Salam..saya melihat tindakan pemimpin2 Pas & penyokong2nya telah lari dari matlamat perjuangannya. Sudah tidak lagi releven. Terlalu banyak yang bercanggah seperti apa yang pernah dilaungkan suatu waktu dahulu dgn apa yang dilaungkan sekarang seperti isu pengkafiran kepada sesiapa yang menyebelahi parti UMNO atas sebab bekerjasama dengan parti MCA & MIC (hanya kerana ahli2 MCA & MIC bukan penganut agama Islam ).
Tetapi sekarang ini Parti Pas bukan sahaja bersekedudukan dengan parti DAP malah berkhalwat denga parti Keadilan yang dipimpin oleh seorang korup yang sudah diketahui mendapat sokongan padu Amerika yan g dipayungi oleh regim yahudi. Regim DAP diketahui menentang apa sahaja tentang Islam namun Regim Pas sanggup pula menjadi boneka DAP & berkongsi kuasa di Perak walaupun sudah diminta oleh Umno untuk berkongsi kuasa dengan diberikan jawatan MB & Exco. Isu penderhakaan kepada Sultan Perak membawa kepada pekung sebenar Pakatan Rakyat dimana Parti Pas menjadi lembu Dap & Keadilan. Tiada langsung penyokong Dap kelihatan ketika ketika bantahan kehilangan kuasa. Parti Keadilan hanya menghantar 1 orang ahli iatu seorang warga Indon yang tiada dokumen. Saya menyokong penuh apa yang dikatakan oleh saudara Ismail Ab. Rahman & abdul...@yahoo.com . Wassalam 2009/2/22 <"Ismail ab. rahman"> > Askm. > > Mungkin Dunia dah nak kiamat. Apa yang saya faham dari pergolokan di > Malaysia hari telah kucar kacir. Bercakap tidak tentu arah tuju. Sama > seperti kiasan guru ugama di kampung saya dengan katanya " Tok guru telah > ditanya adakah ikan besar yang bawanya halal dimakan. Maka Tok Guru itu > katakan 'HARAM'. Maka jawab si penanya, "Kalau halal saya nak bagi kepada > tok guru separuh. Dengan serta merta tok guru katakan "Nanti saya tengok > kitab biru, dalam kitab biru ini dikatakan 'HALAL'. yang haram itu kitab > lain." Kalau menguntungkan diri maka semua betol walaupun salah, tetapi > kalau tidak memberi apa faedah kepadanya maka semua haram dan tidak elok. > > Apa tidaknya ,YB. Bukit Lanjan dihebohkan bertelanjang dalam rumahnya telah > digesa melucutkan jawatannya. Kalau dibandingkan dengan dua YB. dari Peraka > yang telah mengaku berzina dengan perempuan Cina yang disogok tidak digesak > melujutkan jawatannya. Mengapa 'double standard' sebegitu. Adakah berbogel > dalam rumah sendiri itu lebih hina, lebih jahat dari dengan mengaku berzina? > Inilah dikatakan kalau untung diri halal dan kalau tidak untung diri buruk. > > Dalam kemelut politiking sekarang sudah kedengaran tuduh menuduh dan > membuat ramalan yang belom tahu apa akan jadi. Ramai mendapat 'kasyaf' bagi > menuduh orang lain buruk, jahat dan tidak betol. Siapa yang menyetoh Istana > lebih dahulu. Siapa membuat pindaan perlembagaan dengan menarik kekebalan > Istana, buknkah itu telah mengganggu Istana dalam kencah politiking. Dan > hari ini siapa yang mengheret Istana dalam kencah perebutan kuasa untuk > memerentah? Setahu saya sejak Malaysia Merdeka tidak pernah pun > berlaku parti pemerentah mengheret Istana dalam kencah politiking. Bahkan > Istana tidak berpehak kepada mana-mana parti politik. > > Nampak sangat satu parti politik tidak 'gentlemen'. Nak bertanding > pilihanraya takut kalah maka digunakan cara lain dengan mengheret Istana > untuk membantunya, tetapi dituduh parti lain mengheret Istana. > > Hari ini telah jelas ramai orang, terutama mereka yang mempunyai kuasa > tidak lagi memikirkan tetang halal dan haram, betol atau salah bahkan, tidak > sedarkah balasan Hari Akhirat. Saya lihat mereka yang bercakap tu nampaknya > hayat telah di penghujung, dah tak lama lagi hidup. Mengapakah pada > akhir-akhir hayat itu pergunakan masa untuk bertaqwa kepada Allah Azza wa > Jalla. Maseh ada masa untuk memperbaiaki. Kemaafan Allah sanga t luas. > Kembalilah wahai hamba Allah kepada jalan yang di redhai dan syari'at Nya > > Saya tulis ini dengan fakta yang saya lihat percangkaran parti-parti > politik baik dari kata-kata dan tulisan dalam akhbar, majallah dan > percakapan orang-orang politik sendiri. Kalau tidak tepat tu salah > penafsiran saya. > > Wassalam. > > insankerdil > > --- On *Thu, 2/19/09, abdul...@yahoo.com <abdul...@yahoo.com>* wrote: > > From: abdul...@yahoo.com <abdul...@yahoo.com> > Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Fw: Malaysia jadi republik jika > Sultan lupa diri vs Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa > To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> > Date: Thursday, February 19, 2009, 1:18 PM > > apabila sultan tiada maka mudah non-muslim menguasai sepenuhnya > malaysia kerana buat masa ekonomi mereka sedang kuasai dan segala teknologi > berada pada tangan mereka, orang-orang Islam hanya menjadi pengguna sahaja > tidak kira siapa dia sama ada orang PAS atau UMNO.. > > penguasaan ekonomi merupakan faktor penentu politik kerana ramai yang > sokong PR kini kerana tiada puashati dengan perlaksanaan ekonomi bukan > semata-mata faktor agama Islam. apabila ekonomi dijadikan alasan untuk > menolak sesebuah kerajaan maka tidak mustahil penggantinya juga akan > bermasalah kerana semua nilai duit dunia berpandukan USD. harus kita semua > sedari. > > petronas sekalipun memiliki bahan mentah tetapi bukan berupaya menapisnya > dengan teknologi sendiri. petronas sendiri perlu win-win bisnes dalam > menjayakan bisnesnya. harus ini disedari. > > kebelakangan ini berapa kerat muslim mengambil berat isu murtad dan yang > banyak sekali orang sebut ialaha PR perlu berkuasa seolah-olah bila PR > berkuasa murtad akan tidak berlaku. Dahulu Mufti Perak dedah kemurtadan > semua orang sokong beliau tetapi bila beliau buat kenyataan menyokong sultan > maka seolah-olah jasanya dianggap kosong. inilah bahaya sikap orang Islam di > Malaysia, berkata tanpa mengambil kira apa yang realiti memayungi malaysia > dan seumpamanya. > > harap diketahui, antara kenapa perlu kepada sultan kerana menerusi > peruntukan inilah bumiputra masih terselamat jika tidak liberalisasi di > Malaysia akan menjadi padah kepada orang Islam dan termasuk PAS sendiri. > > bank-bank di Malaysia pun masih terselamat sikit kerana ada PIDM atau > seumpamanya yang menyelamatkan keadaan perbankan walaupun Amerika sedang > kalut kini.... > > Hanya Allah Yang Maha Mengetahui tentang fitnah akhir zaman macam mana > realitinya.. . > > --- On *Sun, 2/15/09, ha...@yahoo. com <ha...@yahoo. com>* wrote: > > From: ha...@yahoo. com <ha...@yahoo. com> > Subject: Help Palestine [hidayahnet] Fw: Malaysia jadi republik jika Sultan > lupa diri vs Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa > To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> > > Date: Sunday, February 15, 2009, 8:18 PM > > salam, > > bila membaca kenyataan hishamudin husin bahawa malaysia menjadi republik > jika pembangkang memerintah, saya terpanggil utk mengatakan sebaliknya. Cuma > pada masa ini, agak terasa gerun apabila mendengar ancaman sultan selangor > mengenai risiko menghina sultan. Kami faham tuanku, bahawa tuanku dan rakan2 > adalah protected species yg dijaga oleh akta hasutan. Walaubagaimanapun, > protected species tidak bermakna ia adalah endangered species. Dan kami > tidak akan menghina tuanku dan yang sewaktu dengannya. Tetapi izinkan kami > membincangkan institusi istana yang ada sekarang kerana ketua pemuda umno > telah menuduh yang bukan bukan. > > Apabila ketua pemuda umno mengatakan malaysia menjadi republik jika > pembangkang berkuasa, pejuang PR juga boleh mengatakan malaysia boleh > menjadi republik jika sultan lupa diri. Perkara ini tidak akan berlaku > sekarang. Mungkin akan berlaku dalam 30 tahun lagi digenerasi cicit, piut > kami. Seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, yang begitu lembut > mengingatkan pihak istana supaya tidak berlaku seperti Nepal dll, pihak > istana sendiri perlu menjaga agar jangan rakyat benci kepada mereka. > > Seorang anak kawan saya bertanya kepada ayahnya "kenapa mereka kaya walau > mereka tak kerja". Ada makna tersirat disitu walaupun ditanya oleh anak > bawah umur. > > Begitu juga jika kerabat boleh memukul orang mengikut suka. Juga kalau > kerana kerabat maka ada antara polisi kerajaan yang terpaksa berpatah balik > seperti kes 'tidak membenarkan bukan warganegara membeli minyak kereta > dinegara ini" > > Begitu juga jika UMNO berterusan menggunakan talian hayat nya dengan > meminta istana campurtangan secara langsung dan tak langsung. Dan rakyat > mula terlalu bosan dan umno dan ianya boleh memberi implikasi kepada istana. > > > Begitu juga kalau time n time again, apabila terdesak umno akan menggunakan > talian hayat istana dan tidak mustahil rakyat dimasa itu mengatakan sultan > bukan lagi sultan rakyat tapi hanyalah sultan umno. > > Begitu juga jika menteri2 dan menteri besar umno membuat korupsi yang > begitu teruk tetapi pihak istana menutup mata dari menegur ahli2 politik > tersebut. Dan ianya bertambah buruk jika istana hanya berminat menegur > kerajaan negeri pakatan rakyat. > > Begitu juga kalau kerabat boleh dapat tanah banyak dan menjual sesuka hati > tapi bila rakyat ingin mendapat sekangkang kera tanah, maka ianya menjadi > isu besar. > > Begitu juga jika kerabat mula mempermainkan harta rakyat seperti duit zakat > dan sebagainya. > > Begitu juga bila cucu, cicit, piut.... kerabat yang bertambah besar ramai > dan rakyat mula tersedar bahawa setiap nyawa yang keluar perlu dibayar oleh > duit rakyat juga. > > Begitu juga, jika diminta, rakyat boleh menyeneraikan perangai perangai > buruk kerabat istana disetiap negeri bawah jajahan malaysia ini. Tetapi saya > yakin rakyat masa ini belum lagi tergamak berbuat demikian kerana rasa > hormat kepada istana masih ada walau tidak setinggi mana. > > Begitulah antara senario yang tak sepatutnya berlaku jika institusi istana > mahu dikekalkan. > > > Salam Perjuangan€ > hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.. blogspot. com > > Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa Oleh Zulkofli Jamaludin, > Ridzuan Yop, Nazura Ngah, > bhn...@bharian. com..my <bhn...@bharian.com.my> KUALA LUMPUR: Rakyat tidak > harus memperjudikan masa depan negara kerana tidak mustahil pemimpin Pakatan > Rakyat yang menyatakan hasrat mahu menyaman Sultan Perak akan menukar > Malaysia menjadi republik sekiranya diberi peluang memerintah. > > Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kemelut politik > khususnya di Perak sehingga institusi Raja diheret sama membuktikan pemimpin > Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa saja untuk memastikan agenda politik > mereka tercapai. > > Oleh itu, katanya tiada guna mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat > (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf apabila bertindak sebagai > dalang terhadap penentangan institusi raja kerana Ketua Pembangkang itu akan > menafikannya. > "Biar orang ramai menilai dan ingat sebelum ini bahawa dialah yang selama > setahun tidak ada kerja lain selain cuba memujuk wakil rakyat Barisan > Nasional (BN) lompat parti dengan alasan mereka rapat dan mendapat sokongan > Raja-Raja Melayu. > > "Tetapi apabila berlaku sebaliknya, tengok apa yang mereka tergamak lakukan > terhadap institusi Raja. Saya setuju dengan Pemuda Sabah baru-baru ini > bahawa tidak mustahil negara ini boleh mereka tukar kepada sebuah republik > jika pembangkang berkuasa," katanya ketika dihubungi, semalam. > > Beliau mengulas desakan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang mendesak > Anwar memohon maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seluruh rakyat > Malaysia kerana beliau adalah dalang sebenar yang mencetuskan penentangan > terhadap institusi Raja secara terbuka. > Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Hilmi Ismail dilaporkan berkata, > kekalutan politik di Perak sebenarnya berpunca daripada projek 16 September > yang dilancarkan oleh Anwar untuk menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah > melompat parti. > > Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib > menyifatkan Anwar sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab apabila sanggup > menjadi dalang terhadap penentangan institusi Raja. > > Katanya, rakyat perlu memahami kuasa Raja dan Sultan bagi mengelak hak Raja > dan Sultan dipersoalkan. > > Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata peranan > Anwar terhadap penentangan terhadap institusi Raja, khususnya Sultan Azlan > Shah ibarat baling batu sembunyi tangan. > Katanya, Anwar harus bertanggungjawab atas tindakan pemimpin dan penyokong > PKR terhadap Sultan Azlan Shah kerana sebarang tindakan menghina Raja adalah > salah di sisi undang-undang mengikut Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan > Undangan Negeri serta Akta Hasutan 1948. > > "Jika perkara ini dibawa ke tengah, tentu PKR tidak dapat lari daripada > tindakan. Justeru, saya menyeru PKR pulang ke pangkal jalan dan menghormati > institusi Raja di negara ini," katanya. > > Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim, berkata tidak mustahil > Pakatan Rakyat akan menukarkan Malaysia kepada republik sekiranya memenangi > dua pertiga kerusi di Parlimen. > > "Sikap Anwar yang terang-terang berkepentingan peribadi sejak dibebaskan > amat jelas kerana tiada langsung cadangan yang beliau buat untuk kebajikan > rakyat atau pembangunan negara" katanya. > > > > >