*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
From: NAManaf <[EMAIL PROTECTED]> 
Subject: minta pandangan
 
Assalamualaikum,

saya ingin dapatkan sedikit pandangan dari pak din.
saya tak kenal pak din personally tapi saya selalu ikuti tulisan pak din. hari ni, 
dalam general.list ada statement yang dihantar ke list tersebut berkenaan dengan 
ucapan LKS berkenaan dengan penolakan nyata DAP terhadap islamic state. LKS menyatakan 
bahawa MCA/GERAKAN tidak berpendirian tegas dalam hal ini dan tolerable towards 
islamic country kalau cadangan itu di bawa oleh UMNO. bagi DAP, mereka akan tolak 
cadangan itu tak kira sama ada dibuat oleh UMNO/BA.

apa pandangan pak din dalam hal ini?

wasalam

-nor aziah abd. manaf-
-uum-

===============================================

W'kum,

Minta maaf tak dapat nak tulih panjang, sibuk sikit la ni. Malam tadi meeting dengan 
JK Parti Keadilan kat tempat kami sampai larut malam. Pengalaman meeting antara PAS 
dan Keadilan ni begitu menarik sekali, insyaallah lepas pilihanraya nanti, saya dok 
ingat nak tulih sikit.

Berbalik kepada pertanyaan saudari, macam ni lah:

Kita bekerjasama dengan DAP dalam hal khusus, bukannya dalam hal yang melibatkan 
harakah perjuangan kita. Hal khusus di sini ialah bekerjasama untuk menjatuhkan 
Barisan Nasional dan kepimpinan Dr Mahathir yang begitu ketara dengan kezalimannya 
khususnya terhadap musuh-musuh politik beliau dan musuh-musuh BN, dan yang paling 
terutama sekali ialah sikap dendam beliau yang tak pernah luntur terhadap perjuangan 
kita untuk menegakkan Islam di muka bumi ini.

Perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam tak ada kena mengena dengan Pakatan 
Barisan Alternatif, Keadilan, DAP, PRM atau yang seumpamanya. Perjuangan kita untuk 
menegakkan negara Islam tetap akan diteruskan sampai bila-bila, sehinggalah Allah 
mengizinkan undang2 dan sistem hidup Islam tertegak di bumi Malaysia ini, insyaallah!

Dengan kata lain, perjuangan untuk menegakkan negara Islam akan tetap berjalan tak 
kira apa orang nak kata, dan tak kira apa orang kapiaq nak kata:

MUKHLISI NA LAHUDDIN WALAU KARIHAL KAFIRUUN!!

[Ikhlas dalam menegakkan Islam sebagai Addin, walau apa pun orang kapiaq nak kata!]

Harap ini dapat menjawab persoalan saudari.

Wassalam,
Pakdin


---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke