*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualalikum wbt.

Firman Allah (bermakna) : Wahai manusia beribadahlah kamu kepada Rabb kamu
yang
menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu beroleh Takwa".

Firman Allah (bermakna) : Dan tidaklah diciptakan golongan jin dan manusia
melainkan hanya untuk beribadah.

Firman Allah (bermakna) : Demi masa , sesungguhnya manusia sentiasa beroleh
kerugian. Melainkan mereka yang berIman dan beramal soleh.

Kesimpulan, Allah SWT telah menjelaskan bahawa dalam setiap gerak geri, mata,
hati, tindakan,  tingkah laku dan keputusan serta setiap kali nafas naik dan
turun, manusia diwajibkan beribadah. Matlamatnya adalah Takwa.

Oleh kerana aktiviti (amali, perbuatan, percakapan dan pergerakan mata, tangan
dan jari-jari) manusia setiap hari, jam dan minit adalah pelbagai serta
berubah-ubah, TETAPI janganlah dan usahlah dipisahkan daripada BERIBADAH
kepada
RABB.

Contohnya, sebagai manusia, malahan sebagai bapa, wajib menunaikan tanggung
jawab mencari rezeki yang halal. TETAPI perintah BERIBADAH wajib ditunaikan
dengan sentiasa mengingati Allah, menTAUHIDNya (meisbatkanNya) dan berhadap
HATI
kepadaNya.

LANTARAN Islam adalah adalah Agama Tauhid, maka selayaknyalah TAUHID kepada
RABB
tidak boleh putus dan longgar.

Contoh kedua, sebagai manusia berIman, mengerjakan solat itu adalah wajib.
Tetapi janganlah hanya amal solat sahaja yang dikerjakan atau didirikan atau
ditunaikan. Ibadahnya tidak disertakan. Kelak solat itu akan menjadi sesia.

Firman Allah (bermakna) : Wahai orang berIman, janganlah perniagaan kamu,
harta
kamu dan anak kamu menjadikan kamu LALAI daripada mengingati Allah. Barang
siapa
yang berbuat demikian itu, mereka itulah golongan yang PALING MUFLIS. Al
munafikun : 9.

Maksudnya , jika mengerjakan solat pun tidak boleh ingat Allah maka gagallah
beribadah kepada Allah ketika sedang mendirikan solat. Zahir pada kelakuan dan
perbuatan bahawa amal solat telah dibuat tetapi ibadahnya gagal dilaksanakan.
Inilah yang dikatakan amal tanpa ibadah.

Demikianlah seterusnya pada amal dan perbuatan yang lain, wajib serta dengan
ibadah atau beribadah kepada Allah.

Firman Allah (bermakna) : Perbanyakkanlah kamu akan amal soleh dan janganlah
syirik dengan beribadah kepada RABB kamu dengan mengesakan (TAUHID) NYA.

Allah SWT mengajari manusia bahawa ibadah itulah yang paling penting dan utama
dalam hidup ini. Setiap detik dan ketika serta nafas yang turun naik itu,
kehidupan manusia wajiblah dalam penghayatan ibadah. Lengkungan ibadah. Tidak
titik dan detik pemisah antara keduanya ; Amal dan ibadah. Menjadi satu iaitu
dalam sebutan amal ibadah.

Pastinya contoh yang paling baik untuk  diteladani dalam aspek ini ialah Nabi
Muhammad SAW.

Wallah hu'alam.


Zainol Zainuddin wrote:

> Wa'alaikum salam Saudara Hassan,
> Saya setuju dalam hal taqwa, tapi " Wajah-wajah perjuangan termasuklah dalam
> sektor ekonomi, pentadbiran, politik,
> peperangan, pendidikan dan sebagainya " yang berlandaskan Islam harus
> diteruskan.
> Rasulullah S.A.W. adalah contoh yang terbaik.  Mengikut sirah, beliau
> berhijrah ke Madinah untuk menaikkan "Darul Islam", di mana kita mendapat
> contoh bagaimana ISLAM bukan hanya mementingkan soal-soal ibadah, tetapi
> juga perlu diserapkan dalam kehidupan harian. " ISLAM IS A WAY OF LIFE"
> My opinion, be real good at what you are "expert" in, don't be complecent,
> keep building our knowledge in ISLAM and use the knowledge to help saudara
> seIslam.
>
> Wassalam.
>
> >From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: Zainol Zainuddin <[EMAIL PROTECTED]>
> >CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: H-Net* Peristiwa luar biasa di medan Khandak
> >Date: Tue, 01 Feb 2000 14:50:19 +0800
> >
> >Assalamualaikum warahmatullah,
> >
> >Apa jua wajah dan dimensi perjuangan, wadahnya tetap satu dan matlamatnya
> >tetap
> >satu. Iaitu menuju kepada yang SATU iatu keridhaan Allah SWT.
> >
> >Keridhaan Allah SWT pula adalah tergantung dan terletak kepada ketulusan
> >kita
> >yang berpaksikan di hati. Hati itulah wadah sebenar untuk berjuang
> >menentang
> >segala kebatilan, kepalsuan, penipuan, kesementaraan dan membebaskan hati
> >daripada malapetaka tersebut menuju kepada Takwa.
> >
> >Menuju kepada Takwa adalah satu jihad yang tiada sempadan fizikal dan ruang
> >serta waktu. Setiap saat ketika dan keadaan orang berIman diperintahkan
> >berTakwa.
> >
> >"Wahai orang berIman, berTakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar
> >Takwa.."
> >Firman.
> >"BerTakwalah kamu kepada Allah dimana jua kamu berada". Hadis
> >"Hati yang Takwa itu adalah hati yang tiada maksiat (syirk dan derhaka),
> >suci
> >lagi takut dan di dalamnya tiada khianat, penipu dan dendam" Hadis.
> >
> >Allah SWT menegaskan bahawa Hati yang suci adalah : Beroleh kejayaanlah
> >mereka
> >yang berjaya mensucikan hatinya, dan dengan mengingati Rabbnya dia
> >mendirikan
> >solat. Al 'Ala ; 14 & 15.
> >
> >Allah SWT turut mengajarkan kepada kita betapa kedudukan sebenar orang yang
> >"Takut sebenar-benar Takut" : "...Allah ridha terhadap mereka dan mereka
> >pun
> >ridha terhadap Rabbnya. Yang demikian itulah ganjaran ke atas orang yang
> >Takut
> >kepada Rabbnya". al Bayyinah : 8.
> >
> >Kedudukan "Tawakal" , Allah menceritakan sebagai pengajaran dan pedoman
> >kepada
> >manusia berIman seperti demikian,
> >
> >"Barangsiapa yang berTawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
> >segala
> >keperluan, keinginan, pengharapan dan pergantungan".
> >
> >Tawakal adalah satu kedudukan yang amat tinggi di sisi Rabb. Jihad menuju
> >Tawakal lebih rumit, sulit dan anih. Ia tercetus setelah timbul rasa kasih,
> >sayang, cinta dan harap hanya kepada Rabb.
> >
> >Tiadalah yang lebih utama dan paling besar pengharapan kita melainkan
> >keampunan,
> >rahmat dan kasih sayang serta perlindungan dan keselamatan daripada Rabb di
> >dunia dan diakhirat.
> >
> >Penerangan Allah mengenai kedudukan orang berTakwa dan berTawakal terserlah
> >sebahagiannya dalam Ayat 1000 dinar.
> >
> >"Barangsiapa yang berTakwa kepada Allah, nescaya Allah akan melepaskannya
> >daripada segala masalah, kesukaran, kegawatan dan kepalsuan. Dan Allah akan
> >menganugerahi rezeki daripada sumber yang tidak pernah diduga, diramal dan
> >diketahui. Barangsiapa yang berTawakal kepada ALlah nescaya Allah akan
> >mencukupkan segala keperluannya...."
> >
> >Sekiranya kita hajat dan keperluan, mintalah kepada Allah. Tiadalah hajat
> >dan
> >keperluan yang lebih utama dan besar melainkan kemenangan yang dijanjikan
> >Allah.
> >Dan tidak dapat tidak kurniaan Allah itu Allah kurniakan kepada sesiapa
> >yang
> >dikehendakiNya dan pilihanNya.
> >
> >Dan ilmu serta kefahaman mengenai Allah dan matlamat menuju kepadaNya,
> >hanya Dia
> >sahaja yang mengurniakan ilmu dan kefahaman itu.
> >
> >Pertolongan, bantuan dan perhatian daripada Allah adalah hanya layak bagi
> >orang
> >yang dekat, hampir, serta akan Rabbnya.
> >
> >Kemenangan yang dihajati bukanlah kemenangan yang berbentuk
> >material...tetapi
> >adalah kemenangan yang dijanjikan oleh Rabb sahaja.
> >
> >Wajah-wajah perjuangan termasuklah dalam sektor ekonomi, pentadbiran,
> >politik,
> >peperangan, pendidikan dan sebagainya .....usahlah tertipu dengan
> >wajah-wajah
> >tersebut..... utamakanlah matlamat dan berpaksi kepada wadah yang satu jua.
> >
> >Wallah hu 'alam.
> >
> >
> >Zainol Zainuddin wrote:
> >
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Assalamu'alaikum,
> > > Diharap kita dapat mencontohi Rasulullah S.A.W. yang berusaha dengan
> >sedaya
> > > upaya sebelum bertawakkal kepada Allah,... Janganle kita asyik dengan
> >cerita
> > > kemenangan umat Islam yang telah dijanjikan oleh Allah tanpa berusaha.
> > > Zaman Nabi zaman pedang,panah dan kuda, digalakkan umat Islam untuk
> > > mempelajari perkara-perkara ni dan mereka berjihad pun menggunakan
> > > benda-benda ni, zaman sekarang, zaman pistol, machinegun, kapalterbang,
> >bom,
> > > dan macam-macam lagi teknologi canggih. So are we ready???
> > >
> > > >From: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>
> > > >To: [EMAIL PROTECTED]
> > > >Subject: H-Net* Peristiwa luar biasa di medan Khandak
> > > >Date: Sun, 30 Jan 2000 20:14:45 -0800 (PST)
> > > >
> > > >Peristiwa luar biasa di medan Khandak
> > > >  Oleh- Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
> > > >IMAM Bukhari meriwayatkan dalam Shih Bukharinya yang dinukil dari Jabir
> > > >r.a. katanya: "Pada hari persiapan perang Khandak, kami bekerja keras
> > > >menggali parit. Tiba-tiba kami dapati satu bungkah batu besar dalam
> >parit
> > > >yang sedang digali, lalu kami maklumkan kepada Nabi s.a.w. Setelah
> > > >mendengar berita itu, Nabi s.a.w. menyatakan untuk turun sendiri ke
> >dalam
> > > >parit bagi mengatasi masalah batu besar itu.
> > > >Ketika Nabi s.a.w. turun menghampiri batu besar itu, aku terlihat
> >beberapa
> > > >ketul batu dibalut dengan kain dan diikat pada perut Nabi s.a.w..
> > > >Sudah tiga hari kami menggali parit dalam keadaan tiada sebarang
> >makanan
> > > >untuk mengalas perut kami. Semua bekerja dalam keadaan lapar, Nabi
> >s.a.w.
> > > >sendiri menanggung lapar sehingga perutnya dialas dengan ketul-ketul
> >batu
> > > >untuk mengurangkan rasa lapar yang sangat mencengkam."
> > > >Demikianlah keadaan Nabi membuat persiapan perang dalam keadaan lapar.
> > > >Meskipun demikian namun Nabi s.a.w. tidak menyerah kalah dengan
> >halangan
> > > >batu besar yang hampir menggagalkan rancangan membina parit bagi
> >menghalang
> > > >kemaraan tentera al-Ahzab.
> > > >Dengan sebuah tukul besi yang berat, Nabi s.a.w. menghayun dan
> > > >menghentaknya ke atas batu pejal dengan sekuat hati. Dengan izin Allah
> >batu
> > > >besar itu pecah berkecai.
> > > >Dilihat secara zahir, batu besar itu tidak mudah untuk dihancurkan.
> >Namun
> > > >Nabi s.a.w. tetap berusaha dengan kudrat yang ada. Allah SWT
> >mendatangkan
> > > >pertolongan-Nya dengan bantuan mukjizat, batu besar itu dapat
> >dihancurkan.
> > > >Setelah itu Jabir minta izin dari Nabi untuk pulang ke rumah. Sampai di
> > > >rumah, Jabir memberitahu isterinya keadaan di medan Khandak sudah tiga
> >hari
> > > >tiada makanan.
> > > >Keadaan Nabi s.a.w. sendiri sangat menyedihkan, baginda terpaksa
> >mengikat
> > > >perut dengan batu-batu berbalut kain, bagi mengurangkan rasa lapar
> >supaya
> > > >dapat meneruskan kerja-kerja membina parit.
> > > >Jabir dan isterinya berusaha menyediakan sedikit makanan untuk alas
> >perut
> > > >terutama untuk Nabi s.a.w. Mereka hanya mempunyai sedikit gandum dan
> >seekor
> > > >anak kambing yang sangat kurus. Jabir menyembelih satu-satunya kambing
> >yang
> > > >dimiliki, dan isterinya mengisar gandum untuk buat roti.
> > > >Kemudian Jabir bergegas semula ke medan Khandak mempersilakan Nabi
> >s.a.w.
> > > >ke rumahnya untuk makan ala kadar. Jabir juga minta Nabi mengajak
> >seorang
> > > >dua sahabat untuk bersama menjamah makan. Kerana makanan yang
> >disediakan
> > > >oleh isterinya hanya beberapa keping roti dan seperiuk sup seekor anak
> > > >kambing yang kurus.
> > > >Nabi s.a.w. memberitahu jabir, makanan tersebut cukup untuk menjamu
> >semua
> > > >tiga ribu petugas Khandak. Lalu Nabi berpesan kepada Jabir supaya
> >periuk
> > > >sup kambing itu tidak dialih dari dapur, dan tunggu sehingga Nabi
> >s.a.w.
> > > >datang membahagi-bahagikan makanan itu kepada ribuan ahli Khandak itu.
> > > >Sebelum Jabir pulang kerumahnya, Nabi s.a.w. memaklumkan kepada semua
> >ahli
> > > >Khandak, bahawa Jabir dan keluarganya telah menyediakan makanan yang
> > > >banyak. Semua para petugas Khandak dipersilakan ke rumah Jabir untuk
> > > >menikmati jamuan tersebut.
> > > >Jabir agak terkejut dan bergegas pulang dengan cemas, memberitahu
> >isterinya
> > > >tentang pengumuman Nabi s.a.w. menjemput semua (tiga ribu) ahli
> >Khandak.
> > > >Dia agak kebingungan dan mungkin akan mendapat malu besar apabila hanya
> > > >segelintir dari mereka yang akan dapat menjamah makanan, kerana hanya
> > > >sedikit makanan yang dapat disediakan.
> > > >Tetapi Isteri Jabir merasa cukup tenang apabila mendengar bahawa Nabi
> > > >s.a.w. sendiri yang akan membahagi-bahagikan makanan itu.
> > > >Dia berserah kepada Allah SWT dan terserah kepada Rasul-Nya
> >membahagikan
> > > >rezeki yang sedikit untuk sajian ribuan manusia.
> > > >Nabi s.a.w. minta agar ahli Khandak masuk bergilir-gilir dan jangan
> > > >berebut-rebut, kerana rezeki yang akan disajikan lebih dari mencukupi.
> > > >Nabi s.a.w. mula membahagikan makanan setiap seorang dengan sepotong
> >roti
> > > >dan seketul daging sup kambing. Setiap kali Nabi s.a.w. mengoyak roti
> >dan
> > > >mengaut daging kambing dengan senduk dari periuk yang sama, makanan itu
> > > >tetap berbaki meskipun telah dibahagikan kepada sejumlah besar manusia.
> > > >Begitulah seterusnya Nabi s.a.w. mengoyakkan roti dan meletakkan
> >seketul
> > > >daging, sehingga semua tiga ribu orang dapat menikmatinya dengan
> > > >masing-masing merasa sangat kenyang. Yang anihnya roti dan daging
> >kambing
> > > >di dalam periuk itu sentiasa ada dan tidak berkurangan.
> > > >Setelah semua ahli Khandak selesai menikmati hidangan yang luar biasa
> >itu,
> > > >lalu Nabi s.a.w. menyerahkan semula baki roti dan sup kambing itu
> >kepada
> > > >Jabir dan keluarganya.
> > > >Nabi mempersilakan Jabir dan isterinya makan, di samping menganjurkan
> > > >supaya memberikan makanan itu kepada penduduk kampung, kerana tahun itu
> > > >Madinah sedang menghadapi kekurangan makanan.
> > > >Demi Allah, kata Jabir bukan saja tiga ribu ahli Khandak dapat
> >menikmati
> > > >makanan yang disediakan oleh isterinya, malah hampir seluruh penduduk
> > > >Madinah yang datang kerumahnya pulang dalam keadaan kenyang.
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > > >COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> > > >
> > > >---------------------------------
> > > >Do You Yahoo!?
> > > >Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> > >
> > > ______________________________________________________
> > > Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
> > >
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > > Pengirim: "Zainol Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nor Bakri bin Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke