Assalamua'laikumm..
 
Cerita nie sedang "hot" kat tempat saya sekarang niee..(somewhere in Kedah), mintak kawan-kawan tolong confirmkan. Ceritanya begini..
 
Baru nie saya baru balik kampung, heboh dicerita oleh AJK Masjid kampung saya bahawa ada satu seminar untuk para-para AJK masjid dari satu daerah dekat sini. Dalam seminar tersebut ada seorang hamba Allah yang membentangkan kertas kerja supaya kita hanya mengikut dan taat kepada Iman yang dilantik sahaja, Beliau telah membuat contoh jika Imam yang dilantik itu telah selesai solat fardhu bersama-sama jemaah,  ada bas yang sarat dengan penumpang singgah ke Masjid tersebut  untuk bersolat, HARAM mereka berjemaah (mungkin kerana Iman tersebut bukan dilantik) mereka perlu bersolat bersendirian..
 
Malam tadi dalam kuliah pun ada ustaz yang cerita yang sama, jadi mintak tolong sesapa yang tahu cerita nie, tolong konfirm cerita sebenar, kalau dapat kertas kerja tu lagi bagus.
 
saya nie jahil, tak pernah pulak dengar pendapat macam tu, ada ker??
 
wassalam
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kirim email ke