Assallamualaikum.... Tahniah saudara Mohd Fadli...komen anda memang bagus kerana tidak taksub pada mana2 parti. Buat saudara Khair....kita kena berbalik pada fitrah manusia ditambah dgn bisikan syaitan bahawa " yang haram itu adalah lebih nikmatnya dari yang halal ". dan hukuman Allah itu tak ditunjukkan di dunia ini, jadi manusia masih tak takut walaupun telah dikabarkan bahawa " di Mahsyar nanti matahari hanya sejengkal dari ubun2 kita ".
Biar siapa pun pemimpin kita dan walau dari parti mana sekalipun dan jika ianya berpegang untuk rakyat dan tanahair tapi dalam hati masih terbenam untuk mencari sedikit harta di dunia ini.....jawapannya adalah sama " WAJAH - WAJAH " DAN " PERANGAI " mereka . Umno dan pengikutnya dah memerintah lebih 50 thn ( dah senior dalam pelbagai hal ) dan Pakatan Rakyat dah dapat 5 negeri ( tinggal 4 ) ....dah juga keluar pelbagai hal....walhal baru 1 tahun berkuasa belum puluhan tahun . Bayangkan apa akan terjadi ?. Berbaliklah pada bangsa dan ugama kita, jikalau kita tak mahu anak-anak kita bersepah di shopping komplek dll, kitalah yang mengawalnya bukan parti yang memerintah...Salah pihak kerajaan mungkin kurang pantauan dlm hal yang boleh menjerumuskan anak-anak kita ke lembah maksiat. Tapi pengawasan sebenar adalah dari kita sebagai ibu bapa bukan dari parti memerentah. Wassallam ----- Original Message ----- From: M.Khair Jantan To: Ikhwanul Muslimun Sent: Tuesday, March 03, 2009 9:20 AM Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang melayu!!! Salam, Tapi kalau parti yang memerintah hanya mempertahankan Islam macam melepas batuk ditangga macamana pulak?? Ramai yang murtad, anak2 remaja berpeleseran (tengok ptg minggu di Bkt Bintang - melayu Islam semuanya) dan lain-lain masalah yang kalau siapa ada nak tambah!! sila komen (sikit je.... tak payah panjang2, jenuh nak membaca) -----Original Message----- From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com]on Behalf Of namz mzi Sent: Friday, February 27, 2009 1:22 PM To: Ikhwanul Muslimun Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang melayu!!! Waalaikumussalam.. Sokong 100% kenyataan di bawah. YANG PALING PENTING ISLAM PERLU DIPERTAHANKAN OLEH MANA-MANA PARTI YANG MEMERINTAH. Orang2 Melayu Islam perlu berubah sikap..jujur, ikhlas, amanah dalam mentadbir Negara. ------------------------------------------------------------------------------ From: "Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com" <Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com> Sent: Monday, February 23, 2009 10:46:11 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang melayu!!! Assalamualaikum, Orang melayu sudah-sudahla bergaduh sesama sendiri,janganlah kerana politik kita berpecah,jangan kerana politik,sultan sendiri disanggah ,mufti dihina dan dijerkah . Kepada penyokong PAS jangan terlalu taksub sampai merasakan anda sahaja yang betul anda saya lebih Islam dari orang lain.Kalau anda saja merasakan anda sahaja yang betul dan mulia, apa bezanya anda dengan Yahudi,yang memandang rendah bangsa lain,renung- renungkanlah. Bila saya menonton cerekarama di TV3 tak lama dulu bertajuk Sama Tidak Serupa arahan Murali Abdullah ,lakonan fiz fairus dan fasha sandha,terdetik di fikiran saya kedua-dua watak ini boleh disamakan dengan PAS dan UMNO.Seorang Alim tetapi angkuh dan bermasalah .Watak seorang lagi baik, pemurah tetapi jauh dengan Allah.Siapa yang pernah menonton drama ini mungkin boleh memberikan kesimpulan terhadap apa yang saya katakan tadi. Kepada penyokong PKR,janganlah terlalu taksub dengan pemimimpin de facto anda tu,kerana parti anda lah yang telah memecah-belahkan orang melayu.Tidak terfikirkah anda apa akan jadi kalau pemimpin yang anda sanjung2 kerana kepetahannya berkata2, pulang dijemput Allah S.W.T,siapa yang anda harapkan ?.Jangan kerana hendakkan kuasa sanggup menggadaikan hak istimewa bangsa sendiri. Kepada pemimpin UMNO,musahabahlah diri anda,kerana orang melayu mengharapkan pemimpin yang tinggi nilai peribadinya dan jujur perjuangannya dalam membantu anak bangsa dan memelihara kesucian Islam,bukannya sibuk mengumpul kontrak dan harta Diharap orang melayu sedar dengan strategi bangsa lain yang menunggu kita jatuh teduduk tanpa ada kuasa politik,apalagi kuasa ekonomi untuk menguasai kita.Jangan nanti apabila tiada lagi Raja-raja Melayu,tiada lagi hak-hak istimewa bumiputera,Islam bukan lagi agama Rasmi,UITM dibuka kepada semua kaum,baru kita mengeluh kesah,menyesal airmata darah natijah diatas kegopohan kita kononnya berjuang untuk KETUANAN RAKYAT,KEADILAN , HAK BERSUARA dan lain-lain lagi perjuangan yang kabur yang akhirnya merugikan kita sendiri.Harapan saya semoga orang-orang Melayu bijaklah berpolitik,bukan berpolitik secara emosional,bukan ikut-ikutan dan gunakan akal untuk menganalisis kata-kata dan tindakan sang politikus. UMNO + PAS = Melayu kuat,Islam terus Gah! Bersatulah Bangsaku . ------------------------------------------------------------------------------ Dapatkan alamat E-mel baru anda! Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!