Assallamualikum..

Saya tertarik untuk menjawap tulisan saudara Ismail tapi bukan
untuk menegakkan " benang basah " jadi diharapkan saudara sekelian
faham dan kita lakukan sebagai " muzakarrah " aje.
Tentang murtad, memang terjadi tapi yang si anu tu mungkin berumur sekitar 
60/70 tahun dan bakal mati dan disumbat diperut bumi sebagai kufur kecuali 
Allah berikan hidayahNya. Sebab murtad...biasalah cinta punya pasal. Beliau 
memang sorang yang pandai mengaji Al Quran malahan dah Khatam pun....tapi 
mengaji sepertimana orang Melayu lain tanpa pengertian tentang isi2nya dan
tuntutannya .

Tentang negara Islam saya amat bersyukur jika hukum hudud dilaksanakan dan
ianya mungkin terjadi jika UMNO dan PAS dapat berkerjasama, kerana itu saya
memilih PAS sebagai asas perjuangan. Tapi saya berduka cita apabila bergabung
dgn DAP dan KEADILAN...kerana saya tau sedikit sebanyak teras perjuangan PAS
tergugat, kerana itu saya menyalahkan pembangkang dalam hal ini 
Ingin saya tegaskan jika si Ngor tu membaca Al Quran untuk panduan dia dan 
seterusnya mengkaji isi Al Quran....Alhamdullillah....Tapi bila ianya 
dipolitikkan
untuk mendapat tarikan dan undi...ianya dah jadi lain...tu sebab saya kata ianya
perlu ada guru...bukan main bedal aje .
Memang agama dan politik tak dapat dipisahkan kerana dlm agama ada berbagai2
panduan untuk hidup di dunia dan akhirat. Tapi politik terkini di Malaysia amat
menjijikkan....UMNO dgn rasuah dan kroninya sementara pembangkang dgn fitnah
dan biadapnya ( DAP dan KEADILAN ).
Terbaru terdapatnya unsur2 rasuah dlm pemilihan pemimpin PAS ....Inilah cacatnya
bila terdapat campurtangan " makhluk tak asing " dalam selimut PAS. Ini semua 
adalah
hasil dari gabungan dgn DAP dan KEADILAN .

Saya rasalah tak pernah rasanya saya menyatakan " org parti pembangkang yang
suruh si Ngor baca ayat tersebut "....tolong saudara Ismail baca tulisan saya 
sebaik2nya.

Wassallam




  ----- Original Message ----- 
  From: Ismail ab. rahman 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Thursday, May 07, 2009 10:52 AM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran





        Askm, sdr .

        Sdr ada menyebut orang murtad di tempat saudara. Bagaimana boleh jadi 
begitu! Adakah kerana beliau dapati Budha lebih baik dari Islam atau kerana 
kejahilannya tentang Islam menyebabkan beliau tukar menjadi Budhist. Kalau 
beliau jahil tentang Islam, mengapa tidak dididik beliau dengan Islam yang 
betol? Dalam hal ini siapa yang silap kalau orang Islam murtad? Sdr tahu tak 
apa hukumnya yang mesti dikenakan kepada orang murtad mengikut Islam seperti 
tercatit dalam Al Qur'an dan Sunnah Rasul?
         
         Di sini suka saya sebut, silap di sini kerana tidak agongkan dan 
murtabatkan Islam dalam pentadbiran Negara. Bercakap Negara Islam tetapi tidak 
melaksanakan seperti digariskan oleh Islam. Apakah itu betol bercakap tetapi 
tidak melaksanakan apa yang dicakap?

        Dari tulisan sdr ada tanda-tanda sdr salahkan Pembangkang. Ikhlas saya 
katakan saya tidak menyokong mana-mana pehak tetapi saya bercakap apa yang 
Islam kehendaki. Satu ketika dulu pernah saya dengar orang politik katakan 
'politik lain Agama lain'. Bagi saya ini salah. Agama adalah cara hidup 
merangkumi semua aspek gerak laku dan tindakan, kerana setiap tindakan dan 
gerak laku akan diambil kira masa penghisaban di Akhirat nanti. Jadi berpoltik 
pun termasuk sama catitan untuk penghisaban nanti, sekarang bagaiamana orang 
poltik anti Islam sanggup mengatakan 'politik lain Agama lain'. Ada juga yang 
mengatakan berpolitik tidak ada dalam al Qur'an. Ini lebih terok menafikan apa 
yang ada dalam Al Qur'an. Sila lihat ayat 2 - 5. Bukankah Nabi Muhammad saw itu 
sebagai pemimpin Negara dan ketua tentera. Beliau saw berpolitik dan 
menjalankan Hukum Allah swt. Mengajak rakyat bahkan ketua negara lain kepada 
Islam. Apa itu bukan berpolitik?

        Persoalan sekarang apabila orang bukan Islam membaca Al Qur'an heboh 
mentafsirkan ikut emosi sendiri dikatakan menghina Islam dan menghina orang 
Islam. Orang kita Melayu ini sangat sensitif dengan sentohan orang kafir, 
tetapi tidak sensitif dengan kejahilan orang Islam tentang agamanya. Perilakuan 
anak muda Islam membelakangkan ajaran Islam tidak sensitf. Saya tidak bermaksud 
mengatakan sdr jahil dalam hal Agama Islam, tidak sekali.Dulu pun marah kepada 
dua negara Eropah apabila mereka membuat karton Nabi Muhamad dan memburukan 
Rasul kita. Kita setakat marah, tetapi apakah Islam suruh kita lakukan? 
Bukankan di suruh berjihad. Sila rujuk Surah Attaubah. 

        Saya dapati sdr katakan munghkin orang Parti pembangkang suruh Ngor 
baca ayat tersebut. Siapakan nama orang parti pembangkan itu? Saya pun nak 
kenal dan kalau mungkin saya nak jumpanya dan mendapat dalil nash dalam hal ini.

        Saya ada juga jelaskan bahawa perbuatan Ngor itu akan dihukum oleh 
Allah swt. Kita tidak boleh berbuat sesuka hati. Walaubagaaiman pun pehak 
Pemerentah ada hak menghukumnya mengikut perundang dalam negara kerana 
pemerentahlah yang telah diberikuasa menghukum. Kita rakyat tidak perlu tuduh 
menuduh. Sebenar pun setiap perilaku kesalahan rakyat adalah tanggung jawab 
Pemerentah untuk bertidak seadilnya. Tidak ada selain pemerentah yang berhak 
bertindak dalam hal penghukuman.

        Saya juga menarik perhatian bahawa sesungguhnya kalaulah pemeretah 
mempertabatkan Islam kita akan hidup aman sentosa. Itu jaminan dari Allah swt.

        Sekian buat sementara.



        --- On Mon, 4/27/09, abu sa...@yahoo.com <abu sa...@yahoo.com> wrote:

          From: abu sa...@yahoo.com <abu sa...@yahoo.com>
          Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran
          To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
          Date: Monday, April 27, 2009, 11:47 PM



          Maaf cakaplah saudara Ismail...tolong baca semula ayat yang saya tulis
          dengan jujur . Saya tak tulis pun " yang mengatakan Islam itu agama 
          orang Melayu " yang saya tulis dan maksudkan " yang bersorak adalah
          orang Islam yang berbangsa Melayu "
           Jauh sungguh pengertiannya saudara....kat tempat saya ada orang 
Melayu 
          yang murtad dan menganut ugama Buddha...... yang fasik, goncang 
nombor 
          kat tempat tertentu lagi banyak dan bermacam lagi. Kami ambil kisah 
dengan 
          menasihati mereka, begitu juga halnya dgn si Ngor Kee Ming 
ini.....kami tak
          ambil kisah jika ianya bertujuan mempelajari ilmu Al Quran, mengambil 
isinya
          sebagai panduan, alhamdulillah. ....

          Masalahnya.. ..siapa guru dia ( rujukannya )? . Ape tujuan dia yang 
sebenarnya ?.
          Apekah dia memang mengetahui ayat yang dibaca terdapat kebenarannya. 
..ataupun
          hanya untuk tarikan politik semata-mata kerana hadirin ketika 
puratanya adalah 
          Melayu yang berugama Islam.
          Adakah dia berjumpa seseorang dan menyatakan niatnya dan tujuannya  
untuk
          membaca serta mentafsir isinya ?. Sehingga setengah orang di kolum 
ini berani
          mentafsirkan tujuan dan isihati si Ngor ini ( macamlah siNgor dah 
bagi tau dia
          awal2 lagi ).

          Saya bersetuju dgn pendapat2 Saudara Amri......
          Al Quran adalah kitab mulia Islam, kita sebagai Islam nak letak 
hujung kakipun
          terasa berdosa, apa tah lagi nak membacanya tanpa wuduk dan hadas 
besar.
          Adakah sesiapa dibelakang siNgor ini yang memberitahu dia tatacara 
membaca
          Al Quran ?. Buktikan kepada saya siapa tuan guru dia ( sebagai 
rujukan ) ?.

          Wassallam


            ----- Original Message ----- 
            From: Ismail ab. rahman 
            To: Ikhwanul Muslimun 
            Sent: Tuesday, April 21, 2009 4:08 PM
            Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al Quran


                  Saudara Abu Samah.
                   Saya ingin perbetulkan sedikit maksud tulisan saudara yang 
mengatakan Islam itu Agama orang Melayu. 

                  Bagi saya Islam itu Agama Allah SWT yang turunkan kepada 
manusia melalui Rasul Nya Nabi Muhammad saw. untuk diamali dan dihayati oleh 
makhlok manusia. Sesiapa nak membaca Al Qur'an boleh. Tujuan mengikut niat 
mereka. Ganjaran atau hukuman akan diberi oleh Allah SWT.

                  Saidina Omar Al Khattab membaca ayat Al Qur'an (Surat Ta Ha) 
yang menyebabkan beliau menggil dan terus mungucap dua kalimah syadah di 
hadapan Rasul Allah saw.

                  Kalau membaca Al Qur'an dengan niat buruk, buruklah akan 
diterimanya, kalau niat baik Insya Allah, Allah memberi hidayah dan menganut 
Islam. Apa susahnya. Ingat Islam adalah agama Allah SWT. Allah SWT lah menjaga 
Agama Nya. Kita menganut dan mengamal apa yang digaris atau di syari'at dalam 
Islam itu sendiri.

                  Sekian harap maaf kalau saya salah.

                  --- On Thu, 4/16/09, abu sa...@yahoo. com <abu sa...@yahoo. 
com> wrote:

                    From: abu sa...@yahoo. com <abu sa...@yahoo. com>
                    Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan 
Al Quran
                    To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
                    Date: Thursday, April 16, 2009, 5:35 AM


                    Assallamualaikum. ..

                    Ya benar sekali hujah saudara amri....siapakah dia yang
                    diberikan hak untuk menbaca dan mentafsir ayat suci 
                    Al Quran?.
                    Begitulah buruknya politik sekarang...campur tangan kaum
                    kafir ini dlm hal ugama kita DIBENARKAN oleh pihak 
pembangkang
                    malahan mendapat tepukan gemuruh dari orang Islam sendiri.
                    Bagaimana PEMBESAR PAS ?. Anda kalut ataupun anda telah 
sadar ?.

                    Manjakan kaum ini...ya pasti lama laun anda dan ugama anda
                    akan DITELANJANGKAN tanpa anda sedar dan yang bersorak 
adalah
                    orang Islam yang berbangsa Melayu .

                    Wassallam



                      ----- Original Message ----- 
                      From: amri el wahab 
                      To: Ikhwanul Muslimun 
                      Sent: Monday, April 13, 2009 2:30 PM
                      Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ngor Kee Ming dan Al 
Quran


                       Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat
                       Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana.
                       Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan 
orang bukan Islam tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran 
sesuka hati.

                        1.. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta 
menterjemahkan sepotong ayat Al Quran ketika itu? 
                        2.. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali 
tidak....... . 
                        3.. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan 
dia ada lah semata mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika 
berkempen hari itu. 
                        4.. Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan 
ayat Quran sebagai alat mainan politik nya untuk tujuan meraih undi. 
                        5.. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua 
pemerhati tahu bahawa ianya bermotif politik. 
                        6.. Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga 
orang bukan Islam boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam 
sendiri??? 
                        7.. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini 
di hadapan rakan rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka 
kepada Islam selepas ini. 
                        8.. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan 
seronok apabila melihat orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al 
Quran.Sekali pun bacaan nya lintang pukang. 
                        9.. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan 
oleh orang bukan Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik? 
                        10.. Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan 
atau memperalatkan Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk 
meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.  
                        11.. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al 
Quran sesuka hati 
                        12.. Mengapa? 
                        13.. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah 
belajar membaca Al Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah 
dia baca di hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru. 
                        14.. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka 
solat tidak sah. 
                        15.. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca 
Al Quran 
                        16.. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum 
hukum tajwid.... dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya. 
                        17.. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia 
baca surah yang bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut 
rentak ceramah nya malam itu? 
                        18.. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al 
Quran dengan tujuan hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena 
baca di hadapan seorang yang mahir. 
                        19.. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas 
saperti tuan guru dan orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya 
pula.(Terbalik kan?) 
                        20.. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? 
Sebalik nya apa yang terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam 
turut bersorak dan bertepuk tangan.Malang. .......dan memalukan... ......... 
..!!! 
                        21.. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam 
mempergunakan Al Quran sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen 
politik. 
                        22.. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di 
gunakan oleh bukan Islam sudah tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan 
untuk tujuan politik.


                      Salaam & Regards
                      Amri el Wahab
                      68000 Ampang, Selangor
                      MALAYSIA
                      SMS: 0122441105
                      Sila ke laman blog saya di http://hembusan- 
amal.blogspot. com
                 


       



  

Kirim email ke