Syed Syarifah nie memang keturunan mulai....keturunan baginda s.a.w.....

walaupun ada yg berperangai tidak seperti sepatutnya, tak wajar kita cemuh2
mrk....(sebab amalan solat kita tertolak di pintu langit jika kita mencemuh2
org lain yg buat salah)


Tapi saya tak pernah dengar lagi pulak ada hadith dari baginda yang
memaklumkan yg keturunan syed syarifah nie akan dapat kedudukan istimewa di
kahirat.....(maafkan saya jika saya tersilap)....


hanya taqwa penentu nasib kita di sana....


cuma kita kena yakin, walau pun kita bukan keturunan Syed atau Syarifah,
baginda s.a.w dah janji akan beri syafaat kepada kita jika kita ikut ajaran
baginda dan byk berselawat.....insya Allah selamat...

apatah lagi la golongan keluarga baginda yg Syed dan Syarifah nie....lg
dekat dgn nabi sbb darah baginda ada dlm tubuh diorang....


Wallahu a'lam....

2010/3/31 <>

>
>
>  Kepada Sdra Mohd yang dhormati,
>
> Jika itu yang ditetapkan oleh keluarga mereka maka terpaksalah tuan akur
> dengannnya. Dari nota ringkas tuan, jelas pada saya bahawa keluarga Syed ini
> mengenali keturunan dan dan asal ususl mereka dan mereka sangat ingin
> menjaganya. Namun tuan bertuah kerana sempat berkenalan dengan seorang
> Syarifah yang dari keturunan Syed. Terdapat juga Syed yang kurang kisah
> pasal keturunan yang membolehkan anak mereka berkahwin dengan orang bukan
> dari keturunan Syed. Seandainya Syed ini benar-benar mengetahui asal usul
> dan keturunan, saya pasti dia tidak akan membiarkan anak Syarifahnya
> berkahwin dengan orang biasa bukan daripada keturunan Syed. Sesungguhnya
> mereka adalah dari keturunan yang istimewa.
>
>  ------------------------------
> *From:* "m...@yahoo.com" <m...@yahoo.com>
> *To:* Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
> *Sent:* Wednesday, March 24, 2010 15:40:43
> *Subject:* Help Palestine [hidayahnet] Masalah Syed, Syarifah
>
>
>
>  SAYA mengenali seorang wanita berketurunan Syed/Syarifah. Saya berniat
> mendirikan rumah tangga dengannya, tetapi mendapat tentangan keluarganya
> kerana berpendapat keturunan mereka tidak boleh berkahwin dengan orang
> biasa. Mereka mengatakan keturunan mereka mendapat keistimewaan di akhirat
> nanti dan akan diasingkan daripada orang biasa.
>
>
>
> Mereka tidak mahu memutuskan nama Syed itu kerana percaya anak cucu mereka
> tidak akan dapat bersama mereka di akhirat nanti. Bagaimana mahu membetulkan
> kembali kepercayaan mereka yang mengamalkan perkara ini?
>
>
>
> *JOE
> Selangor*
>
> **
> SUDAH menjadi lumrah, keluarga sangat memilih dalam soal jodoh. Ini
> bertepatan dengan hadis Rasul s.a.w yang bermaksud, "Wanita dinikahi kerana
> empat perkara iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agamanya, maka
> pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara (daripada
> kefakiran atau kesusahan)" (Bukhari dan Muslim).
>
>
> Anjuran Rasulullah s.a.w dalam memilih jodoh bagi wanita termasuk lelaki
> yang beragama. Ini penting dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga di
> dunia dan juga di akhirat, iaitu satu keluarga sakinah mawaddah warahmah
> (al-Quran, al-Rum (30): 21). Mereka yang memilih bukan berasaskan agama
> tidak mendapat restu daripada Rasulullah s.a.w. Ini kerana berdasarkan kata
> baginda, taribat yadaa-ka yang secara literal bermaksud, terkena tanah
> kedua-dua tangan engkau. Ia adalah suatu bentuk doa berbentuk celaan
> terhadap mereka yang memilih bukan yang beragama mendapat kefakiran (Sabiq,
> 2000: II: 14, n. 30). Secara umumnya, keturunan Syed atau Syarifah adalah
> keturunan mulia daripada keturunan Rasulullah s.a.w dan mementingkan agama.
> Dengan itu tidak salah mereka menetapkan pasangan bagi anak gadis mereka
> daripada keturunan Syed juga. Ini termasuk dalam calon yang sekufu, iaitu
> setaraf daripada sudut keturunan. Bagaimanapun, apabila keluarga perempuan
> bersetuju dengan pilihan anak gadis mereka adalah tidak salah untuk
> menjodohkannya dengan bukan keturunan Syed. Lebih-lebih apabila calonnya
> adalah orang yang beragama.
>
>
> Kepercayaan mereka berkenaan hendaklah berdasarkan ketentuan Allah. Allah
> menetapkan bahawa orang bertaqwa mendapat tempat yang mulia di sisi Allah
> tanpa melihat kepada jantina, keturunan dan bangsa. Ini jelas apabila Allah
> berfirman, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
> lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak,
> supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
> ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha
> Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan- Nya. (al-Quran, al-Hujurat (49)
> : 13)
>
>
> ------------------------------
> Get your new Email address!
> <http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/>
> Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
>
>
> ------------------------------
> New Email addresses available on Yahoo!
> <http://sg.rd.yahoo.com/aa/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/>
> Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
> Hurry before someone else does!
>
> 
>

Kirim email ke