Dari pengalaman saya, orang Melayu yang tidak fasih berbahasa Inggeris
sangat rugi apabila bekerja nanti.   Di dalam organisasi saya (Oil and Gas,
Mineral, Construction and Biodiesel) , cuma yang fasih berbahasa Inggeris
saja yang nampak menonjol ke depan.   Kita perlu pandai membuat kertas kerja
di dalam bahasa Inggeris, bertutur dan negotiate di dalam bahasa Inggeris.
Sekarang, untuk menjadi seorang Head of Department juga memerlukan kemahiran
Bahasa Inggeris.    Saya kesian tengok pegawai melayu saya yang terkial2
berbahasa Inggeris dengan pelanggan dan prospects.
 
Di restoren, atau tempat membeli belah, kadang2 saya yang kena banyak
bercakap untuk mendapatkan apa yang kita mahu makan/beli.   
 
Banyak faedahnya kalau dapat fasih dalam Bahasa Inggeris, bekalan untuk
saingan hidup di dunia yang lebih mencabar.   Sekarang ni semuanya dah jadi
semi-Global...masa akan datang?
 
Ini pendapat saya saja melalui pengalaman hidup....
 
  _____  

From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of rozaimy baharuddin
Sent: Tuesday, April 14, 2009 5:24 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Dulu SPM gred 3 senang dapat kerja
professional
 




dulu tak ramai yg pandai.
 
contoh : dulu syarat masuk MRSM cuma perlu 5B aje, sekarang ni semua kena A,
itu pun mujur dpt masuk...
 
so tak ada kena mengena dgn kesilapan sistem pelajaran kita.
dunia semakin maju, tak kan SPM gred 3 nak jadi Engineer. Sekarang ni
bersepah
budak dah pandai.....
 
mata pelajaran pun makin susah, pada aku le,, bila aku tengok buku anak-anak
aku.
tetapi budak makin pandai..... 
2009/4/9 <>
 
saya sanggat sokong dengan saudara,saya pun dulu tak pandai berbahasa
inggris ,tapi dapat juga jawatan sebagai head of department
engginering,walaupun spm cuma gred 3 je,kita akan terus membudayakkan BAHASA
MELAYU UTK ANAK BANGSA KITA .TAHNIAH PADA SAUDARA.................SALAM


"[S][H][M][A][M][I][R]"@yahoo.com <http://yahoo.com/>  wrote:
Bahasa inggeris lah yang menyebabkan bangsa melayu susah nak dpt kerja.
Semasa saya menjalankan interview majoriti dari bangsa melayulah yang paling
teruk sekali walaupun ada yang mempunyai ijazah...tergagap-gagap ( terpaksa
berfikir dahulu sebelum bertutur dlm bahasa inggeris) berbeza dengan pemohon
dari bangsa cina & india. Sindiran dari rakan sekerja sungguh menyakitkan
hati tetapi itu adalah kenyataan. Company pun dah serik nak mengambil. Saya
sering tertanya2 kenapa ramai yang berbangsa melayu yang mempunyai kelayakan
tinggi selalunya akan bekerja didalam bidang yang tidak memerlukan banyak
berfikir kira macam kerja yang senang2 seperti promoter, kerani, operator
dll
2009/3/14 <>
Kalau zaman kita dulu, zaman 70an, zaman 80an, zaman belajar Sains dan
Matematik dalam Bahasa Melayu kalau dapat SPM gred 3 masih boleh mohon masuk
ITM, mohon masuk Maktab Perguruan, dapat pula biasiswa. Dan ramai golongan
professional di sektor swasta dan kerajaan sekarang ini, mereka taklah dapat
SPM 10 A, 16 A macam sekarang ini.

Tapi sekarang SPM dapat banyak A pun, belum dijamin lagi dapat biasiswa
(dulu pinjaman PTPTN tak ada, semua biasiswa yang banyak), belum jamin lagi
keluar U dapat kerja. Dulu gred 3 senang jadi cikgu, sekarang bukankan gred
1, ada ijazah pun belum tentu lagi dapat jadi cikgu.

Fikir betul-betul mereka yang masih berbelah bahagi mengenai PPSMI, adakah
orang Melayu, bangsa Melayu sekarang ini susah dapat kerja kerana tak mahir
Bahasa Inggeris, kerana tak dapat SPM 10 A ?

Mereka yang masih lagi rasakan PPSMI ini penting, adakah kita sendiri hari
demi hari belajar bahasa Inggeris, sentiasa membuka kamus untuk
mempertingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris kita, atau kita sekadar suruh
anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita suruh cikgu yang mengajar
anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris ?

Kalau kita nak anak-anak kita mahir Bahasa Inggeris, kita sendiri mesti
menunjukkan minat untuk meningkat ilmu pengetahuan kita dalam Bahasa
Inggeris dalam pada masa yang sama kita memartabatkan Bahasa Melayu.

Siapa kata mereka yang ingin Memansuhkan PPSMI macam saya ini , anti Bahasa
Inggeris. Kami yang ingin memansuhkan PPSMI , sayangkan anak bangsa yang
semakin hari semakin terpinggir, walaupun mereka dapat banyak A dalam SPM
sekali pun, biar pun mereka dapat A dalam Sains dan Matematik (tak tahulah
berapa peratus dapat A) tak mesti mereka akan dapat pekerjaan yang
setanding.

Dengar cerita sekarang ini ada pihak yang ingin memberi biasiswa kepada
pelajar lepasan SPM, mahukan keputusan peperiksaan di sekolah , walaupun
mereka dapat "Straight A", kerana tidak yakin bahawa pelajar yang dapat
banyak A memang betul-betul pelajar yang cemerlang dan pintar. Apa ke
tidaknya ada pelajar yang tak pernah lulus matapelajaran Sains, bila ambil
SPM boleh lulus.
Apa nak jadi bukan sahaja pada anak Melayu, apa nak jadi pada sistem
pendidikan di Malaysia ini ?

Hari ini Sabtu 14 Mac 2009 saya memakai baju T Mansuhkan PPSMI, ternyata
ramai yang masih memberikan sokongan. Justeru itu jangan padamkan gelombang
Pejuang Bahasa 7 Mac 2009, teruskan pakai baju T Mansuhkan PPSMI setiap
Sabtu sehingga ianya dimansuhkan.

Macam kisah seorang Sultan yang tidak mahu mencukur jambang/janggutnya
sehingga hajatnya tertunai.

Apa gunanya mencium keris jika bahasa dan bangsa dipinggirkan !

MANSUHKAN PPSMI ! HIDUP BAHASA MELAYU !

http://waghih. <http://waghih.blogspot.com/> blogspot.com 
 
 



-- 
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer <http://www.komputer.com.my> .com.my

Kirim email ke