*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sungguh menarik..tapi sedikit pandangan saya mengenai poster  dan
bendera..bagui saya taktik sebegini bukan lagi faktor utama kejayaan
sesebuah parti..kini saya rasa taktik menggunakan gambar, lukisan serta
banner yg besar dgn segala ungkapan yg telah diungkapkan oleh org2 BN harus
diketengahkan..disamping bendera dan poster. kerana apa? Kalau nak dikira
poster dan bendera, DUN BAYU kalau nak dikira poster BN tenggelam dek hijau
bulan sahaja, namun pas belum boleh menang disini w/pun majoriti sekitar 2
ribu..Saya org Dub Bayu tapi mengundi di Parlimen W/Maju..sehari dua balik
kampung, saya begitu bersemangat dgn poster dan bendera..dlm hati..hmm kali
ni sure pas menang punya.tapi sebaliknya berlaku..kenapa? dari mana
datangnya 2 ribu undi tersebut..nasib baik Dun Kupang yang menang dgn
majoriti 3 ribu, maka Parlimen Baling jatuh ke tangan Pas dgn majoriti 1
ribu lebih..alhamdulillah..namun perasaan kecewa juga ada dgn sikap org2
Bayu.
Saya setuju dgn pak Din dgn gaya fikir org2 lama pas..depa tak kisah org
lain samada dia ank sokong ke tidak..sikap org lama buat saya sedih..sikap
dengki, lengit dan kurang bercampur (kecuali dgn geng masing2) masih tebal,
Saya rasa sika begini harus di buang..Org2 muda yg memnagkah pas adalah
bukan kerana dgn sikap kenalan pas mereka sendiri..tapi oelh kera calon dan
pas itu sendiri..sbb Ustaz Taiblah org pangkah pas..kalau tak tak
tahulah..sikap org lama tak mahu bercampur gaul dan bertukar fikiran dgn yg
muda adalah faktor utama masalah ini..
So bagaimana nak ubah sikap begini? mungkin pak din yg berpengalaman boleh
bagi tips sikit..
wassalam

----------
> From: [EMAIL PROTECTED]
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* sembang-sembang: Samb 3
> Date: 07 December 1999 15:52
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Sembang-sembang  (sambungan)
> 
> Kita dah sembang pasal Kelantan dan Terengganu; apa kata kali ini kita
cerita sikit pasal Kedah.
> 
> Saya ingat lagi, dua tiga minggu menjelang pilihanraya, Dr Mahathir
secara terbuka mengumumkan bahawa BN akan memberikan perhatian penuh dan
fokus khas kepada negeri-negeri Kelantan/Terengganu/Kedah/Perlis dalam
usaha mengelakkan 'persekutuan'  ini  daripada jatuh ke tangan pembangkang.
> 
> UNTUK YANG TIDAK TAHU, INGIN DIMAKLUMKAN BAHAWA SUATU KETIKA DULU,
NEGERI-NEGERI BERKENAAN PERNAH BERNAUNG DI BAWAH SATU PERSEKUTUAN YANG
DIBERI NAMA 'EMPAYAR PATTANI BESAR'. SILA CEK BUKU SEJARAH!!
> 
> Bila ingat Mahathir kata BN akan bagi tumpuan kat Kedah ini, saya pun
terfikir:
> 
> "Ish, sungguh ka Kedah nak dapat kat PAS ni?"
> 
> Bukannya apa, walau pun kita tengok sticker PAS kat kereta-kereta penuh
dengan perkataan  "Bertekad Mencapai Kemenangan", tapi dari perbualan saya
dengan orang-orang lama PAS di Kedah; mereka tak berapa kisah sangat PAS
nak menang atau tidak. Bagi mereka, menang atau kalah, itu soal lain, yang
penting perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai cara hidup dan sistem
kenegaraan, itu yang paling penting; menang atau kalah itu adalah ketentuan
Allah SWT.
> 
> Contoh:
> Sorang makcik yang saya temui, rumah dia tak jauh dari markas PAS Pendang
kat Gajah Mati, bila saya sembang dengan beliau cerita pasal isu Anwar dan
Reformasi dan kaitannya dengan PAS, beliau berkata:
> 
> "Makcik kesian sungguh dengan Anwar tu, awat la teruk sangat depa buat
kat kawan tu; takkan depa tak tau kot, kalau tak kerana dia, tak dak lah
ramai orang pakai tudung macam hari ini!!"
> 
> Bila sebut pasal PAS, cepat-cepat makcik ini cakap:
> 
> "Makcik ini, nak habag kat hangpa, PAS menang ka, PAS kalah ka, dok
sokong PAS tang tu!!"
> 
> HA, KALI INI PAS MENANG DI PENDANG (KAW UST FADZIL NOOR); TAK SIA-SIALAH
NAMPAKNYA SOKONGAN MAKCIK INI TERHADAP PAS SELAMA INI.
> 
> Sebetulnya, kebanyakan orang-orang PAS 'veteran' di Kedah dah mangli
dengan menang-kalah PAS satu dua kerusi di Kedah selama ini, dan mereka ini
pula kebanyakannya bukan nak peduli sangat kalau jiran sebelah menyebelah
memberi sokongan atau tidak kepada PAS. Di sebuah kampung di pedalaman
Baling, saya pernah bertemu dengan kumpulan PAS veteran ini; cara mereka
bergaul dengan orang2 UMNO adalah seperti mana kita bergaul dengan orang2
bukan Melayu di tempat kerja - sembang boleh sembang, tapi tang bab agama,
hang hang aku aku!!
> 
> Dua tiga minggu sebelum pilihanraya, saya pernah bertanya kepada seorang
makcik di kampung berkenaan mengenai persediaan kaum muslimat untuk keluar
merayu undi. Kata beliau:
> 
> "Nak rayu apa wei!! -  kalu dema tak mau Islam, itu dema kena jawab
dengan Tuhan di akhirat esok lah!!"
> 
> Sebenarnya, mentaliti makcik ini adalah typical mentaliti kebanyakan
orang-orang lama PAS di kampung2 di pedalaman Kedah; mereka sokong PAS 100%
tapi tak begitu peduli sama ada orang sebelah rumah nak sokong atau tidak.
Bagi mereka, sokongan mereka terhadap PAS adalah soal agama, soal mati dan
yang paling penting soal hidayah:
> 
> "Biaqlah depa nak sokong UMNO, nak buat macam mana hidayah tak mai lagi
kat depa!!"
> 
> KERANA ITU AGAKNYA, ASAKAN PAS DI KEDAH TEMPOH HARI SEDIKIT TERSASAR DARI
SASARAN!!
> 
> Lantas, kalau beginilah sikap orang2 Veteran PAS di Kedah, dari manakah
agaknya datangnya sokongan di luar dugaan yang membolehkan PAS menguasai 12
kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen tempoh hari?
> 
> Jawapannya ialah daripada golongan muda dan daripada mereka-mereka yang
bersimpati dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dua tiga orang
daripada kumpulan-kumpulan UMNO yang kecewa dengan pemilihan calon-calon
kroni oleh Datuk Seri Sanusi Junid.
> 
> Saya bagi contoh di Parlimen Sik; ada satu keluarga, ibu dan ayah
mengundi UMNO tapi ENAM orang anak-anaknya (yg sulung dlm 30an) semuanya
mengundi PAS. Kesemuanya anaknya ini mengundi PAS bukan kerana faktor Anwar
Ibrahim atau undi protes, tapi kerana faktor ideologi (yg cukup ditakuti
oleh Datuk Najib); mereka ini mengundi PAS sebagai menyatakan sokongan
terhadap satu perjuangan yang bertekad untuk menjadi Islam sebagai agama
yang memerintah, dan bukan diperintah seperti apa yang kita lihat
sekarang!!
> 
> DAHULU, MEREKA MENGUNDI TOK MID KERANA MEREKA MERASAKAN TOK MID MAMPU
MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG MEMERINTAH, TAPI ISU JANGGUT NABI, ISU
PENOLAKAN HUDUD, ISU MUFTI SELANGOR DAN ISU AISHAH BOKHARI MENYEBABKAN TOK
MID SUDAH HILANG KEYAKINAN DI MATA MEREKA!!
> 
> Begitu juga dengan isu DSAI; ketika berkunjung ke sebuah kampung di
Baling, seorang sahabat memberitahu saya kalau nak sembang dengan anak-anak
muda di kampung itu, kalau boleh kurangkan sikit bercakap pasal PAS tapi
cuba tekankan lebih kepada isu Anwar Ibrahim, mesti mendapat sambutan.
> 
> RUPA-RUPANYA ANAK2 MUDA ITU SEDANG DALAM PROSES PERALIHAN DARIPADA UMNO
KEPADA 'BUKAN-UMNO';  KERANA PAS PERNAH MENJADI 'MUSUH' SUATU KETIKA DULU,
PENERIMAAN MEREKA TERHADAP PAS TERPAKSA DIBUAT SECARA PERLAHAN-LAHAN
MENERUSI KEADILAN!!
> 
> Kerana ADIL tidak bertanding di Baling, maka undi mereka diberikan kepada
PAS. Maka itu, tak salah rasanya kalau kita ucapkan tahniah kepada
pemimpin-pemimpin BA kerana strategi mereka untuk menumbangkan BN, walau
pun tidak berjaya di peringkat pusat tapi sekurang-kurangnya membuahkan
hasil di Parlimen Baling!!
> 
> Okay, cukup mengenai Baling dan Sik, kita tinjau pula kawasan Kuala
Kedah; saya pada asalnya tak yakin langsung yang Mat Sabu akan menang; apa
tidaknya kawasan itu jumlah pengundi Melayu cumalah sekitar 81% sedangkan
di Baling yang pengundi Melayunya berjumlah 90%, PAS boleh kalah lebih 5000
majoriti dalam pilihanraya 1995.
> 
> Tapi, bila saya berkunjung ke Kuala Kedah sehari sebelum pilihanraya,
saya dapat merasakan Mat Sabu pasti menang di Kuala Kedah; saya cakap macam
tu bukan sebab Mat Sabu dah menang - tapi berdasarkan pemerhatian saya
tempoh hari, apabila saya melihat poster-poster dan banner-banner Mat Sabu
yang lain daripada yang lain itu, saya sudah dapat menjangka suatu kelainan
yang amat sangat. Antara lain, saya lihat banner-banner di sana sini
sepanjang jalan Kuala Kedah, antaranya tak jauh dari satu kedai Laksa di
Telok Kecai bertulis:
> 
> "Mat Sabu, Wakil Rakyat Yang Disegani Kawan Dan Lawan" . Ada satu banner
itu pula bertulis: "Kekalkan Suara Beliau di Parlimen - Tanggungjawab
Kita"!!
> 
> Banner-banner sebegini boleh dikatakan penuh merata jalan di Kuala Kedah,
kita tak pasti sejauh manakah banner2 yg sebegini berjaya menarik perhatian
pengundi, tapi sedikit sebanyak rallying cry ini telah berjaya memenangkan
Mat Sabu - walau pun cuma dengan 649 majoriti.
> 
> PERANG BENDERA DAN POSTER KADANG-KADANG BOLEH MENJADI FAKTOR PENENTU
DALAM PILIHANRAYA!!
> 
> Opps, dah panjang pulak dah; nak stop dulu, tapi sebelum itu saya nak
tulis di sini bahawa dalam banyak-banyak poster yang saya lihat di negeri
Kedah, cuma ada satu poster saja yang begitu striking dan stand out (paling
ketara), kalau tak silap saya poster itu saya lihat dlm daerah Baling,
antara Kuala Pegang ke Kupang, dekat satu markas PAS tepi jalan. Nak tahu
gambar apa?
> 
> "Gambar OSAMA BIN LADEN!!!"
> 
> Maka itu, secara sinis kita mungkin boleh kata:
> 
> 'Kemunculan' Osama Bin Laden di kawasan Baling/Sik  ini nampaknya telah
berjaya membantu jentera PAS memusnahkan kubu kuat UMNO di situ - hingga
tertumbangnya Ulamak Besar UMNO, Hamid Othman di Sik dan sekaligus juga
turut menumbangkan 'Hamid Othman in the Making' (bakal pengganti Hamid
Othman) di DUN Kupang, Encik Wahab Din yang merupakan Ketua Exco Agama,
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia!!
> 
> Wallah hu aklam.
> 
> Wassalam,
> Pakdin
> 
>   
> 
> 
> 
> ---------------------------------------------------
> Get free personalized email at http://www.iname.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "osba" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to