Penggabungan Bank2 adalah idea IMF. Mahathir kata tak mau turut IMF,
tetapi dasar2 yg dibuat seperti pengawalan modal keluar dan penggabungan
BANK2 adalah dasar2 yg diperkenalkan oleh IMF. Dapatlah kesimpulan disini,
penolakan bantuan Kewangan IMF oleh Mahathir adalah kerana IMF mahu
bantuan kewangannya disalurkan mengikut saluran2 yg betul dalam menangani
kemelut ekonomi. Ketelusan dari dasar IMF ini tidak disenangi oleh
Mahathir kerana dia mempunyai hajat yg lebih besar untuk 'bail out'
syarikat perkapalan anaknya Mirzan. Dengan cara menggunakan dana Petronas,
siapa pun tidak akan menghalangnya kecuali Anwar yg ketika itu menjadi
menteri kewangan yg menyatakan dengan jelas tidak mahu membenarkan
Mahathir menggunakan wang Rakyat untuk kepentingan perniagaan Mirzan. Cara
yg mudah bagi Mahathir ialah dengan memecat Anwar dari kerajaan dan
memenjarakan dia. Kalau Anwar tidak dipenjara, Anwar akan mendedahkan
segala pekung yg ada pada Mahathir. Apabila Anwar dipecat, dengan cepatnya
Mahathir mengambil alih jawatan Menteri Kewangan untuk meluluskan
permohonan 'Bail-out' syarikat anaknya dari wang Rakyat iaitu Petronas.
Ini juga adalah satu bentuk rasuah yg amat besar. Tetapi tidak dibesar2kan
oleh media dan menteri2 PARROT.
BERITA MALAYSIA
October 12 , 1999 23:15PM
|
BAN HIN LEE BANK
BERGABUNG DENGAN SOUTHERN BANK |
|
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- BHL Bank
Bhd yang bersetuju bergabung dengan Southern Bank Bhd tidak melihat
mengapa ia harus berubah haluan kepada kumpulan bank yang lain.
Pengerusi dan ketua eksektifnya, Datuk Goh Eng
Toon, berkata pemegang saham utama dalam Southern Bank dan BHL telah
sekian lama berunding antara satu sama lain tentang penggabungan
itu.
"Ini adalah penyatuan yang mesra dan BHL lebih gemar
bergabung dengan hanya bank yang cemerlang," katanya pada taklimat
akhbar yang dianjurkan bersama antara BHL Bank dan Southern Bank di
sini hari ini.
Beliau menegaskan bahawa rancangan
penggabungan itu diadakan sebelum Bank Negara Malaysia mengeluarkan
arahan bagi sistem perbankan tempatan bergabung menjadi enam
kumpulan perbankan induk.
Ketua pegawai eksekutif Southern
Bank, Datuk Tan Teong Hean pula berkata Sounthern Bank meneruskan
usaha penggabungan dengan BHL Bank selepas ia memperolehi hampir 89
peratus saham BHL Bank selepas pengarahnya serta beberapa pemegang
saham utama memutuskan untuk menerima tawaran ukaran saham Southern
Bank.
Katanya pengarah-pengarah BHL menerima alternatif
saham Southern Bank berkaitan pegangan mereka.
Tan yang akan
terus menerajui bank yang digabung itu, katanya beliau merancang
untuk mengekalkan nama Southern Bank apabila entiti itu bergabung
kelak yang akan mempunyai rangkaian cawangan berjumlah 121.
Ini besama dengan syarikat kewangan akan menjadikan jumlah
cawangan kepada 140, tambahnya.
Tan berkata cawangan
kedua-dua bank itu tidak akan ditutup dan kakitangannya tidak akan
dihentikan kerja tahun ini.
Bank yang digabungkan itu akan
mempunyai aset bernilai RM16.3 bilion dan pinjaman kasar bernilai
RM11.4 bilion berdasarkan lembaran imbangan sehingga 30 Jun, 1999.
--
BERNAMA | |
|
blue.gif