*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,
merujuk kepada kenyataan tuan..."10 thn dulu, keraajaan Umno Wan
Mokhtar telah mengharamkan ternakan babi di Terengganu. Dlm Hal
ini,W Mokhtar telah membuat kepitusan bijak lagi berani. Sekarang
pula, tanpa diminta apalagi didesak oleh
bukan Islam, Haji Hadi menarik balik larangan tersebut.
MENGAPA???"

Eloklah tuan rujuk kepada kerajaan PAS negeri Terengganu itu
sendiri...cubalah guna nombor talipon yang ada disiarkan dalam
akhbar Harakah tempohari atau cubalah cari jalan untuk hubungi
mereka....mungkin ada wakil disana yang dapat menjawab segala
pertanyaan tuan itu secara first hand. Kalau kita atau para
netters yang lain jawab...mungkin sourcing kita atau dia orang
agak limited ..... atau mendapat information dari 2nd atau 3rd
hand party....

merujuk kepada kenyataan tuan .. "Hadis tentang Nabi Isa akan
membunuh babi akan dipostingkan kelak jika saya telah mendapatnya
secara lengkap. Sekarang ni kat office, tak de rujukan.
Bagaimanapun, saya masih ingat iaitu ada seorang ahli hizbi yg
telah membuat posting dahulu."

Ini bermakna tuan sendiri tidak sahih mengenai hadis ini...malah
tuan telah gunakannya sebelum tuan sendiri pastikan samada dia
hadis palsu atau tidak...Kita tak bolehlah 'quote' kan hadis
tersebut secara blindly...hanya kerana pernah ada seorang hamba
Allah pernah buat posting dalam hizbi...
Oleh kerana ini adalah pertama kali saya dengar hadis macam
ni...maka saya telah menghubungi Pusat Jamiyah Islam diShah
Alam(dikelolakan oleh Ustaz Safwan Fathy) dan bercakap dengan
salah seorang ustaz yang sedang bertugas disana...Ustaz itu pun
kata "itulah kali pertama dia dengar yang Nabi Isa turun sebab
nak bunuh babi...".  Setahu dia dan juga saya...yang Nabi Isa
tu..turun kebumi dan bunuh dajjal...tapi tak adalah tentang pergi
bunuh babi...Kalau tuan ada rasa musykil..silalah hubungi nombor
ini :550 9775. Kalau mahu bertanya dengan Ustaz Safwan
sendiri..bolehlah tunggu minggu hadapan...sebab Ustaz Safwan akan
pulang dari tanah suci,Mekah minggu hadapan...

Saya ambil berat pasal benda ni..ialah benda ini sangat
mengelirukan..dan hukum memperlekehkan hadis nabi amatlah berat
dalam Al-Quran dan pada nabi kita sendiri, Muhammad S.A.W ada
memberi amaran keras
sabda nabi.."barang siapa mendustakan kata-kata aku...maka orang
itu telah menempah maghligai dineraka jahanam"..kalau rasa
sangsi..sila tanya orang yang lebih afdal pasal hadis-hadis ni...

Kalau dalam Al-Quran pula sila rujuk pada surah Al-Baqarah ayat
98:'Jangan kamu mempersendakan nabi-nabi dan rasul-rasul kami
(Allah), malaikat-malaikat kami (Allah) terutama Jibril dan
Mikail...nescaya kami (Allah) akan sediakan azab yang pedih
terhadap kamu. Sesungguhnya Allah adalah musuh yang nyata bagi
orang-orang yang kafir'...

Itulah setakat apa yang saya mampu sampaikan pada tuan...untuk
difikirkan bersama....






Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> on 12/22/99 02:05:24 PM

To:   [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], HABIBUL/QA/MSMM
cc:
Subject:  Re: H-Net* PAS LIFTS 10-YEAR BANN PIG FARMING
      (Sokong??)




Assalamualaikum wbt,

Terimakasih kpd sdr Jevousprie dan Habibul krn sudi
membuat response ke atas pendapat saya berkenaan dgn
tajuk di atas. Izinkan saya memberikan penjelasan
lanjut tentang pendapat saya itu.

Spt yg sdr Jevousprie katakan:
"Bukankah T.G. MB sudah katakan, kalau salah tegur,
jangan mengampu."

Maka atas prinsip itulah saya memberikan pendapat ini.
Juga sempena iktibar kisah perlantikan Saidina Umar
menjadi khalifah, di mana seorang sahabat telah bangun
lalu mengatakan, "Sekiranya Umar menyeleweng, maka
pedang inilah yg akan memenggal kepalanya".

1. Sdr Jevousprie mengatakan:
"Setiap perkara yang ulama2 tu buat, sudah pasti ada
 sandarannya"

Saya tidak beranggapan yg sedemikian. Lebih-lebih lagi
ia bukanlah perkara yg membincangkan hukum dan kaifiat
ibadah khusus, sebaliknya hal ehwal pemerintahan yg
melibatkan org banyak dan rakyat jelata, esp. umat
Islam.

2. Jevousprie mengatakan:
 "Kalau benar tuan-puan ada hujjah sohih siap dengan
 dalil2nya yang mengatakan tindakan T.G.Haji Hadi tu
 salah, ajukannya pada Tun Salleh Abas."

Maafkan saya kerana mempertikaikan keputusan yg telah
dibuat oleh MB tanpa sebarang dalil. Bagaimanapun,
sekiranya kita terlalu ambil-berat dalil ni, elok juga
kalau kita mendapatkan dalil yg diguna-pakai oleh Tuan
Guru Haji Hadi utk membuat keputusan ini agar semua
hamba rakyat, esp. Melayu-Islam yg sensitif pasal babi
ni agar paham. Rasanya ramai juga yg keliru dgn
keputusan ini.

3. Sdr Jevousprie mengatakan:
 "Kita kena yakin,pimpinan2 Islam tak akan
menyeleweng,
  InsyaAllah."

Insyaallah, begitulah. Bagaimanapun, rakyat mesti
berani menegur sesuatu keputusan yg difikirkan kurang
betul. Dan pada peringkat ini pun, saya tidak
mengatakan kerajaan PAS T'ganu menyeleweng, cuma
keputusan menarik balik larangan ternakan babi adalah
kurang bijak (salah)!

4. Sdr Habibul mengatakan:
 ".....dengan adanya beberapa syarat tertentu ....
  mengapa pula harus dikatakan rezeki terpijak bagi
  orang bukan islam....itu hak mereka...."

Saya faham bhw kebenaran itu dgn beberapa syarat.
Tetapi apa yg saya argue adalah begini:
- 10 thn dulu, keraajaan Umno Wan Mokhtar telah
mengharamkan ternakan babi di Terengganu. Dlm Hal ini,
W Mokhtar telah membuat kepitusan bijak lagi berani.

- Sekarang pula, tanpa diminta apalagi didesak oleh
bukan Islam, Haji Hadi menarik balik larangan
tersebut. MENGAPA???

Jikapun ada desakan, adakah mesyuarat exco telah
dibuat? Begitu juga dgn pandangan masyarakat Islam
perlu diambil kira. Disebabkan saya yakin bahawa
keputusan itu diambil bukan sebab adanya permintaan,
ataupun desakan dari bukan Islam, maka sebab itulah
saya katakan ia menjadi rezeki terpijak bagi bukan
Islam.

Persoalannya, adakah didasarkan kpd pendapat "Islam
tak melarang bukan Islam memelihara babi ... dan itu
hak mereka ... " maka tanpa berfikir panjang MB telah
menarik balik larangan tersebut? Sekiranya begitu,
apakah alasan beliau pula jika bukan Islam memohon utk
membuat kilang arak, premis judi, pusat hiburan dan
menentang hudud. Bukankah jelas yg semua perkara itu
tidak dilarang kpd bukan Islam!

Kesan Jangka Panjang
--------------------
Utk j/panjang, ladang-ladang babi ini akan terus
membesar. Dari satu tempat ke dua tempat. Dari satu
kandang kpd dua kandang. Walaupun peraturan itu
dikenakan, setakat mana ia dpt menahan pengembangan
ladang dan kandang babi ini!

Seterusnya, adalah menjadi masalah bagi kerajaan yg
akan datang utk menguat-kuasakan kembali larangan ini.
Sesuatu yg telah diberikan kpd mereka, maka jgn
haraplah kita dpt mengambilnya kembali. Contohnya,
amat bertuahlah jika Melayu dpt menjadi KM P Pinang.

Dlm tempoh larangan ini pun, belum tentu Terengganu
bebas dari kandang babi, inikan pula jika larangan
tersebut telah tiada. Akhirnya, Melayu juga yg terus
berkorban dan terkorban, terpaksa ditolak
beransur-ansur. Semuanya demi menjaga hati masyarakat
bukan Islam.

Cadangan
--------

Selama 10 thn bukan Islam Terengganu dibenarkan makan
babi. Mereka hanya ditegah bela babi shj. So kalau nak
makan boleh beli kat market. Bukankah elok jika
perkara tersebut diteruskan? Sepatutnya kerajaan
Kelantan harus mengikuti jejak langkah bekas kerajaan
Terengganu ini (dlm hal ini shj), bukan sebaliknya di
mana MB pula menarik balik larangan tersebut.

Adalah lebih elok lagi sekiranya kerajaan PAS
Terengganu membuat kempen dan penerangan kpd
masyarakat bukan Islam tentang keburukan makan babi
spt kempen anti-rokok, kolestrol dan diabetis. Atau
PAS tidak berani berbuat demikian?

5. Hadis tentang Nabi Isa akan membunuh babi akan
dipostingkan kelak jika saya telah mendapatnya secara
lengkap. Sekarang ni kat office, tak de rujukan.
Bagaimanapun, saya masih ingat iaitu ada seorang ahli
hizbi yg telah membuat posting dahulu.

Wassalam.

> > Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> on 12/21/99 01:42:47
> > Assalamualaikum wbt,
> >
> > Maaflah, nak menyampuk sikit. My personal opinion
> saja
> > ... kalau salah mintak maaflah.
> >
> > Saya berpendapat bahawa adalah kurang bijak atau
> boleh
> > dikatakan bahawa tindakan MB itu adalah salah.
> > Sebabnya:
> >
> > 1. Kerajaan BN sudah mengharamkannya. Maksudnya
> > Terengganu sudah bersih dari ternakan babi. Kenapa
> > pula PAS menarik balik larangan tersebut? Adakah
> > disebabkan oleh kerana Islam tidak menghalang
> bukan
> > Islam memelihara babi?
> >
> > 2. Seememangnya Islam tidak melarang bukan Islam
> > memelihara babi. Malah memakannya pun boleh. Maka
> > lebih baik pengharaman ternakan babi diteruskan,
> > sebaliknya kebenaran utk makan babi terus
> diberikan.
> > Hal ini tentu tak menjadikan isu. Kalau non-muslim
> > Terengganu nak makan babi, import saja dari negeri
> > lain spt sebelum ini. Hal ini menjadi seperti
> 'rezeki
> > terpijak' bagi mereka. Mereka tak mintak, kita
> pulak
> > yg baik hati sangat kenapa?
> >
> > 3. Penarikan larangan ni adalah juga tidak bijak
> bagi
> > jangka pasang. Perlu diingat ... benda yg dah bagi
> kat
> > dia orang ni pasti akan jadi susah nak tarik
> balik.
> > Even Kelantan pun rasanya tak berani nak buat
> larangan
> > sedemikian.
> >
> > 4. PAS seolah-olah cuba menyongsang arus hadis
> akhir
> > zaman. Hadis ada mengatakan bahawa turunnya Nabi
> Isa
> > as akan membunuh semua babi.
> >
> > Wassalam,
> > Semuga dapat difikirkan!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HABIBUL" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to