*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wr wb,
Sebenarnya saya lebih berharap orang-orang yang lebih arif untuk
menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Memanglah
di dalam hizbi-net ini terdapat ramai ustaz-ustaz dan orang-orang yang
berilmu, termasuklah the Guardians of Ahkam Online.
Sementara menantikan jawapan yang lebih bernas, saya kemukakan
sedikit komen.
Budak Kampung wrote:
> 1. Saya telah mendaftarkan diri dengan skim Insurans yang ditawarkan
> oleh John Hancock. Pada dasarnya, polisi yg ditawarkan adalah
> berbentuk simpanan dan insurans nyawa. Kita akan memperolehi bonus
> setiap tahun dan turut dilindungi dengan insurans. Terdapat satu masa yg
> dipanggil 'tempoh matang'(biasanya 30 thn) dimana pada ketika ini boleh
> mengambil semula wang yang telah dilabur berserta bonus yg diperolehi
> dengan nisbah lbh kurang 1:3. Cth jika polisi kita adalah RM25000 maka
> pd tempoh matang kita mendapat RM 75000. Jika kita mahu menamatkan
> kontrak seblm tempoh matang tersebut, kita hanya akan mendapat
> sebahagian (mengikut % yg ditentukan) drpd apa yg telah kita keluarkan.
> Perlukah saya meneruskan skim ini di mana ia juga sebagai satu
> pelaburan kepada saya?
Di samping insuran, Islam juga menggariskan panduan di dalam pelaburan.
Antaranya, tempat melabur hendaklah bersih dari aktiviti-aktiviti yang haram,
sebagai contoh kita tidak boleh melabur/membeli saham syarikat perjudian,
samada pelaburan itu secara langsung maupun tidak langsung (via trust/
investment funds).
Alhamdulillah di negara kita sudah ada syarikat-syarikat Islam yang
menawarkan perkhidmatan alternatif yang halal bagi menggantikan sistem
konvensional, samada di bidang pelaburan maupun life insurance.
Firman Allah:
"Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan
hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih
kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan
mereka, mereka bertawakkal." (Asy-Syura : 36)
Wassalam.
Abu Muaz
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]