*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullah,

Apa jua wajah dan dimensi perjuangan, wadahnya tetap satu dan matlamatnya tetap
satu. Iaitu menuju kepada yang SATU iatu keridhaan Allah SWT.

Keridhaan Allah SWT pula adalah tergantung dan terletak kepada ketulusan kita
yang berpaksikan di hati. Hati itulah wadah sebenar untuk berjuang menentang
segala kebatilan, kepalsuan, penipuan, kesementaraan dan membebaskan hati
daripada malapetaka tersebut menuju kepada Takwa.

Menuju kepada Takwa adalah satu jihad yang tiada sempadan fizikal dan ruang
serta waktu. Setiap saat ketika dan keadaan orang berIman diperintahkan
berTakwa.

"Wahai orang berIman, berTakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar Takwa.."
Firman.
"BerTakwalah kamu kepada Allah dimana jua kamu berada". Hadis
"Hati yang Takwa itu adalah hati yang tiada maksiat (syirk dan derhaka), suci
lagi takut dan di dalamnya tiada khianat, penipu dan dendam" Hadis.

Allah SWT menegaskan bahawa Hati yang suci adalah : Beroleh kejayaanlah mereka
yang berjaya mensucikan hatinya, dan dengan mengingati Rabbnya dia mendirikan
solat. Al 'Ala ; 14 & 15.

Allah SWT turut mengajarkan kepada kita betapa kedudukan sebenar orang yang
"Takut sebenar-benar Takut" : "...Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun
ridha terhadap Rabbnya. Yang demikian itulah ganjaran ke atas orang yang Takut
kepada Rabbnya". al Bayyinah : 8.

Kedudukan "Tawakal" , Allah menceritakan sebagai pengajaran dan pedoman kepada
manusia berIman seperti demikian,

"Barangsiapa yang berTawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan segala
keperluan, keinginan, pengharapan dan pergantungan".

Tawakal adalah satu kedudukan yang amat tinggi di sisi Rabb. Jihad menuju
Tawakal lebih rumit, sulit dan anih. Ia tercetus setelah timbul rasa kasih,
sayang, cinta dan harap hanya kepada Rabb.

Tiadalah yang lebih utama dan paling besar pengharapan kita melainkan keampunan,
rahmat dan kasih sayang serta perlindungan dan keselamatan daripada Rabb di
dunia dan diakhirat.

Penerangan Allah mengenai kedudukan orang berTakwa dan berTawakal terserlah
sebahagiannya dalam Ayat 1000 dinar.

"Barangsiapa yang berTakwa kepada Allah, nescaya Allah akan melepaskannya
daripada segala masalah, kesukaran, kegawatan dan kepalsuan. Dan Allah akan
menganugerahi rezeki daripada sumber yang tidak pernah diduga, diramal dan
diketahui. Barangsiapa yang berTawakal kepada ALlah nescaya Allah akan
mencukupkan segala keperluannya...."

Sekiranya kita hajat dan keperluan, mintalah kepada Allah. Tiadalah hajat dan
keperluan yang lebih utama dan besar melainkan kemenangan yang dijanjikan Allah.
Dan tidak dapat tidak kurniaan Allah itu Allah kurniakan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dan pilihanNya.

Dan ilmu serta kefahaman mengenai Allah dan matlamat menuju kepadaNya, hanya Dia
sahaja yang mengurniakan ilmu dan kefahaman itu.

Pertolongan, bantuan dan perhatian daripada Allah adalah hanya layak bagi orang
yang dekat, hampir, serta akan Rabbnya.

Kemenangan yang dihajati bukanlah kemenangan yang berbentuk material...tetapi
adalah kemenangan yang dijanjikan oleh Rabb sahaja.

Wajah-wajah perjuangan termasuklah dalam sektor ekonomi, pentadbiran, politik,
peperangan, pendidikan dan sebagainya .....usahlah tertipu dengan wajah-wajah
tersebut..... utamakanlah matlamat dan berpaksi kepada wadah yang satu jua.

Wallah hu 'alam.


Zainol Zainuddin wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu'alaikum,
> Diharap kita dapat mencontohi Rasulullah S.A.W. yang berusaha dengan sedaya
> upaya sebelum bertawakkal kepada Allah,... Janganle kita asyik dengan cerita
> kemenangan umat Islam yang telah dijanjikan oleh Allah tanpa berusaha.
> Zaman Nabi zaman pedang,panah dan kuda, digalakkan umat Islam untuk
> mempelajari perkara-perkara ni dan mereka berjihad pun menggunakan
> benda-benda ni, zaman sekarang, zaman pistol, machinegun, kapalterbang, bom,
> dan macam-macam lagi teknologi canggih. So are we ready???
>
> >From: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: H-Net* Peristiwa luar biasa di medan Khandak
> >Date: Sun, 30 Jan 2000 20:14:45 -0800 (PST)
> >
> >Peristiwa luar biasa di medan Khandak
> >  Oleh- Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
> >IMAM Bukhari meriwayatkan dalam Shih Bukharinya yang dinukil dari Jabir
> >r.a. katanya: "Pada hari persiapan perang Khandak, kami bekerja keras
> >menggali parit. Tiba-tiba kami dapati satu bungkah batu besar dalam parit
> >yang sedang digali, lalu kami maklumkan kepada Nabi s.a.w. Setelah
> >mendengar berita itu, Nabi s.a.w. menyatakan untuk turun sendiri ke dalam
> >parit bagi mengatasi masalah batu besar itu.
> >Ketika Nabi s.a.w. turun menghampiri batu besar itu, aku terlihat beberapa
> >ketul batu dibalut dengan kain dan diikat pada perut Nabi s.a.w..
> >Sudah tiga hari kami menggali parit dalam keadaan tiada sebarang makanan
> >untuk mengalas perut kami. Semua bekerja dalam keadaan lapar, Nabi s.a.w.
> >sendiri menanggung lapar sehingga perutnya dialas dengan ketul-ketul batu
> >untuk mengurangkan rasa lapar yang sangat mencengkam."
> >Demikianlah keadaan Nabi membuat persiapan perang dalam keadaan lapar.
> >Meskipun demikian namun Nabi s.a.w. tidak menyerah kalah dengan halangan
> >batu besar yang hampir menggagalkan rancangan membina parit bagi menghalang
> >kemaraan tentera al-Ahzab.
> >Dengan sebuah tukul besi yang berat, Nabi s.a.w. menghayun dan
> >menghentaknya ke atas batu pejal dengan sekuat hati. Dengan izin Allah batu
> >besar itu pecah berkecai.
> >Dilihat secara zahir, batu besar itu tidak mudah untuk dihancurkan. Namun
> >Nabi s.a.w. tetap berusaha dengan kudrat yang ada. Allah SWT mendatangkan
> >pertolongan-Nya dengan bantuan mukjizat, batu besar itu dapat dihancurkan.
> >Setelah itu Jabir minta izin dari Nabi untuk pulang ke rumah. Sampai di
> >rumah, Jabir memberitahu isterinya keadaan di medan Khandak sudah tiga hari
> >tiada makanan.
> >Keadaan Nabi s.a.w. sendiri sangat menyedihkan, baginda terpaksa mengikat
> >perut dengan batu-batu berbalut kain, bagi mengurangkan rasa lapar supaya
> >dapat meneruskan kerja-kerja membina parit.
> >Jabir dan isterinya berusaha menyediakan sedikit makanan untuk alas perut
> >terutama untuk Nabi s.a.w. Mereka hanya mempunyai sedikit gandum dan seekor
> >anak kambing yang sangat kurus. Jabir menyembelih satu-satunya kambing yang
> >dimiliki, dan isterinya mengisar gandum untuk buat roti.
> >Kemudian Jabir bergegas semula ke medan Khandak mempersilakan Nabi s.a.w.
> >ke rumahnya untuk makan ala kadar. Jabir juga minta Nabi mengajak seorang
> >dua sahabat untuk bersama menjamah makan. Kerana makanan yang disediakan
> >oleh isterinya hanya beberapa keping roti dan seperiuk sup seekor anak
> >kambing yang kurus.
> >Nabi s.a.w. memberitahu jabir, makanan tersebut cukup untuk menjamu semua
> >tiga ribu petugas Khandak. Lalu Nabi berpesan kepada Jabir supaya periuk
> >sup kambing itu tidak dialih dari dapur, dan tunggu sehingga Nabi s.a.w.
> >datang membahagi-bahagikan makanan itu kepada ribuan ahli Khandak itu.
> >Sebelum Jabir pulang kerumahnya, Nabi s.a.w. memaklumkan kepada semua ahli
> >Khandak, bahawa Jabir dan keluarganya telah menyediakan makanan yang
> >banyak. Semua para petugas Khandak dipersilakan ke rumah Jabir untuk
> >menikmati jamuan tersebut.
> >Jabir agak terkejut dan bergegas pulang dengan cemas, memberitahu isterinya
> >tentang pengumuman Nabi s.a.w. menjemput semua (tiga ribu) ahli Khandak.
> >Dia agak kebingungan dan mungkin akan mendapat malu besar apabila hanya
> >segelintir dari mereka yang akan dapat menjamah makanan, kerana hanya
> >sedikit makanan yang dapat disediakan.
> >Tetapi Isteri Jabir merasa cukup tenang apabila mendengar bahawa Nabi
> >s.a.w. sendiri yang akan membahagi-bahagikan makanan itu.
> >Dia berserah kepada Allah SWT dan terserah kepada Rasul-Nya membahagikan
> >rezeki yang sedikit untuk sajian ribuan manusia.
> >Nabi s.a.w. minta agar ahli Khandak masuk bergilir-gilir dan jangan
> >berebut-rebut, kerana rezeki yang akan disajikan lebih dari mencukupi.
> >Nabi s.a.w. mula membahagikan makanan setiap seorang dengan sepotong roti
> >dan seketul daging sup kambing. Setiap kali Nabi s.a.w. mengoyak roti dan
> >mengaut daging kambing dengan senduk dari periuk yang sama, makanan itu
> >tetap berbaki meskipun telah dibahagikan kepada sejumlah besar manusia.
> >Begitulah seterusnya Nabi s.a.w. mengoyakkan roti dan meletakkan seketul
> >daging, sehingga semua tiga ribu orang dapat menikmatinya dengan
> >masing-masing merasa sangat kenyang. Yang anihnya roti dan daging kambing
> >di dalam periuk itu sentiasa ada dan tidak berkurangan.
> >Setelah semua ahli Khandak selesai menikmati hidangan yang luar biasa itu,
> >lalu Nabi s.a.w. menyerahkan semula baki roti dan sup kambing itu kepada
> >Jabir dan keluarganya.
> >Nabi mempersilakan Jabir dan isterinya makan, di samping menganjurkan
> >supaya memberikan makanan itu kepada penduduk kampung, kerana tahun itu
> >Madinah sedang menghadapi kekurangan makanan.
> >Demi Allah, kata Jabir bukan saja tiga ribu ahli Khandak dapat menikmati
> >makanan yang disediakan oleh isterinya, malah hampir seluruh penduduk
> >Madinah yang datang kerumahnya pulang dalam keadaan kenyang.
> >
> >
> >
> >
> >
> >COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> >
> >---------------------------------
> >Do You Yahoo!?
> >Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Zainol Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke