Salam,

Memang ada segelintir orang melayu suka sangat bergaduh. Sikit-sikit
melenting! Macam bagus....

Segelintir jugak dari golongan yang berpelajaran tinggi, egonya pun
tinggi! terasa diri sempurna sangat..poyo! 

Kureng sifat kehambaan

 

Ikutlah resmi padi makin berisi, semakin tunduk ke bawah!

Baru orang salute!

 

Diam itu indah.....syhhh

 

 

________________________________

From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of seri ismail
Sent: Wednesday, March 04, 2009 9:58 AM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang
melayu!!!

 

salam buat semua

saya sebenarnya tak suka pada pertengkaran, pergaduhan, dll perkara yg
tidak elok atau yg boleh mencetuskan kemarahan atau kebencian.
keseluruhan dari apa yg saya lihat dalam laman web ini pun .. boleh
nampak macam nak bergaduh je. saya benci dan naik meluat membacanya.
rata2 org melayu. org melayu sesama melayu nak bergaduh, nak berpecah
belah. walhal mereka2 ini org2 yg berpelajaran tinggi tapi dimana
hati-hati mereka sebenarnya?

 

f


--- On Mon, 2/3/09, mohdshaiful.rose...@yahoo.com
<mohdshaiful.rose...@yahoo.com> wrote:

        
        From: mohdshaiful.rose...@yahoo.com
<mohdshaiful.rose...@yahoo.com>
        Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang
melayu!!!
        To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
        Date: Monday, 2 March, 2009, 12:51 PM

        
        Kata kunci utama sejak pilihanraya Mac 2008 yg UMNO suka guna: 
        PERPECAHAN MELAYU 
        
        Jom kita renung2 kembali kenapa sebelum Mac 2008 tak langsung
disuarakan tentang perpecahan Melayu: 
        - Walau Melayu terpinggir,terpingg ir, jadi lebih miskin di
Pulau Pinang tanpa pembelaan wajar dari pemerintah UMNO, dek kerana
polisi kerajaan GERAKAN, kenapa tak timbul perpecahan Melayu??? 
        
        - Walau DEB yg dilancarkan punyalah lama di bawah kerajaan
pemerintah UMNO tak pernah capai sasaran untuk memartabatkan bangsa
Melayu, dari RM-1 sampai RMK-9 dalam tempoh lebih 50 tahun, agenda
Melayu ntah ke mana, sebab sibuk dumpuk kekayaan. kenapa masa tu tak
timbul perpecahan Melayu??? 
        
        - Walau kuasa Sultan keseluruhannya cuba dikawal, sultan
dimalukan, tercatat dalam sejarah dari zaman Tun Hussein Onn, sehingga
zaman PakLah, terang2 UMNO hina sultan dari utara hingga selatan yg
takkan habis kalau ditulis kat sini. tapi bila terjadi isu di Perak dan
dimanipulasi hebat oleh media, kenapa dari dulu tak timbul perpecahan
Melayu??? 
        
        - Bila PAS dijemput untuk menyertai kerajaan Perikatan dek
kerana survival orang Melayu ketika itu dan PAS akur dan ikhlas untuk
bersama. Bila ada perbezaan pendapat dalam kerajaan Perikatan ketika
itu, PAS dikeluarkan dengan cara yg hina hingga menyebabkan kepercayaan
dan sokongan orang Melayu terbahagi 2. Dulu pecah dan UMNO dapat
imbalan. Now dikatakan pecah dan UMNO terkulai. Masa ni la sekali lagi
sibuk nak ajak PAS masuk perangkap kali ke-2 atas sebab Melayu lagi.
Kenapa dulu tak timbul perpecahan Melayu??? 
        
        - Hasil pentadbiran kerajaan BN/UMNO, tanah diberi pada tokey2
cina beribu2 ekar, projek dan tanah di 'ali-baba' kan pada bangsa lain,
tanah di Genting Highland kita serah, tanah di Wilayah Pembangunan
Iskandar kita serah, Pulau Batu Putih kita serah, ada pulau-pulau lain
pun kita serah dek kerana bijaknya pimpinan UMNO mentadbir. Bila
kerajaan silih berganti kepada PR, tanah diberi pada rakyat keseluruhan
secara berhemah, difokuskan secara jahat bilamana tanah diberikan pada
rakyat cina miskin. Fokus kat Perak, lupa kat Pulau Pinang. Kenapa baru
sekarang timbul perpecahan Melayu??? 
        
        - Bila sokongan pada UMNO kurang pada pilihanraya 1999 dia cakap
Melayu berpecah kerana Anwar Ibrahim. Bila UMNO menang bergaya tahun
2004 dia cakap Melayu bersatu di bawah UMNO. bila dia hilang majoriti
2/3 plak pada PRU 2008 lagi sekali cakap Melayu berpecah kerana lupa
agenda pihak luar. Kenapa bila UMNO hilang sokongan baru timbul
perpecahan Melayu??? 
        
        - Bila keadaan macamni timbul, tak dinafikan di pihak BN dan PR
masing2 ada penyokong sendiri. Tapi masalahnya bila saja BN/UMNO kalah
kali ni, penyokong2 UMNO ni plak tiba2 jadi baik, cakap tak berpihak
pada mana2 parti konon, cakap tak suka berpolitik konon, then ajak utk
satukan Melayu coz Melayu dah berpecah. Diorang ni lupa ke kerosakan yg
UMNO dah buat? UMNO kuat = Melayu bersatu, UMNO kalah = perpecahan
Melayu. ni apa punya teori nih?? Kenapa sekarang baru timbul perpecahan
Melayu??? 
        
        makin aku baca pandangan orang2 ni makin aku nampak, kalau ada
pun Melayu berpecah, disebabkan satu pihak bijak coz baca internet,blog,
gi ceramah, cari buku rujukan, gi usrah, gi pengajian, cari sumber2
alternatif selain sumber2 utama, satu pihak lagi tengok TV3(suku),
tengok RTM, utusan meloya, berita hairan, gi BTN, so jadilah dia macam
tu. 
        
        
        

Kholid Ali 
Sent by: hidayah...@yahoogro ups.com 

03/01/2009 09:16 AM 

Please respond to
hidayah...@yahoogro ups.com

To

"Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> 

cc

 

Subject

Re: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang melayu!!!

 

 

 

        
        
        

 

 

Waalaikumusalam wbt, 

  
    Orang Islam memang dilarang berpecah belah tapi sandaran nya hanya
berdasarkan keimanan yang mutlak tidak yang lain. Rujuklah kepada al
Quran dan Hadith makna iman itu. Dalam Melayu saya rasa tidak ada
sebarang konsep persaudaraan dan larangan agar tidak berpecah belah.
Jika kita sanggup berpecah belah kerana kita sesama Melayu tiada
sebarang ganjaran pahla yang dijanjikan oleh Allah swt. Pahla dijanjikan
jika kita tidak berpecah sesama kita kerana kita hanya beriman dengan
Allah swt. Beriman berbeza daripada sekadar telah Islam. Rujuklah
hadith-hadith mengenainya. Saudara tidk boleh menganggap penyokong PAS
taksub kerana keinginan mereka kembali kepada Islam yang selayaknya.
Saya rasa mereka masih mengajak orang lain dengan cara yang baik tapi
mungkin adalah segelintir yang terlalu bersemangat. 
  
     Apa yang berlaku hari ini UMNO terus menerus ingin membawa rakyat
dengan dasar Islam secara terpilih. Mereka sekadar ambil yang sesuai
pada nafsu mereka tapi meninggalkan sebahagian besar tuntutan Islam.
Bukan saja yang berkaitan Islam bahkan dasar-dasar kebangsaan yang lain
yang termaktub dalam perlembagaan pun mereka langgar seperti isu Bahasa
Melayu yang pada nama saja sebagai bahasa kebangsaan. PAS ingin kembali
kepada sistem Islam secara menyeluruh berdasarkan al Quran, Hadith,
Ijmak dan Qiyas. Sistem demokrasi telah menampakan prbezaan yang jelas
antara UMNO dan PAS. Maka perpecahan pun nampak jelas tapi saya tidak
nampak perpecahan itu membawa kapada tahap yang sangat kritikal sehingga
sanggup berbunuhan satu sama lain. Walau pun kerajaan UMNO telah sanggup
berbuat demikian berdasarkan pelbagai pendedahan yang dibuat berikutan
peristiwa Memali pada tahun ? 1985. Dan mereka terus menerus
melaksanakan tahanan musuh politik mereka sama ada PAS atau ahli-ahli
politik parti pembangkang yang lain di bawah ISA. Dalam konteks ini pun
Islam melarang sekali pun yang ditahan itu orang bukan Islam kerana
keadilan Islam itu mengatasi warna kulit dan perbezaan fahaman/agama.
Hanya Islam yang dihayati dengan keimanan yang sebenar saja (tidak cukup
dengan sekadar sesama Melayu) yang dapat menyatukan kita semua demi
mendapat keredaan Allah swt di dunia dan di akhirat. 
  
    Saya alu2kan seruan saudara agar pemimpin UMNO memlihara kesucian
Islam dan itulah yang diharapkan oleh PAS tapi setelah 50 tahun merdeka
nampaknya keadaan semakin parah !! Wallahualam. 
  
ibnuAli 
kota jembal 
  
  

--- On Sun, 2/22/09, Mohd.Fadli Bin os...@yahoo. com <Mohd.Fadli Bin
os...@yahoo. com> wrote: 
From: Mohd.Fadli Bin os...@yahoo. com <Mohd.Fadli Bin os...@yahoo. com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Sudah-sudah la tu orang melayu!!!
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Sunday, February 22, 2009, 9:46 PM

Assalamualaikum, 
  
Orang melayu sudah-sudahla bergaduh sesama sendiri,janganlah kerana
politik kita berpecah,jangan kerana politik,sultan sendiri disanggah
,mufti dihina dan dijerkah . 
  
Kepada penyokong PAS jangan terlalu taksub sampai merasakan anda sahaja
yang betul anda saya lebih Islam dari orang lain.Kalau anda saja
merasakan anda sahaja yang betul dan mulia, apa bezanya anda dengan
Yahudi,yang memandang rendah bangsa  lain,renung- renungkanlah. Bila
saya menonton cerekarama  di TV3 tak lama dulu bertajuk Sama Tidak
Serupa arahan Murali Abdullah ,lakonan fiz fairus dan fasha
sandha,terdetik di fikiran saya kedua-dua watak ini boleh disamakan
dengan PAS dan UMNO.Seorang Alim tetapi angkuh dan bermasalah .Watak
seorang lagi baik, pemurah tetapi jauh dengan Allah.Siapa yang pernah
menonton drama ini mungkin boleh memberikan kesimpulan terhadap apa yang
saya katakan tadi. 
  
Kepada penyokong PKR,janganlah terlalu taksub dengan pemimimpin de facto
anda tu,kerana parti anda lah yang telah memecah-belahkan orang
melayu.Tidak terfikirkah anda apa akan jadi kalau pemimpin yang anda
sanjung2 kerana kepetahannya berkata2, pulang dijemput Allah S.W.T,siapa
yang anda harapkan ?.Jangan kerana hendakkan kuasa sanggup menggadaikan
hak istimewa bangsa sendiri. 
  
Kepada pemimpin UMNO,musahabahlah diri anda,kerana orang melayu
mengharapkan pemimpin yang tinggi nilai peribadinya dan jujur
perjuangannya dalam membantu anak bangsa dan memelihara kesucian
Islam,bukannya sibuk mengumpul kontrak dan harta 
  
Diharap orang melayu sedar dengan strategi bangsa lain yang menunggu
kita jatuh teduduk tanpa ada kuasa politik,apalagi kuasa ekonomi untuk
menguasai kita.Jangan nanti apabila tiada lagi Raja-raja Melayu,tiada
lagi hak-hak istimewa bumiputera,Islam bukan lagi agama Rasmi,UITM
dibuka kepada semua kaum,baru kita mengeluh kesah,menyesal airmata darah
natijah diatas kegopohan kita kononnya berjuang untuk KETUANAN
RAKYAT,KEADILAN , HAK BERSUARA dan lain-lain lagi perjuangan yang kabur
yang akhirnya merugikan kita sendiri.Harapan saya semoga orang-orang
Melayu  bijaklah berpolitik,bukan berpolitik secara emosional,bukan
ikut-ikutan dan gunakan akal untuk menganalisis kata-kata dan tindakan
sang politikus. 
  
UMNO + PAS = Melayu kuat,Islam terus Gah! 
  
Bersatulah Bangsaku .  

 

________________________________

Dapatkan alamat E-mel baru anda!
<http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http:/mail.
promotions.yahoo.com/newdomains/my/> 
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain
mendapatkannya! 

 

 

 

________________________________

New Email names for you!
<http://sg.rd.yahoo.com/aa/mail/domainchoice/mail/signature/*http:/mail.
promotions.yahoo.com/newdomains/aa/> 
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and
@rocketmail.
Hurry before someone else does!



Kirim email ke