*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Terimakasih kpd sdr Jevousprie dan Habibul krn sudi
membuat response ke atas pendapat saya berkenaan dgn
tajuk di atas. Izinkan saya memberikan penjelasan
lanjut tentang pendapat saya itu.

Spt yg sdr Jevousprie katakan:
"Bukankah T.G. MB sudah katakan, kalau salah tegur,
jangan mengampu."

Maka atas prinsip itulah saya memberikan pendapat ini.
Juga sempena iktibar kisah perlantikan Saidina Umar
menjadi khalifah, di mana seorang sahabat telah bangun
lalu mengatakan, "Sekiranya Umar menyeleweng, maka
pedang inilah yg akan memenggal kepalanya".

1. Sdr Jevousprie mengatakan:
"Setiap perkara yang ulama2 tu buat, sudah pasti ada
 sandarannya"

Saya tidak beranggapan yg sedemikian. Lebih-lebih lagi
ia bukanlah perkara yg membincangkan hukum dan kaifiat
ibadah khusus, sebaliknya hal ehwal pemerintahan yg
melibatkan org banyak dan rakyat jelata, esp. umat
Islam.

2. Jevousprie mengatakan:
 "Kalau benar tuan-puan ada hujjah sohih siap dengan
 dalil2nya yang mengatakan tindakan T.G.Haji Hadi tu
 salah, ajukannya pada Tun Salleh Abas."

Maafkan saya kerana mempertikaikan keputusan yg telah
dibuat oleh MB tanpa sebarang dalil. Bagaimanapun,
sekiranya kita terlalu ambil-berat dalil ni, elok juga
kalau kita mendapatkan dalil yg diguna-pakai oleh Tuan
Guru Haji Hadi utk membuat keputusan ini agar semua
hamba rakyat, esp. Melayu-Islam yg sensitif pasal babi
ni agar paham. Rasanya ramai juga yg keliru dgn
keputusan ini.

3. Sdr Jevousprie mengatakan:
 "Kita kena yakin,pimpinan2 Islam tak akan
menyeleweng,
  InsyaAllah."

Insyaallah, begitulah. Bagaimanapun, rakyat mesti
berani menegur sesuatu keputusan yg difikirkan kurang
betul. Dan pada peringkat ini pun, saya tidak
mengatakan kerajaan PAS T'ganu menyeleweng, cuma
keputusan menarik balik larangan ternakan babi adalah
kurang bijak (salah)!

4. Sdr Habibul mengatakan:
 ".....dengan adanya beberapa syarat tertentu .... 
  mengapa pula harus dikatakan rezeki terpijak bagi  
  orang bukan islam....itu hak mereka...."
 
Saya faham bhw kebenaran itu dgn beberapa syarat.
Tetapi apa yg saya argue adalah begini:
- 10 thn dulu, keraajaan Umno Wan Mokhtar telah
mengharamkan ternakan babi di Terengganu. Dlm Hal ini,
W Mokhtar telah membuat kepitusan bijak lagi berani.

- Sekarang pula, tanpa diminta apalagi didesak oleh
bukan Islam, Haji Hadi menarik balik larangan
tersebut. MENGAPA???

Jikapun ada desakan, adakah mesyuarat exco telah
dibuat? Begitu juga dgn pandangan masyarakat Islam
perlu diambil kira. Disebabkan saya yakin bahawa
keputusan itu diambil bukan sebab adanya permintaan,
ataupun desakan dari bukan Islam, maka sebab itulah
saya katakan ia menjadi rezeki terpijak bagi bukan
Islam.

Persoalannya, adakah didasarkan kpd pendapat "Islam
tak melarang bukan Islam memelihara babi ... dan itu
hak mereka ... " maka tanpa berfikir panjang MB telah
menarik balik larangan tersebut? Sekiranya begitu,
apakah alasan beliau pula jika bukan Islam memohon utk
membuat kilang arak, premis judi, pusat hiburan dan
menentang hudud. Bukankah jelas yg semua perkara itu
tidak dilarang kpd bukan Islam!

Kesan Jangka Panjang
--------------------
Utk j/panjang, ladang-ladang babi ini akan terus
membesar. Dari satu tempat ke dua tempat. Dari satu
kandang kpd dua kandang. Walaupun peraturan itu
dikenakan, setakat mana ia dpt menahan pengembangan
ladang dan kandang babi ini!

Seterusnya, adalah menjadi masalah bagi kerajaan yg
akan datang utk menguat-kuasakan kembali larangan ini.
Sesuatu yg telah diberikan kpd mereka, maka jgn
haraplah kita dpt mengambilnya kembali. Contohnya,
amat bertuahlah jika Melayu dpt menjadi KM P Pinang.

Dlm tempoh larangan ini pun, belum tentu Terengganu
bebas dari kandang babi, inikan pula jika larangan
tersebut telah tiada. Akhirnya, Melayu juga yg terus
berkorban dan terkorban, terpaksa ditolak
beransur-ansur. Semuanya demi menjaga hati masyarakat
bukan Islam.

Cadangan
--------

Selama 10 thn bukan Islam Terengganu dibenarkan makan
babi. Mereka hanya ditegah bela babi shj. So kalau nak
makan boleh beli kat market. Bukankah elok jika
perkara tersebut diteruskan? Sepatutnya kerajaan
Kelantan harus mengikuti jejak langkah bekas kerajaan
Terengganu ini (dlm hal ini shj), bukan sebaliknya di
mana MB pula menarik balik larangan tersebut.

Adalah lebih elok lagi sekiranya kerajaan PAS
Terengganu membuat kempen dan penerangan kpd
masyarakat bukan Islam tentang keburukan makan babi
spt kempen anti-rokok, kolestrol dan diabetis. Atau
PAS tidak berani berbuat demikian?

5. Hadis tentang Nabi Isa akan membunuh babi akan
dipostingkan kelak jika saya telah mendapatnya secara
lengkap. Sekarang ni kat office, tak de rujukan.
Bagaimanapun, saya masih ingat iaitu ada seorang ahli
hizbi yg telah membuat posting dahulu.

Wassalam.

> > Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> on 12/21/99 01:42:47
> > Assalamualaikum wbt,
> > 
> > Maaflah, nak menyampuk sikit. My personal opinion
> saja
> > ... kalau salah mintak maaflah.
> > 
> > Saya berpendapat bahawa adalah kurang bijak atau
> boleh
> > dikatakan bahawa tindakan MB itu adalah salah.
> > Sebabnya:
> > 
> > 1. Kerajaan BN sudah mengharamkannya. Maksudnya
> > Terengganu sudah bersih dari ternakan babi. Kenapa
> > pula PAS menarik balik larangan tersebut? Adakah
> > disebabkan oleh kerana Islam tidak menghalang
> bukan
> > Islam memelihara babi?
> > 
> > 2. Seememangnya Islam tidak melarang bukan Islam
> > memelihara babi. Malah memakannya pun boleh. Maka
> > lebih baik pengharaman ternakan babi diteruskan,
> > sebaliknya kebenaran utk makan babi terus
> diberikan.
> > Hal ini tentu tak menjadikan isu. Kalau non-muslim
> > Terengganu nak makan babi, import saja dari negeri
> > lain spt sebelum ini. Hal ini menjadi seperti
> 'rezeki
> > terpijak' bagi mereka. Mereka tak mintak, kita
> pulak
> > yg baik hati sangat kenapa?
> > 
> > 3. Penarikan larangan ni adalah juga tidak bijak
> bagi
> > jangka pasang. Perlu diingat ... benda yg dah bagi
> kat
> > dia orang ni pasti akan jadi susah nak tarik
> balik.
> > Even Kelantan pun rasanya tak berani nak buat
> larangan
> > sedemikian.
> > 
> > 4. PAS seolah-olah cuba menyongsang arus hadis
> akhir
> > zaman. Hadis ada mengatakan bahawa turunnya Nabi
> Isa
> > as akan membunuh semua babi.
> > 
> > Wassalam,
> > Semuga dapat difikirkan!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to