Jika sekadar mengaku Islam tapi belum beriman dengan sebenar benarnya pasti 
akan berpecah belah (terpaksa berpecah belah !!). Masyarakat Jahiliyah 
memerangi Nabi SAW kerana beginda dituduh memecah belah kaum Musyrikin pada hal 
Nabi sekadar menyeru agar semua manusia kembali menyembah hanya Allah SWT. 
Mereka (Musyrikin) ketika itu percaya kepada Allah sebab itu apabila Abrahah 
mahu menyerang kota Mekah tetapi lebih dahulu melarikan unta-unta milik ? Abdul 
Mutalib lalu Abdul Mutalib pergi menuntut semula unta-untanya. Abrahah terkejut 
mengapa Abdul Mutalib tidak minta agar dia tidak serang serta robohkan Kaabah!! 
JawapanAbdul Mutalib ialah Kaabah itu ada Tuan nya iaitu Allah dan Dialah yang 
pasti akan melindungi rumah Nya. Maka belum sempat kaabah diserang gajah-gajah 
Abrahah telah dihancurkan oleh "tentera" Allah SWT (burung-burung abaabil ?).

Maka tidak cukup kita sekadar menngaku Islam dan percaya kepada Allah tapi 
sistem hidup tetap menolak apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Adalah wajib 
kita menyembah Allah dalam erti kata mentaati segala yang dibawa oleh beginda 
berdasarkan kitab al Quran. Kalau Musyrikin percaya Allah tapi masih dok sembah 
berhala, apa bezanya hari ini ramai yang mengaku sembah Allah tapi hakikatnya 
mereka masih menyembah berhala cuma berhala dulunya adalah patong tapi berhala 
hari ini ialah patong hidup (taat sesama manusia walau pun bercanggah dengan 
perintah Allah SWT). Politik yang tidak matang ialah politik Melayu yang 
diterajui UMNO kerana ia bukan dari ajaran Rasulullah SAW. Kalau kita berhujah 
dengan mereka pasti mereka kata mereka pun Islam tapi apa yang terbukti dari 
segi zahirnya pun mereka bertindak bukan membantu semua orang Islam. Lihat saja 
apabila Trengganu jatoh ketangan PAS dan UMNO/BN masih menguasai kerajaan 
Persekutuan royalti minyak ditarik balik
 seolah-olah PAS bukan parti orang Melayu dan bukan parti orang Islam !! Inilah 
politik tidak matang yang hanya pentingkan kekuasaan berada ditangan mereka 
demi nafsu mereka bukan keadilan seperti dituntut dalam Islam. Minyak anugerah 
Allah tapi mereka jadikan macam harta mak bapa mereka !! Wallahua'lam.





________________________________
From: "Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com" <Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Thu, March 4, 2010 2:45:00 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang  N9


Salam,shamir, bersabarlah dengan orang-orang seprti saudara kholid ni,orang 
kalau dah taksub ni cakap orang lain diaorang tak nak dengar.Semoga Allah S.W.T 
tunjukkan kebenaran demi kebenaran disaat orang Islam berpecah-belah bahana 
politik tidak matang. Saya cuma harap saudara kholid ni bukan orientalis atau 
ahli freemason yang niat mereka memang nak memecahbelahkan umat Islam.Kalau 
ya,semoga Allah laknat kamu! Wallahua'lam.
                         Ketaksuban membunuh Kewarasan


--- On Mon, 1/3/10, kho...@yahoo. com <kho...@yahoo. com> wrote:


>From: kho...@yahoo. com <kho...@yahoo. com>
>Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9
>To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
>Date: Monday, 1 March, 2010, 3:51 PM
>
>
>
>Mengapa sibuk nak suruh yang kalah pula bantu ? Yang sedang perintah negeri tu 
>dok buat apa ? Pilihanraya yang di adakan hanya PRK. Kuasa negeri masih mereka 
>yang pegang walau sapa sekali pun menang. Di zaman Saidina Umar al Khattab  
>seorang wanita yang tak mampu beri makan anak-anak nya letakkan tanggongjawab 
>membantu dia adalah terletak di bahu Saidina Umar. Sebaik saja diketahui 
>Saidina Umar beliau sendiri pikul gandum untuk disampaikan kepada wanita itu. 
>Soal isu pihak luar bantu DSAI mengapa harus disibukkan ? Kalau bantuan tidak 
>diminta dari mereka pun mereka pun tahu bahawa peroses keadilan di Malaysia 
>meragukan !! Yang dah letupkan orang hingga berkecai pun yang diadili di 
>mahkamah hanya "penjenayah ciptaan" sahaja sedangkan Director nya sedikit pun 
>tidak disentuh. Pegawai penjara yang gantong pesalah hingga mati itu adalah 
>membunuh. Dia sekadar menjalankan perintah kerana arahan dibuat secara 
>bertulis dan telus maka dia tidak boleh
> disabitkan dengan pembunuhan tapi bagaimana jika pihak yang diarah membunuh 
> secara tidak bertulis ?? Maka tiada bukti untuk mensabitkan pihak yang 
> mengarah !! Sebaliknya bukti tersangat mudah diadakan terhadap musuh politik 
> kerana takutnya "mereka" kepada ynag berkuasa bukan kepada yang Maha Kuasa. 
> Bukti sukar diadakan jika bos sendiri yang lakukan jenayah !! Bukan sekadar 
> pejam sebelah mata bahkan pejam dua belah mata !!??
>
>Soal fitnah yang paling dahsyat ialah fitnah murtad. Kalau agama (syariat) 
>dipermainkan bahkan dihina maka inilah fitnah yang paling berat !! Mengapa 
>pihak tuan tidak ambil peduli sedangkan Nabi tidak mengaku umat orang yang 
>tidak memperdulikan urusan saudara seagama nya terutama dalam soal aqidah ? 
>Mengapa tuan hanya suka menempelak mereka yang tuan anggap suka mencaci 
>menfitnah ? pihak yang menjadi dokongan tuan. Tuan macam takut makan ubat yang 
>pahit untuk menyembuhkan penyakit !! Wallahua'lam.
>
>
>
>
________________________________
 From: "[S][H][M][A] [M][I][R] @yahoo.com" <[S][H][M][A] [M][I][R] @yahoo.com>
>To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
>Sent: Mon, February 22, 2010 11:09:53 AM
>Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9
>
>
>Sungguh hebat kalam tuan, tetapi tuan kena kaji semula kerana satu jari tuan 
>menuduh tetapi 4 jari lagi menuding kepada pihak yang tuan agongkan. Tuan 
>menuduh pihak yang membuat aduan kerana dipaksa untuk diliwat sebagai bersalah 
>sedangkan pihak yang kena tuduh sebagai tidak bersalah. Sedangkan pihak yg 
>kena tuduh gelut berusaha untuk menangguhkan perbicaraan dengan menggunakan 
>pelbagai perkara teknikal . Sungguh pelik kerana DSAI berusaha dengan pelbagai 
>bantuan termasuk menggunakan pihak asing untuk melengah2kan perbicaraan yang 
>sepatutnya digunakan untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia & dunia 
>bahawa beliau DSAI tidak bersalah.
>
>Saya sungguh hairan kerana tuan menuduh tiada bantuan diberikan oleh pihak 
>pemerintah tetapi tidak pulak tuan menyentuh tentang berjuta2 bantuan yang 
>telah diberikan dari sekecil2 kepada yang sebesar2 bantuan.
>Saya juga hairan kalau bantuan terlepas pandang oleh pihak yang sepatutnya 
>kenapa lah
> pulak pihak tuan dari parti politik PAS yang tewas tu tidak menghulurkan 
> bantuan seperti yang sepatutnya.
>Sebagai pemimpin di kawasan tersebut walaupun tewas tetapi dia mestilah juga 
>berkhidmat kepada rakyat dalam apa jua bentuk.
>Apa yang saya perhatikan adalah cacian, kecaman & fitnah oleh pihak yang 
>langsung tidak mencerminkan ketokohan sebagai penganut Islam yang berpemikiran 
>dinamik bukan jumud.
>Wallahualam
>
>
>2010/2/13 <>
>
>
>>Inilah akibatnya apabila calun yang dipilih adalah pemimpin yang dikitar 
>>semula. Tarikh luput sebagai pemimpin sudah pun jelas tamat tapi bagi parti 
>>UMNO yang dah tak ada pemimpin yang layak terpaksa kitar semula asalkan 
>>jangan kerusi itu jatuh ketangan PAS. Dulu disingkir kerana terlibat rasuah 
>>dalam parti tapi parti berkenaan jilat balik ludah mereka maka dimanakah 
>>kejujuran parti yang menerajui negara benar-benar nak hapuskan rasuah sedang 
>>pemimpin rasuah dalam parti mereka sendiri pun mereka tetap junjung untuk 
>>dimertabatkan semula oleh rakyat Bagan Pinang !!? Difahamkan rasuah terus 
>>berlaku ketika pilihanraya kecil tersebut. Dari maklumat yang didengari 
>>seorang calun UMNO yang dah kalah dalam PRU12 di Kelantan tapi masih memegang 
>>jawatan dalam sebuah NGO telah angkut ratusan ribu ringgit ke Bagan Pinang 
>>ketika pilihan raya kecil di DUN tersebut. Itu pemimpin
>> pertengahan. Berapa juta pula dari pemimpin atasan dan cukup memalukan jika 
>> nak bantu pesakit ini pun kena tunggu menang PRK ?? Dah lebih 10 kali PRU 
>> dan ratusan PRK diadakan masih ramai lagi rupanya orang Melayu/Islam dok 
>> percaya kepada parti ni ?? Berpura-pura dengan Allah pun mereka tak takut 
>> inikan pula berpura-pura sesama manusia ?? Sekadar mengaku Islam belum pasti 
>> mereka benar-benar beriman.
>>
>>Maka jika parti ini terus menerajui pemerintahan negara kemungkinan besar 
>>pemimpin nombor satu akan silih berganti berkitar dan berkisar di kalangan 
>>anak-anak mantan beberapa PM. Salah seorang darinya ialah yang menguasai 
>>pasukan PDRM. Kabarnya pelbagai imbuhan diberikan untuk pasukan polis 
>>termasuk ? kenaikan gaji. Kita sokong kenaikan gaji pasukan polis tapi ketua 
>>mereka yang dilanjutkan khidmatnya itu benarkah seorang yang hebat ? atau 
>>sekadar hebat melindungi bos paling besar agar kes pembunuhan wanita 
>>Monggolia terus tidak dibongkar habis-habisan
>> !!??  Mungkin juga kerana kehebatannya menggelapkan masa depan DS Anwar 
>> Ibrahim di era Mahathir maka khidmatnya dan kehebatan itu mesti terus 
>> dipergunakan agar kes liwat II yang berlangsung sekarang mampu 
>> menenggelamkan terus Anwar dari arena politik Malaysia maka selamatlah 
>> "Syarikat Kepimpinan Adik Beradik" mereka. Maka jika benar Allah SWT  adalah 
>> benar-benar Tuhan yang mereka imani ingatlah bahawa "manusia merancang dan 
>> Allah juga merancang tapi Allah adalah sebaik-baik perancang". Wallahua'lam.
>>
>>
>>
>>
>>
>>
________________________________
 From: "su...@yahoo. com" <su...@yahoo. com>
>>To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
>>Sent: Sun, February 7, 2010 9:38:07 PM
>>Subject: Help Palestine [hidayahnet] Mana janji pilihanraya Bagan Pinang N9
>>
>>
>>OKU tagih janji pilihan raya kecil
>>Sinar Harian 7 Feb 2010
>>
>>PORT DICKSON – Orang kurang upaya (OKU), Mohd Yusof Saad, 53, mendakwa, 
>>kecewa janji pelbagai pihak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan 
>>Negeri (DUN) masih belum tertunai.
>>
>>Yusof berkata, kencing manis dialaminya menyebabkan kaki kirinya dipotong, 
>>sekali gus membantutkan pergerakannya.
>>
>>Kini, sudah empat bulan berlalu, kehidupannya masih seperti biasa, walaupun 
>>ketika pilihan raya lalu, ramai datang berjanji untuk menghulurkan bantuan 
>>bagi mengurangkan bebannya, namun mendakwa, semuanya sekadar tinggal janji 
>>sahaja.
>>
>>“Waktu itu, pelbagai bantuan ditawarkan kepada saya setelah mereka melihat 
>>penderitaan saya alami. Ketika itu, saya rasa bertuah dan merasakan nasib 
>>saya akan bertambah baik daripada sekarang.
>>
>>“Tetapi, kini sudah hampir empat bulan, semua tawaran bantuan tidak kunjung 
>>tiba dan kehidupan kekal berliku seperti dahulu,”
>> katanya.
>>
>>Selain itu, Mohd Yusof berkata, sekalipun menyedari pelbagai bantuan 
>>disediakan kerajaan, namun dia masih tidak tahu cara untuk memperolehi 
>>bantuan terbabit.
>>
>>Menurutnya, dia mendengar kewujudan bantuan dan fungsi Jabatan Kebajikan 
>>Masyarakat (JKM), tetapi tidak tahu cara membuat permohonan.
>>
>>“Saya memang tidak tahu bagaimana untuk memohon bantuan daripada pusat 
>>kebajikan. Bagaimanapun, pada PRK Bagan Pinang lalu, baru saya tahu bagaimana 
>>cara hendak membuat permohonan bantuan.
>>
>>“Itu pun selepas ramai menteri turun padang,” katanya ketika ditemui di 
>>Bandar Sunggala, di sini.
>>
>>Kehidupan Mohd Yusof sejak dua tahun lalu terpaksa bergantung sepenuhnya 
>>kepada kerusi roda berikutan kaki kirinya terpaksa dipotong daripada lutut ke 
>>bawah.
>>
>>Menurutnya, semua akibat alahan setelah makan durian dan se-luruh badannya 
>>membengkak dan bahagian kaki kirinya mengalami masalah serius dan terpaksa 
>>dipotong.
>>
>>
>>Sejak itu, kehidupannya bergantung kepada isterinya, Fatimah Syam Ayob, 50, 
>>untuk meneruskan kehidupan.
>>
>>Wanita tabah itu baru dikahwini empat tahun lalu menganggap semua itu sebagai 
>>dugaan paling besar dalam hidupnya dan tidak pernah sesekali merungut.
>>
>>“Ini adalah tanggungjawab perlu dipikul dan amanah Allah yang diberikan 
>>kepada saya dan saya yakin pasti perkara lebih baik akan menanti suatu hari 
>>nanti,” katanya.
>>
>>Fatimah berkata, dia perlu menyewa kereta setiap kali suaminya menjalani 
>>rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di sebuah hospital swasta dekat 
>>Seremban.
>>
>>Menurutnya, kosnya tinggi dan pernah satu ketika dia terpaksa berhutang.
>>
>>“Selain kos sewa kereta, sudah pastinya rawatan suami mencecah ribuan 
>>ringgit. Beberapa pembedahan dilakukan semuanya memakan kos ribuan ringgit. 
>>Yang pasti semua kos itu adalah hasil usaha berniaga barang pantai di kedai 
>>Batu 4, di sini.
>>
>>“Kami ada menerima
>> bantuan daripada Baitulmal RM1,000 untuk rawatan hemodialisis, tetapi beribu 
>> ringgit lagi terpaksa ditanggung sendiri untuk rawatan pembedahan dan 
>> sebagainya.
>>
>>“Kerusi roda digunakan suami juga adalah kerusi roda arwah ayahnya. Walaupun 
>>sudah mengalami beberapa kerosakan kecil, tetapi masih boleh digunakan kerana 
>>kami tidak berkemampuan membeli kerusi roda baru,” katanya.
>>
>>Ini kerana, suaminya turut menghidap penyakit buah pinggang tahap kritikal.
>>
>>Keperluan juga perlu dipenuhi seperti lampin pakai buang, makanan dan sabun 
>>khas untuk rawatan penyakit ku:litnya.
>>
>>Untuk menambah pendapatan dengan menambah waktu bekerja iaitu berniaga lebih 
>>masa, Fatimah mengakui tetap tidak boleh memberikan pulangan baik.
>>
>>Menurutnya. sambutan terhadap barang diniaga juga bermusim, apabila cuti umum 
>>sahaja pembeli akan ramai dan jika hari biasa sukar mendapat pembeli.
>>
>>“Kebiasaannya pada hari cuti kedai akan dibuka 15 jam
>> sehari bermula jam 8 pagi berbeza dengan hari biasa kedai hanya dibuka jam 
>> 10 pagi.
>>
>>“Untuk ke kedai, saya terpaksa menyewa kereta untuk membawa suami. Tidak 
>>mungkin saya meninggalkan suami bersendirian di rumah kerana dia tidak mampu 
>>mengurus dirinya sendiri. Saya tidak pandai memandu ditambah kami tidak 
>>mempunyai kereta,” katanya.
>>
>>Fatimah mengakui suaminya adalah pemegang kad OKU dibekalkan JKM, sejak dua 
>>tahun lalu, tidak tahu mengapa tidak memperoleh bantuan selayaknya sehingga 
>>kini.
>>
>>“Sekarang ini, saya berharap permohonan dilakukan sejak empat bulan lalu akan 
>>segera disalurkan untuk meringankan kesusahan ini kerana selain membiayai kos 
>>rawatan suami, kedai mereka berniaga juga perlu dibayar sewa,” katanya.
>>
>>Sementara itu, jurucakap JKM Port Dickson ketika dihubungi Sinar Harian 
>>memaklumkan bahawa permohonan dilakukan Mohd Yusuf telah diluluskan dan 
>>selewat-lewatnya bantuan akan disalurkan hujung bulan ini.
>>
>>
>>http://www.sinarhar ian.com.my/ mns/content/ story6766497. asp
>>
>>
>>
>
>
>--
>KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA-PJM UBAHSUAI RMH
>Tiada Kelayakan 60%-Ada Pinjaman Perumahan(1) -Boleh pinjam sehingga RM300K 
>Tempoh Byr Sehingga 30Tahun-Faedah 4%-Pinjaman Ubahsuai Rumah-Anda Boleh Dapat 
>Cash 25% Dari Jum Loan (75% Buat Ubahsuai)
>
>M'SIA BUILDING SOCIETY BHD
>PINJAMAN PERIBADI MAX RM200K-INTEREST 1-15THN=4.9% , 16-20THN=5.2%
>
>"LOAN ANDA DI TOLAK OLEH BANK???" ANDA BLACKLIST HINGGA RM150K BOLEH MOHON
>HUBUNGI 019-4706971 @ slya...@gmail. com
>sms :
>1.Nama penuh 2.No.Ic 3.Majikan 4.Gaji kasar (Gaji pokok + elaun tetap) 5. Jum 
>potongan dalam slip gaji
>
>Kelebihan pinjaman koperasi:
>
>1. Kadar kelulusan segera, walaupun blacklist dijamin lulus!
>2. Kadar
> faedah serendah utk 1-2thn3.99%, 3-10thn:4.99% , 11-15thn: 5.79%
>3. Mempunyai khairat kematian dan dilindungi insurans Takaful
>4. Pinjaman sehingga RM150K, sehingga 15 tahun
>5. Tiada penjamin diperlukan
>6. Boleh overlap hutang lama sekiranya potongan melebihi 60%
>
>Syarat-syarat:
>1. Potongan melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
>2. Jawatan tetap (kerajaan/badan berkanun & swasta (Ada kemudahan BPA)
>3. Jawatan Kontrak (kerajaan & badan berkanun - Min Kontrak > 5 tahun
>
>

________________________________
 Adding more friends is quick and easy.
Invite your friends from Hotmail, Gmail to Yahoo! Messenger today!



      

Kirim email ke