*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

---------------------- Forwarded by HABIBUL/QA/MSMM on 12/27/99
01:13 PM ---------------------------


HABIBUL
12/27/99 12:45 PM

To:   Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
cc:
Subject:  Re: H-Net* PAS LIFTS 10-YEAR BANN PIG FARMING
      (Sokong??)  (Document link not converted)

Assalamulaikum,
terpulanglah kepada anda.......Yang penting...anda punya tulisan
dan saya punya tulisan ada orang membaca....menilai dan mencari
kesahihan sesuatu perkara itu...adalah terpulang kepada pembaca
itu sendiri....Apa yang saya sarankan....kita kenalah berusaha
untuk belajar ilmu agama nie...cari-cari tok guru yang kita boleh
'nadah' kitab atau bertanya pasal bab-bab ugama.....



Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> on 12/24/99 11:46:36 PM

To:   Ismail Hj Joned <[EMAIL PROTECTED]>, HABIBUL/QA/MSMM,
      [EMAIL PROTECTED]
cc:
Subject:  Re: H-Net* PAS LIFTS 10-YEAR BANN PIG FARMING
      (Sokong??)




Assalamualaikum wbt,

1. Pertamanya, izinkan saya mengulas pandangan Ismail
Hj Joned yg mengatakan:
    "Yg kerajaan W Mokhtar tak haramkan arak, tak
haramkan judi tikam ekor, tak haramkan pertunjukan yg
tak syarie tu tak pe ke!!! ...... Amacam brother!!!!
BOLEH ke."

Jawapan saya sudah tentu TAK BOLEH. Di sini saya ingin
berpesan khasnya kpd Ismail, jgnlah disebabkan org
lain buat sesuatu yg salah, maka anda pula merasa tak
bersalah jika melakukan sesuatu kesalahan. Jgnlah pula
anda marah jika anda dihukum disebabkan oleh satu
kesalahan, sedangkan org lain yg melakukan lebih
banyak kesalahan masih terlepas dari sebarang hukuman.

2. Berkenaan dgn cadangan oleh sdr Habibul agar saya
merujuk direct kpd kerajaan Terengganu, saya ucapkan
berbanyak terimakasih. Elok jugak cadangan tu. Cuma
saya menggunakan ruangan ini utk kita
bincang-bincangkan bersama-sama. Itupun setelah
beberapa netters membuat cut & paste dari bbrp laman
lain. Lagipun di sini ramai yg menjadi hardcore, ahli
dan juga AJK-AJK Pas dari berbagai peringkat esp. dari
Terengganu. Diharapkan mereka dapat menjadi penyambung
kpd dasar-dasar Pas di forum ini.

3. Berkenaan dgn hadis tersebut, apabila sdr Habibul
atau Ust. Safwan sendiri belum pernah mendengar
sesuatu hadis, apakah boleh dikatakan bahawa hadis itu
sememangnya tiada atau menuduh saya sengaja
mengada-adakan hadis. Sama spt jika seseorang bertanya
tuan, "Adakah ada hadis yg menyebut larangan bertilik
nasib dan larangan mempercayai bala' bulan Safar?".
Dgn penuh yakin anda pun menjawab "Ya" sebab anda
pernah mempelajarinya semasa di sekolah menengah dulu.
Tapi bila ditanya, "Apa hadisnya?". Mungkin disebabkan
kita pun dah tak berapa ingat, lebih elok kita katakan
"Oooh ... nantilah, biar aku check balik buka agama
tu".

    Alhamdulillah, sahabat kita Dr. Tanpa Nama 98
telah memforwardkan maksud hadis tersebut di bawah
tajuk email "Terengganu : Isu khinzir dan kharaj".
Inilah tujuan perbincangan. Sekarang terpulang kpd sdr
Habibul utk mempercayainya atau tidak akan kewujudan
hadis tersebut. Elok juga jika sdr Habibul hubungi
kembali Ust. Safwan utk menyampaikan hadis tersebut
bagi pengetahuan bersama.

"Sampaikan dariku walaupun satu ayat" [maksud hadis]

Wallahua'lam.


--- Ismail Hj Joned <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Yang kerajaan Wan Mokhtar tak haramkan arak, tak
> haramkam judi tikam
> ekor,
> tak haramkan pertunjokan yang tak syarie tu tak apa
> ke !!!, Cuba lah
> sorot kembali apa yang di katakan oleh MB  Trengganu
> tu, jangan lah ikut
> shok sendiri sahaja. Amacam brother!!!! BOLEH ke.

Habibul wrote:

> Assalamualaikum wbt,
> merujuk kepada kenyataan tuan..."10 thn dulu,
> keraajaan Umno Wan
> Mokhtar telah mengharamkan ternakan babi di
> Terengganu. Dlm Hal
> ini,W Mokhtar telah membuat kepitusan bijak lagi
> berani. Sekarang
> pula, tanpa diminta apalagi didesak oleh
> bukan Islam, Haji Hadi menarik balik larangan
> tersebut.
> MENGAPA???"
>
> Eloklah tuan rujuk kepada kerajaan PAS negeri
> Terengganu itu
> sendiri...cubalah guna nombor talipon yang ada
> disiarkan dalam
> akhbar Harakah tempohari atau cubalah cari jalan
> untuk hubungi
> mereka....mungkin ada wakil disana yang dapat
> menjawab segala
> pertanyaan tuan itu secara first hand. Kalau kita
> atau para
> netters yang lain jawab...mungkin sourcing kita atau
> dia orang
> agak limited ..... atau mendapat information dari
> 2nd atau 3rd
> hand party....
>
> merujuk kepada kenyataan tuan .. "Hadis tentang Nabi
> Isa akan
> membunuh babi akan dipostingkan kelak jika saya
> telah mendapatnya
> secara lengkap. Sekarang ni kat office, tak de
> rujukan.
> Bagaimanapun, saya masih ingat iaitu ada seorang
> ahli hizbi yg
> telah membuat posting dahulu."
>
> Ini bermakna tuan sendiri tidak sahih mengenai hadis
> ini...malah
> tuan telah gunakannya sebelum tuan sendiri pastikan
> samada dia
> hadis palsu atau tidak...Kita tak bolehlah 'quote'
> kan hadis
> tersebut secara blindly...hanya kerana pernah ada
> seorang hamba
> Allah pernah buat posting dalam hizbi...
> Oleh kerana ini adalah pertama kali saya dengar
> hadis macam
> ni...maka saya telah menghubungi Pusat Jamiyah Islam
> diShah
> Alam(dikelolakan oleh Ustaz Safwan Fathy) dan
> bercakap dengan
> salah seorang ustaz yang sedang bertugas
> disana...Ustaz itu pun
> kata "itulah kali pertama dia dengar yang Nabi Isa
> turun sebab
> nak bunuh babi...".  Setahu dia dan juga saya...yang
> Nabi Isa
> tu..turun kebumi dan bunuh dajjal...tapi tak adalah
> tentang pergi
> bunuh babi...Kalau tuan ada rasa musykil..silalah
> hubungi nombor
> ini :550 9775. Kalau mahu bertanya dengan Ustaz
> Safwan
> sendiri..bolehlah tunggu minggu hadapan...sebab
> Ustaz Safwan akan
> pulang dari tanah suci,Mekah minggu hadapan...
>
> Saya ambil berat pasal benda ni..ialah benda ini
> sangat
> mengelirukan..dan hukum memperlekehkan hadis nabi
> amatlah berat
> dalam Al-Quran dan pada nabi kita sendiri, Muhammad
> S.A.W ada
> memberi amaran keras
> sabda nabi.."barang siapa mendustakan kata-kata
> aku...maka orang
> itu telah menempah maghligai dineraka
> jahanam"..kalau rasa
> sangsi..sila tanya orang yang lebih afdal pasal
> hadis-hadis ni...
>
> Kalau dalam Al-Quran pula sila rujuk pada surah
> Al-Baqarah ayat
> 98:'Jangan kamu mempersendakan nabi-nabi dan
> rasul-rasul kami
> (Allah), malaikat-malaikat kami (Allah) terutama
> Jibril dan
> Mikail...nescaya kami (Allah) akan sediakan azab
> yang pedih
> terhadap kamu. Sesungguhnya Allah adalah musuh yang
> nyata bagi
> orang-orang yang kafir'...
>
> Itulah setakat apa yang saya mampu sampaikan pada
> tuan...untuk
> difikirkan bersama....
>

>
> Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]> on 12/22/99 02:05:24 PM

>
> Assalamualaikum wbt,
>
> Terimakasih kpd sdr Jevousprie dan Habibul krn sudi
> membuat response ke atas pendapat saya berkenaan dgn
> tajuk di atas. Izinkan saya memberikan penjelasan
> lanjut tentang pendapat saya itu.
>
> Spt yg sdr Jevousprie katakan:
> "Bukankah T.G. MB sudah katakan, kalau salah tegur,
> jangan mengampu."
>
> Maka atas prinsip itulah saya memberikan pendapat
> ini.
> Juga sempena iktibar kisah perlantikan Saidina Umar
> menjadi khalifah, di mana seorang sahabat telah
> bangun
> lalu mengatakan, "Sekiranya Umar menyeleweng, maka
> pedang inilah yg akan memenggal kepalanya".
>
> 1. Sdr Jevousprie mengatakan:
> "Setiap perkara yang ulama2 tu buat, sudah pasti ada
>  sandarannya"
>
> Saya tidak beranggapan yg sedemikian. Lebih-lebih
> lagi
> ia bukanlah perkara yg membincangkan hukum dan
> kaifiat
> ibadah khusus, sebaliknya hal ehwal pemerintahan yg
> melibatkan org banyak dan rakyat jelata, esp. umat
> Islam.
>
> 2. Jevousprie mengatakan:
>  "Kalau benar tuan-puan ada hujjah sohih siap dengan
>  dalil2nya yang mengatakan tindakan T.G.Haji Hadi tu
>  salah, ajukannya pada Tun Salleh Abas."
>
> Maafkan saya kerana mempertikaikan keputusan yg
> telah
> dibuat oleh MB tanpa sebarang dalil. Bagaimanapun,
> sekiranya kita terlalu ambil-berat dalil ni, elok
> juga
> kalau kita mendapatkan dalil yg diguna-pakai oleh
> Tuan
> Guru Haji Hadi utk membuat keputusan ini agar semua
> hamba rakyat, esp. Melayu-Islam yg sensitif pasal
> babi
> ni agar paham. Rasanya ramai juga yg keliru dgn
> keputusan ini.
>
> 3. Sdr Jevousprie mengatakan:
>  "Kita kena yakin,pimpinan2 Islam tak akan
> menyeleweng,
>   InsyaAllah."
>
> Insyaallah, begitulah. Bagaimanapun, rakyat mesti
>
=== message truncated ===

_________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HABIBUL" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke