cakap ngan ayah dia... 'kalau ayah nak pakai motor, tunggu saya ada duit, nanti 
saya belikan untuk ayah. sekarang saya lom cukup duit. nanti ayah dah beli 
motor, sapa nak bayo motor ayah tu...? ayah pun lom cukup duit...'

cam tu ler.. kalau ayah dia kata nak beli jugak.. cukup wit.. suh dia bgtau 
ayah dia.. 'nanti kalau apa2.. saya taknak bank call saya bgtau saya dah buat 
salah tak bayo itu ini.. abish rekod saya kat bank teruk.. caner pulak rumah 
ngan kete saya.. taknak la kena istihar bankrup cam tu...'

ha camtu.. kasik ayat cam suspen2 sikit laa.. tapi dlm masa yg sama.. amik ati 
dia kata dia nak belikan motor tu...

skean.. my humble point of view..



________________________________
From: "l...@yahoo.com" <l...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Friday, April 24, 2009 11:39:43 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Mohon Pendapat





Assalamualaikum,

Saya ingin meminta pendapat daripada ahli Hidayahnet mengenai satu masalah ini.

Si bapa ingin menggunakan nama anaknya untuk membeli motorsikal dan si bapa 
akan membayar installment motor tersebut. motor tersebut adalah untuk 
kegunaannya.

tetapi beberapa tahun sebelum itu, si bapa juga pernah menggunakan nama anak 
nya untuk membeli kereta, dan kereta itu pernah kena tarik kerana tidak 
dibayar. si anak kemudiannya menggunakan kereta itu dan menyelesaikan hutang2 
berkaitan dan mengambil beberapa tahun untuk clearkan nama dari disenarai hitam 
oleh bank2. dan ini bukan kali pertama kereta si bapa ditarik.

kedudukan kewangan si bapa pula tidaklah stabil kerana tiada perkerjaan tetap.
si anak pula ada tanggungannya sendiri.

patutkan si anak menolak permintaan bapa itu kerana risiko dan pengalaman yang 
pernah terjadi.

 



      

Kirim email ke