*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaualaikum wbt,

1. Mempelajari sejarah masa lepas ie jatuh bangunnya
umat-umat yg terdahulu adalah bertujuan utk kita
mengambil iktibar, teladan dan sempadan akan
faktor-faktor yg memberi kemenangan atau kejatuhan
sesuatu bangsa/umat.

2. Mempelajari sejarah akan datang adalah bagi
membolehkan kita menagih janji Allah yg Islam akan
kembali bangkit utk kali keduanya. Ie kisah Pemuda
Bani Tamim, kita perlu mempelajarinya agar kita kenal
akan ciri-ciri diri dan pengikutnya, berusaha utk
mencari dan menyokongnya. Seterusnya, jgn pula kita
akan menjadi penentang saat mana ia muncul.

3. Kedua-dua sejarah lampau dan akan datang juga dapat
memberi garis panduan dlm kita mengatur
langkah-langkah perjuangan. Usaha tetap usaha, mungkin
wadah perjuangannya shj yg berbeza. Perbezaan ini juga
boleh kita buat 'check and balance' melalui kedua-dua
sejarah tersebut.

4. Kekuatan senjata adalah sbgi alat shj. Begitu juga
dgn tampuk sebuah pemerintahan. Sedangkan matlamatnya
cuma satu iaitu keredhaan Allah. Menjadi insan
bertaqwa. Memang umat Islam ketinggalan dlm segala
segi. Namun umat Islam yg menjadi 1/5 drp penduduk
dunia ini sebenarnya tidaklah kalah sangat dari segi
kekuatan material. Faktor utama kelemahan umat Islam
masa kini ialah disebabkan tiadanya TAQWA (especially
saya lah tu!). Diri penuh dgn sifat-sifat mazmumah.
Cinta dunia dan takut mati. Itu yg jadikan kita lemah.
Sebagai contoh :
a. Idea membuat parit dlm perang Khandaq itu
sebenarnya Allah beri kpd hati-hati yg telah bertaqwa.
b. Allah bantu tentera Islam dlm berbagai peperangan
juga disebabkan oleh sifat taqwa.
c. Allah memberi pengajaran kpd tentera Islam dlm
perang Uhud dgn kekalahan disebabkan bibit-bibit cinta
dunia yg mula menyusup dlm diri tentera Islam.
Walaupun kemenangan sudah kelihatan dgn strategi
perang yg cukup bagus, namun akhirnya Allah tarik
balik kemenangan tersebut.
d. Begitu juga Allah beri bantuan kpd tentera Ikhwan
Muslimun ketika membantu tentera Mesir mengalahkan
tentera Yahudi Israel. Semuanya rahmat Allah ke atas
hamba-hambaNya yg bertaqwa.

Sebagaimana maksud firman Allah dan hadis nabi
berikut:

Firman Allah (bermakna) : Wahai manusia beribadahlah
kamu kepada Rabb kamu yang menciptakan kamu dan
orang-orang yang sebelum kamu agar kamu beroleh
Takwa". 

Firman Allah (bermakna) : Dan tidaklah diciptakan
golongan jin dan manusia melainkan hanya untuk
beribadah. 

Firman Allah (bermakna) : Demi masa , sesungguhnya
manusia sentiasa beroleh kerugian. Melainkan mereka
yang berIman dan beramal soleh. 

Firman Allah (bermakna) : Wahai orang berIman,
janganlah perniagaan kamu, harta kamu dan anak kamu
menjadikan kamu LALAI daripada mengingati Allah.
Barang siapa yang berbuat demikian itu, mereka itulah
golongan yang PALING MUFLIS. Al munafikun : 9. 

Firman Allah (bermakna) : Perbanyakkanlah kamu akan
amal soleh dan janganlah syirik dengan beribadah
kepada RABB kamu dengan mengesakan (TAUHID) NYA.

Firman Allah (bermaksud) "Wahai orang berIman,
berTakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar Takwa.."


Firman.Allah (bermaksud) "BerTakwalah kamu kepada
Allah dimana jua kamu berada". 

Hadis Nabi Saw (bermaksud) "Hati yang Takwa itu adalah
hati yang tiada maksiat (syirk dan derhaka), suci lagi
takut dan di dalamnya tiada khianat, penipu dan
dendam" Hadis. 

Allah SWT menegaskan bahawa Hati yang suci adalah :
Beroleh kejayaanlah mereka yang berjaya mensucikan
hatinya, dan dengan mengingati Rabbnya dia mendirikan
solat. Al 'Ala ; 14 & 15. 

Allah SWT turut mengajarkan kepada kita betapa
kedudukan sebenar orang yang "Takut sebenar-benar
Takut" : "...Allah ridha terhadap mereka dan mereka
pun ridha terhadap Rabbnya. Yang demikian itulah
ganjaran ke atas orang yang takut kepada Rabbnya". al
Bayyinah : 8.  

"Barangsiapa yang berTawakal kepada Allah, nescaya
Allah akan mencukupkan segala keperluan, keinginan,
pengharapan dan pergantungan". 

Penerangan Allah mengenai kedudukan orang berTakwa dan
berTawakal terserlah sebahagiannya dalam Ayat 1000
dinar. "Barangsiapa yang berTakwa kepada Allah,
nescaya Allah akan melepaskannya daripada segala
masalah, kesukaran, kegawatan dan kepalsuan. Dan Allah
akan menganugerahi rezeki daripada sumber yang tidak
pernah diduga, diramal dan diketahui. Barangsiapa yang
berTawakal kepada ALlah nescaya Allah akan mencukupkan
segala keperluannya...." 

[Dipetik dari tulisan sdr Hasan Abdullah]

Firman Allah (bermaksud) : Siapa melupakan Allah,
Allah akan melupakan mereka akan dirinya sendiri.

Firman Allah (bermaksud) : Dengan mengingati Allah,
hati akan menjadi tenteram.

Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
mereka yang bertaqwa.


--- Zainol Zainuddin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamu'alaikum,
> Diharap kita dapat mencontohi Rasulullah S.A.W. yang
> berusaha dengan sedaya 
> upaya sebelum bertawakkal kepada Allah,... Janganle
> kita asyik dengan cerita 
> kemenangan umat Islam yang telah dijanjikan oleh
> Allah tanpa berusaha.  
> Zaman Nabi zaman pedang,panah dan kuda, digalakkan
> umat Islam untuk 
> mempelajari perkara-perkara ni dan mereka berjihad
> pun menggunakan 
> benda-benda ni, zaman sekarang, zaman pistol,
> machinegun, kapalterbang, bom, 
> dan macam-macam lagi teknologi canggih. So are we
> ready???
> 
> 
> >From: counterbalance
> <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: H-Net* Peristiwa luar biasa di medan
> Khandak
> >Date: Sun, 30 Jan 2000 20:14:45 -0800 (PST)
> >
> >Peristiwa luar biasa di medan Khandak
> >  Oleh- Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
> >IMAM Bukhari meriwayatkan dalam Shih Bukharinya
> yang dinukil dari Jabir 
> >r.a. katanya: "Pada hari persiapan perang Khandak,
> kami bekerja keras 
> >menggali parit. Tiba-tiba kami dapati satu bungkah
> batu besar dalam parit 
> >yang sedang digali, lalu kami maklumkan kepada Nabi
> s.a.w. Setelah 
> >mendengar berita itu, Nabi s.a.w. menyatakan untuk
> turun sendiri ke dalam 
> >parit bagi mengatasi masalah batu besar itu.
> >Ketika Nabi s.a.w. turun menghampiri batu besar
> itu, aku terlihat beberapa 
> >ketul batu dibalut dengan kain dan diikat pada
> perut Nabi s.a.w..
> >Sudah tiga hari kami menggali parit dalam keadaan
> tiada sebarang makanan 
> >untuk mengalas perut kami. Semua bekerja dalam
> keadaan lapar, Nabi s.a.w. 
> >sendiri menanggung lapar sehingga perutnya dialas
> dengan ketul-ketul batu 
> >untuk mengurangkan rasa lapar yang sangat
> mencengkam."
> >Demikianlah keadaan Nabi membuat persiapan perang
> dalam keadaan lapar. 
> >Meskipun demikian namun Nabi s.a.w. tidak menyerah
> kalah dengan halangan 
> >batu besar yang hampir menggagalkan rancangan
> membina parit bagi menghalang 
> >kemaraan tentera al-Ahzab.
> >Dengan sebuah tukul besi yang berat, Nabi s.a.w.
> menghayun dan 
> >menghentaknya ke atas batu pejal dengan sekuat
> hati. Dengan izin Allah batu 
> >besar itu pecah berkecai.
> >Dilihat secara zahir, batu besar itu tidak mudah
> untuk dihancurkan. Namun 
> >Nabi s.a.w. tetap berusaha dengan kudrat yang ada.
> Allah SWT mendatangkan 
> >pertolongan-Nya dengan bantuan mukjizat, batu besar
> itu dapat dihancurkan.
> >Setelah itu Jabir minta izin dari Nabi untuk pulang
> ke rumah. Sampai di 
> >rumah, Jabir memberitahu isterinya keadaan di medan
> Khandak sudah tiga hari 
> >tiada makanan.
> >Keadaan Nabi s.a.w. sendiri sangat menyedihkan,
> baginda terpaksa mengikat 
> >perut dengan batu-batu berbalut kain, bagi
> mengurangkan rasa lapar supaya 
> >dapat meneruskan kerja-kerja membina parit.
> >Jabir dan isterinya berusaha menyediakan sedikit
> makanan untuk alas perut 
> >terutama untuk Nabi s.a.w. Mereka hanya mempunyai
> sedikit gandum dan seekor 
> >anak kambing yang sangat kurus. Jabir menyembelih
> satu-satunya kambing yang 
> >dimiliki, dan isterinya mengisar gandum untuk buat
> roti.
> >Kemudian Jabir bergegas semula ke medan Khandak
> mempersilakan Nabi s.a.w. 
> >ke rumahnya untuk makan ala kadar. Jabir juga minta
> Nabi mengajak seorang 
> >dua sahabat untuk bersama menjamah makan. Kerana
> makanan yang disediakan 
> >oleh isterinya hanya beberapa keping roti dan
> seperiuk sup seekor anak 
> >kambing yang kurus.
> >Nabi s.a.w. memberitahu jabir, makanan tersebut
> cukup untuk menjamu semua 
> >tiga ribu petugas Khandak. Lalu Nabi berpesan
> kepada Jabir supaya periuk 
> >sup kambing itu tidak dialih dari dapur, dan tunggu
> sehingga Nabi s.a.w. 
> >datang membahagi-bahagikan makanan itu kepada
> ribuan ahli Khandak itu.
> >Sebelum Jabir pulang kerumahnya, Nabi s.a.w.
> memaklumkan kepada semua ahli 
> >Khandak, bahawa Jabir dan keluarganya telah
> menyediakan makanan yang 
> >banyak. Semua para petugas Khandak dipersilakan ke
> rumah Jabir untuk 
> >menikmati jamuan tersebut.
> >Jabir agak terkejut dan bergegas pulang dengan
> cemas, memberitahu isterinya 
> >tentang pengumuman Nabi s.a.w. menjemput semua
> (tiga ribu) ahli Khandak.
> >Dia agak kebingungan dan mungkin akan mendapat malu
> besar apabila hanya 
> >segelintir dari mereka yang akan dapat menjamah
> makanan, kerana hanya 
> >sedikit makanan yang dapat disediakan.
> >Tetapi Isteri Jabir merasa cukup tenang apabila
> mendengar bahawa Nabi 
> >s.a.w. sendiri yang akan membahagi-bahagikan
> makanan itu.
> >Dia berserah kepada Allah SWT dan terserah kepada
> Rasul-Nya membahagikan 
> >rezeki yang sedikit untuk sajian ribuan manusia.
> >Nabi s.a.w. minta agar ahli Khandak masuk
> bergilir-gilir dan jangan 
> >berebut-rebut, kerana rezeki yang akan disajikan
> lebih dari mencukupi.
> >Nabi s.a.w. mula membahagikan makanan setiap
> seorang dengan sepotong roti 
> >dan seketul daging sup kambing. Setiap kali Nabi
> s.a.w. mengoyak roti dan 
> >mengaut daging kambing dengan senduk dari periuk
> yang sama, makanan itu 
> >tetap berbaki meskipun telah dibahagikan kepada
> sejumlah besar manusia.
> >Begitulah seterusnya Nabi s.a.w. mengoyakkan roti
> dan meletakkan seketul 
> >daging, sehingga semua tiga ribu orang dapat
> menikmatinya dengan 
> >masing-masing merasa sangat kenyang. Yang anihnya
> roti dan daging kambing 
> >di dalam periuk itu sentiasa ada dan tidak
> berkurangan.
> >Setelah semua ahli Khandak selesai menikmati
> hidangan yang luar biasa itu, 
> >lalu Nabi s.a.w. menyerahkan semula baki roti dan
> sup kambing itu kepada 
> >Jabir dan keluarganya.
> >Nabi mempersilakan Jabir dan isterinya makan, di
> samping menganjurkan 
> >supaya memberikan makanan itu kepada penduduk
> kampung, kerana tahun itu 
> >Madinah sedang menghadapi kekurangan makanan.
> >Demi Allah, kata Jabir bukan saja tiga ribu ahli
> Khandak dapat menikmati 
> >makanan yang disediakan oleh isterinya, malah
> hampir seluruh penduduk 
> >Madinah yang datang kerumahnya pulang dalam keadaan
> kenyang.
===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke