*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sembang-sembang  (sambungan)

Kita dah sembang pasal Kelantan dan Terengganu; apa kata kali ini kita cerita sikit 
pasal Kedah.

Saya ingat lagi, dua tiga minggu menjelang pilihanraya, Dr Mahathir secara terbuka 
mengumumkan bahawa BN akan memberikan perhatian penuh dan fokus khas kepada 
negeri-negeri Kelantan/Terengganu/Kedah/Perlis dalam usaha mengelakkan 'persekutuan'  
ini  daripada jatuh ke tangan pembangkang.

UNTUK YANG TIDAK TAHU, INGIN DIMAKLUMKAN BAHAWA SUATU KETIKA DULU, NEGERI-NEGERI 
BERKENAAN PERNAH BERNAUNG DI BAWAH SATU PERSEKUTUAN YANG DIBERI NAMA 'EMPAYAR PATTANI 
BESAR'. SILA CEK BUKU SEJARAH!!

Bila ingat Mahathir kata BN akan bagi tumpuan kat Kedah ini, saya pun terfikir:

"Ish, sungguh ka Kedah nak dapat kat PAS ni?"

Bukannya apa, walau pun kita tengok sticker PAS kat kereta-kereta penuh dengan 
perkataan  "Bertekad Mencapai Kemenangan", tapi dari perbualan saya dengan orang-orang 
lama PAS di Kedah; mereka tak berapa kisah sangat PAS nak menang atau tidak. Bagi 
mereka, menang atau kalah, itu soal lain, yang penting perjuangan untuk menegakkan 
Islam sebagai cara hidup dan sistem kenegaraan, itu yang paling penting; menang atau 
kalah itu adalah ketentuan Allah SWT.

Contoh:
Sorang makcik yang saya temui, rumah dia tak jauh dari markas PAS Pendang kat Gajah 
Mati, bila saya sembang dengan beliau cerita pasal isu Anwar dan Reformasi dan 
kaitannya dengan PAS, beliau berkata:

"Makcik kesian sungguh dengan Anwar tu, awat la teruk sangat depa buat kat kawan tu; 
takkan depa tak tau kot, kalau tak kerana dia, tak dak lah ramai orang pakai tudung 
macam hari ini!!"

Bila sebut pasal PAS, cepat-cepat makcik ini cakap:

"Makcik ini, nak habag kat hangpa, PAS menang ka, PAS kalah ka, dok sokong PAS tang 
tu!!"

HA, KALI INI PAS MENANG DI PENDANG (KAW UST FADZIL NOOR); TAK SIA-SIALAH NAMPAKNYA 
SOKONGAN MAKCIK INI TERHADAP PAS SELAMA INI.

Sebetulnya, kebanyakan orang-orang PAS 'veteran' di Kedah dah mangli dengan 
menang-kalah PAS satu dua kerusi di Kedah selama ini, dan mereka ini pula 
kebanyakannya bukan nak peduli sangat kalau jiran sebelah menyebelah memberi sokongan 
atau tidak kepada PAS. Di sebuah kampung di pedalaman Baling, saya pernah bertemu 
dengan kumpulan PAS veteran ini; cara mereka bergaul dengan orang2 UMNO adalah seperti 
mana kita bergaul dengan orang2 bukan Melayu di tempat kerja - sembang boleh sembang, 
tapi tang bab agama, hang hang aku aku!!

Dua tiga minggu sebelum pilihanraya, saya pernah bertanya kepada seorang makcik di 
kampung berkenaan mengenai persediaan kaum muslimat untuk keluar merayu undi. Kata 
beliau:

"Nak rayu apa wei!! -  kalu dema tak mau Islam, itu dema kena jawab dengan Tuhan di 
akhirat esok lah!!"

Sebenarnya, mentaliti makcik ini adalah typical mentaliti kebanyakan orang-orang lama 
PAS di kampung2 di pedalaman Kedah; mereka sokong PAS 100% tapi tak begitu peduli sama 
ada orang sebelah rumah nak sokong atau tidak. Bagi mereka, sokongan mereka terhadap 
PAS adalah soal agama, soal mati dan yang paling penting soal hidayah:

"Biaqlah depa nak sokong UMNO, nak buat macam mana hidayah tak mai lagi kat depa!!"

KERANA ITU AGAKNYA, ASAKAN PAS DI KEDAH TEMPOH HARI SEDIKIT TERSASAR DARI SASARAN!!

Lantas, kalau beginilah sikap orang2 Veteran PAS di Kedah, dari manakah agaknya 
datangnya sokongan di luar dugaan yang membolehkan PAS menguasai 12 kerusi DUN dan 8 
kerusi Parlimen tempoh hari?

Jawapannya ialah daripada golongan muda dan daripada mereka-mereka yang bersimpati 
dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dua tiga orang daripada kumpulan-kumpulan 
UMNO yang kecewa dengan pemilihan calon-calon kroni oleh Datuk Seri Sanusi Junid.

Saya bagi contoh di Parlimen Sik; ada satu keluarga, ibu dan ayah mengundi UMNO tapi 
ENAM orang anak-anaknya (yg sulung dlm 30an) semuanya mengundi PAS. Kesemuanya anaknya 
ini mengundi PAS bukan kerana faktor Anwar Ibrahim atau undi protes, tapi kerana 
faktor ideologi (yg cukup ditakuti oleh Datuk Najib); mereka ini mengundi PAS sebagai 
menyatakan sokongan terhadap satu perjuangan yang bertekad untuk menjadi Islam sebagai 
agama yang memerintah, dan bukan diperintah seperti apa yang kita lihat sekarang!!

DAHULU, MEREKA MENGUNDI TOK MID KERANA MEREKA MERASAKAN TOK MID MAMPU MENJADIKAN ISLAM 
SEBAGAI AGAMA YANG MEMERINTAH, TAPI ISU JANGGUT NABI, ISU PENOLAKAN HUDUD, ISU MUFTI 
SELANGOR DAN ISU AISHAH BOKHARI MENYEBABKAN TOK MID SUDAH HILANG KEYAKINAN DI MATA 
MEREKA!!

Begitu juga dengan isu DSAI; ketika berkunjung ke sebuah kampung di Baling, seorang 
sahabat memberitahu saya kalau nak sembang dengan anak-anak muda di kampung itu, kalau 
boleh kurangkan sikit bercakap pasal PAS tapi cuba tekankan lebih kepada isu Anwar 
Ibrahim, mesti mendapat sambutan.

RUPA-RUPANYA ANAK2 MUDA ITU SEDANG DALAM PROSES PERALIHAN DARIPADA UMNO KEPADA 
'BUKAN-UMNO';  KERANA PAS PERNAH MENJADI 'MUSUH' SUATU KETIKA DULU, PENERIMAAN MEREKA 
TERHADAP PAS TERPAKSA DIBUAT SECARA PERLAHAN-LAHAN MENERUSI KEADILAN!!

Kerana ADIL tidak bertanding di Baling, maka undi mereka diberikan kepada PAS. Maka 
itu, tak salah rasanya kalau kita ucapkan tahniah kepada pemimpin-pemimpin BA kerana 
strategi mereka untuk menumbangkan BN, walau pun tidak berjaya di peringkat pusat tapi 
sekurang-kurangnya membuahkan hasil di Parlimen Baling!!

Okay, cukup mengenai Baling dan Sik, kita tinjau pula kawasan Kuala Kedah; saya pada 
asalnya tak yakin langsung yang Mat Sabu akan menang; apa tidaknya kawasan itu jumlah 
pengundi Melayu cumalah sekitar 81% sedangkan di Baling yang pengundi Melayunya 
berjumlah 90%, PAS boleh kalah lebih 5000 majoriti dalam pilihanraya 1995.

Tapi, bila saya berkunjung ke Kuala Kedah sehari sebelum pilihanraya, saya dapat 
merasakan Mat Sabu pasti menang di Kuala Kedah; saya cakap macam tu bukan sebab Mat 
Sabu dah menang - tapi berdasarkan pemerhatian saya tempoh hari, apabila saya melihat 
poster-poster dan banner-banner Mat Sabu yang lain daripada yang lain itu, saya sudah 
dapat menjangka suatu kelainan yang amat sangat. Antara lain, saya lihat banner-banner 
di sana sini sepanjang jalan Kuala Kedah, antaranya tak jauh dari satu kedai Laksa di 
Telok Kecai bertulis:

"Mat Sabu, Wakil Rakyat Yang Disegani Kawan Dan Lawan" . Ada satu banner itu pula 
bertulis: "Kekalkan Suara Beliau di Parlimen - Tanggungjawab Kita"!!

Banner-banner sebegini boleh dikatakan penuh merata jalan di Kuala Kedah, kita tak 
pasti sejauh manakah banner2 yg sebegini berjaya menarik perhatian pengundi, tapi 
sedikit sebanyak rallying cry ini telah berjaya memenangkan Mat Sabu - walau pun cuma 
dengan 649 majoriti.

PERANG BENDERA DAN POSTER KADANG-KADANG BOLEH MENJADI FAKTOR PENENTU DALAM 
PILIHANRAYA!!

Opps, dah panjang pulak dah; nak stop dulu, tapi sebelum itu saya nak tulis di sini 
bahawa dalam banyak-banyak poster yang saya lihat di negeri Kedah, cuma ada satu 
poster saja yang begitu striking dan stand out (paling ketara), kalau tak silap saya 
poster itu saya lihat dlm daerah Baling, antara Kuala Pegang ke Kupang, dekat satu 
markas PAS tepi jalan. Nak tahu gambar apa?

"Gambar OSAMA BIN LADEN!!!"

Maka itu, secara sinis kita mungkin boleh kata:

'Kemunculan' Osama Bin Laden di kawasan Baling/Sik  ini nampaknya telah berjaya 
membantu jentera PAS memusnahkan kubu kuat UMNO di situ - hingga tertumbangnya Ulamak 
Besar UMNO, Hamid Othman di Sik dan sekaligus juga turut menumbangkan 'Hamid Othman in 
the Making' (bakal pengganti Hamid Othman) di DUN Kupang, Encik Wahab Din yang 
merupakan Ketua Exco Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia!!

Wallah hu aklam.

Wassalam,
Pakdin

  



---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke