Pandai ckp yg jwb ni keturunan syed gak..artikel ni pernah keluar dalam harian 
metro la bahagian soal jwb agama.exactly the same. sender email ni dh kasi 
edit. BTW, JANGAN suka2 hati cakap sal keturunan org, kita xtau keturunan kita 
mcm mna nant. Apa2pn, ibu bapa mmg ada hak untuk pilih jodoh anak, terutamanya 
si ayah. klu kawin mak bapak xsetuju pun, susah gak nant.dh byk contoh kes kat 
Malaysia ni.
Thank u.






________________________________
From: "z...@yahoo.com" <z...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tue, March 30, 2010 4:40:27 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Masalah Syed, Syarifah

 
yg jawab ni sure keturunan syed gak... toksahlah la nak bangga dgn keturunan 
syed/syarifah ni... yg kat bkt bintang syed/syarifah pun tonggang beer gak... 
Allah cipta manusia semuanya sama saja..tiada yg istimewa. nabi Muhammad pun 
takde cakap pasal keturunan2 ni. Lagi pun camna depa leh claim depa keturunan 
nabi padahal anak2 lelaki nabi meninggal semasa kecil. ini semua kuasa Allah 
swt kerana tak mau keturunan nabi Muhammad menjadi riak dan takbur...aku ni tak 
nak tulis lebih2 pasal orang melayu yg 'tinggi' ilmu agamanya sekarang hampir 
kesemuanya lebih islam dari orang arab.


2010/3/24 <>

 
>SAYA mengenali seorang wanita berketurunan Syed/Syarifah. Saya berniat 
>mendirikan rumah tangga dengannya, tetapi mendapat tentangan keluarganya 
>kerana berpendapat keturunan mereka tidak boleh berkahwin dengan orang biasa. 
>Mereka mengatakan keturunan mereka mendapat keistimewaan di akhirat nanti dan 
>akan diasingkan daripada orang biasa.
> 
>Mereka tidak mahu memutuskan nama Syed itu kerana percaya anak cucu mereka 
>tidak akan dapat bersama mereka di akhirat nanti. Bagaimana mahu membetulkan 
>kembali kepercayaan mereka yang mengamalkan perkara ini?
> 
>JOE
>Selangor
>
>SUDAH menjadi lumrah, keluarga sangat memilih dalam soal jodoh. Ini bertepatan 
>dengan hadis Rasul s.a.w yang bermaksud, "Wanita dinikahi kerana empat perkara 
>iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agamanya, maka pilihlah yang 
>beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara (daripada kefakiran atau 
>kesusahan)" (Bukhari dan Muslim).
>
>Anjuran Rasulullah s.a.w dalam memilih jodoh bagi wanita termasuk lelaki yang 
>beragama. Ini penting dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga di dunia dan 
>juga di akhirat, iaitu satu keluarga sakinah mawaddah warahmah (al-Quran, 
>al-Rum (30): 21). Mereka yang memilih bukan berasaskan agama tidak mendapat 
>restu daripada Rasulullah s.a.w. Ini kerana berdasarkan kata baginda, taribat 
>yadaa-ka yang secara literal bermaksud, terkena tanah kedua-dua tangan engkau. 
>Ia adalah suatu bentuk doa berbentuk celaan terhadap mereka yang memilih bukan 
>yang beragama mendapat kefakiran (Sabiq, 2000: II: 14, n. 30). Secara umumnya, 
>keturunan Syed atau Syarifah adalah keturunan mulia daripada keturunan 
>Rasulullah s.a.w dan mementingkan agama. Dengan itu tidak salah mereka 
>menetapkan pasangan bagi anak gadis mereka daripada keturunan Syed juga. Ini 
>termasuk dalam calon yang sekufu, iaitu setaraf daripada sudut keturunan. 
>Bagaimanapun, apabila keluarga perempuan bersetuju
 dengan pilihan anak gadis mereka adalah tidak salah untuk menjodohkannya 
dengan bukan keturunan Syed. Lebih-lebih apabila calonnya adalah orang yang 
beragama.
>
>Kepercayaan mereka berkenaan hendaklah berdasarkan ketentuan Allah. Allah 
>menetapkan bahawa orang bertaqwa mendapat tempat yang mulia di sisi Allah 
>tanpa melihat kepada jantina, keturunan dan bangsa. Ini jelas apabila Allah 
>berfirman, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki 
>dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya 
>kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah 
>orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi 
>Maha Mendalam Pengetahuan- Nya. (al-Quran, al-Hujurat (49) : 13)
>________________________________
Get your new Email address!
>Grab the Email name you've always wanted before someone else does!




      

Kirim email ke