Itu lah nasib rakyat yg memilih BN. Terima je le.



________________________________
From: "me...@yahoo.com" <me...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tue, March 9, 2010 7:00:16 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Lagi kisah Guru derita dan orang 
politik

 


Sdr Rozmal,

Itu jugalah pandangan saya.


Salam

Megat Shaharuddin Merican

============ ========= ======


On 05/03/2010, at 9:39 PM, Rozmal.bin.Malakan@ pp-inbound02. tm.net.my wrote:

 
>Orang politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tak ada masa agaknya 
>nak membela nasib para guru yang menderita akibat berbillion ringgit bajet 
>Kementerian Pelajaran dipotong tahun 2010.
>
>Orang politik sibuk , sibuk merancang esok siapa nak lompat parti. Esok nak 
>jatuhkan siapa. Esok siapa nak jadi ketua. Esok siapa nak jadi juara perjuang 
>nasib rakyat.
>
>Itulah politk. Parti didahulukan, rakyat dikemudiankan.
>
>Kisah guru baiki kelas guna duit sendiri di http://waghih. blogspot. com/2010/ 
>02/guru-baiki- kelas-duit- sendiri-kerajaan .html
>
>Kisah guru makan biskut kering semasa kursus di http://waghih. blogspot. 
>com/2010/ 02/guru-makan- biskut-kering- kerajaan- tak.html
>
>************ ********
>Berita Harian 5 Mac 2010
>Penarikan tajaan jejas peluang guru
>
>BERDASARKAN surat bertarikh 10 Disember 2009 nombor rujukan KP (BB) 700-1/9 
>Jilid A (16) jelas menyatakan Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian 
>Pelajaran menangguhkan semua program latihan guru dalam bentuk Hadiah Latihan 
>Persekutuan (HLP), Sarjana Kepengetuaan, Sarjana Muda Pendidikan Khas dan 
>Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (Spada) pada 2010.
>
>Ini bermakna guru yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana dan 
>kedoktoran mulai 2010 tidak akan diberi bantuan kewangan seperti sebelumnya. 
>Jelas ini langkah ke belakang yang diambil bahagian tajaan. Dalam pada Perdana 
>Menteri mahu sistem pendidikan bertaraf dunia dan guru dilatih dengan aspek 
>pendidikan terkini, keputusan ini jelas dibuat secara terburu-buru.
>
>Apa yang dibimbangkan keputusan bahagian tajaan itu tidak dimaklumkan kepada 
>Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga 
>Menteri Pelajaran. Bukti yang menunjukkan Menteri Pelajaran begitu prihatin 
>ialah beliau dengan serta-merta meluluskan peruntukan RM89 juta selepas 
>mengetahui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) memansuhkan 11 jenis 
>sukan.
>
>Saya amat yakin jika Perdana Menteri tahu hal ini, beliau tidak akan 
>membenarkan bahagian tajaan KPM melakukan sesuka hati bertentangan prinsip 
>kerajaan iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Perdana Menteri 
>dan timbalannya bukan seperti pemimpin pembangkang yang hanya tahu bercakap 
>konon mereka pembela rakyat, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.
>
>Saya yang ingin melanjutkan pengajian sarjana menerusi HLP begitu kecewa 
>dengan sikap Bahagian Tajaan kementerian. Saya hampir mencapai usia 40 dan 
>bimbang jika tiada biasiswa untuk HLP. Guru tidak berpeluang untuk memperbaiki 
>ilmu mereka. Saya juga mendapat tahu rakan saya yang sedang melanjutkan 
>pengajian di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands juga dinafikan 
>hak mereka. Mereka yang sedang belajar 1 Julai 2009 sepatutnya diberi biasiswa 
>untuk ke Institut Pengajian Kepengetahuaan Universiti Malaya (IPKUM) dalam 
>bidang Sarjana Kepengetahuaan pada Julai 2010, tetapi malangnya turut 
>dinafikan bahagian tajaan. Begitu juga dengan program Spada turut dibatalkan
>
>Apakah bahagian tajaan lupa mereka yang terbabit dengan dadah biasanya dalam 
>usia yang muda atau ketika zaman persekolahan. Bagaimana guru ingin mencegah 
>perkara ini jika kursus seperti ini juga ingin ditiadakan? Apa pula halnya 
>dengan guru yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan khas? Kita 
>kekurangan guru dalam bidang itu, tetapi hal ini dipandang sepi bahagian 
>tajaan. Adakah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tahu mengenai tindakan 
>bahagian tajaan ini?
>
>GURU KECEWA,
>Kedah.
>
>http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Friday/ Surat/2010030423 
>1200/Article/ index_html
>
>




      

Kirim email ke