*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nama pun Isteri. Dalam bahasa Inggeris WIFE..

W = wash
I = iron
F = f*#@(jaga bahasa)
E = etc..etc




>From: normi minora <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Isteri Nak Mengomel....i.... Rasa terkilan kepada suami 
>yg angg ap  kami seperti hamba & Orang Gaji
>Date: Tue, 29 Feb 2000 17:30:59 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualiakum warahmatullah..
>
>huih...  seram gak baca.. pihak isteri naikan suhu.. perbincangan...
>
>bagi saya ini adalah asam garam kehidupan  beruamah tangga.. apatah lagi
>bila kita gagal mempersiapkan diri dengan ilmu dan "feel" bila kita nak
>berumah tangga dulu..  dulu kita fikir. bila dah kawin nanti ..
>everything mesti ok.. maklumlah semua pancaindera is on the hype..
>semuanya indah.. yang tak cantik yang buruk tu pada orang lain tak pada
>kita..
>
>tetapi, bila dikaji dengan mendalam apa persiapan kita untuk berumah
>tangga? almost nil
>
>yang perempuan..
>
>tak tahu masak.
>tak suka masak , tak suka kemas,
>tak pandai berhias diri
>tak ada ilmu menawan hati suami
>tak ada ilmu mengurus keluarga dengan baik
>tak ada ilmu menaga anak dari dalam kandungan hingga ke remaja
>tak ada ilmu permakanan
>tak tahu nak bertolak ansur .. jika ianya "merugikan" kita
>short sightedness
>lemah dalam komunikasi.
>suka melayan rasa hati..
>tak ada ilmu tentang lelaki.. (jiwa, mood, dan rasa)
>
>yang lelaki
>
>masih mengaggap diri nya baby.. so tak mahu pengang tanggong jawab
>memimpin
>tak ada ilmu sebagai pemimpin dalam rumah tangga.
>ego yang tiggi..
>suka jadikan isteri macam ibunya..
>tak ada ilmu dalmam rumah tangga kecuali apayang yang dilakukan oleh
>ayah dan ibu.
>tak mahu belajar.. mengenai hati isteri..
>tak mahu aktif dalam pendidikan anak anak...
>tak mahu usik langsung "kerja kerja" isteri.. dengan alasan. " buat apa
>aku kawin kalau itu semua aku kana buat?"
>tak reti look after diri untuk isteri..
>lemah dalam komunikasi..
>
>
>put it this way.. sapa ada baca buku MAN IS FROM MARS  and  WOMEN are
>form VENUS? berapa orang?
>
>bagi yang lelaki .. adatak anda semua baca buku temtang tumbesaran bayi
>hingga umur dia 5 tahun?
>
>
>Jelasknya kehidupan rumah tangga adalah kehidupan yang bertolak ansur
>dan kehidupan yang di dalamnya kita perlu sentiasa belajar.. dari tahun
>ketahun ianya berbeza dan dari anak yang sulung ke anak yang
>bungsu.ianya tak pernah sama.. dari umur 25 ke umur 45 amat jauh
>bezanya.. dan perbezaan antara lelaki dan wanita juga tak setara dan
>serupa..
>
>
>
>jika kita gagal keep up to date dengan segala peruhabahan normal manusia
>.. kita akan hadapi masalah masalah yang telah diceritakan..
>
>
>
>....ah..need to go now..
>
>akan sambung kelak..insyallah..
>
>wassalam
>
>lan nur wrote:
> >
> > Assalamu'alaikum,
> > Saya amat setuju dengan coretan Che puan Nor'ain,isteri adalah amanat
> > tuhan,suami jangan senang-senang nak buat macam kain buruk.Nabi sendiri
> > melayan isteri-isterinya dengan baik.nabi tak rasapun jatuh 
>standard.Kita
> > orang Islam patut ikut contoh apa yang nabi buat jangan pandai dok 
>bercakap
> > saja.
> > kalau ikut hukum, kerja masak mengemas ni bukan kerja wajib si-isteri( 
>ni
> > tentu orang jantan marah ni bila saya kata macam ni).Ni dak,dah isteri
> > tolong cari duit, dah tu nak demand lagi macam-macam.
> > Ni semua kerana budaya orang melayu dulu-dulu terlampau manjakan anak 
>lelaki
> > sebab tulah depa ni suka perhamba bini.
> >
> > Kesian isteri Pak Din kita,cerita dia satu dunia tau.
> >
> > >From: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
> > >To: "'[EMAIL PROTECTED]'" <[EMAIL PROTECTED]>,        "'[EMAIL PROTECTED]'"
> > ><[EMAIL PROTECTED]>
> > >Subject: H-Net* Isteri Nak Mengomel....i.... Rasa terkilan  kepada 
>suami yg
> > >angg ap kami seperti hamba & Orang Gaji
> > >Date: Tue, 29 Feb 2000 12:53:18 +0800
> > >
> > >Assalamu'alaikum kepada semua warga Hizbi yg dihormati, semoga kalian
> > >dirahmati Allah.
> > >
> > >Ekoran dari e-mail saya yg bertajuk:  Gebang-gebang Kes Pembantu Rumah:
> > >Antara Pahit Manis & Dilemma Majikan Wanita..." maka ramailah netters 
>yg
> > >respond.  Terima kasih atas "feedback" yg diberi.  Bila saya telitikan
> > >kandungan-kandungan e-mail dalam Hizbi yg dihantar oleh beberapa 
>netters,
> > >yg
> > >sebenarnya tajuk-tajuk yg dibincangkan dewasa ini ada kaitannya antara 
>satu
> > >sama lain, seperti tajuk yg "hot" sekarang ialah "Perkahwinan yg 
>boring",
> > >"Antara Isteri & orang Gaji"... "alahai bini Pakcik Din"....    
>Tajuk-tajuk
> > >ni semuanya mempunyai kaitan yg unik, kerana ia adalah berdasarkan
> > >hal-ehwal
> > >rumahtangga.  Bagi yg telah berumah tangga, sudah tentu berbagai dugaan 
>dan
> > >cabaran yg telah dihadapi.... sama ada pahit, manis ataupun yg 
>menyakitkan
> > >itu adalah semuanya ketentuan Illahi....
> > >
> > >1.     Introduction...
> > >
> > >Ya!  Tiada siapa yg boleh menafikan bahawa jodoh pertemuan itu ditangan
> > >Tuhan.  Sama ada kita dapat pasangan yg sesuai itu memang sukar untuk 
>kita
> > >ketahui, kerana itu urusan dan ketentuan Allah.  Jangan sangka bahawa
> > >setelah bertahun-tahun bercinta kita ingat kita dah "menyelami" hati
> > >pasangan kita, TIDAKKK!  Mungkin sewaktu bercinta pasangan kita tak 
>"tunjuk
> > >belang" lagi........  Yalah..... bak kata orang "belum dapat, semuanya 
>elok
> > >belaka; dah dapat nanti, semuanya tak jadi apa!"
> > >
> > >Namun, segala kekurangan yg ada pasangan kita tu hendaklah kita kena 
>terima
> > >dengan hati yg terbuka.  Nak terima dengan hati terbuka sajakah?
> > >Tidakkkkk... kita kena usaha pulak nak "tutup" kelemahan yg ada.  
>Bagaimana
> > >caranya?  Ada banyak cara yg positif untuk memperbaiki kelemahan, itu
> > >bergantung kepada apa jenis kelemahan yg kita ada.
> > >
> > >Apa yg saya tuliskan ini BUKAN UNTUK MENGUNGKIT email-email yg lepas, 
>tapi
> > >sekadar meluahkan rasa sayu dan nak mengomel bagi pihak wanita/isteri 
>yg
> > >mana daripada penelitian saya, rata-rata Netters lelaki dalam Hizbi Net 
>ni
> > >nak kahwin lagi satu daripada ambil orang gaji.......   apakah alasan
> > >mereka
> > >yg sebenarnya??
> > >
> > >2.     Alasan nak kahwin lagi........  isteri yg suruh???
> > >
> > >Sdra Michel Mick kata, wife dia ada juga suruh kahwin lagi sebab wife 
>dia
> > >tak suka masak.... So, wife Sdr Michel doesn't mind kalau Sdr Michel 
>kahwin
> > >sorang lagi....   Minta maaf ya, Sdr Michel... saya bukan nak tempelak
> > >saudara, tapi saya "salute" wife Sdr kalau dia benar-benar maksudkan
> > >begitu.
> > >Namun, saya faham yg Sdr Michel sekadar mengkhabarkan kepada kami akan
> > >hasrat hati wife Sdr dan juga diri Sdr sendiri........
> > >
> > >Kita ambil satu contoh........  toksah pergi jauh-jauh, ambil diri saya
> > >sebagai "model" dalam hal ni.  Isteri Sdr Michel tak suka masak; yang 
>saya
> > >pulak, suka masak....... tapi husband saya lebih suka kalau saya pandai
> > >mengemas.  Bab makan dan masak ni dia tak kisah sangat, masak 
>cincai-cincai
> > >pun dia makan - kalau kena dgn seleranya!  Kelebihan saya ialah... saya
> > >pandai masak & suka masak.  Bab masak-memasak memang "terror".  Bagilah
> > >resepi apapun, InsyaAllah menjadi punya!  Tapi yg LEMAH ialah bab LIPAT
> > >KAIN, GOSOK BAJU, mengemas yg amat kemas (selalunya susah nak tengok 
>rumah
> > >terlalu kemas sebab anak-anak tukang MENYEPAH aje!), bab yg ni saya 
>rasa
> > >isteri Pakcik Din tu memang terror lah kot!   Saya tak boleh 
>"challenge"
> > >dengan bini Pakcik Din yg diceritakan dek si Mawar tu!   Gosok baju 
>sampai
> > >"side" boleh luka tangan!  Fuuuhhh....   itu pakai kanji ka?   OK 
>lah.....
> > >tang basuh pinggan  saya masih larat lagi... .... menyidai baju yg dah
> > >dibasuh oleh "minah washing machine" pun masih larat lagi.
> > >
> > >
> > >3.     Antara Madu, Orang Gaji dan Peranan Suami......(Suami nak kahwin
> > >lagi nak jadikan isteri kedua tu orang gaji?)
> > >
> > >So... macam mana sekarang?  Kalau saya nak cari madu, apakah saya kena 
>cari
> > >madu yg pandai mengemas, dan saya hanya memasak?    [Nampaknya husband 
>saya
> > >kena berebut dengan "Hantu Raya" yg nak meminang isteri Pakcik Din ka?
> > >Ish!  Minta disiahkan 44 malaikat!]  Kalau macam tu, apakah tugas suami 
>dan
> > >peranannya? Habis tu nanti, kalau dah dua-dua isteri memainkan peranan
> > >penting dan boleh membahagiakan suami yg sorang tu, kami yg berdua ni 
>macam
> > >mana?  Suami boleh senang-lenang duduk baca suratkhabar, minum kopi, 
>makan
> > >cekodok (yang saya buat), manakala rumah kemas pulak setelah dikemas 
>oleh
> > >"madu"....   Senang banyaklah lelaki?   Lepas tu bila rasa bosan, boleh
> > >keluar rumah macam tu aje???  Bila rasa nak bersama dengan bini tua, 
>masuk
> > >bilik No. 1 - bila bilik No 1 ada "bendera merah" kat depan pintu, 
>masuk
> > >pintu No. 2?  Gitu kah???
> > >
> > >Bukanlah ISTERI DENGKI  kalau suami tu bahagia, kami teramatlah bahagia
> > >sekiranya suami-suami kami bahagia.... tapi kalau dah semuanya 
>bini-bini yg
> > >buat, SUAMI BUAT APA?  Goyang kaki?  Pergi kerja, balik kerja, lepas tu
> > >kalau rasa macam "nak" boleh pilih mana yg dia suka aje, habis tu yg 
>lagi
> > >sorang ni nak letak mana banggggg????  Terkulat-kulat kat luar pintu,
> > >dengar
> > >kamu berdua "gebang-gebang" kat dalam salah satu bilik?   Ahhh!  
>Tidakkkk!
> > >Tak sanggup rasanya....!   Adakah senario begini yg akan MEMBAHAGIAKAN
> > >SUAMI?  Hati isteri siapa yg nak jaga?  Habis tu yg sorang "dipakai", 
>yg
> > >sorang tu sambung buat kerja rumah kah?  Apa suami fikir  kami ni hamba
> > >tebusan kah???
> > >
> > >[MAAFKAN SAYA, SAYA CUMA BAGI SUATU SENARIO YG MANA NETTERS SENDIRI 
>BOLEH
> > >BAYANGKAN, JIKA ANDA LELAKI, ANDA BOLEH BAYANGKAN BETAPA "BAHAGIANYA" 
>ANDA
> > >KERANA BERISTERI DUA DAN LEPAS TU ANDA BOLEH "ESCAPE" DARI BEKERJASAMA
> > >DALAM
> > >HAL-EHWAL PENGURUSAN DAN MEMBINA RUMAHTANGGAN BAHAGIA DENGAN HANYA 
>SEORANG
> > >ISTERI!]
> > >
> > >
> > >4.     Layakkah Suami tu beristeri lagi.... atau cuma helah nak lari 
>dari
> > >buat kerja rumah menolong isteri?
> > >
> > >Apakah ini yg lelaki mahukan?  Apa tak cukup kah dengan isteri yg sedia
> > >ada?
> > >Layakkan anda beristeri dua dari segi zahir dan batin?  Dah tanya diri 
>ka?
> > >Dahlah tu, kalau dapat berbini dua lepas tu asingkan tak pa jugak, ni
> > >tidak,
> > >nak satukan kami bawah satu bumbung, lepas tu BERGILIR-GILIR JADI ORANG
> > >GAJI, DAN BERGILIR-GILIR UNTUK DI"PAKAI"???  Macam tukah maksud orang
> > >lelaki
> > >pada orang perempuan?  SAMPAI HATI KAMU ORANG LELAKI!    Ramaikah 
>lelaki yg
> > >mengharapkan agar senario ini menjadi kenyataan????
> > >
> > >Kot ya pun nak kahwin, BOLEH KAHWIN.....  tapi suami mesti ingat, 
>bahawa
> > >kalau nak kahwin tu tanyalah diri dari segi kemampuan ZAHIR & BATIN.
> > >Seelok-eloknya asingkan kami berdua.  Saya dah cakap, saya tak marah 
>kalau
> > >nak berpoligami.  Tapi, kalau setakat nak berpoligami tapi isteri tu 
>cuma
> > >nak jadikan orang gaji, LEBIH BAIK KAMI CARI ORANG GAJI LELAKI!!!
> > >Tentang
> > >aurat, kami boleh jaga aurat...... bukak tudung dan pakai pakaian yg
> > >"menggiurkan" untuk tatapan suami DALAM BILIK sahaja.  Itu tak kisah 
>punya!
> > >Lagi selamat!  Sebabnya, orang perempuan ni selalunya tak berselera 
>tengok
> > >orang lelaki kalau dah buat kerja dapur, muka depa tu lebih hodoh dari 
>kami
> > >yg buat kerja tapi hanya bau belacan aje!   Lagi senang sebab isteri 
>tak
> > >payah ke dapur lagi, orang gaji lelaki sudah pasti akan mampu buat
> > >segala-galanya... cuma kita jaga nak aje kat ruang tamu.....  BUKANKAH 
>DI
> > >ZAMAN RASULULLAH HAMBA TERDIRI DARI LELAKI HABSHI?  Dahlah hitam, tak
> > >handsome pulak tu...... mana isteri nak berselera tengok hamba-hamba 
>ni?
> > >Percayalah cakap saya, ISTERI YG RASIONAL TAK SEMUDAH ITU NAK MAIN KAYU
> > >TIGA
> > >DENGAN PEMBANTU LELAKI....   apatah lagi nak buat hubungan sulit......  
>TAK
> > >ADA MASA PUNYAAA!
> > >
> > >Sebab apa tak ada masa?  Sebabnya kami sibuk pergi kerja, pergi pagi, 
>balik
> > >malam...silap haribulan, balik rumah bawak kerja office.  So, nak layan
> > >suami pun kena "jauh malam" setelah anak tidur, nak layan pembantu 
>rumah
> > >lelaki masa bila pulak?  Masa suami tak ada?  Tak mungkin.....  Setahu
> > >saya,
> > >kalau ikut logik, suami yg tahu orang gaji dia lelaki, takkan dia nak
> > >keluar
> > >rumah pulak?  Inilah masanya kita nak tengok pulak suami selalu duduk
> > >rumah,
> > >itupun kalau dia tu jenis suami yg betul-betul sayangkan bini dia...  
>kalau
> > >tak, dah pasti dia tak kisah, dia keluar "makan luar" pulak dengan
> > >"ayam-ayam tambatan" Chow Kit atau Lorong Haji Taib.   Nauzubillah!  
>Minta
> > >disiahkan 44 malaikat!
> > >
> > >
> > >5.     Bersabar ajelah, tak payah ambil orang gaji....atasi kelemahan
> > >dengan bekerjasama
> > >
> > >Jadi... untuk mengelakkan dari berlaku sebarang kecurangan dari 
>kedua-dua
> > >pihak, THE BEST THING IS; JANGAN AMBIL ORANG GAJI sama ada orang gaji
> > >betina
> > >ka atau jantan.   Itu aje, tapi seperti yg saya katakan, tak ambil 
>orang
> > >gaji, kitalah yg kelam kabut.  Bagi saya, kelam kabut saya hanya 
>sementara
> > >waktu sahaja kerana saya belajar.  Kalau tak, taklah teruk sangat macam
> > >sekarang, saya tak masak kerana tak sempat.  Hanya weekends saja saya
> > >masak.
> > >Mengemas, iron baju, lipat kain, semuanya dibuat masa weekends.   
>Jadual
> > >saya very tight.  Silap-silap, nak buat "facial" sendiri atau nak
> > >"manja-manjakan" diri dengan mandi pupur atau mandi rempah pun tak 
>sempat!
> > >[Tapi mandi "lain" sempat weiii...!].  Beginilah orang perempuan, 
>sayangkan
> > >suami bertungkus lumus nak cantikkan diri, nak perkemas dan persiapkan
> > >"badan" agar sentiasa disayangi oleh suami!  Tapi, SUAMI macam mana?
> > >SENANG-SENANG AJE DEPA NAK JADIKAN KITA ORANG GAJI!  BANYAK CANTIK MUKA
> > >HANGPA???!!!
> > >
> > >Yalah... orang-orang tua dah cakap "Kalau takut dilambung ombak, jangan
> > >berumah di tepi pantai".  Maknanya, kalau kita tak berani menghadapi 
>risiko
> > >selepas kahwin, JANGAN KAHWIN!   Tapi tak kahwin tak boleh..... nanti 
>Nabi
> > >kita nak mengaku kita ummatnya pulak (tolong sesiapa yg ada hadis ni).
> > >So....  macam mana nak atasi kelemahan?   Senang aje, SUAMI mesti ambil
> > >PERANAN YG SAMA PENTING DALAM PENGURUSAN RUMAHTANGGA!  Jangan biarkan 
>wife
> > >aje yg buat semua benda.  No doubt hangpa keluar cari duit untuk kami,
> > >habis
> > >tu kami ni bukan cari duit jugak ka?  Bukan bantu hangpa bila susah ka?
> > >Dahlah kami ni cari duit, kat rumah jadi "hamba abdi" pulak!  MANA ACI
> > >MACAM
> > >NI??   Awat hangpa ni semua EGO semacam?  Kalau hangpa nak kata kerja 
>orang
> > >lelaki tu bukannya mengemas, basuh pinggan, bukan sapu sapah; habis tu 
>yg
> > >kerja kat warung atau restoran tu bukan lelaki ka?  Semuanya lelaki 
>jugak
> > >yg
> > >buat!    Ada warung kat dengan rumah saya tu, dari kerja "ambil order
> > >pelanggan", buat air, basuh pinggan, masak, urus kot nu, urus kot ni,
> > >semuanya ORANG JANTAN, habis tu kenapa kat rumah tak boleh buat benda 
>yg
> > >serupa?  Heran, heran!   Is it because you all ni terlalu berpangkat 
>sampai
> > >tak mau bantu buat kerja-kerja dapur?  Bapa saudara saya seorang HAKIM
> > >MAHKAMAH TINGGI, tapi dia tolong wife dia masak, sapu sampah.......   
