Orang politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tak ada masa agaknya nak 
membela nasib para guru yang menderita akibat berbillion ringgit bajet 
Kementerian Pelajaran dipotong tahun 2010. 

Orang politik sibuk , sibuk merancang esok siapa nak lompat parti. Esok nak 
jatuhkan siapa. Esok siapa nak jadi ketua. Esok siapa nak jadi juara perjuang 
nasib rakyat.

Itulah politk. Parti didahulukan, rakyat dikemudiankan.

Kisah guru baiki kelas guna duit sendiri di 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html 

Kisah guru makan biskut kering semasa kursus di 
http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-makan-biskut-kering-kerajaan-tak.html 

******************** 
Berita Harian 5 Mac 2010 
Penarikan tajaan jejas peluang guru 

BERDASARKAN surat bertarikh 10 Disember 2009 nombor rujukan KP (BB) 700-1/9 
Jilid A (16) jelas menyatakan Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran 
menangguhkan semua program latihan guru dalam bentuk Hadiah Latihan Persekutuan 
(HLP), Sarjana Kepengetuaan, Sarjana Muda Pendidikan Khas dan Diploma Siswazah 
Dalam Penyalahgunaan Dadah (Spada) pada 2010. 

Ini bermakna guru yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana dan 
kedoktoran mulai 2010 tidak akan diberi bantuan kewangan seperti sebelumnya. 
Jelas ini langkah ke belakang yang diambil bahagian tajaan. Dalam pada Perdana 
Menteri mahu sistem pendidikan bertaraf dunia dan guru dilatih dengan aspek 
pendidikan terkini, keputusan ini jelas dibuat secara terburu-buru. 

Apa yang dibimbangkan keputusan bahagian tajaan itu tidak dimaklumkan kepada 
Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga 
Menteri Pelajaran. Bukti yang menunjukkan Menteri Pelajaran begitu prihatin 
ialah beliau dengan serta-merta meluluskan peruntukan RM89 juta selepas 
mengetahui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) memansuhkan 11 jenis 
sukan. 

Saya amat yakin jika Perdana Menteri tahu hal ini, beliau tidak akan 
membenarkan bahagian tajaan KPM melakukan sesuka hati bertentangan prinsip 
kerajaan iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Perdana Menteri dan 
timbalannya bukan seperti pemimpin pembangkang yang hanya tahu bercakap konon 
mereka pembela rakyat, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk rakyat. 

Saya yang ingin melanjutkan pengajian sarjana menerusi HLP begitu kecewa dengan 
sikap Bahagian Tajaan kementerian. Saya hampir mencapai usia 40 dan bimbang 
jika tiada biasiswa untuk HLP. Guru tidak berpeluang untuk memperbaiki ilmu 
mereka. Saya juga mendapat tahu rakan saya yang sedang melanjutkan pengajian di 
Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands juga dinafikan hak mereka. 
Mereka yang sedang belajar 1 Julai 2009 sepatutnya diberi biasiswa untuk ke 
Institut Pengajian Kepengetahuaan Universiti Malaya (IPKUM) dalam bidang 
Sarjana Kepengetahuaan pada Julai 2010, tetapi malangnya turut dinafikan 
bahagian tajaan. Begitu juga dengan program Spada turut dibatalkan 

Apakah bahagian tajaan lupa mereka yang terbabit dengan dadah biasanya dalam 
usia yang muda atau ketika zaman persekolahan. Bagaimana guru ingin mencegah 
perkara ini jika kursus seperti ini juga ingin ditiadakan? Apa pula halnya 
dengan guru yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan khas? Kita 
kekurangan guru dalam bidang itu, tetapi hal ini dipandang sepi bahagian 
tajaan. Adakah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tahu mengenai tindakan bahagian 
tajaan ini? 

GURU KECEWA, 
Kedah. 

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20100304231200/Article/index_html
 



      

Reply via email to