Maaf cakaplah saudara Ismail...tolong baca semula ayat yang saya tulis dengan jujur . Saya tak tulis pun " yang mengatakan Islam itu agama orang Melayu " yang saya tulis dan maksudkan " yang bersorak adalah orang Islam yang berbangsa Melayu " Jauh sungguh pengertiannya saudara....kat tempat saya ada orang Melayu yang murtad dan menganut ugama Buddha......yang fasik, goncang nombor kat tempat tertentu lagi banyak dan bermacam lagi. Kami ambil kisah dengan menasihati mereka, begitu juga halnya dgn si Ngor Kee Ming ini.....kami tak ambil kisah jika ianya bertujuan mempelajari ilmu Al Quran, mengambil isinya sebagai panduan, alhamdulillah.....
Masalahnya....siapa guru dia ( rujukannya )? . Ape tujuan dia yang sebenarnya ?. Apekah dia memang mengetahui ayat yang dibaca terdapat kebenarannya...ataupun hanya untuk tarikan politik semata-mata kerana hadirin ketika puratanya adalah Melayu yang berugama Islam. Adakah dia berjumpa seseorang dan menyatakan niatnya dan tujuannya untuk membaca serta mentafsir isinya ?. Sehingga setengah orang di kolum ini berani mentafsirkan tujuan dan isihati si Ngor ini ( macamlah siNgor dah bagi tau dia awal2 lagi ). Saya bersetuju dgn pendapat2 Saudara Amri...... Al Quran adalah kitab mulia Islam, kita sebagai Islam nak letak hujung kakipun terasa berdosa, apa tah lagi nak membacanya tanpa wuduk dan hadas besar. Adakah sesiapa dibelakang siNgor ini yang memberitahu dia tatacara membaca Al Quran ?. Buktikan kepada saya siapa tuan guru dia ( sebagai rujukan ) ?. Wassallam ----- Original Message ----- From: Ismail ab. rahman To: Ikhwanul Muslimun Sent: Tuesday, April 21, 2009 4:08 PM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran Saudara Abu Samah. Saya ingin perbetulkan sedikit maksud tulisan saudara yang mengatakan Islam itu Agama orang Melayu. Bagi saya Islam itu Agama Allah SWT yang turunkan kepada manusia melalui Rasul Nya Nabi Muhammad saw. untuk diamali dan dihayati oleh makhlok manusia. Sesiapa nak membaca Al Qur'an boleh. Tujuan mengikut niat mereka. Ganjaran atau hukuman akan diberi oleh Allah SWT. Saidina Omar Al Khattab membaca ayat Al Qur'an (Surat Ta Ha) yang menyebabkan beliau menggil dan terus mungucap dua kalimah syadah di hadapan Rasul Allah saw. Kalau membaca Al Qur'an dengan niat buruk, buruklah akan diterimanya, kalau niat baik Insya Allah, Allah memberi hidayah dan menganut Islam. Apa susahnya. Ingat Islam adalah agama Allah SWT. Allah SWT lah menjaga Agama Nya. Kita menganut dan mengamal apa yang digaris atau di syari'at dalam Islam itu sendiri. Sekian harap maaf kalau saya salah. --- On Thu, 4/16/09, abu sa...@yahoo.com <abu sa...@yahoo.com> wrote: From: abu sa...@yahoo.com <abu sa...@yahoo.com> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Thursday, April 16, 2009, 5:35 AM Assallamualaikum. .. Ya benar sekali hujah saudara amri....siapakah dia yang diberikan hak untuk menbaca dan mentafsir ayat suci Al Quran?. Begitulah buruknya politik sekarang...campur tangan kaum kafir ini dlm hal ugama kita DIBENARKAN oleh pihak pembangkang malahan mendapat tepukan gemuruh dari orang Islam sendiri. Bagaimana PEMBESAR PAS ?. Anda kalut ataupun anda telah sadar ?. Manjakan kaum ini...ya pasti lama laun anda dan ugama anda akan DITELANJANGKAN tanpa anda sedar dan yang bersorak adalah orang Islam yang berbangsa Melayu . Wassallam ----- Original Message ----- From: amri el wahab To: Ikhwanul Muslimun Sent: Monday, April 13, 2009 2:30 PM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana. Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati. 1.. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong ayat Al Quran ketika itu? 2.. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak....... . 3.. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari itu. 4.. Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran sebagai alat mainan politik nya untuk tujuan meraih undi. 5.. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu bahawa ianya bermotif politik. 6.. Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri??? 7.. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam selepas ini. 8.. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya lintang pukang. 9.. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang bukan Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik? 10.. Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau memperalatkan Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam. 11.. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati 12.. Mengapa? 13.. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru. 14.. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah. 15.. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran 16.. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid.... dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya. 17.. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya malam itu? 18.. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan seorang yang mahir. 19.. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik kan?) 20.. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan bertepuk tangan.Malang. .......dan memalukan... ......... ..!!! 21.. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik. 22.. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam sudah tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik. Salaam & Regards Amri el Wahab 68000 Ampang, Selangor MALAYSIA SMS: 0122441105 Sila ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com