>tak
> > >jatuh pun status dia sebagai HAKIM??   Hangpa faham tak apa yg saya nak
> > >maksudkan.... kalau ikut dari segi material, wang ringgit, kira pak 
>menakan
> > >saya ni DAH MAMPU dah!  Cuma nak make sure dia adil aje, tapi dia tak
> > >pernah
> > >luahkan rasa yg dia nak kahwin sorang lagi, BETAPA BERUNTUNGNYA DAPAT
> > >HUSBAND MACAM PAK MENAKAN SAYA!  Seronoklah Mak Teh saya kalau dia baca
> > >e-mail saya ni!
> > >
> > >Kalau nak diikutkan, buat kerja rumah ni, sampai bila pun tak 
>habis-habis!
> > >Bagi saya yg tak suka mengemas, bila dah kemas rumah, SAYA "MANTAIN" 
>jangan
> > >bagi bersepah.   Itu saja cara nak atasi kelemahan saya.  Anak-anak 
>kalau
> > >menyepahkan barang-barang atau baju, siaplah saya jadi singa betina!
> > >Rotan
> > >dah sedia menunggu.....  tapi kekadang tak jalan jugak, budak tak makan
> > >saman memang susah!  Namun saya bersyukur dengan apa yg saya ada, saya
> > >bukan
> > >mengeluh, tapi TERKILAN dengan sikap separuh lelaki/suami yg 
>mudah-mudah
> > >aje
> > >anggap kami ni seperti "SUPERWOMAN"....   To my husband, I am not your
> > >superwoman....  I am an ordinary woman that can only afford to do 
>things
> > >within my means, not beyond!
> > >
> > >Saya minta sangat-sangat, netters lelaki yg terbaca e-mail saya, 
>RENUNGILAH
> > >diri, JANGAN MARAH pada saya, saya cuma "highlight"kan benda-benda yg
> > >mungkin you all tak perasan.  Atau mungkin you all tak "terasa" seperti 
>apa
> > >yg kami rasa.  Tahniah dan syabas kepada lelaki/suami yg sanggup ambil
> > >pembantu rumah dan "treat" them as what you suppose to.   Jangan ambil
> > >mudah
> > >nak kahwin sorang lagi just semata-mata nak "settle" problem dalam
> > >pengurusan rumahtangga.  Itu bukan solution, tapi saya pasti anda
> > >mengundang
> > >masalah yg lebih besar, TRUST ME!   Bagi wanita yg dah ada pembantu 
>rumah
> > >tu, baguslah kalau anda "maintain" diri sendiri supaya dapat 
>menunjukkan
> > >kepada husband anda yg anda memang hebat.....  Tak ada kurangnya...
> > >"maintain" diri seperti badan, muka, tu merupakan faktor untuk menarik
> > >minat
> > >supaya suami kurang keluar rumah, nak keluar pun cuma ke masjid aje.
> > >InsyaAllah, kita boleh!
> > >
> > >Kepada semua suami di luar sana.....  bantulah isteri anda; jangan 
>berkira
> > >bila menolong isteri... kami bukan nak naik tocang kalau you all 
>tolong,
> > >bahkan kami rasa "malu" kerana lembab sampai suami kena tolong!?  
>Bukankah
> > >it "reverse psychology"??  Malu weiii....
> > >
> > >[ADA TAK NETTERS WANITA YG SETUJU DENGAN SAYA??? MEH ANGKAT TANGAN!]
> > >
> > >Akhir kata, maaflah  seandainya terkasar bahasa......    bukan senang 
>nak
> > >dapat mengomel bab-bak rumahtangga ni!  Lepas ni saya akan cuba tulis 
>satu
> > >artikel lagi tentang rumahtangga.  InsyaAllah.
> > >
> > >Wassalam
> > >
> > >***Nota:  Cuba baca e-mail di bawah.... saya ucapkan tahniah kepada 
>akak yg
> > >menghantar e-mail ni dan kepada suaminya, mungkin elok dijadikan contoh
> > >bagi
> > >lelaki/suami di luar sana......
> > >
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: normi minora <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "saladin ali" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke