Kalau zaman kita dulu, zaman 70an, zaman 80an, zaman belajar Sains dan 
Matematik dalam Bahasa Melayu kalau dapat SPM gred 3 masih boleh mohon masuk 
ITM, mohon masuk Maktab Perguruan, dapat pula biasiswa. Dan ramai golongan 
professional di sektor swasta dan kerajaan sekarang ini, mereka taklah dapat 
SPM 10 A, 16 A macam sekarang ini.

Tapi sekarang SPM dapat banyak A pun, belum dijamin lagi dapat biasiswa (dulu 
pinjaman PTPTN tak ada, semua biasiswa yang banyak), belum jamin lagi keluar U 
dapat kerja. Dulu gred 3 senang jadi cikgu, sekarang bukankan gred 1, ada 
ijazah pun belum tentu lagi dapat jadi cikgu.

Fikir betul-betul mereka yang masih berbelah bahagi mengenai PPSMI, adakah 
orang Melayu, bangsa Melayu sekarang ini susah dapat kerja kerana tak mahir 
Bahasa Inggeris, kerana tak dapat SPM 10 A ?

Mereka yang masih lagi rasakan PPSMI ini penting, adakah kita sendiri hari demi 
hari belajar bahasa Inggeris, sentiasa membuka kamus untuk mempertingkatkan 
kemahiran Bahasa Inggeris kita, atau kita sekadar suruh anak-anak kita mahir 
Bahasa Inggeris, kita suruh cikgu yang mengajar anak-anak kita mahir Bahasa 
Inggeris ?

Kalau kita nak anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita sendiri mesti 
menunjukkan minat untuk meningkat ilmu pengetahuan kita dalam Bahasa Inggeris 
dalam pada masa yang sama kita memartabatkan Bahasa Melayu.

Siapa kata mereka yang ingin Memansuhkan PPSMI macam saya ini , anti Bahasa 
Inggeris. Kami yang ingin memansuhkan PPSMI , sayangkan anak bangsa yang 
semakin hari semakin terpinggir, walaupun mereka dapat banyak A dalam SPM 
sekali pun, biar pun mereka dapat A dalam Sains dan Matematik (tak tahulah 
berapa peratus dapat A) tak mesti mereka akan dapat pekerjaan yang setanding.

Dengar cerita sekarang ini ada pihak yang ingin memberi biasiswa kepada pelajar 
lepasan SPM, mahukan keputusan peperiksaan di sekolah , walaupun mereka dapat 
“Straight A”, kerana tidak yakin bahawa pelajar yang dapat banyak A memang 
betul-betul pelajar yang cemerlang dan pintar. Apa ke tidaknya ada pelajar yang 
tak pernah lulus matapelajaran Sains, bila ambil SPM boleh lulus.

Apa nak jadi bukan sahaja pada anak Melayu, apa nak jadi pada sistem pendidikan 
di Malaysia ini ?

Hari ini Sabtu 14 Mac 2009 saya memakai baju T Mansuhkan PPSMI, ternyata ramai 
yang masih memberikan sokongan. Justeru itu jangan padamkan gelombang Pejuang 
Bahasa 7 Mac 2009, teruskan pakai baju T Mansuhkan PPSMI setiap Sabtu sehingga 
ianya dimansuhkan.

Macam kisah seorang Sultan yang tidak mahu mencukur jambang/janggutnya sehingga 
hajatnya tertunai.

Apa gunanya mencium keris jika bahasa dan bangsa dipinggirkan !

MANSUHKAN PPSMI ! HIDUP BAHASA MELAYU !

http://waghih.blogspot.com






Kirim email ke