Sungguh hebat kalam tuan, tetapi tuan kena kaji semula kerana satu jari tuan
menuduh tetapi 4 jari lagi menuding kepada pihak yang tuan agongkan. Tuan
menuduh pihak yang membuat aduan kerana dipaksa untuk diliwat sebagai
bersalah sedangkan pihak yang kena tuduh sebagai tidak bersalah. Sedangkan
pihak yg kena tuduh gelut berusaha untuk menangguhkan perbicaraan dengan
menggunakan pelbagai perkara teknikal . Sungguh pelik kerana DSAI berusaha
dengan pelbagai bantuan termasuk menggunakan pihak asing untuk melengah2kan
perbicaraan yang sepatutnya digunakan untuk membuktikan kepada seluruh
rakyat Malaysia & dunia bahawa beliau DSAI tidak bersalah.

Saya sungguh hairan kerana tuan menuduh tiada bantuan diberikan oleh pihak
pemerintah tetapi tidak pulak tuan menyentuh tentang berjuta2 bantuan yang
telah diberikan dari sekecil2 kepada yang sebesar2 bantuan.
Saya juga hairan kalau bantuan terlepas pandang oleh pihak yang sepatutnya
kenapa lah pulak pihak tuan dari parti politik PAS yang tewas tu tidak
menghulurkan bantuan seperti yang sepatutnya.
Sebagai pemimpin di kawasan tersebut walaupun tewas tetapi dia mestilah juga
berkhidmat kepada rakyat dalam apa jua bentuk.
Apa yang saya perhatikan adalah cacian, kecaman & fitnah oleh pihak yang
langsung tidak mencerminkan ketokohan sebagai penganut Islam yang
berpemikiran dinamik bukan jumud.
Wallahualam

2010/2/13 <>

>
>
> Inilah akibatnya apabila calun yang dipilih adalah pemimpin yang dikitar
> semula. Tarikh luput sebagai pemimpin sudah pun jelas tamat tapi bagi parti
> UMNO yang dah tak ada pemimpin yang layak terpaksa kitar semula asalkan
> jangan kerusi itu jatuh ketangan PAS. Dulu disingkir kerana terlibat rasuah
> dalam parti tapi parti berkenaan jilat balik ludah mereka maka dimanakah
> kejujuran parti yang menerajui negara benar-benar nak hapuskan rasuah sedang
> pemimpin rasuah dalam parti mereka sendiri pun mereka tetap junjung untuk
> dimertabatkan semula oleh rakyat Bagan Pinang !!? Difahamkan rasuah terus
> berlaku ketika pilihanraya kecil tersebut. Dari maklumat yang didengari
> seorang calun UMNO yang dah kalah dalam PRU12 di Kelantan tapi masih
> memegang jawatan dalam sebuah NGO telah angkut ratusan ribu ringgit ke Bagan
> Pinang ketika pilihan raya kecil di DUN tersebut. Itu pemimpin pertengahan.
> Berapa juta pula dari pemimpin atasan dan cukup memalukan jika nak bantu
> pesakit ini pun kena tunggu menang PRK ?? Dah lebih 10 kali PRU dan ratusan
> PRK diadakan masih ramai lagi rupanya orang Melayu/Islam dok percaya kepada
> parti ni ?? Berpura-pura dengan Allah pun mereka tak takut inikan pula
> berpura-pura sesama manusia ?? Sekadar mengaku Islam belum pasti mereka
> benar-benar beriman.
>
> Maka jika parti ini terus menerajui pemerintahan negara kemungkinan besar
> pemimpin nombor satu akan silih berganti berkitar dan berkisar di kalangan
> anak-anak mantan beberapa PM. Salah seorang darinya ialah yang menguasai
> pasukan PDRM. Kabarnya pelbagai imbuhan diberikan untuk pasukan polis
> termasuk ? kenaikan gaji. Kita sokong kenaikan gaji pasukan polis tapi ketua
> mereka yang dilanjutkan khidmatnya itu benarkah seorang yang hebat ? atau
> sekadar hebat melindungi bos paling besar agar kes pembunuhan wanita
> Monggolia terus tidak dibongkar habis-habisan !!??  Mungkin juga kerana
> kehebatannya menggelapkan masa depan DS Anwar Ibrahim di era Mahathir maka
> khidmatnya dan kehebatan itu mesti terus dipergunakan agar kes liwat II yang
> berlangsung sekarang mampu menenggelamkan terus Anwar dari arena politik
> Malaysia maka selamatlah "Syarikat Kepimpinan Adik Beradik" mereka. Maka
> jika benar Allah SWT  adalah benar-benar Tuhan yang mereka imani ingatlah
> bahawa "manusia merancang dan Allah juga merancang tapi Allah adalah
> sebaik-baik perancang". Wallahua'lam.
>
>
> ------------------------------
> *From:* "su...@yahoo.com" <su...@yahoo.com>
> *To:* Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
> *Sent:* Sun, February 7, 2010 9:38:07 PM
> *Subject:* Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang
> N9
>
>
>
> OKU tagih janji pilihan raya kecil
> Sinar Harian 7 Feb 2010
>
> PORT DICKSON – Orang kurang upaya (OKU), Mohd Yusof Saad, 53, mendakwa,
> kecewa janji pelbagai pihak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
> Negeri (DUN) masih belum tertunai.
>
> Yusof berkata, kencing manis dialaminya menyebabkan kaki kirinya dipotong,
> sekali gus membantutkan pergerakannya.
>
> Kini, sudah empat bulan berlalu, kehidupannya masih seperti biasa, walaupun
> ketika pilihan raya lalu, ramai datang berjanji untuk menghulurkan bantuan
> bagi mengurangkan bebannya, namun mendakwa, semuanya sekadar tinggal janji
> sahaja.
>
> “Waktu itu, pelbagai bantuan ditawarkan kepada saya setelah mereka melihat
> penderitaan saya alami. Ketika itu, saya rasa bertuah dan merasakan nasib
> saya akan bertambah baik daripada sekarang.
>
> “Tetapi, kini sudah hampir empat bulan, semua tawaran bantuan tidak kunjung
> tiba dan kehidupan kekal berliku seperti dahulu,” katanya.
>
> Selain itu, Mohd Yusof berkata, sekalipun menyedari pelbagai bantuan
> disediakan kerajaan, namun dia masih tidak tahu cara untuk memperolehi
> bantuan terbabit.
>
> Menurutnya, dia mendengar kewujudan bantuan dan fungsi Jabatan Kebajikan
> Masyarakat (JKM), tetapi tidak tahu cara membuat permohonan.
>
> “Saya memang tidak tahu bagaimana untuk memohon bantuan daripada pusat
> kebajikan. Bagaimanapun, pada PRK Bagan Pinang lalu, baru saya tahu
> bagaimana cara hendak membuat permohonan bantuan.
>
> “Itu pun selepas ramai menteri turun padang,” katanya ketika ditemui di
> Bandar Sunggala, di sini.
>
> Kehidupan Mohd Yusof sejak dua tahun lalu terpaksa bergantung sepenuhnya
> kepada kerusi roda berikutan kaki kirinya terpaksa dipotong daripada lutut
> ke bawah.
>
> Menurutnya, semua akibat alahan setelah makan durian dan se-luruh badannya
> membengkak dan bahagian kaki kirinya mengalami masalah serius dan terpaksa
> dipotong.
>
> Sejak itu, kehidupannya bergantung kepada isterinya, Fatimah Syam Ayob, 50,
> untuk meneruskan kehidupan.
>
> Wanita tabah itu baru dikahwini empat tahun lalu menganggap semua itu
> sebagai dugaan paling besar dalam hidupnya dan tidak pernah sesekali
> merungut.
>
> “Ini adalah tanggungjawab perlu dipikul dan amanah Allah yang diberikan
> kepada saya dan saya yakin pasti perkara lebih baik akan menanti suatu hari
> nanti,” katanya.
>
> Fatimah berkata, dia perlu menyewa kereta setiap kali suaminya menjalani
> rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di sebuah hospital swasta dekat
> Seremban.
>
> Menurutnya, kosnya tinggi dan pernah satu ketika dia terpaksa berhutang.
>
> “Selain kos sewa kereta, sudah pastinya rawatan suami mencecah ribuan
> ringgit. Beberapa pembedahan dilakukan semuanya memakan kos ribuan ringgit.
> Yang pasti semua kos itu adalah hasil usaha berniaga barang pantai di kedai
> Batu 4, di sini.
>
> “Kami ada menerima bantuan daripada Baitulmal RM1,000 untuk rawatan
> hemodialisis, tetapi beribu ringgit lagi terpaksa ditanggung sendiri untuk
> rawatan pembedahan dan sebagainya.
>
> “Kerusi roda digunakan suami juga adalah kerusi roda arwah ayahnya.
> Walaupun sudah mengalami beberapa kerosakan kecil, tetapi masih boleh
> digunakan kerana kami tidak berkemampuan membeli kerusi roda baru,” katanya.
>
>
> Ini kerana, suaminya turut menghidap penyakit buah pinggang tahap kritikal.
>
>
> Keperluan juga perlu dipenuhi seperti lampin pakai buang, makanan dan sabun
> khas untuk rawatan penyakit ku:litnya.
>
> Untuk menambah pendapatan dengan menambah waktu bekerja iaitu berniaga
> lebih masa, Fatimah mengakui tetap tidak boleh memberikan pulangan baik.
>
> Menurutnya. sambutan terhadap barang diniaga juga bermusim, apabila cuti
> umum sahaja pembeli akan ramai dan jika hari biasa sukar mendapat pembeli.
>
> “Kebiasaannya pada hari cuti kedai akan dibuka 15 jam sehari bermula jam 8
> pagi berbeza dengan hari biasa kedai hanya dibuka jam 10 pagi.
>
> “Untuk ke kedai, saya terpaksa menyewa kereta untuk membawa suami. Tidak
> mungkin saya meninggalkan suami bersendirian di rumah kerana dia tidak mampu
> mengurus dirinya sendiri. Saya tidak pandai memandu ditambah kami tidak
> mempunyai kereta,” katanya.
>
> Fatimah mengakui suaminya adalah pemegang kad OKU dibekalkan JKM, sejak dua
> tahun lalu, tidak tahu mengapa tidak memperoleh bantuan selayaknya sehingga
> kini.
>
> “Sekarang ini, saya berharap permohonan dilakukan sejak empat bulan lalu
> akan segera disalurkan untuk meringankan kesusahan ini kerana selain
> membiayai kos rawatan suami, kedai mereka berniaga juga perlu dibayar sewa,”
> katanya.
>
> Sementara itu, jurucakap JKM Port Dickson ketika dihubungi Sinar Harian
> memaklumkan bahawa permohonan dilakukan Mohd Yusuf telah diluluskan dan
> selewat-lewatnya bantuan akan disalurkan hujung bulan ini.
>
> http://www.sinarhar ian.com.my/ mns/content/ story6766497. 
> asp<http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6766497.asp>
>
>
>  
>



-- 
KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA-PJM UBAHSUAI RMH
Tiada Kelayakan 60%-Ada Pinjaman Perumahan(1)-Boleh pinjam sehingga RM300K
Tempoh Byr Sehingga 30Tahun-Faedah 4%-Pinjaman Ubahsuai Rumah-Anda Boleh
Dapat Cash 25% Dari Jum Loan (75% Buat Ubahsuai)

M'SIA BUILDING SOCIETY BHD
PINJAMAN PERIBADI MAX RM200K-INTEREST 1-15THN=4.9%, 16-20THN=5.2%

"LOAN ANDA DI TOLAK OLEH BANK???" ANDA BLACKLIST HINGGA RM150K BOLEH MOHON
HUBUNGI 019-4706971 @ slya...@gmail.com
sms :
1.Nama penuh 2.No.Ic 3.Majikan 4.Gaji kasar (Gaji pokok + elaun tetap) 5.
Jum potongan dalam slip gaji

Kelebihan pinjaman koperasi:

1. Kadar kelulusan segera, walaupun blacklist dijamin lulus!
2. Kadar faedah serendah utk 1-2thn3.99%, 3-10thn:4.99%, 11-15thn: 5.79%
3. Mempunyai khairat kematian dan dilindungi insurans Takaful
4. Pinjaman sehingga RM150K, sehingga 15 tahun
5. Tiada penjamin diperlukan
6. Boleh overlap hutang lama sekiranya potongan melebihi 60%

Syarat-syarat:
1. Potongan melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
2. Jawatan tetap (kerajaan/badan berkanun & swasta (Ada kemudahan BPA)
3. Jawatan Kontrak (kerajaan & badan berkanun - Min Kontrak > 5 tahun

Reply via email to