*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam semua,

1. Perselisihan ini adalah bukti kita semua berada di akhir zaman. perselisihan faham
menjadi perkara lumrah dan banyaknya buku yg di tulis dan di "kitab" kan selepas
pengikut ummat Muhammad ini berselisih pendapat dan masing-masing merujuk kitab
masing-masing - bagaimana boleh diperolihi persetujuan?

2. Perbincangan mengenai bab sufi dan kesufian ini telah melalui beberapa siri di Net
ini. Ia tiada hujungannya melainkan kita sedia untuk terjun ke alam satu sama lain.
Yang satu menuduh yg lain belum "merasa" dan sebaliknya yg satu menuduh yg lain itu
"gelojoh" dalam tindakan.

3. Rumusan yg saya kutip dulu ialah mari kita toleh kpd isi kalimah dlm solah:

    A. Ia bermula dgn kalimah ALLAHU AKBAR & kalimah tauhid "Ilah":-----> Uluhiyah.
    B. ayat pertama fatihah: ALLah sebagai rabb ---> rububiyah
    C. Perkataan "din" - yaumuddin. Dan banyak perkataan "deen" dlm Quran.
    D. ALLah sebagai matlamat ibadah (ibadah)

Maka empat perkataan berikut: ilah, rab, deen dan ibadah patutnya menjadi kutipan
perkataan yg menjdi sumber perbincangan - bagaimana Quran menjelaskan maksudnya dalam
kita mempelajari Islam.
Kita tidak mau  Islam yg kita fahami spt orang buta mengenal gajah.

Kita tidak mahu bertegang leher dlm isu yg tak releven sesama kita.

Orang yg mengaku dirinya ahli sufi atau nak ikut orang sufi - sila  jelaskan
perkataan sufi ini apa makna, adakah wujud perkataan sufi ini dalam Quran? kalau ada
dimana?

Kalu tiada, eloklah sdr semak kembali rujukan sdr dan bersikap terbuka dalam hal ini.

Jawapan kpd persoalan ini telah pernah dikupas dalam perbincangan lalu dan
terserahlah kpd diri masing-masing dengan pendirian masing-masing.

Bagi saya, sufi adalah perkataan yg tiada rujukan yg jelas dalam Quran. Dan saya
anggap perkataan ini berkait rapat dengan suasana keliru. Islam - sebagaimana ada
pada kita, jelas dinukilkan asasnya dalam Quran, dikukuhkan dengan adanya hadith dan
sunnah , dan sedikit hal qias, dan apa yg tinggal ialah kita mengamalkannya sesuai
dengan diri kita, kedudukan kita dan suasana di mana kita berada.

Kalau kita bermusafir kita dibenarkan solat qasar, misalnya.
kalau kita berilmu maka tugas kita mengajarkan
kalau kita bertaraf murid maka kita tahu diri kita
kalau kita pemimpin negara maka kita laksanakan perintah ALLah sebagai pemimpin
negara
kalau kita dizalimi maka kita hendaklah bangun dan nyatakan yang haq.
kalau kita lihat orang lain dizalimi maka tugas kita menegur agar kezaliman itu
dihentikan.


waLLahu a'lam





$Haji wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu a'laikum
>
> Saya tertarik meneliti topik ini walaupun saya hanyalah berpendidikan sekular.
> Walaubagaimanapun, kita semua sedia maklum "RASULULLAH SAW diutus untuk membina
> akhlak yang mulia"
>
> Akhlak yang mulia termasuk dari segi perbuatan, perkataan dan niat hati. Saya
> menafikan menggunakan perkataan yang "brutal" suatu akhlak mulia. Saya juga
> menafikan "menghukum sebelum menasihat" suatu akhlak mulia. Bukankah agama itu
> nasihat ?
>
> Wassalam
>
> Mohd Nawawi Ismail wrote:
>
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Saya setuju komen ini , penggunaan bahasa sebenarnya menggambarkan keperibadian
> > , keilmuan , luhur hati , keikhlasan dan sifat ketulusan . Kita jangan lupa
> > walaupun di alam siber , tidak boleh sewenang-wenang nya menggunakan perkataan
> > sesedap hati . Dan yang penting bukankah kita sentiasa dinilai segala
> > gerak-geri kita , amal dan kejahatan sebesar zarrah akan dilihat olehNya dan
> > dibalas.
> >
> > Wallahu A'lam.
> >
> > [EMAIL PROTECTED] wrote:
> >
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > > Sedikit pengamatan saya antara Ibn Muhajir vs Prof.Nurani, Hassan
> > > Hj.Abdullah tidak lupa juga Jamil Lam.  Pemerhatian yang saya buat
> > > berdasarkan sebagai orang awam dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya
> > > terpanggil untuk membuat rumusan dan keputusan bagi tujuan guna pakai untuk
> > > diri saya sendiri atas debat-debat yang mengatakan tarikat-sufi adalah
> > > sesat. Semoga menjadi panduan hidup saya dalam menuju jalan yang lurus.
> > >
> > > Dari Ibn Muhajir
> > > sebenarnya org-sufi-yg-sesat suka melihat mujahidin berpecah belah dan suka
> > > mengungkit-ungkit sesuatu yg boleh mencerai beraikan barisan. mereka
> > > sememangnya tidak mengerti watak dan perangai org kafir kerana mrk tidak
> > > menjadikan quran sebagai panduan.
> > >
> > > Dari Hassan Hj Abdullah
> > > Cuba tengok rujukan beliau keatas ayat Al-Quran.
> > >      (al Munafikun : 9).
> > >      (al Mujadilah : 19)
> > >      (al Maun : 4 & 5).
> > >      (Azzummr : 22)
> > >
> > > Kesimpulan:
> > >      Fakta yang keterlaluan dari Ibn Muhajir. Orang tarikat-sufi masih
> > > bersandarkan alquran.
> > > Dari Ibn Muhajir
> > > kita dituntut menyesatkan yg sesat dan mengkufurkan yg kufur. Kerana
> > > tuntutan kalimah syahadah itu sendiri menuntut agar menafikan segala ilah
> > > dan mengingkari segala toghut. Jika tidak, maka sesialah syahadahnya
> > >
> > > Dari Hassan Hj Abdullah
> > > Saya tidaklah berkecil hati dengan tuduhan mereka itu. Tetapi yang
> > > membuatkan saya berkecil hati ialah jika saya sesat kenapakah tidak pernah
> > > tegur saya atau nasehatkan saya secara berhadapan. Dan tunjukkan yang
> > > manakah yang dikatakan sesat dan yang manakah yang dikatakan benar atau
> > > betul?
> > >
> > > Kesimpulan:
> > >      Cuba lihat dan faham kenyataan Ibn Muhajir menyesatkan yg sesat dan
> > > mengkufurkan yg kufur dan kenyataan Hassan Hj Abdullah jika saya sesat
> > > kenapakah tidak pernah tegur saya atau nasehatkan saya secara berhadapan.
> > >
> > > Saya mengatakan puak tarikat-sufi ikhlas meminta ditunjukkan mana yang
> > > salah dan mana yang benar dengan berhadapan, ini termasuk dengan mengadakan
> > > muzakarah. Manakala Ibn Muhajir menolak dengan jawapan dengan mentah-mentah
> > > dengan ayat yang agak menyengat. Jawapan dari Ibn Muhajir atas permintan
> > > Prof.Nurani <muzakarah? tak payah la..sebab..siang2 lagi & senang2 saja
> > > puak2 sufi ni di-ter-lanjang-bogelkan oleh budak2 pusat Islam>.
> > >
> > > Saya melihat Ibn Muhajir sudah tahu jawapan sebelum benda terjadi.Bukankah
> > > telahan ini mendahului perkara yang belum jadi? Bagaimana hukumnya kalau
> > > mendahulu pekerjaan Allah?
> > >
> > > Seingat sayalah belum pernah lagi puak tarikat-sufi senang-senang
> > > menjatuhkan hukum sesat-menyesat dan kufur-mengkufur ni kepada orang lain.
> > > Nilailah sendiri.
> > >
> > > Kita juga boleh menilai penggunaan bahasa dan etika ketiga-tiga saudara
> > > kita. Mana yang kasar dan mana yang halus.Nilai lah sendiri.
> > >
> > > Ibn Muhajir juga tidak menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Hassan
> > > Hj.Abdullah. Minta tolong Ibn Muhajir tolong jelaskan kepada beliau dan
> > > kami orang awam (khas kepada soalan beliau dengan tidak memesong kearah
> > > lain).Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan
> > > kesabaran.
> > >
> > > Apa kata saudara-saudara yang lain? Maaf kalau menyinggung perasaan
> > > mana-mana pihak.
> > >
> > > ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>@hizbi.net on 14/04/2000 16:34:44
> > >
> > > Sent by:  [EMAIL PROTECTED]
> > >
> > > To:   Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > > cc:   "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
> > >       [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> > >
> > > Subject:  Re: H-Net* Fwd: President Maskhadov distances himself from
> > >       Basayev
> > >
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Salam~
> > >
> > > Pernah ustadz saya berhadapan dgn Tok/Syaikh Tareqat Sufi dan mengatakan: "
> > > Jamaah kamu ni dari segi ekonomi, pakaian, sudah cukup baik, tapi Aqidah
> > > dan amalannya belum betul".
> > >
> > > Tok/Syaikh tareqat sufi tu cume diam membisu 2 ribu bahasa. tiada jawab,
> > > tiada soal, tiada kata apa2.
> > >
> > > mata bertentang mata, mulut bertengtang mulut, tapi tok/syaikh sufi itu
> > > terbungkam 2 ribu bahasa. nah! mane benarnya org sufi?
> > >
> > > wslm
> > >
> > > ------Original Message------
> > > From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > > To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
> > > Sent: April 14, 2000 8:15:11 AM GMT
> > > Subject: Re: H-Net* Fwd: President Maskhadov distances himself from Basayev
> > >
> > > Assalamualaikum wbt.
> > >
> > > Kalau nak dikira sudah banyak kali rakan kita ini sdr. ibn Muhajir begitu
> > > mudah mendakwa golongan tarekat-sufi adalah sesat. Kali ini dia mengajak
> > > pula orang ramai atau orang lain sama-sama berbuat demikian. Kononnya
> > > itulah perjuangan atau jihadnya dalam internet ini.
> > >
> > > Berkenaan dengan golongan yang mulut celupar dan suka menuduh orang lain
> > > sesat tanpa bukti yang nyata (melihat dengan mata kepala) dan fikiran yang
> > > waras serta berlandaskan ilmu yang ada di dada (al ilmu 'ala fi sudur) ini
> > > memang ramai yang pernah saya temui.
> > >
> > > Di belakang sahaja ramai yang berani bercakap demikian. Bila berhadapan dan
> > > bertemu muka, cubalah cakap jika berani kerana Allah? Malangnya ramai yang
> > > bila berhadapan tidak berani bertemu muka dan tidak berani nak buka mulut
> > > bercakap? Yang pelik bin hairan, kalau dia di pihak yang benar (tentu Allah
> > > berserta dengannya) apa yang nak ditakuti?  Adakah dengan manusia pulak
> > > yang dia
> > > takut?
> > >
> > > Pengalaman orang tuduh dan dakwa sesat ini, bagi saya sudah menjadi "asam
> > > garam dalam hidup". Saya pernah dituduh sesat oleh Pengarah Pusat Islam,
> > > Pegawai kanan Pusat Islam, Imam Besar dan beberapa orang lain yang
> > > seangkatan dengannya sejak daripada tahun 1983 lagi. Tetapi yang peliknya,
> > > mereka hanya berani bercakap di belakang sahaja. Bila berhadapan dengan
> > > saya, semasa berjabat
> > > tangan sama ada selepas solat, atau selepas majlis ilmu (kuliah Maghrib
> > > atau Subuh) atau usrah yang saya hadiri, tidak pernah sekalipun mereka
> > > berani berkata dan mengulangi tuduhan itu.
> > >
> > > Saya tidaklah berkecil hati dengan tuduhan mereka itu. Tetapi yang
> > > membuatkan saya berkecil hati ialah jika saya sesat kenapakah tidak pernah
> > > tegur saya atau nasehatkan saya secara berhadapan. Dan tunjukkan yang
> > > manakah yang dikatakan sesat dan yang manakah yang dikatakan benar atau
> > > betul?
> > >
> > > Kawan-kawan saya (sahabat saya) dan murid-murid yang belajar silat dengan
> > > saya, kerap kali menyampaikan berita, ustaz ini ustaz itu mengatakan saya
> > > sesat. Itulah yang peliknya?
> > >
> > > Sebenarnya tuduhan sesat itu hanya rekaan semata. Ini disebabkan saya
> > > pernah menegor ustaz, tok Imam dan pegawai kanan tersebut, ketika
> > > menyampaikan majlis ilmu dalam kuliah maghrib dan majlis usrah. Mereka
> > > semua adalah berijazah lepasa universiti Azhar dan Madinah. Saya tidak
> > > hairan itu semua ...
> > >
> > > Saya bertanyakan beberapa soalan seperti berikut?
> > >
> > > 1. Apakah maksud beribadah kerana Allah? Sedangkan Allah tidak akan dan
> > > tidak pernah mengambil faedah daripada makhluk?
> > >
> > > 2. Bagaimanakah kaifiyat untuk mencapai ikhlas. Supaya amalan yang
> > > sedemikian tidak rosak dan dirosakkan oleh syaitan?
> > >
> > > 3. Dalam bab perkara yang menyebabkan terbatalnya syahadah. Ustaz telah
> > > membaca sebuah kitab yang menerangkan 15 perkara yang membatalkan syahadah.
> > > Lalu saya menambah dua perkara lagi yang tidak ada lagi dalam kitab
> > > tersebut.
> > >
> > > 4. Dalam bulan Ramadan al mubarak, saya bertanyakan kepada Pengarah Pusat
> > > Islam, bagaimanakah seorang wanita yang uzur yang tidak boleh berpuasa,
> > > mengaji Quran, dan lain-lain amalan, sepatutnya memakmurkan bulan tersebut
> > > dengan ibadah? Dan saya tanyakan ibadah ini ada berapa? Ada banyak ke satu
> > > sahaja?
> > >
> > > 5. Sah syahadah itu dengan apa? Dimana? Siapakah yang mengesahkannya?
> > >
> > > 6. Perhimpunan solat itu dimana? Dengan apa? Dengan apakah kefarduannya?
> > >
> > > Persoalan-persoalan tersebut adalah persoalan yang asas bagi seorang
> > > mukmin. Menjadi kefarduannya mengetahui, memahami dan mengamalkannya
> > > sebelum mengajarkannya kepada orang lain. Kalau dia gagal menjawabnya,
> > > fikirlah sendiri, muhasabahlah diri sendiri sebelum menuduh orang lain
> > > sesat?
> > >
> > > Yang paling lantang menuduh saya sesat, saya pegang tangan saya ketika
> > > berjabat tangan, saya tanyakan kepadanya di hadapan mukanya bersaksikan
> > > dengan dua pasang mata (mata dia dan mata saya). Saya tanyakan dua soalan
> > > (no. 5 dan no.6). Tidak terjawab sepatah perkataan pun. Kenapa? Adakah ilmu
> > > itu masih terletak dalam kitab atau buku? Jadi bila nak jawab kena rujuk
> > > kitab dan buku?
> > >
> > > Yang seorang lagi, pangkatnya lagi tinggilah. Saya pegang tangan dia, saya
> > > tanyakan soalan no. 4. Saya renung wajah dia, agar berkata sesuatu yang
> > > boleh dijadikan pedoman yang berguna. Sebaliknya dia tergamam dan
> > > teragak-agak untuk berkata-kata sesuatu.
> > >
> > > Baru-baru ini beberapa orang pelajar (jumlahnya lebih kurang 12 orang)
> > > datang ke rumah saya, tiga malam berturut-turut. Daripada pukul 10.00 malam
> > > hinggalah pukul 3.00 dan 4.00 pagi. Mereka ini sebelum itu telah mendengar
> > > tuduhan yang saya ini sesat oleh Imam Besar masjid. Saya berjumpa mereka di
> > > kantin, dan saya pelawa mereka datang ke rumah saya. Saya katakan kepada
> > > mereka, jangan
> > > mudah terikut secara taklid buta atas tuduhan orang lain yang tanpa usul
> > > periksa. Dengarkan dahulu penerangan saya. Awak boleh tanya apa jua soalan.
> > > Dan insya Allah dengan izin Allah tiada soalan yang tidak akan dijawab.
> > >
> > > Alhamdulillah mereka datang ke rumah saya. Mereka semua adalah pelajar yang
> > > "kaki masjid" dan kerap menghadiri majlis ilmu, kuliah Maghrib, Subuh dan
> > > sebahagiannya menjadi pengikut setia kumpulan Tabligh.
> > >
> > > Saya bagi peluang mereka bertanya dahulu. Tidak kiralah nak tanya tentang
> > > apa sahaja. Sama ada dari aspek iktiqad, akidah, ibadah, Syariat, Tarekat,
> > > Hakikat, Makrifat, Ilmu Usuludin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf, Quran, Hadis,
> > > Ijmak Ulama'.
> > >
> > > Setelah melewati waktu peluang bertanya itu dan Alhamdulillah, saya telah
> > > menjawabnya. Saya kata, berilah pula peluang saya menyoal, agar adil majlis
> > > perbincangan ini?
> > >
> > > Saya tanyakan soalan yang paling basik dan mudah sekali serta wajib bagi
> > > sekalian mukalaf mengetahuinya. Saya bertanyakan
> > >
> > > 1. Tolong ceritakan iktiqad sdr.2 sekalian. Apakah yang sdr.2 iktiqadkan
> > > sekarang ini terhadap Tuhan sdr.2 sekalian yang sebenar-benar iktiqad yang
> > > diterimaNya dan tidak menyengutukannya.
> > >
> > > 2. Yang dikatakan sdr.2 berTuhankan kepada Allah itu bagaimanakah
> > > sebenar-benar berTuhankan kepadaNya dengan tidak menyengutukannya.
> > >
> > > 3. Apakah yang dikatakan sebenar-benar ibadah? Iaitu ibadah yang
> > > diperintahkan Allah tidak boleh putus (oleh ruang, masa dan keadaan) yang
> > > diperintahkan kepada sekalian golongan jin dan manusia?
> > >
> > > 4. Apakah sebenar-benar solat? Jika lalai di dalamnya masuk ahli Neraka dan
> > > jika mabuk di dalamnya HARAM mendirikannya?
> > >
> > > Sebenarnya, ada banyak lagi soalan lain yang saya tanyakan kepada mereka.
> > > Di atas ini hanya sebahagian sahaja. Malangnya, mereka tidak dapat
> > > menjawabnya. Jika mereka cuba menjawabnya sipi-sipi pun tidak ada. Apa yang
> > > berlaku, yang bertanya jugalah yang kena jawab.
> > >
> > > Seterusnya  pada malam-malam berikutnya, mereka yang pada awalnya datang
> > > semata-mata terpengaruh untuk berhujah "saya ini sesat" telah tertarik hati
> > > pula untuk datang pada malam-malam berikutnya untuk mendapatkan penjelasan
> > > yang lebih lanjut daripada orang yang sesat ini!
> > >
> > > Malahan sehingga ke hari ini pun, ada yang masih datang tak renti-renti.
> > > Kacau pula saya jadinya. Kerana saya terpaksa meluangkan masa yang agak
> > > lama berbincang dengan mereka.
> > >
> > > Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah barangkali ibnu Muhajir belum
> > > bertemu dengan orang yang dapat memberikan kepuasan hatinya menerangkan
> > > berkenaan dengan tarekat-sufi. Oleh itu berlakulah seperti yang sudah
> > > berlaku sekarang.
> > >
> > > Walau bagaimanapun, pada hakikatnya ,"Yang memberikan petunjuk kepada
> > > manusia itu ialah Allah dan yang menyesatkan manusia itu pun Allah".
> > >
> > > Dan saya telah pun lali dengan tuduhan sesat dan sebagainya itu. Bagi saya
> > > setakat manusia yang mengatakan sesat, saya tidak rugi apa-apa. Sehelai
> > > bulu roma pun tidak gugur. Setitik peluh pun tidak menitis. Saya tidak rugi
> > > apa-apa. Yang rugi itu ialah :
> > >
> > > 1. Orang yang lalai daripada mengingati Tuhannya
> > > - Wahai orang berIman, janganlah harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu
> > > daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian nescaya
> > > termasuklah kamu ke dalam golongan yang amat RUGI. (al Munafikun : 9).
> > >
> > > - Syaitan telah menguasai orang-orang munafik itu lalu menjadikan mereka
> > > lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa
> > > sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang amat RUGI. (al Mujadilah
> > > : 19)
> > >
> > > 2. Masuk neraka Wel
> > >
> > > - Neraka Wellah bagi mereka yang keras hatinya tidak dapat mengingati
> > > Allah. Mereka itulah golongan yang SESATnya amat TERANG. (Azzummr : 22)
> > >
> > > - Neraka Wellah bagi mereka yang solat, sedangkan mereka lalai dalam
> > > solatnya. (al Maun : 4 & 5).
> > >
> > > Yang lebih utama dan penting ialah muhasabah diri sendiri dan menuding diri
> > > sendiri sebelum memperkatakan diri orang lain .."Wahai orang berIman
> > > peliharalah diri kamu (dahulu) dan (selepas itu) peliharalah orang-orang di
> > > bawah tanggungan kamu..."
> > >
> > > Wassalamualaikum wbt.
> > >
> > > ibn muhajir wrote:
> > >
> > > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > > salam~
> > > >
> > > > ambo lihat kebanyakan pengikut2 sufi ni gelojoh, tak teliti, emosional
> > > spt kena histeria atau dirasuk syaitan.
> > > >
> > > > Para ulama mengatakan sekuler itu KUFUR, dan tareqat sufi itu SESAT.
> > > mengapa begitu? Kerana sememangnya fahaman sekuler itu benar2 kufur dan
> > > tareqat-sufi itu sememangnya SESAT. ada perbezaan antara SESAT dan KUFUR.
> > > Kengkadan' sesat boleh membawa kekufuran, tetapi KUFUR itu sememangnya
> > > SESAT. eg. zalim itu tidak semestinya KAFIR tetapi KAFIR itu mengandungi
> > > ZALIM dan FASIQ.
> > > >
> > > > kita dituntut menyesatkan yg sesat dan mengkufurkan yg kufur. Kerana
> > > tuntutan kalimah syahadah itu sendiri menuntut agar menafikan segala ilah
> > > dan mengingkari segala toghut. Jika tidak, maka sesialah syahadahnya. Sebab
> > > itulah sunnah membaca surah al-KAFIRUN dlm sunat subuh dan witir, agar kita
> > > senantiasa memperbaharui bara' atau permusuhan kita terhadap KUFFAr dan
> > > golongan SESAT.
> > > >
> > > > muzakarah? tak payah la..sebab..siang2 lagi & senang2 saja puak2 sufi ni
> > > di-ter-lanjang-bogelkan oleh budak2 pusat Islam.
> > > >
> > > > Wslm
> > > >
> > > ______________________________________________
> > > FREE Personalized Email at Mail.com
> > > Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
> > >
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > > Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
> > >
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > > Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "Mohd Nawawi Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "$Haji" <[EMAIL PROTECTED]>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke