*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aL-AHKAMonline 
[http://ahkam.cjb.net/]
[http://fly.to/al-ahkam]
[soaljawab175.htm]

Insuran nyawa, takaful dan ASB 
Nama penuh:     nazri bin daud 
E-email:        [EMAIL PROTECTED] 

Assalamualaikum, 

 Ustaz, 
1) Saya mempunyai kemuskilan mengenai bab insuran nyawa secara islam(Takaful). 
Apakah pandangan Ustaz, berkenaan dengan lnsuran nyawa dari sudut kaca mata Islam? 
Apakah kaedah yang dipakai bagi menghalalkannya? 

2)Apakah pandangan Ustaz, mengenai ASB dan ASN. 


------------------------------------------------------------------------
Jawab


1. Perbahasan Hukum Insuran Nyawa (Life Assurance): 

Islam tidak menolak konsep insurans. Secara am insuran ditakrifkan sebagai satu 
pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mewujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama 
yang khusus bagi tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah. Amalan seumpama ini 
selaras dengan tuntutan Islam. Kerjasama, saling bantu membantu dan prihatin kepada 
golongan yang memerlukan bantuan kerana seperti yang tersirat dalam konsep insuran 
adalah selari dengan tuntutan Islam, sebagaimana maksud hadis yang berbunyi: 
"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan 
perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia' (Riwayat Ibnu Majah). 

Konsep insuran sudah lama dipraktikkan. Dalam zaman Jahiliyyah ia adalah antara 
beberapa bentuk amalan kerjasama dikalangan puak atau suku kaum Arab sebagai strategi 
mambantu sesama mereka apabila ada anggota atau ahli yang menanggung kesusahan, 
seperti pembunuhan, penculikan, rompakan dan sebagainya. Malahan kini diperakui bahawa 
insuran telah berkembang daripada amalan Islam. Walaubagaimanapun ulama umumnya 
sepakat bahawa operasi insuran dalam bentuknya sekarang tidak menepati hukum syarak. 
Jika konsep insuran diterima Islam, mengapa pula operasi seperti yang ada dalam 
pelbagai jenis polisi yang disediakan oleh syarikat insuran sekarang didiapati 
bercanggah dengan kehendak syarak. 

Misalnya, Jawatankuasa Fatwa , Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam 
mesyuarat pada 15 Jun 1972, memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana dijalankan 
oelh syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat yang fasid kerana 
tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi aqadnya, kerana mengandungi unsur yang 
tidak Islamik; yang mana hukumnya menurut Islam adalah HARAM. Selain itu, Akademi 
Feqah Islam (Majmak Fiqh) yang mana anggotanya terdiri daripada ulama' dari seluruh 
dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan dibawah Persidangan Pertubuhan 
Negara-negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 
memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insurans, bahawa kontrak perniagaan 
insurans yang disediakan oleh syarikat insurans mengandungi unsur yang membawa kepada 
fasid. 

Yang demikian,menurut Majmak Fiqh, ia HARAM disisi syarak. Daripada kedua-dua 
keputusan, ini jelas menunjukkan ulama' sependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan 
insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah. Mengapa pula ulama' 
memutuskan perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans sekarang tidak 
menepati hukum syarak ialah kerana polisi insurans adalah kontrak atau akad jual beli, 
Di bawah urusan transaksinya, pembeli yang dipanggil pemegang polisi dikehendaki 
membayar wang premium sebagai harga kepada syarikat insurans yang menjual polisi 
insurans yang menyediakan faedah perlindungan sama ada untuk diri (nyawa) atau harta 
benda pemegang polisi itu sendiri. Jual beli dalam Islam mempunyai rukun tertentu. 
Sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira tidak 
sempurna dan boleh membatalkan akad tersebut. 

Dalam kontrak jual beli insurans, salah satu rukun yang tidak sempurna ialah yang 
berkaitan dengan ma'qudalaih (apa yang diakadkan). Perkara atau apa yang diakadkan, 
yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengadungi unsur 'gharar'. Jika 
rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual menjadi cacat. Gharar dilarang oleh 
Rasulullah SAW mengikut sabda baginda yang bermaksud: 
"Rasulullah SAW melarang jual beli secara baling batu da njual beli gharar (Riwayat 
Muslim). 

Sehubungan itu, ulama' menjelaskan gharar dalam salah satu daripada daripada tiga 
sebab berikut; 
I. Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang). 
2. Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli, dan 
3. Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak dapat ditentukan 
atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya, banyaknya atau lain-lain. 

Dalam konteks ini, ulama' berpendapat perkara ke-3 diatas menunjukkan ada unsur gharar 
dalam konteks jual beli insurans. Dalam setiap urusan, Islam sentiasa menekankan 
kepada prinsip keadilan dan kebaikan. Unsur gharar menafikan kedua-dua prinsip ini. 
Mana-mana kontrak jual beli yang mengandugi amalan atau mengenakan syarat berat 
sebelah dan kesannya boleh membawa kerugian kepada sebelah pihak sahaja adalh jual 
beli gharar. Misalnya, syarat yang menetapkan luputnya wang pembeli atau pengembalian 
wang tidak mengikut kiraan yang adil, sekiranya pembeli terbabit tidak memenuhi 
kewajipan, 
tempoh atau tanggungjawab tertentu seperti membatalkan atau memecahkan akad sebelum 
genap tempoh yang dipersetujui. Urusan jual beli seperti ini, tidak mengambil kira 
langsung kepentingan keadilan dan kebaikan kepada akid atau pihak-pihak yang berakad, 
lebih-lebih lagi pembeli yang menyubangkan wang. 


<Picture>
2. Operasi Takaful 
Berbeza dengan insurans, operasi takaful sebagai satu bentuk perniagaan adalah tidak 
berasas kepada akad jual beli. Dalam hubungan ini, peserta takaful tidak membeli 
produk takaful daripada syarikat takaful dan sebaliknya syarikat takaful tidak menjual 
produk itu seperti syarikat-syarikat insurans menjual polisi insurans. Apa pun konsep 
takaful, seperti insurans, tetap mementingkan dan menghayati amalan kerjasama, 
tolong-menolong, setiakawan atau ringkasnya saling jamin menjamin 
diantara mereka. 



Umumnya, struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan insurans. Disatu 
pihak ada peserta yang melanggani produk takaful daripada pihak yang menyediakan 
produk itu, iaitu syarikat takaful. Kedua-dua pihak ini akan memeteraikan akad. Oleh 
kerana wang sumbangan dibayar oleh peserta dengan tujuan untuk menabung dan mendapat 
untung sambil berniat untuk membantu rakan peserta yang memerlukan bantuan ketika 
ditinpa musibah, maka opersi takaful lebih berbentuk satu usaha pelaburan. 

Yang demikian wang sumbangan peserta tidak menjadi hak syarikat. Sedang dibawah jual 
beli insurans, wang premium menjadi hak syarikat insurans sebagai balasan pemegang 
polisi membeli polisi insurans daripada syarikat berkenaan. Sesuai dengan struktur 
operasinya, ulama' memutuskan bahawa akad takaful HARUS berasaskan prinsip 
al-Mudharabah atau berkongsi untung dalam perniagaan.  Peserta akan berhak mendapat 
untung daripada bahagian tabungan atas pulangan pelaburan yang dijalankan oleh 
syarikat takaful. Diwaktu yang sama, peserta juga bersetuju menyumbang sebagai 
tabarru' (derma) sebahagian daripada sumbangannya dan untung pelaburan keatasnya bagi 
tujuan membantu rakan peserta yang ditimpa kesusahan. 

<asn/b cut>

sekian 
thtl for al_ahkam online fiqh services 

___________________________________________________________

At 08:08 AM 3/11/00 -0800, Budak  Kampung wrote:
>A'kum semua...
>
>Saya ada 2 soalan :
>
>1. Apakah hukum nya jika kita mengambil skim Insurans nyawa yang banyak terdapat 
>dipasaran skrg ini?

<cut>

-- selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya --
-- maaf dzahir dan batin --



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke