Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

EDISI ISNIN
1 Zulkaedah 1420
7 Februari 2000
-------------------------------------------


Lebih 5,000 hadiri kempen boikot media


KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 orang membanjiri pekarangan ibu pejabat parti
keADILan Gombak untuk mengikuti pelancaran kempen boikot media anjuran
Barisan Alternatif petang itu.

Orang ramai kelihatan berpusu-pusu menghadiri majlis itu yang juga
menyertai usaha untuk membuat nota bantahan yang terpanjang di dunia
iaitu 100 meter.

Turut hadir di majlis petang itu ialah ketua pemuda PAS pusat, Mahfuz
Omar, Ketua Penerangan KeADILan, Saudara Roslan Kassim, ketua pemuda
keADILan Mohd Ezam Mohd Nor, Presiden PRM Dr Syed Husin Ali dan
lain-lain pimpinan Barisan Alternatif.

Majlis diserikan dengan majlis ucapan ringkas daripada pimpinan gerakan
reformasi, nyanyian lagu-lagu reformasi dan persembahan pe! ntomen dari
mahasisiwa tempatan sementara menunggu majlis pelancaran pada jam 5
petang.

Pengerusi Jawatankuasa Monitor Media yang mengadakan program hari ini,
Rustam Sani berkata, kempen itu adalah bertujuan untuk menyampaikan
mesej kepada organisasi media bahawa mereka tidak wajar bersikap
bongkak dengan rakyat.

Menurutnya, kewartawanan yang tidak beretika dan tidak bermoral tidak
dapat diterima oleh rakyat negara ini.

"Kami mengingatkan pihak media bahawa kewujudan mereka sebenarnya
bergantung kepada rakyat yang menjadi "pelanggan" mereka," katanya
ketika ditemui di majlis pelancaran itu.


Kempen boikot media dapat sambutan hangat

Kempen tiga bulan itu dirasmikan Naib Presiden KeAdilan, Marina Yusof
dan turut disertai oleh pimpinan semua parti-parti alternatif.

Penganalisis politik berpendapat, kempen ini akan mendatangkan kesan
kepada kedudukan Utusan Malaysia, New Straits Times yang menghadapi
ju! alan yang merosot semenjak kes Anwar Ibrahim.

Walaupun kempen itu mungkin tidak akan boleh menjatuhkan terus
ketiga-tiga media itu, namun ia cukup untuk memberikan peringatan
kepada mereka.

Penganalisis juga berpendapat, kemarahan rakyat kepada ketiga-tiga
media itu terutamanya adalah beralasan berikutan peranan besar yang
dimainkan oleh mereka dalam pilihan raya umum lepas.









------------------------------------------------------------------------
To Post a message, send it to: [EMAIL PROTECTED]
To Unsubscribe, send a blank message to: [EMAIL PROTECTED]

------------------------------------------------------------------------
Finding a sweetheart is hard work. Shopping for one shouldn't be.
Click here for Valentine Surprises!
http://click.egroups.com/1/1182/5/_/172208/_/949649242/


eGroups.com home: http://www.egroups.com/group/harakah
http://www.egroups.com - Simp! lifying group communications






COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke