*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wr wb,

[EMAIL PROTECTED] (Budak  Kampung) wrote:
>1. Apakah hukum nya jika kita mengambil skim Insurans nyawa yang 
>banyak terdapat dipasaran skrg ini?

Insurans nyawa conventional haram hukumnya. Alternatifnya ialah
takaful yang disediakan oleh Takaful Malaysia dan Takaful Nasional.
Perbincangan lebih ditil berkenaan topik boleh didapati dari homepage
ahkam online di http://ahkam.hypermart.net/. Untuk kemudahan maklumat
ini dilampirkan di bawah (sila lihat Lampiran 1).

>2. Apakah hukum bg seseorang yang tidak dapat membayar niat (nazar) atas 
>sbb2 tertentu seperti terlupa dan was2 terhadap perkara yang telah 
diniatkannya. >Bagaimana cara utk menebus balik nazar dan bolehkah kita 
membatalkan nazar >yg telah kita niatkan.

Allah memaafkan sekiranya kita terlupa melakukan sesuatu amal. Kalau kita
tidak pasti apa yang dinazarkan, ikutilah apa yang paling kita 'yakini'.
Perbincangan seterusnya boleh didapati di ahkam online. Sekali lagi ia
dilampirkan di bawah (Lampiran 2).

Wassalam.

Abu Muaz
@@@@

Lampiran 1 - Insuran/Takaful

a) Perbahasan Hukum Insuran Nyawa (Life Assurance): 
Islam tidak menolak konsep insurans. Secara am insuran ditakrifkan sebagai 
satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mewujudkan satu tabung atau dana 
kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli ketika ditimpa 
musibah. Amalan seumpama ini selaras dengan tuntutan Islam. Kerjasama, saling 
bantu membantu dan prihatin kepada golongan yang memerlukan bantuan kerana 
seperti yang tersirat dalam konsep insuran adalah selari dengan tuntutan 
Islam, sebagaimana maksud hadis yang berbunyi: 
"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi 
keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia' (Riwayat 
Ibnu Majah). 

Konsep insuran sudah lama dipraktikkan. Dalam zaman Jahiliyyah ia adalah 
antara beberapa bentuk amalan kerjasama dikalangan puak atau suku kaum Arab 
sebagai strategi mambantu sesama mereka apabila ada anggota atau ahli yang 
menanggung kesusahan, seperti pembunuhan, penculikan, rompakan dan 
sebagainya. Malahan kini diperakui bahawa insuran telah berkembang daripada 
amalan Islam. Walaubagaimanapun ulama umumnya sepakat bahawa operasi insuran 
dalam bentuknya sekarang tidak menepati hukum syarak. Jika konsep insuran 
diterima Islam, mengapa pula operasi seperti yang ada dalam pelbagai jenis 
polisi yang disediakan oleh syarikat insuran sekarang didiapati bercanggah 
dengan kehendak syarak. 

Misalnya, Jawatankuasa Fatwa , Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam 
mesyuarat pada 15 Jun 1972, memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana 
dijalankan oelh syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat 
yang fasid kerana tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi aqadnya, kerana 
mengandungi unsur yang tidak Islamik; yang mana hukumnya menurut Islam adalah 
HARAM. 

Selain itu, Akademi Feqah Islam (Majmak Fiqh) yang mana anggotanya terdiri 
daripada ulama' dari seluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan 
dibawah Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya 
di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis 
dan bentuk insurans, bahawa kontrak perniagaan insurans yang disediakan oleh 
syarikat insurans mengandungi unsur yang membawa kepada fasid. Yang 
demikian,menurut Majmak Fiqh, ia HARAM disisi syarak. Daripada kedua-dua 
keputusan, ini jelas menunjukkan ulama' sependapat bahawa kedua-dua jenis 
perniagaan insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah. 
Mengapa pula ulama' memutuskan perniagaan insurans yang disediakan oleh 
syarikat insurans sekarang tidak menepati hukum syarak ialah kerana polisi 
insurans adalah kontrak atau akad jual beli, Di bawah urusan transaksinya, 
pembeli yang dipanggil pemegang polisi dikehendaki membayar wang premium 
sebagai harga kepada syarikat insurans yang menjual polisi insurans yang 
menyediakan faedah perlindungan sama ada untuk diri (nyawa) atau harta benda 
pemegang polisi itu sendiri. Jual beli dalam Islam mempunyai rukun tertentu. 
Sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira 
tidak sempurna dan boleh membatalkan akad tersebut. 

Dalam kontrak jual beli insurans, salah satu rukun yang tidak sempurna ialah 
yang berkaitan dengan ma'qudalaih (apa yang diakadkan). Perkara atau apa yang 
diakadkan, yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengadungi unsur 
'gharar'. Jika rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual menjadi cacat. Gharar 
dilarang oleh Rasulullah SAW mengikut sabda baginda yang bermaksud: 
"Rasulullah SAW melarang jual beli secara baling batu da njual beli gharar 
(Riwayat Muslim). 

Sehubungan itu, ulama' menjelaskan gharar dalam salah satu daripada daripada 
tiga sebab berikut; 
I. Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang). 
2. Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli, dan 
3. Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak dapat 
ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya, banyaknya atau 
lain-lain. 

Dalam konteks ini, ulama' berpendapat perkara ke-3 diatas menunjukkan ada 
unsur gharar dalam konteks jual beli insurans. Dalam setiap urusan, Islam 
sentiasa menekankan kepada prinsip keadilan dan kebaikan. Unsur gharar 
menafikan kedua-dua prinsip ini. Mana-mana kontrak jual beli yang mengandugi 
amalan atau mengenakan syarat berat sebelah dan kesannya boleh membawa 
kerugian kepada sebelah pihak sahaja adalh jual beli gharar. Misalnya, syarat 
yang menetapkan luputnya wang pembeli atau pengembalian wang tidak mengikut 
kiraan yang adil, sekiranya pembeli terbabit tidak memenuhi kewajipan, 
tempoh atau tanggungjawab tertentu seperti membatalkan atau memecahkan akad 
sebelum genap tempoh yang dipersetujui. Urusan jual beli seperti ini, tidak 
mengambil kira langsung kepentingan keadilan dan kebaikan kepada akid atau 
pihak-pihak yang berakad, lebih-lebih lagi pembeli yang menyubangkan wang. 
 
b) Operasi Takaful 
Berbeza dengan insurans, operasi takaful sebagai satu bentuk perniagaan 
adalah tidak berasas kepada akad jual beli. Dalam hubungan ini, peserta 
takaful tidak membeli produk takaful daripada syarikat takaful dan sebaliknya 
syarikat takaful tidak menjual produk itu seperti syarikat-syarikat insurans 
menjual polisi insurans. Apa pun konsep takaful, seperti insurans, tetap 
mementingkan dan menghayati amalan kerjasama, tolong-menolong, setiakawan 
atau ringkasnya saling jamin menjamin diantara mereka. 

Umumnya, struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan insurans. 
Disatu pihak ada peserta yang melanggani produk takaful daripada pihak yang 
menyediakan produk itu, iaitu syarikat takaful. Kedua-dua pihak ini akan 
memeteraikan akad. Oleh kerana wang sumbangan dibayar oleh peserta dengan 
tujuan untuk menabung dan mendapat untung sambil berniat untuk membantu rakan 
peserta yang memerlukan bantuan ketika ditinpa musibah, maka opersi takaful 
lebih berbentuk satu usaha pelaburan. 
Yang demikian wang sumbangan peserta tidak menjadi hak syarikat. Sedang 
dibawah jual beli insurans, wang premium menjadi hak syarikat insurans 
sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insurans daripada syarikat 
berkenaan. Sesuai dengan struktur operasinya, ulama' memutuskan bahawa akad 
takaful HARUS berasaskan prinsip al-Mudharabah atau berkongsi untung dalam 
perniagaan. Peserta akan berhak mendapat untung daripada bahagian tabungan 
atas pulangan pelaburan yang dijalankan oleh syarikat takaful. Diwaktu yang 
sama, peserta juga bersetuju menyumbang sebagai tabarru' (derma) sebahagian 
daripada sumbangannya dan untung pelaburan keatasnya bagi tujuan membantu 
rakan peserta yang ditimpa kesusahan. 
@@@@

Lampiran 2 - Nazar

Nazar ialah mewajibkan sesuatu ketaatan yang tidak wajib pada asalnya, untuk 
mendekatkan diri hamba kepada Tuhannya. 
Ia merupakan satu peribadatan kuno, dan telah diberitakan oleh al-Quran di 
dalam surah al-Imran:35. 
------- 
Hukum nazar secara umumnya adalah harus, dasarnya ialah al-Quran surah 
al-Baqarah:270, surah al-Hajj:29, surah al-Insan:7 dan surah al-Ahzab:23. 

Sabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka 
taatilah, dan barangsiapa yang bernazar memaksiati Allah maka jangan kamu 
maksiatinya. (HR Bukhari dari Aisyah). 
------------ 
Nazar mempunyai dua macam, iaitu: 
1. Nazar mutlak 
2. Nazar mu'allaq 

Penjelasannya: 

1. Nazar mutlak 
Mewajibkan diri dengan sesuatu ketaatan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah 
atas apa yang diperolehi dan yang telah berlaku, samada berbentuk nikmat atau 
terhindar dari bala'. Contoh bernazar setelah Allah melepaskannya dari 
kesengsaraan dan kesedihan atau Allah mengurniakannya dengan rezeki. 
Nazar ini lafazkan setelah memperolehi nikmat atau terhindar bala'. Nazar 
begini hukumnya adalah diharuskan. Manakala menurut Maliki disunatkan. 

2. Nazar mu'allaq 
Iaitu bernazar dengan ketaatan atas sesuatu yang akan datang (belum berlaku). 
Seperti bernazar akan melakukan suatu ketaatan jika Allah mengabulkan 
hajatnya, atau jika impiannya terlaksana. Nazar yang bersyarat begini 
hukumnya adalah makruh menurut kebanyakan ulamak Syafi'i, Hanbali dan Maliki. 
Kerana perbuatan taat yang mahu dilakukan bergantung kepada tercapai atau 
tidaknya apa yang dimahukan. Ternyata di sini bahawa amalannya itu bukanlah 
untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi dengan niat sebagai barang ganti. 
Seolah-olahnya.. Jika Allah laksanakan kemahuan aku, aku akan mendekatkan 
diri kepadaNya, jika tidak, maka aku tidak lakukan. Ia disebut sebagai orang 
yang bakhil. 
Manakala sebahagian ulamak antaranya ialah sebahagian ulamak Maliki 
mengatakannya sebagai harus. 

Jika nazar yang diucapkan disertakan dengan i'tiqad bahawa nazar yang dibuat 
ini memestikan hasratnya tercapai, atau beri'tiqad bahawa Allah Taala 
melaksanakan hasratnya disebabkan oleh nazarnya itu, maka i'tiqad seperti ini 
adalah satu niat yang buruk, keji dan rosak. Ia hampir kepada kufur. Ia 
termasuk di dalam dosa besar. 
--------- 
Hukum menunaikan janji nazar 
Bernazar adalah berjanji dengan ALlah Taala untuk melakukan sesuatu ketaatan. 
Menunaikan nazar yang dibuat adalah wajib jika nazar itu adalah yang 
berbentuk pendekatan diri kepada Allah, seperti bernazar akan berpuasa sunat, 
bersedekah dll. Jika nazar itu adalah nazar maksiat, maka tiada apa yang 
dapat diakui sebagai nazar di dalam perkara maksiat begini. Tidak wajib 
ditunaikan, bahkan diharamkan menunaikannya. Seperti bernazar akan membunuh 
orang atau akan berjudi dll. Dalilnya adalah hadis riwayat Aisyah r.a. yang 
lalu. Dan sabdanya lagi: 

"Tiada nazar kecuali pada sesuatu yang mengharapkan zat Allah di dalamnya." 
(HR Ahmad & ABu Daud dari Amru bin Syuib dari bapanya dari datuknya). 
--------- 
Masalah: 
Bagaimana dengan nazar yang berbentuk perkara-perkara adat. Bukan ketaatan 
dan bukan maksiat, seperti bernazar akan berdiri di tengah panas jika 
mendapat sesuatu yang diinginkan. Atau bernazar akan berjalan kaki beberapa 
km jika berjaya mendapatkan sesuatu. Atau aku tidak akan makan daging jika 
begini dan begini.... 

Nazar seperti ini juga tidak wajib dilaksanakan. Di dalam matan Abu Syujak 
(kitab mazhab Syafi'i) ada menyebutkan: 
"Tidak wajib melaksanakan nazar atas meninggalkan perkara-perkara yang mubah 
(harus = bukan taat dan bukan maksiat), seperti katanya: aku tidak akan makan 
daging dan tidak akan minum susu" 

Dalilnya ialah hadis: 
Dari Ibnu Abbas r.a., ketika Nabi s.a.w. berkhutbah, seorang lelaki berdiri, 
dan nabi bertanya mengenainya. Seseorang berkata: "Ini adalah Abu Israel 
bernazar untuk terus berdiri di bawah terik matahari, tidak mahu duduk, tidak 
mahu berteduh, tidak mahu bercakap dan terus berpuasa." Nabi s.a.w. bersadba: 
"Suruhlah dia bercakap, berteduh, duduk dan menyelesaikan puasanya." (HR 
Bukhari, Ibnu Majah dan Abu Daud) 

Dari Uqbah bin Amir, katanya: Saudara perempuanku telah bernazar untuk 
berjalan kaki ke Baitillah, lalu dia menyuruh aku meminta fatwa dari 
Rasulullah s.a.w. Akupun meminta fatwa dari baginda, sabdanya: "Berjalanlah 
dan menungganglah." (HR Bukhari & Muslim) - Ia bermaksud menungganglah untuk 
ke Baitullah. 
---------- 
Kafarah nazar: 
Jika tidak mampu melaksanakan janji nazarnya, ia hendaklah membayar kafarah. 
Iaitu seperti kafarah sumpah, iaitu memilih salah satu dari perkara berikut: 
1. Memerdekakan hamba 
2. Memberi makan 10 orang miskin, setiap orang satu mud, atau pakaian setiap 
seorang. 
3. Berpuasa selama tiga hari. 
Dalilnya terdapat di dalam surah al-Maidah:89) 
Masalah: 
Bagaimana dengan nazar atas perkara maksiat? Apakah perlu kafarah? 
Memang, orang yang bernazar atas perkara maksiat dilarang menunaikan nazarnya 
(haram), tetapi tentang kafarahnya: 

1. Jumhur ulamak mengatakan tidak wajib kafarah. Al-Qurthubi berkata: Di 
dalam hadis Abu Israel adalah hujah bagi jumhur ulamak tentag hukum tidak 
wajib kafarah ke atas nazar maksiat atau sesuatu yang tiada ketaatan di 
dalamnya (perkara adat). 
Imam Malik berkata: AKu tidak mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. 
memerintahkannya agar membayar kafarah. 

2. Sebahagian ulamak mengatakan wajib kafarah. Dalilnya, hadis nabi s.a.w. 
dari Uqbah: 
Kafarah nazar adalah kafarah sumpah. (HR Muslim). 
Masalah: 
Bagaimana pula dengan nazar atas perkara adat? Apakah perlu kafarah? 
Pendapat ulamak mengenainya sama seperti masalah nazar atas perkara maksiat. 
Kebanyakan ulamak mengatakan tidak wajib kafarah. 

Rujukan: 
Kifayatul Akhyar, vol 2 
Al-Feqhul Wadhih, vol 2 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke