*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buat Puan Nor'ain, saya ucapkan terima kasih di atas gebang-gebang puan yang 
panjang lebar mengenai masalah rumahtangga. Saya bukanlah seorang penulis 
yang baik tetapi saya tahu menghargai tulisan yang baik. Walauun ada unsur 
kelakar dan mengutuk para suami tetapi saya fikir ada kebenarannya. K

ita suami tak boleh terlalu ego dan mengambil sikap lepas tangan ke atas 
urusan rumahtangga. Saya juga bukanlah seorangsuami yang begitu baik atau 
suami mithali tetapi saya dapat rlate cerita Puan Nor ain dengan keadaan 
emosi dan fikiran isteri saya apabila saya bertindak seperti seorang yang 
dungu dan heartless yang seringkali sering dilakukan oleh para suami yang 
telah lama melayari bahtera rumahtangga. Kita sering take for granted 
pengorbanan isteri dan sering mencari kesalahan dan kesilapannya. Saya for 
one hampir-hampir ingin memutuskan ikatan yang ada, namun setelah 
memeikirkan banyak faktor iaitu yang utama sekali adalah seringkali berpunca 
daripada skap saya sendiri saya menanm dan membuang jauh-jauh perasaan 
tersebut dari sanubari.

Pulak tu ada pulak anak gadis lawa-lawa di pejabat yang menunjukkan minat 
pada kita yang kununnnya lebih stabil dan matang ini. Namun godaan syaitan 
sering menyerang dari segenap penjuru dan bahtera kita memang akan bergolak 
jika tiada kesabaran, kesedaran dan pendidikan agaman dan mengenai ilmu 
rumatangga.

Saya tak expecxt mana-mana netters untuk menyokong saya dalam hal ini. My 
opinion is strictly yours and mine alone. Tetapi kalau saudara telah 
berusaha teruk-teruk mengumpulkan duit, pergi kursus menggigil angkat nikah 
untuk kahwin lepas tu senang-senang nak salahkan bini dalam semua hal, maka 
itu adaah suatu yang amat pathetic. Saya tahu kerana saya juga pernah 
berkelakuan demikian. Hanya kesabaran isteri yang memangnya tidak sempurna 
bisa membantu

Hang JEbt


>From: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>,        "'[EMAIL PROTECTED]'"  
><[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Isteri Nak Mengomel....i.... Rasa terkilan  kepada suami yg 
>angg ap kami seperti hamba & Orang Gaji
>Date: Tue, 29 Feb 2000 12:53:18 +0800
>
>Assalamu'alaikum kepada semua warga Hizbi yg dihormati, semoga kalian
>dirahmati Allah.
>
>Ekoran dari e-mail saya yg bertajuk:  Gebang-gebang Kes Pembantu Rumah:
>Antara Pahit Manis & Dilemma Majikan Wanita..." maka ramailah netters yg
>respond.  Terima kasih atas "feedback" yg diberi.  Bila saya telitikan
>kandungan-kandungan e-mail dalam Hizbi yg dihantar oleh beberapa netters, 
>yg
>sebenarnya tajuk-tajuk yg dibincangkan dewasa ini ada kaitannya antara satu
>sama lain, seperti tajuk yg "hot" sekarang ialah "Perkahwinan yg boring",
>"Antara Isteri & orang Gaji"... "alahai bini Pakcik Din"....    Tajuk-tajuk
>ni semuanya mempunyai kaitan yg unik, kerana ia adalah berdasarkan 
>hal-ehwal
>rumahtangga.  Bagi yg telah berumah tangga, sudah tentu berbagai dugaan dan
>cabaran yg telah dihadapi.... sama ada pahit, manis ataupun yg menyakitkan
>itu adalah semuanya ketentuan Illahi....
>
>1.     Introduction...
>
>Ya!  Tiada siapa yg boleh menafikan bahawa jodoh pertemuan itu ditangan
>Tuhan.  Sama ada kita dapat pasangan yg sesuai itu memang sukar untuk kita
>ketahui, kerana itu urusan dan ketentuan Allah.  Jangan sangka bahawa
>setelah bertahun-tahun bercinta kita ingat kita dah "menyelami" hati
>pasangan kita, TIDAKKK!  Mungkin sewaktu bercinta pasangan kita tak "tunjuk
>belang" lagi........  Yalah..... bak kata orang "belum dapat, semuanya elok
>belaka; dah dapat nanti, semuanya tak jadi apa!"
>
>Namun, segala kekurangan yg ada pasangan kita tu hendaklah kita kena terima
>dengan hati yg terbuka.  Nak terima dengan hati terbuka sajakah?
>Tidakkkkk... kita kena usaha pulak nak "tutup" kelemahan yg ada.  Bagaimana
>caranya?  Ada banyak cara yg positif untuk memperbaiki kelemahan, itu
>bergantung kepada apa jenis kelemahan yg kita ada.
>
>Apa yg saya tuliskan ini BUKAN UNTUK MENGUNGKIT email-email yg lepas, tapi
>sekadar meluahkan rasa sayu dan nak mengomel bagi pihak wanita/isteri yg
>mana daripada penelitian saya, rata-rata Netters lelaki dalam Hizbi Net ni
>nak kahwin lagi satu daripada ambil orang gaji.......   apakah alasan 
>mereka
>yg sebenarnya??
>
>2.     Alasan nak kahwin lagi........  isteri yg suruh???
>
>Sdra Michel Mick kata, wife dia ada juga suruh kahwin lagi sebab wife dia
>tak suka masak.... So, wife Sdr Michel doesn't mind kalau Sdr Michel kahwin
>sorang lagi....   Minta maaf ya, Sdr Michel... saya bukan nak tempelak
>saudara, tapi saya "salute" wife Sdr kalau dia benar-benar maksudkan 
>begitu.
>Namun, saya faham yg Sdr Michel sekadar mengkhabarkan kepada kami akan
>hasrat hati wife Sdr dan juga diri Sdr sendiri........
>
>Kita ambil satu contoh........  toksah pergi jauh-jauh, ambil diri saya
>sebagai "model" dalam hal ni.  Isteri Sdr Michel tak suka masak; yang saya
>pulak, suka masak....... tapi husband saya lebih suka kalau saya pandai
>mengemas.  Bab makan dan masak ni dia tak kisah sangat, masak cincai-cincai
>pun dia makan - kalau kena dgn seleranya!  Kelebihan saya ialah... saya
>pandai masak & suka masak.  Bab masak-memasak memang "terror".  Bagilah
>resepi apapun, InsyaAllah menjadi punya!  Tapi yg LEMAH ialah bab LIPAT
>KAIN, GOSOK BAJU, mengemas yg amat kemas (selalunya susah nak tengok rumah
>terlalu kemas sebab anak-anak tukang MENYEPAH aje!), bab yg ni saya rasa
>isteri Pakcik Din tu memang terror lah kot!   Saya tak boleh "challenge"
>dengan bini Pakcik Din yg diceritakan dek si Mawar tu!   Gosok baju sampai
>"side" boleh luka tangan!  Fuuuhhh....   itu pakai kanji ka?   OK lah.....
>tang basuh pinggan  saya masih larat lagi... .... menyidai baju yg dah
>dibasuh oleh "minah washing machine" pun masih larat lagi.
>
>
>3.     Antara Madu, Orang Gaji dan Peranan Suami......(Suami nak kahwin
>lagi nak jadikan isteri kedua tu orang gaji?)
>
>So... macam mana sekarang?  Kalau saya nak cari madu, apakah saya kena cari
>madu yg pandai mengemas, dan saya hanya memasak?    [Nampaknya husband saya
>kena berebut dengan "Hantu Raya" yg nak meminang isteri Pakcik Din ka?
>Ish!  Minta disiahkan 44 malaikat!]  Kalau macam tu, apakah tugas suami dan
>peranannya? Habis tu nanti, kalau dah dua-dua isteri memainkan peranan
>penting dan boleh membahagiakan suami yg sorang tu, kami yg berdua ni macam
>mana?  Suami boleh senang-lenang duduk baca suratkhabar, minum kopi, makan
>cekodok (yang saya buat), manakala rumah kemas pulak setelah dikemas oleh
>"madu"....   Senang banyaklah lelaki?   Lepas tu bila rasa bosan, boleh
>keluar rumah macam tu aje???  Bila rasa nak bersama dengan bini tua, masuk
>bilik No. 1 - bila bilik No 1 ada "bendera merah" kat depan pintu, masuk
>pintu No. 2?  Gitu kah???
>
>Bukanlah ISTERI DENGKI  kalau suami tu bahagia, kami teramatlah bahagia
>sekiranya suami-suami kami bahagia.... tapi kalau dah semuanya bini-bini yg
>buat, SUAMI BUAT APA?  Goyang kaki?  Pergi kerja, balik kerja, lepas tu
>kalau rasa macam "nak" boleh pilih mana yg dia suka aje, habis tu yg lagi
>sorang ni nak letak mana banggggg????  Terkulat-kulat kat luar pintu, 
>dengar
>kamu berdua "gebang-gebang" kat dalam salah satu bilik?   Ahhh!  Tidakkkk!
>Tak sanggup rasanya....!   Adakah senario begini yg akan MEMBAHAGIAKAN
>SUAMI?  Hati isteri siapa yg nak jaga?  Habis tu yg sorang "dipakai", yg
>sorang tu sambung buat kerja rumah kah?  Apa suami fikir  kami ni hamba
>tebusan kah???
>
>[MAAFKAN SAYA, SAYA CUMA BAGI SUATU SENARIO YG MANA NETTERS SENDIRI BOLEH
>BAYANGKAN, JIKA ANDA LELAKI, ANDA BOLEH BAYANGKAN BETAPA "BAHAGIANYA" ANDA
>KERANA BERISTERI DUA DAN LEPAS TU ANDA BOLEH "ESCAPE" DARI BEKERJASAMA 
>DALAM
>HAL-EHWAL PENGURUSAN DAN MEMBINA RUMAHTANGGAN BAHAGIA DENGAN HANYA SEORANG
>ISTERI!]
>
>
>4.     Layakkah Suami tu beristeri lagi.... atau cuma helah nak lari dari
>buat kerja rumah menolong isteri?
>
>Apakah ini yg lelaki mahukan?  Apa tak cukup kah dengan isteri yg sedia 
>ada?
>Layakkan anda beristeri dua dari segi zahir dan batin?  Dah tanya diri ka?
>Dahlah tu, kalau dapat berbini dua lepas tu asingkan tak pa jugak, ni 
>tidak,
>nak satukan kami bawah satu bumbung, lepas tu BERGILIR-GILIR JADI ORANG
>GAJI, DAN BERGILIR-GILIR UNTUK DI"PAKAI"???  Macam tukah maksud orang 
>lelaki
>pada orang perempuan?  SAMPAI HATI KAMU ORANG LELAKI!    Ramaikah lelaki yg
>mengharapkan agar senario ini menjadi kenyataan????
>
>Kot ya pun nak kahwin, BOLEH KAHWIN.....  tapi suami mesti ingat, bahawa
>kalau nak kahwin tu tanyalah diri dari segi kemampuan ZAHIR & BATIN.
>Seelok-eloknya asingkan kami berdua.  Saya dah cakap, saya tak marah kalau
>nak berpoligami.  Tapi, kalau setakat nak berpoligami tapi isteri tu cuma
>nak jadikan orang gaji, LEBIH BAIK KAMI CARI ORANG GAJI LELAKI!!!    
>Tentang
>aurat, kami boleh jaga aurat...... bukak tudung dan pakai pakaian yg
>"menggiurkan" untuk tatapan suami DALAM BILIK sahaja.  Itu tak kisah punya!
>Lagi selamat!  Sebabnya, orang perempuan ni selalunya tak berselera tengok
>orang lelaki kalau dah buat kerja dapur, muka depa tu lebih hodoh dari kami
>yg buat kerja tapi hanya bau belacan aje!   Lagi senang sebab isteri tak
>payah ke dapur lagi, orang gaji lelaki sudah pasti akan mampu buat
>segala-galanya... cuma kita jaga nak aje kat ruang tamu.....  BUKANKAH DI
>ZAMAN RASULULLAH HAMBA TERDIRI DARI LELAKI HABSHI?  Dahlah hitam, tak
>handsome pulak tu...... mana isteri nak berselera tengok hamba-hamba ni?
>Percayalah cakap saya, ISTERI YG RASIONAL TAK SEMUDAH ITU NAK MAIN KAYU 
>TIGA
>DENGAN PEMBANTU LELAKI....   apatah lagi nak buat hubungan sulit......  TAK
>ADA MASA PUNYAAA!
>
>Sebab apa tak ada masa?  Sebabnya kami sibuk pergi kerja, pergi pagi, balik
>malam...silap haribulan, balik rumah bawak kerja office.  So, nak layan
>suami pun kena "jauh malam" setelah anak tidur, nak layan pembantu rumah
>lelaki masa bila pulak?  Masa suami tak ada?  Tak mungkin.....  Setahu 
>saya,
>kalau ikut logik, suami yg tahu orang gaji dia lelaki, takkan dia nak 
>keluar
>rumah pulak?  Inilah masanya kita nak tengok pulak suami selalu duduk 
>rumah,
>itupun kalau dia tu jenis suami yg betul-betul sayangkan bini dia...  kalau
>tak, dah pasti dia tak kisah, dia keluar "makan luar" pulak dengan
>"ayam-ayam tambatan" Chow Kit atau Lorong Haji Taib.   Nauzubillah!  Minta
>disiahkan 44 malaikat!
>
>
>5.     Bersabar ajelah, tak payah ambil orang gaji....atasi kelemahan
>dengan bekerjasama
>
>Jadi... untuk mengelakkan dari berlaku sebarang kecurangan dari kedua-dua
>pihak, THE BEST THING IS; JANGAN AMBIL ORANG GAJI sama ada orang gaji 
>betina
>ka atau jantan.   Itu aje, tapi seperti yg saya katakan, tak ambil orang
>gaji, kitalah yg kelam kabut.  Bagi saya, kelam kabut saya hanya sementara
>waktu sahaja kerana saya belajar.  Kalau tak, taklah teruk sangat macam
>sekarang, saya tak masak kerana tak sempat.  Hanya weekends saja saya 
>masak.
>Mengemas, iron baju, lipat kain, semuanya dibuat masa weekends.   Jadual
>saya very tight.  Silap-silap, nak buat "facial" sendiri atau nak
>"manja-manjakan" diri dengan mandi pupur atau mandi rempah pun tak sempat!
>[Tapi mandi "lain" sempat weiii...!].  Beginilah orang perempuan, sayangkan
>suami bertungkus lumus nak cantikkan diri, nak perkemas dan persiapkan
>"badan" agar sentiasa disayangi oleh suami!  Tapi, SUAMI macam mana?
>SENANG-SENANG AJE DEPA NAK JADIKAN KITA ORANG GAJI!  BANYAK CANTIK MUKA
>HANGPA???!!!
>
>Yalah... orang-orang tua dah cakap "Kalau takut dilambung ombak, jangan
>berumah di tepi pantai".  Maknanya, kalau kita tak berani menghadapi risiko
>selepas kahwin, JANGAN KAHWIN!   Tapi tak kahwin tak boleh..... nanti Nabi
>kita nak mengaku kita ummatnya pulak (tolong sesiapa yg ada hadis ni).
>So....  macam mana nak atasi kelemahan?   Senang aje, SUAMI mesti ambil
>PERANAN YG SAMA PENTING DALAM PENGURUSAN RUMAHTANGGA!  Jangan biarkan wife
>aje yg buat semua benda.  No doubt hangpa keluar cari duit untuk kami, 
>habis
>tu kami ni bukan cari duit jugak ka?  Bukan bantu hangpa bila susah ka?
>Dahlah kami ni cari duit, kat rumah jadi "hamba abdi" pulak!  MANA ACI 
>MACAM
>NI??   Awat hangpa ni semua EGO semacam?  Kalau hangpa nak kata kerja orang
>lelaki tu bukannya mengemas, basuh pinggan, bukan sapu sapah; habis tu yg
>kerja kat warung atau restoran tu bukan lelaki ka?  Semuanya lelaki jugak 
>yg
>buat!    Ada warung kat dengan rumah saya tu, dari kerja "ambil order
>pelanggan", buat air, basuh pinggan, masak, urus kot nu, urus kot ni,
>semuanya ORANG JANTAN, habis tu kenapa kat rumah tak boleh buat benda yg
>serupa?  Heran, heran!   Is it because you all ni terlalu berpangkat sampai
>tak mau bantu buat kerja-kerja dapur?  Bapa saudara saya seorang HAKIM
>MAHKAMAH TINGGI, tapi dia tolong wife dia masak, sapu sampah.......   tak
>jatuh pun status dia sebagai HAKIM??   Hangpa faham tak apa yg saya nak
>maksudkan.... kalau ikut dari segi material, wang ringgit, kira pak menakan
>saya ni DAH MAMPU dah!  Cuma nak make sure dia adil aje, tapi dia tak 
>pernah
>luahkan rasa yg dia nak kahwin sorang lagi, BETAPA BERUNTUNGNYA DAPAT
>HUSBAND MACAM PAK MENAKAN SAYA!  Seronoklah Mak Teh saya kalau dia baca
>e-mail saya ni!
>
>Kalau nak diikutkan, buat kerja rumah ni, sampai bila pun tak habis-habis!
>Bagi saya yg tak suka mengemas, bila dah kemas rumah, SAYA "MANTAIN" jangan
>bagi bersepah.   Itu saja cara nak atasi kelemahan saya.  Anak-anak kalau
>menyepahkan barang-barang atau baju, siaplah saya jadi singa betina!   
>Rotan
>dah sedia menunggu.....  tapi kekadang tak jalan jugak, budak tak makan
>saman memang susah!  Namun saya bersyukur dengan apa yg saya ada, saya 
>bukan
>mengeluh, tapi TERKILAN dengan sikap separuh lelaki/suami yg mudah-mudah 
>aje
>anggap kami ni seperti "SUPERWOMAN"....   To my husband, I am not your
>superwoman....  I am an ordinary woman that can only afford to do things
>within my means, not beyond!
>
>Saya minta sangat-sangat, netters lelaki yg terbaca e-mail saya, RENUNGILAH
>diri, JANGAN MARAH pada saya, saya cuma "highlight"kan benda-benda yg
>mungkin you all tak perasan.  Atau mungkin you all tak "terasa" seperti apa
>yg kami rasa.  Tahniah dan syabas kepada lelaki/suami yg sanggup ambil
>pembantu rumah dan "treat" them as what you suppose to.   Jangan ambil 
>mudah
>nak kahwin sorang lagi just semata-mata nak "settle" problem dalam
>pengurusan rumahtangga.  Itu bukan solution, tapi saya pasti anda 
>mengundang
>masalah yg lebih besar, TRUST ME!   Bagi wanita yg dah ada pembantu rumah
>tu, baguslah kalau anda "maintain" diri sendiri supaya dapat menunjukkan
>kepada husband anda yg anda memang hebat.....  Tak ada kurangnya...
>"maintain" diri seperti badan, muka, tu merupakan faktor untuk menarik 
>minat
>supaya suami kurang keluar rumah, nak keluar pun cuma ke masjid aje.
>InsyaAllah, kita boleh!
>
>Kepada semua suami di luar sana.....  bantulah isteri anda; jangan berkira
>bila menolong isteri... kami bukan nak naik tocang kalau you all tolong,
>bahkan kami rasa "malu" kerana lembab sampai suami kena tolong!?  Bukankah
>it "reverse psychology"??  Malu weiii....
>
>[ADA TAK NETTERS WANITA YG SETUJU DENGAN SAYA??? MEH ANGKAT TANGAN!]
>
>Akhir kata, maaflah  seandainya terkasar bahasa......    bukan senang nak
>dapat mengomel bab-bak rumahtangga ni!  Lepas ni saya akan cuba tulis satu
>artikel lagi tentang rumahtangga.  InsyaAllah.
>
>Wassalam
>
>***Nota:  Cuba baca e-mail di bawah.... saya ucapkan tahniah kepada akak yg
>menghantar e-mail ni dan kepada suaminya, mungkin elok dijadikan contoh 
>bagi
>lelaki/suami di luar sana......
>============================================================================
>=
>
>-----Original Message-----
>From: Undisclosed Sender
>Sent: 21 February, 2000 5:15 PM
>To: '[EMAIL PROTECTED]'
>Subject: Lipat kain
>
>
>Assalamualaikum,
>
>Tak sangka ada ramai wanita yang senasib dengan kita. Saya pun bekerja,
>pelajar part-time, isteri dan ibu kepada 5 orang anak (4 bersekolah).
>Pasal lipat kain ni, saya suruh anak anak lipat dan simpan baju mereka
>sendiri.  Jadi tinggal sedikit untuk saya lipat. Suami saya pun tolong
>lipat, tak selalu tapi ada.
>Saya selalu mengeloh penat dan terlalu banyak kerja untuk di buat tapi bila
>saya bandingkan dengan orang lain, kini saya rasa bersyukur.
>Saya rasa tak "mampu" pakai maid. Bayar gaji tu boleh tapi tak lalu layan
>kerenah nya tambahan mulut saya laser.
>Jadi, saya bahagikan kerja rumah saya.
>Pagi, suami saya basuh dan sidai kain (pakai washing machine tapi tanggung
>beres). Saya sterika baju anak dan sendiri. Suami saya sterika baju dia
>sendiri. Saya masak untuk makan tengahari. Sarapan pagi bila sempat saja,
>biasa beli nasi lemak bungkus. Murah dan kenyang.
>Sebelum kesekolah petang, anak saya no.2 & 3 akan angkat kain. Pukul 1, 
>anak
>No.1 balik, tolong bagi makan adik adik dan ke sekolah agama bersama. Pukul
>5.00 petang, mereka ambil anak No.5 dari babysitter dan tinggal kat rumah.
>Suami saya pulang 6.30 petang. Saya pulang pukul 10 malam, 2 kali seminggu.
>Kemas rumah dan tengok homework anak. Biasa nya hanya sempat sembahyang
>Isya, mandi pun tidak dan tertidur keletihan sambil menyusu badan anak 
>ke-5.
>Suami saya pun biasa nya penat, balik dari surau dan kalau minta di layan
>pun bila sudah lewat malam. Sempat lah hilang penat sekejap.
>Yang penting mesti ada kerjasama. Anak anak tak kira lelaki atau perempuan
>boleh di ajar kerja rumah dari kecil lagi. Amat berguna bagi mereka -
>jikalau kita tiada lagi, tak menyusahkan orang lain.
>Kalau dapat suami ego, boleh amalkan baca surah Taha dalam sembahyang
>Tahajud(ada tekniknya -tips dari kursus Perkahwinan) - untuk lembutkan hati
>mereka.
>Sekian. Saya harap ini dapat menolong rakan rakan.
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hang Jebat" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke