Pada pendapat saya hanya ketinggian keimanan shj yang membezakan setiap
insan. Apa yang ada pada nama syed & syarifah. Hanya dgn mempunyai susur
galur ini pada mereka2 ini penuh dengan sikap bongkak.

2010/3/30 <>

>
>
> yg jawab ni sure keturunan syed gak... toksahlah la nak bangga dgn
> keturunan syed/syarifah ni... yg kat bkt bintang syed/syarifah pun tonggang
> beer gak... Allah cipta manusia semuanya sama saja..tiada yg istimewa. nabi
> Muhammad pun takde cakap pasal keturunan2 ni. Lagi pun camna depa leh claim
> depa keturunan nabi padahal anak2 lelaki nabi meninggal semasa kecil. ini
> semua kuasa Allah swt kerana tak mau keturunan nabi Muhammad menjadi riak
> dan takbur...aku ni tak nak tulis lebih2 pasal orang melayu yg 'tinggi' ilmu
> agamanya sekarang hampir kesemuanya lebih islam dari orang arab.
>
> 2010/3/24 <>
>
>
>>
>> SAYA mengenali seorang wanita berketurunan Syed/Syarifah. Saya berniat
>> mendirikan rumah tangga dengannya, tetapi mendapat tentangan keluarganya
>> kerana berpendapat keturunan mereka tidak boleh berkahwin dengan orang
>> biasa. Mereka mengatakan keturunan mereka mendapat keistimewaan di akhirat
>> nanti dan akan diasingkan daripada orang biasa.
>>
>>
>>
>> Mereka tidak mahu memutuskan nama Syed itu kerana percaya anak cucu mereka
>> tidak akan dapat bersama mereka di akhirat nanti. Bagaimana mahu membetulkan
>> kembali kepercayaan mereka yang mengamalkan perkara ini?
>>
>>
>>
>> *JOE
>> Selangor*
>>
>> **
>> SUDAH menjadi lumrah, keluarga sangat memilih dalam soal jodoh. Ini
>> bertepatan dengan hadis Rasul s.a.w yang bermaksud, "Wanita dinikahi kerana
>> empat perkara iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agamanya, maka
>> pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara (daripada
>> kefakiran atau kesusahan)" (Bukhari dan Muslim).
>>
>>
>> Anjuran Rasulullah s.a.w dalam memilih jodoh bagi wanita termasuk lelaki
>> yang beragama. Ini penting dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga di
>> dunia dan juga di akhirat, iaitu satu keluarga sakinah mawaddah warahmah
>> (al-Quran, al-Rum (30): 21). Mereka yang memilih bukan berasaskan agama
>> tidak mendapat restu daripada Rasulullah s.a.w. Ini kerana berdasarkan kata
>> baginda, taribat yadaa-ka yang secara literal bermaksud, terkena tanah
>> kedua-dua tangan engkau. Ia adalah suatu bentuk doa berbentuk celaan
>> terhadap mereka yang memilih bukan yang beragama mendapat kefakiran (Sabiq,
>> 2000: II: 14, n. 30). Secara umumnya, keturunan Syed atau Syarifah adalah
>> keturunan mulia daripada keturunan Rasulullah s.a.w dan mementingkan agama.
>> Dengan itu tidak salah mereka menetapkan pasangan bagi anak gadis mereka
>> daripada keturunan Syed juga. Ini termasuk dalam calon yang sekufu, iaitu
>> setaraf daripada sudut keturunan. Bagaimanapun, apabila keluarga perempuan
>> bersetuju dengan pilihan anak gadis mereka adalah tidak salah untuk
>> menjodohkannya dengan bukan keturunan Syed. Lebih-lebih apabila calonnya
>> adalah orang yang beragama.
>>
>>
>> Kepercayaan mereka berkenaan hendaklah berdasarkan ketentuan Allah. Allah
>> menetapkan bahawa orang bertaqwa mendapat tempat yang mulia di sisi Allah
>> tanpa melihat kepada jantina, keturunan dan bangsa. Ini jelas apabila Allah
>> berfirman, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
>> lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak,
>> supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
>> ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha
>> Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. (al-Quran, al-Hujurat (49) :
>> 13)
>>
>> ------------------------------
>>  Get your new Email address!
>> <http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/>
>> Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
>>
>
>  
>

Kirim email ke