terhadap rakyat 
yang memerlukan berlandaskan keikhlasan serta tidak mementingkan diri. Bukan 
semua orang UMNO tak baik dan bukan semua orang PAS itu baik. Mereka manusia, 
dan ada yang tidak mampu mengekalkan iman
 masing-masing. Orang PKR langsung hanyut dan tah tahu apa asas perjuangan - 
saya tolak kerana golongan ini mahu menghapuskan keistimewaan Melayu yang masih 
lemah dalam bidang ekonomi. Sama rata, sama rasa - itu dasar PAP Singapura yang 
terus diperjuangkan oleh DAP dan disokong oleh PKR. Apa beza PKR dengan PSRM 
dulu, apa beza dgn Gerakan (Gerakan juga terbuka kepada semua kaum). Saya masih 
tak yakin Lim Kit Siang atau Guan Eng akan memberi tempat kepada pembangunan 
Islam dan umat Islam kalau mereka memegang teraju pemerintahan negara ini 
setelah dijadikan Republik. Saya masih ingat di Singapura - bahasa 
kebangsaannya Bahasa Melayu tapi adakah diamalkan. Lagu kebangsaannya juga 
"Majulah Singapura". Ditulis dgn tinta emas sekalipun dalam perlembagaan kalau 
tak dipedulikan apa maknanya. Mana ada pemimpin Melayu dalam Pemerintahan 
(bukan kerajaan kerana Singapura tak ada raja) Singapura. Berapa buah sekolah 
menggunakan bahasa Melayu yang masih kekal di Singapura? Jadi kalau
 kita tidak berwaspada kita akan menerima nasib macam Melayu di Singapura. Fiji 
hampir jatuh ke tangan orang India tetapi kerana masih ada orang Fiji yang 
mampu memperjuangkan hak mereka maka orang Fiji masih berkuasa tetapi ekonomi 
Fiji di tangan orang India. Saya akan membuka hati saya apabila ada bukti yang 
orang bukan Melayu dah mampu hidup bersama dgn orang Melayu - tak menghina dan 
sentiasa memberi peluang yang sama. Janganlah bila orang Melayu nak kerja di 
kantor mereka pemohon Melayu itu ditanya sama ada boleh berbahasa mandarin 
ataupun tidak - bila tak mampu mereka dipinggirkan. Itulah layanan "istimewa" 
mereka terhadap orang Melayu - Malangnya masih ada orang Melayu yang sanggup 
bersekongkol dgn mereka dan memberi peluang kepada mereka berkuasa. Tanpa 
sokongan PAS DAP tidak akan berkuasa di Perak dan Selangor. Malangnya ada 
Melayu yang sanggup mengenepikan soal bangsa dan agama cuma kerana inginkan 
berkuasa. Kalaulah mereka berdamai dgn BN yang diterajui UMNO
 pasti kedudukan lebih baik. Tapi bila nasi dah jadi bubur makan ajelah bubur 
tu. Wassalam - berjuanglah menggunakan pertimbangan yang wajar. Buat analisis 
yang mendalam sebelum bertindak. Gunakan ilmu DECISION MAKING dalam usaha 
membuat keputusan. Wassallam.

  
    
---------------------------------
  From: "Ismail ab. rah...@yahoo.com" <Ismail ab. rah...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, February 22, 2009 10:56:23 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Fw: Malaysia jadi republik jika Sultan 
lupa diri vs Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa

              Askm.
   
  Mungkin Dunia dah nak kiamat. Apa yang saya faham dari pergolokan di Malaysia 
hari telah kucar kacir. Bercakap tidak tentu arah tuju. Sama seperti kiasan 
guru ugama di kampung saya dengan katanya " Tok guru telah ditanya adakah ikan 
besar yang bawanya halal dimakan. Maka Tok Guru itu katakan 'HARAM'. Maka jawab 
si penanya, "Kalau halal saya nak bagi kepada tok guru separuh. Dengan serta 
merta tok guru katakan "Nanti saya tengok kitab biru, dalam kitab biru ini 
dikatakan 'HALAL'. yang haram itu kitab lain." Kalau menguntungkan diri maka 
semua betol walaupun salah, tetapi kalau tidak memberi apa faedah kepadanya 
maka semua haram dan tidak elok.
   
  Apa tidaknya ,YB. Bukit Lanjan dihebohkan bertelanjang dalam rumahnya telah 
digesa melucutkan jawatannya. Kalau dibandingkan dengan dua YB. dari Peraka 
yang telah mengaku berzina dengan perempuan Cina yang disogok tidak digesak 
melujutkan jawatannya. Mengapa 'double standard' sebegitu. Adakah berbogel 
dalam rumah sendiri itu lebih hina, lebih jahat dari dengan mengaku berzina? 
Inilah dikatakan kalau untung diri halal dan kalau tidak untung diri buruk.
   
  Dalam kemelut politiking sekarang sudah kedengaran tuduh menuduh dan membuat 
ramalan yang belom tahu apa akan jadi. Ramai mendapat 'kasyaf' bagi menuduh 
orang lain buruk, jahat dan tidak betol. Siapa yang menyetoh Istana lebih 
dahulu. Siapa membuat pindaan perlembagaan dengan menarik kekebalan Istana, 
buknkah itu telah mengganggu Istana dalam kencah politiking. Dan hari ini siapa 
yang mengheret Istana dalam kencah perebutan kuasa untuk memerentah? Setahu 
saya sejak Malaysia Merdeka tidak pernah pun berlaku parti pemerentah mengheret 
Istana dalam kencah politiking. Bahkan Istana tidak berpehak kepada mana-mana 
parti politik.
   
  Nampak sangat satu parti politik tidak 'gentlemen'. Nak bertanding 
pilihanraya takut kalah maka digunakan cara lain dengan mengheret Istana untuk 
membantunya, tetapi dituduh parti lain mengheret Istana. 
   
  Hari ini telah jelas ramai orang, terutama mereka yang mempunyai kuasa tidak 
lagi memikirkan tetang halal dan haram, betol atau salah bahkan, tidak sedarkah 
balasan Hari Akhirat. Saya lihat mereka yang bercakap tu nampaknya hayat telah 
di penghujung, dah tak lama lagi hidup. Mengapakah pada akhir-akhir hayat itu 
pergunakan masa untuk bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla. Maseh ada masa untuk 
memperbaiaki. Kemaafan Allah sanga t luas. Kembalilah wahai hamba Allah kepada 
jalan yang di redhai dan syari'at Nya
   
  Saya tulis ini dengan fakta yang saya lihat percangkaran parti-parti politik 
baik dari kata-kata dan tulisan dalam akhbar, majallah dan percakapan 
orang-orang politik sendiri. Kalau tidak tepat tu salah penafsiran saya.  
   
  Wassalam.
   
  insankerdil    

--- On Thu, 2/19/09, abdul...@yahoo. com <abdul...@yahoo. com> wrote:

  From: abdul...@yahoo. com <abdul...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Fw: Malaysia jadi republik jika Sultan 
lupa diri vs Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Thursday, February 19, 2009, 1:18 PM

                apabila sultan tiada maka mudah non-muslim menguasai sepenuhnya 
malaysia kerana buat masa ekonomi mereka sedang kuasai dan segala teknologi 
berada pada tangan mereka, orang-orang Islam hanya menjadi pengguna sahaja 
tidak kira siapa dia sama ada orang PAS atau UMNO..
   
  penguasaan ekonomi merupakan faktor penentu politik kerana ramai yang sokong 
PR kini kerana tiada puashati dengan perlaksanaan ekonomi bukan semata-mata 
faktor agama Islam. apabila ekonomi dijadikan alasan untuk menolak sesebuah 
kerajaan maka tidak mustahil penggantinya juga akan bermasalah kerana semua 
nilai duit dunia berpandukan USD. harus kita semua sedari.
   
  petronas sekalipun memiliki bahan mentah tetapi bukan berupaya menapisnya 
dengan teknologi sendiri. petronas sendiri perlu win-win bisnes dalam 
menjayakan bisnesnya. harus ini disedari.
   
  kebelakangan ini berapa kerat muslim mengambil berat isu murtad dan yang 
banyak sekali orang sebut ialaha PR perlu berkuasa seolah-olah bila PR berkuasa 
murtad akan tidak berlaku. Dahulu Mufti Perak dedah kemurtadan semua orang 
sokong beliau tetapi bila beliau buat kenyataan menyokong sultan maka 
seolah-olah jasanya dianggap kosong. inilah bahaya sikap orang Islam di 
Malaysia, berkata tanpa mengambil kira apa yang realiti memayungi malaysia dan 
seumpamanya.
   
  harap diketahui, antara kenapa perlu kepada sultan kerana menerusi peruntukan 
inilah bumiputra masih terselamat jika tidak liberalisasi di Malaysia akan 
menjadi padah kepada orang Islam dan termasuk PAS sendiri. 
   
  bank-bank di Malaysia pun masih terselamat sikit kerana ada PIDM atau 
seumpamanya yang menyelamatkan keadaan perbankan walaupun Amerika sedang kalut 
kini....
   
  Hanya Allah Yang Maha Mengetahui tentang fitnah akhir zaman macam mana 
realitinya.. .

--- On Sun, 2/15/09, ha...@yahoo. com <ha...@yahoo. com> wrote:

  From: ha...@yahoo. com <ha...@yahoo. com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Fw: Malaysia jadi republik jika Sultan 
lupa diri vs Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Sunday, February 15, 2009, 8:18 PM

          salam,

bila membaca kenyataan hishamudin husin bahawa malaysia menjadi republik jika 
pembangkang memerintah, saya terpanggil utk mengatakan sebaliknya. Cuma pada 
masa ini, agak terasa gerun apabila mendengar ancaman sultan selangor mengenai 
risiko menghina sultan. Kami faham tuanku, bahawa tuanku dan rakan2 adalah 
protected species yg dijaga oleh akta hasutan. Walaubagaimanapun, protected 
species tidak bermakna ia adalah endangered species. Dan kami tidak akan 
menghina tuanku dan yang sewaktu dengannya. Tetapi izinkan kami membincangkan 
institusi istana yang ada sekarang kerana ketua pemuda umno telah menuduh yang 
bukan bukan.

Apabila ketua pemuda umno mengatakan malaysia menjadi republik jika pembangkang 
berkuasa, pejuang PR juga boleh mengatakan malaysia boleh menjadi republik jika 
sultan lupa diri. Perkara ini tidak akan berlaku sekarang. Mungkin akan berlaku 
dalam 30 tahun lagi digenerasi cicit, piut kami. Seperti yang dikatakan oleh 
Tuan Guru Nik Aziz, yang begitu lembut mengingatkan pihak istana supaya tidak 
berlaku seperti Nepal dll, pihak istana sendiri perlu menjaga agar jangan 
rakyat benci kepada mereka.

Seorang anak kawan saya bertanya kepada ayahnya "kenapa mereka kaya walau 
mereka tak kerja". Ada makna tersirat disitu walaupun ditanya oleh anak bawah 
umur.

Begitu juga jika kerabat boleh memukul orang mengikut suka. Juga kalau kerana 
kerabat maka ada antara polisi kerajaan yang terpaksa berpatah balik seperti 
kes 'tidak membenarkan bukan warganegara membeli minyak kereta dinegara ini"

Begitu juga jika UMNO berterusan menggunakan talian hayat nya dengan meminta 
istana campurtangan secara langsung dan tak langsung. Dan rakyat mula terlalu 
bosan dan umno dan ianya boleh memberi implikasi kepada istana. 

Begitu juga kalau time n time again, apabila terdesak umno akan menggunakan 
talian hayat istana dan tidak mustahil rakyat dimasa itu mengatakan sultan 
bukan lagi sultan rakyat tapi hanyalah sultan umno.

Begitu juga jika menteri2 dan menteri besar umno membuat korupsi yang begitu 
teruk tetapi pihak istana menutup mata dari menegur ahli2 politik tersebut. Dan 
ianya bertambah buruk jika istana hanya berminat menegur kerajaan negeri 
pakatan rakyat.

Begitu juga kalau kerabat boleh dapat tanah banyak dan menjual sesuka hati tapi 
bila rakyat ingin mendapat sekangkang kera tanah, maka ianya menjadi isu besar.

Begitu juga jika kerabat mula mempermainkan harta rakyat seperti duit zakat dan 
sebagainya.

Begitu juga bila cucu, cicit, piut.... kerabat yang bertambah besar ramai dan 
rakyat mula tersedar bahawa setiap nyawa yang keluar perlu dibayar oleh duit 
rakyat juga.

Begitu juga, jika diminta, rakyat boleh menyeneraikan perangai perangai buruk 
kerabat istana disetiap negeri bawah jajahan malaysia ini. Tetapi saya yakin 
rakyat masa ini belum lagi tergamak berbuat demikian kerana rasa hormat kepada 
istana masih ada walau tidak setinggi mana.

Begitulah antara senario yang tak sepatutnya berlaku jika institusi istana mahu 
dikekalkan.

   
Salam Perjuangan€
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup. . blogspot. com 
    
    Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa  Oleh Zulkofli Jamaludin, 
Ridzuan Yop, Nazura Ngah, 
bhn...@bharian. com..my    KUALA LUMPUR: Rakyat tidak harus memperjudikan masa 
depan negara kerana tidak mustahil pemimpin Pakatan Rakyat yang menyatakan 
hasrat mahu menyaman Sultan Perak akan menukar Malaysia menjadi republik 
sekiranya diberi peluang memerintah. 

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kemelut politik 
khususnya di Perak sehingga institusi Raja diheret sama membuktikan pemimpin 
Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa saja untuk memastikan agenda politik 
mereka tercapai. 

Oleh itu, katanya tiada guna mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), 
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf apabila bertindak sebagai dalang terhadap 
penentangan institusi raja kerana Ketua Pembangkang itu akan menafikannya. 

  "Biar orang ramai menilai dan ingat sebelum ini bahawa dialah yang selama 
setahun tidak ada kerja lain selain cuba memujuk wakil rakyat Barisan Nasional 
(BN) lompat parti dengan alasan mereka rapat dan mendapat sokongan Raja-Raja 
Melayu. 

"Tetapi apabila berlaku sebaliknya, tengok apa yang mereka tergamak lakukan 
terhadap institusi Raja. Saya setuju dengan Pemuda Sabah baru-baru ini bahawa 
tidak mustahil negara ini boleh mereka tukar kepada sebuah republik jika 
pembangkang berkuasa," katanya ketika dihubungi, semalam. 

Beliau mengulas desakan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang mendesak Anwar 
memohon maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seluruh rakyat Malaysia 
kerana beliau adalah dalang sebenar yang mencetuskan penentangan terhadap 
institusi Raja secara terbuka. 
  Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Hilmi Ismail dilaporkan berkata, 
kekalutan politik di Perak sebenarnya berpunca daripada projek 16 September 
yang dilancarkan oleh Anwar untuk menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah 
melompat parti.. 

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan 
Anwar sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab apabila sanggup menjadi dalang 
terhadap penentangan institusi Raja. 

Katanya, rakyat perlu memahami kuasa Raja dan Sultan bagi mengelak hak Raja dan 
Sultan dipersoalkan. 

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata peranan 
Anwar terhadap penentangan terhadap institusi Raja, khususnya Sultan Azlan Shah 
ibarat baling batu sembunyi tangan. 
  Katanya, Anwar harus bertanggungjawab atas tindakan pemimpin dan penyokong 
PKR terhadap Sultan Azlan Shah kerana sebarang tindakan menghina Raja adalah 
salah di sisi undang-undang mengikut Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan 
Negeri serta Akta Hasutan 1948. 

"Jika perkara ini dibawa ke tengah, tentu PKR tidak dapat lari daripada 
tindakan. Justeru, saya menyeru PKR pulang ke pangkal jalan dan menghormati 
institusi Raja di negara ini," katanya. 

Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim, berkata tidak mustahil Pakatan 
Rakyat akan menukarkan Malaysia kepada republik sekiranya memenangi dua pertiga 
kerusi di Parlimen. 

"Sikap Anwar yang terang-terang berkepentingan peribadi sejak dibebaskan amat 
jelas kerana tiada langsung cadangan yang beliau buat untuk kebajikan rakyat 
atau pembangunan negara" katanya. 






















  

  
                          

       

Kirim email ke