Banyak pihak tertanya-tanya "Di mana salahnya?"
Saya sendiri tidak pasti. Daj menjadi arus kehidupan.

Orang lain mempunyai naluri yang sama seperti puan. nak leraikan,
tak nak anak-anak bergaduh. Terkadang atau banyak kadang bila kita tegur anak 
orang,
mak bapak dia pula yang marahkan kita. Itu mak bapak. Ada kes dan banyak kes 
anak-anak
itu sendiri yang jerkah balik.. "Pak cik/Mak cik peduli apa hal kami" atau 
"jangan masuk campur hal kami"
dan ada yang akan bertindak ganas menyerang kita balik. Dalam kes puan 
anggaplah puan bernasib baik
kerana mereka tidak bertindak ganas terhadap puan. Dalam hal-hal seperti itu 
dalam banyak kes ia tidak dapat
diduga (unpredictable). Kalau jadi baik alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya 
puan yang mengundang padah.
Saya tidak salahkan puan dan tidak juga salahkan orang lain yang hanya melihat 
sahaja. Biarkanlah kepada
pihak sekolah atau pihak polis, itu lebih selamat.

Saya bedoa hampir setiap hari agar perkara seperti itu tidak berlaku kepada 
anak-anak kami. Puan akan lebih terperanjat
jika puan ketahui banyak kes-kes lain yang melibatkan remaja. Lazimnya berlaku 
diluar situasi biasa. Puan juga perlu ingat
bahawa anak-anak itu mempunyai mak bapak. Siapakah orang sepatutnya lebih 
bertanggungjawab? Betul yang puan cakap, alangkah baiknya jika semua pihak 
dapat bekerjasama.

Sistem sosial kita dah nak hancur.

Jika kita bercakap dalam perspektif Islam, apa yang berlaku sekarang adalah 
akibat dari manusia menjauhi agama.
Wassalam.




________________________________
From: "hami...@yahoo.com" <hami...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Monday, June 1, 2009 23:08:36
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Remaja Mesti ditegur dan dididik





Saya setuju dengan pendapat saudara kholid, sememang nye remaja mungkin belum 
berakal dan mereka MESTI  di didik dan di tegur.  Baru-baru ini ada kejadian 
pelajar bergaduh di depan sekolah( depan orang ramai)...ibu- bapa dan orang 
dewasa  yang lalu kat situ buat tak tau saja.....Saya sendiri (seorang wanita) 
terpaksa turun kereta dan tolong leraikan...alhamdul illah berjaya..Apa dah 
jadi dengan masyarakat kita sekarang?... macam dah terlalu pentingkan diri..... 
atau pengecut!!.. ..Mungkin mereka yang lain tu fikir pergaduhan tak melibatkan 
anak-anak mereka so..buat apa nak tegur atau tolong leraikan.  Bagi saya, 
mereka yang berpendapat begini memang tak fikir panjang...mungkin hari ini 
orang lain kena pukul, dia orang tak tolong, esok lusa anak dia org pulak kena 
belasah...orang lain buat tak tau macam mana?  Masa tu baru tau agaknye...Lagi 
satu, dia org lupa agaknye, kalau kita biarkan budak2 mula bergaduh, depan 
public..kegiatan ini akan menular
 dan akan jadi lebih dahsyat lagi dimasa akan datang.  Budak2 akan tak segan2 
dan takut lagi untuk bergaduh dan jadi samseng depan orang ramai kerana dah 
jadi kebiasaan... .Walaupun yang liar tu bukan anak atau saudara mara 
kita....Pernah tak anda terfikir, budak2 remaja kalau di biarkan liar, akan 
jadi dewasa yang akan mungkin lagi teruk..Kalau banyak yang jadi penyangak dan 
samseng dalam masyarakat, macam mana agaknye masa depan anak kita, yang kita 
didik dengan betul,  yang akan hidup bersama-sama dengan mereka ni...Agak2 nye 
anak2 dan keluarga kita boleh hidup senang ke? Alang kah baiknye  jika kita 
semua bekerjasama memastikan setiap remaja menjadi orang dewasa yang 
bertanggungjawab dan bersahsiah mulia. Sikap tegur menegur itu sebenarnye perlu 
dalam Islam dan penting bagi memastikan kita dan anak-anak serta keluarga akan 
hidup harmoni di masa depan.  Fikir2 lah...


--- On Thu, 5/28/09, kho...@yahoo. com <kho...@yahoo. com> wrote:


From: kho...@yahoo. com <kho...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] kemana arahnya boikot israel?
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Thursday, May 28, 2009, 9:25 AM


Sebenarnya saya juga ingin bertanya soalan yang sama. Saya lihat di sana sini 
kain rentang mengajak boikot barangan Israel tapi kerap kali saya ke KB Mall 
restoran KFC dan McD tetap dipenohi oleh orang-orang Islam terutama kaum 
wanita. Ramai juga remaja tapi mungkin akal belum boleh berfikir lagi tapi 
wajar dididik. Bagi yang sudah berkeluarga mungkin kerana anak-anak mereka 
belum lagi terbujur berlumuran darah dan mungkin sudah tidak bernyawa akibat 
kekejaman Yahudi lanatullah itu maka mereka terus beri "sumbangan" di 
tempat-tempat tersebut bagi menambah peluru kepada tentera Yahudi !! Sepatutnya 
ia sudah berkurang kalau pun tidak capai 100% kejayaan langkah memboikot itu. 
Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 5/21/09, s...@yahoo.com <s...@yahoo.com> wrote:


From: s...@yahoo.com <s...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] kemana arahnya boikot israel?
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Thursday, May 21, 2009, 11:35 AM


bleh sesiapa komen mengenai tajuk di atas....
rasanya mcm dah xkuat semangat memboikot kan!!!!
skrg bleh nampak dah org pakai tudung kembali ke starbucks, mcd n lain2 
barangan keluaran israel dan sekutunya...
________________________________
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.





      New Email names for you!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke