Bahasa inggeris lah yang menyebabkan bangsa melayu susah nak dpt kerja.
Semasa saya menjalankan interview majoriti dari bangsa melayulah yang paling
teruk sekali walaupun ada yang mempunyai ijazah...tergagap-gagap ( terpaksa
berfikir dahulu sebelum bertutur dlm bahasa inggeris) berbeza dengan pemohon
dari bangsa cina & india. Sindiran dari rakan sekerja sungguh menyakitkan
hati tetapi itu adalah kenyataan. Company pun dah serik nak mengambil. Saya
sering tertanya2 kenapa ramai yang berbangsa melayu yang mempunyai kelayakan
tinggi selalunya akan bekerja didalam bidang yang tidak memerlukan banyak
berfikir kira macam kerja yang senang2 seperti promoter, kerani, operator
dll

2009/3/14 <>

>   Kalau zaman kita dulu, zaman 70an, zaman 80an, zaman belajar Sains dan
> Matematik dalam Bahasa Melayu kalau dapat SPM gred 3 masih boleh mohon masuk
> ITM, mohon masuk Maktab Perguruan, dapat pula biasiswa. Dan ramai golongan
> professional di sektor swasta dan kerajaan sekarang ini, mereka taklah dapat
> SPM 10 A, 16 A macam sekarang ini.
>
> Tapi sekarang SPM dapat banyak A pun, belum dijamin lagi dapat biasiswa
> (dulu pinjaman PTPTN tak ada, semua biasiswa yang banyak), belum jamin lagi
> keluar U dapat kerja. Dulu gred 3 senang jadi cikgu, sekarang bukankan gred
> 1, ada ijazah pun belum tentu lagi dapat jadi cikgu.
>
> Fikir betul-betul mereka yang masih berbelah bahagi mengenai PPSMI, adakah
> orang Melayu, bangsa Melayu sekarang ini susah dapat kerja kerana tak mahir
> Bahasa Inggeris, kerana tak dapat SPM 10 A ?
>
> Mereka yang masih lagi rasakan PPSMI ini penting, adakah kita sendiri hari
> demi hari belajar bahasa Inggeris, sentiasa membuka kamus untuk
> mempertingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris kita, atau kita sekadar suruh
> anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita suruh cikgu yang mengajar
> anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris ?
>
> Kalau kita nak anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita sendiri mesti
> menunjukkan minat untuk meningkat ilmu pengetahuan kita dalam Bahasa
> Inggeris dalam pada masa yang sama kita memartabatkan Bahasa Melayu.
>
> Siapa kata mereka yang ingin Memansuhkan PPSMI macam saya ini , anti Bahasa
> Inggeris. Kami yang ingin memansuhkan PPSMI , sayangkan anak bangsa yang
> semakin hari semakin terpinggir, walaupun mereka dapat banyak A dalam SPM
> sekali pun, biar pun mereka dapat A dalam Sains dan Matematik (tak tahulah
> berapa peratus dapat A) tak mesti mereka akan dapat pekerjaan yang
> setanding.
>
> Dengar cerita sekarang ini ada pihak yang ingin memberi biasiswa kepada
> pelajar lepasan SPM, mahukan keputusan peperiksaan di sekolah , walaupun
> mereka dapat “Straight A”, kerana tidak yakin bahawa pelajar yang dapat
> banyak A memang betul-betul pelajar yang cemerlang dan pintar. Apa ke
> tidaknya ada pelajar yang tak pernah lulus matapelajaran Sains, bila ambil
> SPM boleh lulus.
>
> Apa nak jadi bukan sahaja pada anak Melayu, apa nak jadi pada sistem
> pendidikan di Malaysia ini ?
>
> Hari ini Sabtu 14 Mac 2009 saya memakai baju T Mansuhkan PPSMI, ternyata
> ramai yang masih memberikan sokongan. Justeru itu jangan padamkan gelombang
> Pejuang Bahasa 7 Mac 2009, teruskan pakai baju T Mansuhkan PPSMI setiap
> Sabtu sehingga ianya dimansuhkan.
>
> Macam kisah seorang Sultan yang tidak mahu mencukur jambang/janggutnya
> sehingga hajatnya tertunai.
>
> Apa gunanya mencium keris jika bahasa dan bangsa dipinggirkan !
>
> MANSUHKAN PPSMI ! HIDUP BAHASA MELAYU !
>
> http://waghih.blogspot.com
>
>  
>

Kirim email ke