Child Aatif Abdul-Ahad MuhibAllah Reads Qur'aan

Feb 20, 2009 - 10:43 AM - by Mabsoot

Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh,

This is video of Aatif Abdul-Ahad MuhibAllah. He is in Saudi Arabia - 
MashaAllah he reads nicely from Surah al Hadid. His last name, MuhibAllah means 
the most beloved to Allaah. May Allah make him and all those who love the 
Qur'aan his beloved, amin.

--- On Mon, 2/23/09, Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com <Mohd.Fadli Bin 
os...@yahoo.com> wrote:


From: Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com <Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang melayu!!!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, February 23, 2009, 10:46 AM











Assalamualaikum,
 
Orang melayu sudah-sudahla bergaduh sesama sendiri,janganlah kerana politik 
kita berpecah,jangan kerana politik,sultan sendiri disanggah ,mufti dihina dan 
dijerkah .
 
Kepada penyokong PAS jangan terlalu taksub sampai merasakan anda sahaja yang 
betul anda saya lebih Islam dari orang lain.Kalau anda saja merasakan anda 
sahaja yang betul dan mulia, apa bezanya anda dengan Yahudi,yang memandang 
rendah bangsa  lain,renung- renungkanlah. Bila saya menonton cerekarama  di TV3 
tak lama dulu bertajuk Sama Tidak Serupa arahan Murali Abdullah ,lakonan fiz 
fairus dan fasha sandha,terdetik di fikiran saya kedua-dua watak ini boleh 
disamakan dengan PAS dan UMNO.Seorang Alim tetapi angkuh dan bermasalah .Watak  
seorang lagi baik, pemurah tetapi jauh dengan Allah.Siapa yang pernah menonton 
drama ini mungkin boleh memberikan kesimpulan terhadap apa yang saya katakan 
tadi.
 
Kepada penyokong PKR,janganlah terlalu taksub dengan pemimimpin de facto anda 
tu,kerana parti anda lah yang telah memecah-belahkan orang melayu.Tidak 
terfikirkah anda apa akan jadi kalau pemimpin yang anda sanjung2 kerana 
kepetahannya berkata2, pulang dijemput Allah S.W.T,siapa yang anda harapkan 
?.Jangan kerana hendakkan kuasa sanggup menggadaikan hak istimewa bangsa 
sendiri.
 
Kepada pemimpin UMNO,musahabahlah diri anda,kerana orang melayu mengharapkan 
pemimpin yang tinggi nilai peribadinya dan jujur perjuangannya dalam membantu 
anak bangsa dan memelihara kesucian Islam,bukannya sibuk mengumpul kontrak dan 
harta
 
Diharap orang melayu sedar dengan strategi bangsa lain yang menunggu kita jatuh 
teduduk tanpa ada kuasa politik,apalagi kuasa ekonomi untuk menguasai 
kita.Jangan nanti apabila tiada lagi Raja-raja Melayu,tiada lagi hak-hak 
istimewa bumiputera,Islam bukan lagi agama Rasmi,UITM dibuka kepada semua 
kaum,baru kita mengeluh kesah,menyesal airmata darah natijah diatas kegopohan 
kita kononnya berjuang untuk KETUANAN RAKYAT,KEADILAN , HAK BERSUARA dan 
lain-lain lagi perjuangan yang kabur yang akhirnya merugikan kita 
sendiri.Harapan saya semoga orang-orang Melayu  bijaklah berpolitik,bukan 
berpolitik secara emosional,bukan ikut-ikutan dan gunakan akal untuk 
menganalisis kata-kata dan tindakan sang politikus.
 
UMNO + PAS = Melayu kuat,Islam terus Gah!
 
Bersatulah Bangsaku . 


Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
















      

Kirim email ke