Sdr Rozmal, Itu jugalah pandangan saya.
Salam Megat Shaharuddin Merican =========================== On 05/03/2010, at 9:39 PM, rozmal.bin.mala...@pp-inbound02.tm.net.my wrote: > Orang politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tak ada masa agaknya > nak membela nasib para guru yang menderita akibat berbillion ringgit bajet > Kementerian Pelajaran dipotong tahun 2010. > > Orang politik sibuk , sibuk merancang esok siapa nak lompat parti. Esok nak > jatuhkan siapa. Esok siapa nak jadi ketua. Esok siapa nak jadi juara perjuang > nasib rakyat. > > Itulah politk. Parti didahulukan, rakyat dikemudiankan. > > Kisah guru baiki kelas guna duit sendiri di > http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html > > Kisah guru makan biskut kering semasa kursus di > http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-makan-biskut-kering-kerajaan-tak.html > > ******************** > Berita Harian 5 Mac 2010 > Penarikan tajaan jejas peluang guru > > BERDASARKAN surat bertarikh 10 Disember 2009 nombor rujukan KP (BB) 700-1/9 > Jilid A (16) jelas menyatakan Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian > Pelajaran menangguhkan semua program latihan guru dalam bentuk Hadiah Latihan > Persekutuan (HLP), Sarjana Kepengetuaan, Sarjana Muda Pendidikan Khas dan > Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (Spada) pada 2010. > > Ini bermakna guru yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana dan > kedoktoran mulai 2010 tidak akan diberi bantuan kewangan seperti sebelumnya. > Jelas ini langkah ke belakang yang diambil bahagian tajaan. Dalam pada > Perdana Menteri mahu sistem pendidikan bertaraf dunia dan guru dilatih dengan > aspek pendidikan terkini, keputusan ini jelas dibuat secara terburu-buru. > > Apa yang dibimbangkan keputusan bahagian tajaan itu tidak dimaklumkan kepada > Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga > Menteri Pelajaran. Bukti yang menunjukkan Menteri Pelajaran begitu prihatin > ialah beliau dengan serta-merta meluluskan peruntukan RM89 juta selepas > mengetahui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) memansuhkan 11 jenis > sukan. > > Saya amat yakin jika Perdana Menteri tahu hal ini, beliau tidak akan > membenarkan bahagian tajaan KPM melakukan sesuka hati bertentangan prinsip > kerajaan iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Perdana Menteri > dan timbalannya bukan seperti pemimpin pembangkang yang hanya tahu bercakap > konon mereka pembela rakyat, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk rakyat. > > Saya yang ingin melanjutkan pengajian sarjana menerusi HLP begitu kecewa > dengan sikap Bahagian Tajaan kementerian. Saya hampir mencapai usia 40 dan > bimbang jika tiada biasiswa untuk HLP. Guru tidak berpeluang untuk > memperbaiki ilmu mereka. Saya juga mendapat tahu rakan saya yang sedang > melanjutkan pengajian di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands > juga dinafikan hak mereka. Mereka yang sedang belajar 1 Julai 2009 sepatutnya > diberi biasiswa untuk ke Institut Pengajian Kepengetahuaan Universiti Malaya > (IPKUM) dalam bidang Sarjana Kepengetahuaan pada Julai 2010, tetapi malangnya > turut dinafikan bahagian tajaan. Begitu juga dengan program Spada turut > dibatalkan > > Apakah bahagian tajaan lupa mereka yang terbabit dengan dadah biasanya dalam > usia yang muda atau ketika zaman persekolahan. Bagaimana guru ingin mencegah > perkara ini jika kursus seperti ini juga ingin ditiadakan? Apa pula halnya > dengan guru yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan khas? > Kita kekurangan guru dalam bidang itu, tetapi hal ini dipandang sepi bahagian > tajaan. Adakah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tahu mengenai tindakan > bahagian tajaan ini? > > GURU KECEWA, > Kedah. > > http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20100304231200/Article/index_html > >