Assalamualaikum,

pada pendapat saya,
adalah lebih baik saudara menerangkan dengan lebih terpeinci tentang keadaan 
saudara yg punya tanggungan lain. cakap dengan nada yg elok n sopan untuk 
penolakan itu. jangan sampai hatinya tersinggung. 

di dalam islam juga, sebagai anak, kita wajib patuh lebih kepada IBU daripada 
bapa kita. 

selain itu juga, andai saudara masih berat kepada menenuhi kehendak bapa, 
cadangan saya adalah. pastikan duit muka motor tersebut dibayar separuh atau 
lebih. jadi beban saudara andai motor ditarik tidak la seteruk seperti sebelum. 
kemudian, andai tiap2 bulan gagal dibayar mahupun lewat selama 3 bulan 
berturut-turut, jualkan sahaja motor tersebut. 

cara begini agak kasar, tetapi apakan daya kita sebagai anak tidak mampu untuk 
bercakap kasar. mungkin dengan cara ini akan boleh buatkan dia sedar pada masa 
akan datang. percayalah, ini bukan kurang ajar...tetapi lebih kepada memberi 
pengajaran supaya lebih bertanggungjawab.



--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Luis Garcia wrote:
>
> Assalamualaikum,
> 
> Saya ingin meminta pendapat daripada ahli Hidayahnet mengenai satu masalah
> ini.
> 
> Si bapa ingin menggunakan nama anaknya untuk membeli motorsikal dan si bapa
> akan membayar installment motor tersebut. motor tersebut adalah untuk
> kegunaannya.
> 
> tetapi beberapa tahun sebelum itu, si bapa juga pernah menggunakan nama anak
> nya untuk membeli kereta, dan kereta itu pernah kena tarik kerana tidak
> dibayar. si anak kemudiannya menggunakan kereta itu dan menyelesaikan
> hutang2 berkaitan dan mengambil beberapa tahun untuk clearkan nama dari
> disenarai hitam oleh bank2. dan ini bukan kali pertama kereta si bapa
> ditarik.
> 
> kedudukan kewangan si bapa pula tidaklah stabil kerana tiada perkerjaan
> tetap.
> si anak pula ada tanggungannya sendiri.
> 
> patutkan si anak menolak permintaan bapa itu kerana risiko dan pengalaman
> yang pernah terjadi.
>


Reply via email to