*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

Pernah ustadz saya berhadapan dgn Tok/Syaikh Tareqat Sufi dan mengatakan: " Jamaah 
kamu ni dari segi ekonomi, pakaian, sudah cukup baik, tapi Aqidah dan amalannya belum 
betul".

Tok/Syaikh tareqat sufi tu cume diam membisu 2 ribu bahasa. tiada jawab, tiada soal, 
tiada kata apa2.

mata bertentang mata, mulut bertengtang mulut, tapi tok/syaikh sufi itu terbungkam 2 
ribu bahasa. nah! mane benarnya org sufi?

wslm

------Original Message------
From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: April 14, 2000 8:15:11 AM GMT
Subject: Re: H-Net* Fwd: President Maskhadov distances himself from Basayev


Assalamualaikum wbt.

Kalau nak dikira sudah banyak kali rakan kita ini sdr. ibn Muhajir begitu mudah 
mendakwa golongan tarekat-sufi adalah sesat. Kali ini dia mengajak pula orang ramai 
atau orang lain sama-sama berbuat demikian. Kononnya itulah perjuangan atau jihadnya 
dalam internet ini.

Berkenaan dengan golongan yang mulut celupar dan suka menuduh orang lain sesat tanpa 
bukti yang nyata (melihat dengan mata kepala) dan fikiran yang waras serta 
berlandaskan ilmu yang ada di dada (al ilmu 'ala fi sudur) ini memang ramai yang 
pernah saya temui.

Di belakang sahaja ramai yang berani bercakap demikian. Bila berhadapan dan bertemu 
muka, cubalah cakap jika berani kerana Allah? Malangnya ramai yang bila berhadapan 
tidak berani bertemu muka dan tidak berani nak buka mulut bercakap? Yang pelik bin 
hairan, kalau dia di pihak yang benar (tentu Allah berserta dengannya) apa yang nak 
ditakuti?  Adakah dengan manusia pulak yang dia
takut?

Pengalaman orang tuduh dan dakwa sesat ini, bagi saya sudah menjadi "asam garam dalam 
hidup". Saya pernah dituduh sesat oleh Pengarah Pusat Islam, Pegawai kanan Pusat 
Islam, Imam Besar dan beberapa orang lain yang seangkatan dengannya sejak daripada 
tahun 1983 lagi. Tetapi yang peliknya, mereka hanya berani bercakap di belakang 
sahaja. Bila berhadapan dengan saya, semasa berjabat
tangan sama ada selepas solat, atau selepas majlis ilmu (kuliah Maghrib atau Subuh) 
atau usrah yang saya hadiri, tidak pernah sekalipun mereka berani berkata dan 
mengulangi tuduhan itu.

Saya tidaklah berkecil hati dengan tuduhan mereka itu. Tetapi yang membuatkan saya 
berkecil hati ialah jika saya sesat kenapakah tidak pernah tegur saya atau nasehatkan 
saya secara berhadapan. Dan tunjukkan yang manakah yang dikatakan sesat dan yang 
manakah yang dikatakan benar atau betul?

Kawan-kawan saya (sahabat saya) dan murid-murid yang belajar silat dengan saya, kerap 
kali menyampaikan berita, ustaz ini ustaz itu mengatakan saya sesat. Itulah yang 
peliknya?

Sebenarnya tuduhan sesat itu hanya rekaan semata. Ini disebabkan saya pernah menegor 
ustaz, tok Imam dan pegawai kanan tersebut, ketika menyampaikan majlis ilmu dalam 
kuliah maghrib dan majlis usrah. Mereka semua adalah berijazah lepasa universiti Azhar 
dan Madinah. Saya tidak hairan itu semua ...

Saya bertanyakan beberapa soalan seperti berikut?

1. Apakah maksud beribadah kerana Allah? Sedangkan Allah tidak akan dan tidak pernah 
mengambil faedah daripada makhluk?

2. Bagaimanakah kaifiyat untuk mencapai ikhlas. Supaya amalan yang sedemikian tidak 
rosak dan dirosakkan oleh syaitan?

3. Dalam bab perkara yang menyebabkan terbatalnya syahadah. Ustaz telah membaca sebuah 
kitab yang menerangkan 15 perkara yang membatalkan syahadah. Lalu saya menambah dua 
perkara lagi yang tidak ada lagi dalam kitab tersebut.

4. Dalam bulan Ramadan al mubarak, saya bertanyakan kepada Pengarah Pusat Islam, 
bagaimanakah seorang wanita yang uzur yang tidak boleh berpuasa, mengaji Quran, dan 
lain-lain amalan, sepatutnya memakmurkan bulan tersebut dengan ibadah? Dan saya 
tanyakan ibadah ini ada berapa? Ada banyak ke satu sahaja?

5. Sah syahadah itu dengan apa? Dimana? Siapakah yang mengesahkannya?

6. Perhimpunan solat itu dimana? Dengan apa? Dengan apakah kefarduannya?


Persoalan-persoalan tersebut adalah persoalan yang asas bagi seorang mukmin. Menjadi 
kefarduannya mengetahui, memahami dan mengamalkannya sebelum mengajarkannya kepada 
orang lain. Kalau dia gagal menjawabnya, fikirlah sendiri, muhasabahlah diri sendiri 
sebelum menuduh orang lain sesat?

Yang paling lantang menuduh saya sesat, saya pegang tangan saya ketika berjabat 
tangan, saya tanyakan kepadanya di hadapan mukanya bersaksikan dengan dua pasang mata 
(mata dia dan mata saya). Saya tanyakan dua soalan (no. 5 dan no.6). Tidak terjawab 
sepatah perkataan pun. Kenapa? Adakah ilmu itu masih terletak dalam kitab atau buku? 
Jadi bila nak jawab kena rujuk kitab dan buku?

Yang seorang lagi, pangkatnya lagi tinggilah. Saya pegang tangan dia, saya tanyakan 
soalan no. 4. Saya renung wajah dia, agar berkata sesuatu yang boleh dijadikan pedoman 
yang berguna. Sebaliknya dia tergamam dan teragak-agak untuk berkata-kata sesuatu.

Baru-baru ini beberapa orang pelajar (jumlahnya lebih kurang 12 orang) datang ke rumah 
saya, tiga malam berturut-turut. Daripada pukul 10.00 malam hinggalah pukul 3.00 dan 
4.00 pagi. Mereka ini sebelum itu telah mendengar tuduhan yang saya ini sesat oleh 
Imam Besar masjid. Saya berjumpa mereka di kantin, dan saya pelawa mereka datang ke 
rumah saya. Saya katakan kepada mereka, jangan
mudah terikut secara taklid buta atas tuduhan orang lain yang tanpa usul periksa. 
Dengarkan dahulu penerangan saya. Awak boleh tanya apa jua soalan. Dan insya Allah 
dengan izin Allah tiada soalan yang tidak akan dijawab.

Alhamdulillah mereka datang ke rumah saya. Mereka semua adalah pelajar yang "kaki 
masjid" dan kerap menghadiri majlis ilmu, kuliah Maghrib, Subuh dan sebahagiannya 
menjadi pengikut setia kumpulan Tabligh.

Saya bagi peluang mereka bertanya dahulu. Tidak kiralah nak tanya tentang apa sahaja. 
Sama ada dari aspek iktiqad, akidah, ibadah, Syariat, Tarekat, Hakikat, Makrifat, Ilmu 
Usuludin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf, Quran, Hadis, Ijmak Ulama'.

Setelah melewati waktu peluang bertanya itu dan Alhamdulillah, saya telah menjawabnya. 
Saya kata, berilah pula peluang saya menyoal, agar adil majlis perbincangan ini?

Saya tanyakan soalan yang paling basik dan mudah sekali serta wajib bagi sekalian 
mukalaf mengetahuinya. Saya bertanyakan

1. Tolong ceritakan iktiqad sdr.2 sekalian. Apakah yang sdr.2 iktiqadkan sekarang ini 
terhadap Tuhan sdr.2 sekalian yang sebenar-benar iktiqad yang diterimaNya dan tidak 
menyengutukannya.

2. Yang dikatakan sdr.2 berTuhankan kepada Allah itu bagaimanakah sebenar-benar 
berTuhankan kepadaNya dengan tidak menyengutukannya.

3. Apakah yang dikatakan sebenar-benar ibadah? Iaitu ibadah yang diperintahkan Allah 
tidak boleh putus (oleh ruang, masa dan keadaan) yang diperintahkan kepada sekalian 
golongan jin dan manusia?

4. Apakah sebenar-benar solat? Jika lalai di dalamnya masuk ahli Neraka dan jika mabuk 
di dalamnya HARAM mendirikannya?

Sebenarnya, ada banyak lagi soalan lain yang saya tanyakan kepada mereka. Di atas ini 
hanya sebahagian sahaja. Malangnya, mereka tidak dapat menjawabnya. Jika mereka cuba 
menjawabnya sipi-sipi pun tidak ada. Apa yang berlaku, yang bertanya jugalah yang kena 
jawab.

Seterusnya  pada malam-malam berikutnya, mereka yang pada awalnya datang semata-mata 
terpengaruh untuk berhujah "saya ini sesat" telah tertarik hati pula untuk datang pada 
malam-malam berikutnya untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada orang 
yang sesat ini!

Malahan sehingga ke hari ini pun, ada yang masih datang tak renti-renti. Kacau pula 
saya jadinya. Kerana saya terpaksa meluangkan masa yang agak lama berbincang dengan 
mereka.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah barangkali ibnu Muhajir belum bertemu 
dengan orang yang dapat memberikan kepuasan hatinya menerangkan berkenaan dengan 
tarekat-sufi. Oleh itu berlakulah seperti yang sudah berlaku sekarang.

Walau bagaimanapun, pada hakikatnya ,"Yang memberikan petunjuk kepada manusia itu 
ialah Allah dan yang menyesatkan manusia itu pun Allah".

Dan saya telah pun lali dengan tuduhan sesat dan sebagainya itu. Bagi saya setakat 
manusia yang mengatakan sesat, saya tidak rugi apa-apa. Sehelai bulu roma pun tidak 
gugur. Setitik peluh pun tidak menitis. Saya tidak rugi apa-apa. Yang rugi itu ialah :

1. Orang yang lalai daripada mengingati Tuhannya
- Wahai orang berIman, janganlah harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada 
mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian nescaya termasuklah kamu ke dalam 
golongan yang amat RUGI. (al Munafikun : 9).

- Syaitan telah menguasai orang-orang munafik itu lalu menjadikan mereka lupa 
mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya 
golongan syaitan itulah golongan yang amat RUGI. (al Mujadilah : 19)

2. Masuk neraka Wel

- Neraka Wellah bagi mereka yang keras hatinya tidak dapat mengingati Allah. Mereka 
itulah golongan yang SESATnya amat TERANG. (Azzummr : 22)

- Neraka Wellah bagi mereka yang solat, sedangkan mereka lalai dalam solatnya. (al 
Maun : 4 & 5).

Yang lebih utama dan penting ialah muhasabah diri sendiri dan menuding diri sendiri 
sebelum memperkatakan diri orang lain .."Wahai orang berIman peliharalah diri kamu 
(dahulu) dan (selepas itu) peliharalah orang-orang di bawah tanggungan kamu..."

Wassalamualaikum wbt.

ibn muhajir wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> salam~
>
> ambo lihat kebanyakan pengikut2 sufi ni gelojoh, tak teliti, emosional spt kena 
>histeria atau dirasuk syaitan.
>
> Para ulama mengatakan sekuler itu KUFUR, dan tareqat sufi itu SESAT. mengapa begitu? 
>Kerana sememangnya fahaman sekuler itu benar2 kufur dan tareqat-sufi itu sememangnya 
>SESAT. ada perbezaan antara SESAT dan KUFUR. Kengkadan' sesat boleh membawa 
>kekufuran, tetapi KUFUR itu sememangnya SESAT. eg. zalim itu tidak semestinya KAFIR 
>tetapi KAFIR itu mengandungi ZALIM dan FASIQ.
>
> kita dituntut menyesatkan yg sesat dan mengkufurkan yg kufur. Kerana tuntutan 
>kalimah syahadah itu sendiri menuntut agar menafikan segala ilah dan mengingkari 
>segala toghut. Jika tidak, maka sesialah syahadahnya. Sebab itulah sunnah membaca 
>surah al-KAFIRUN dlm sunat subuh dan witir, agar kita senantiasa memperbaharui bara' 
>atau permusuhan kita terhadap KUFFAr dan golongan SESAT.
>
> muzakarah? tak payah la..sebab..siang2 lagi & senang2 saja puak2 sufi ni 
>di-ter-lanjang-bogelkan oleh budak2 pusat Islam.
>
> Wslm
>
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke