*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sedikit pengamatan saya antara Ibn Muhajir vs Prof.Nurani, Hassan
Hj.Abdullah tidak lupa juga Jamil Lam.  Pemerhatian yang saya buat
berdasarkan sebagai orang awam dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya
terpanggil untuk membuat rumusan dan keputusan bagi tujuan guna pakai untuk
diri saya sendiri atas debat-debat yang mengatakan tarikat-sufi adalah
sesat. Semoga menjadi panduan hidup saya dalam menuju jalan yang lurus.

Dari Ibn Muhajir
sebenarnya org-sufi-yg-sesat suka melihat mujahidin berpecah belah dan suka
mengungkit-ungkit sesuatu yg boleh mencerai beraikan barisan. mereka
sememangnya tidak mengerti watak dan perangai org kafir kerana mrk tidak
menjadikan quran sebagai panduan.

Dari Hassan Hj Abdullah
Cuba tengok rujukan beliau keatas ayat Al-Quran.
     (al Munafikun : 9).
     (al Mujadilah : 19)
     (al Maun : 4 & 5).
     (Azzummr : 22)

Kesimpulan:
     Fakta yang keterlaluan dari Ibn Muhajir. Orang tarikat-sufi masih
bersandarkan alquran.
Dari Ibn Muhajir
kita dituntut menyesatkan yg sesat dan mengkufurkan yg kufur. Kerana
tuntutan kalimah syahadah itu sendiri menuntut agar menafikan segala ilah
dan mengingkari segala toghut. Jika tidak, maka sesialah syahadahnya

Dari Hassan Hj Abdullah
Saya tidaklah berkecil hati dengan tuduhan mereka itu. Tetapi yang
membuatkan saya berkecil hati ialah jika saya sesat kenapakah tidak pernah
tegur saya atau nasehatkan saya secara berhadapan. Dan tunjukkan yang
manakah yang dikatakan sesat dan yang manakah yang dikatakan benar atau
betul?

Kesimpulan:
     Cuba lihat dan faham kenyataan Ibn Muhajir menyesatkan yg sesat dan
mengkufurkan yg kufur dan kenyataan Hassan Hj Abdullah jika saya sesat
kenapakah tidak pernah tegur saya atau nasehatkan saya secara berhadapan.

Saya mengatakan puak tarikat-sufi ikhlas meminta ditunjukkan mana yang
salah dan mana yang benar dengan berhadapan, ini termasuk dengan mengadakan
muzakarah. Manakala Ibn Muhajir menolak dengan jawapan dengan mentah-mentah
dengan ayat yang agak menyengat. Jawapan dari Ibn Muhajir atas permintan
Prof.Nurani <muzakarah? tak payah la..sebab..siang2 lagi & senang2 saja
puak2 sufi ni di-ter-lanjang-bogelkan oleh budak2 pusat Islam>.

Saya melihat Ibn Muhajir sudah tahu jawapan sebelum benda terjadi.Bukankah
telahan ini mendahului perkara yang belum jadi? Bagaimana hukumnya kalau
mendahulu pekerjaan Allah?

Seingat sayalah belum pernah lagi puak tarikat-sufi senang-senang
menjatuhkan hukum sesat-menyesat dan kufur-mengkufur ni kepada orang lain.
Nilailah sendiri.

Kita juga boleh menilai penggunaan bahasa dan etika ketiga-tiga saudara
kita. Mana yang kasar dan mana yang halus.Nilai lah sendiri.

Ibn Muhajir juga tidak menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Hassan
Hj.Abdullah. Minta tolong Ibn Muhajir tolong jelaskan kepada beliau dan
kami orang awam (khas kepada soalan beliau dengan tidak memesong kearah
lain).Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan
kesabaran.

Apa kata saudara-saudara yang lain? Maaf kalau menyinggung perasaan
mana-mana pihak.





ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>@hizbi.net on 14/04/2000 16:34:44

Sent by:  [EMAIL PROTECTED]


To:   Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
cc:   "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
      [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]

Subject:  Re: H-Net* Fwd: President Maskhadov distances himself from
      Basayev



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

Pernah ustadz saya berhadapan dgn Tok/Syaikh Tareqat Sufi dan mengatakan: "
Jamaah kamu ni dari segi ekonomi, pakaian, sudah cukup baik, tapi Aqidah
dan amalannya belum betul".

Tok/Syaikh tareqat sufi tu cume diam membisu 2 ribu bahasa. tiada jawab,
tiada soal, tiada kata apa2.

mata bertentang mata, mulut bertengtang mulut, tapi tok/syaikh sufi itu
terbungkam 2 ribu bahasa. nah! mane benarnya org sufi?

wslm

------Original Message------
From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: April 14, 2000 8:15:11 AM GMT
Subject: Re: H-Net* Fwd: President Maskhadov distances himself from Basayev


Assalamualaikum wbt.

Kalau nak dikira sudah banyak kali rakan kita ini sdr. ibn Muhajir begitu
mudah mendakwa golongan tarekat-sufi adalah sesat. Kali ini dia mengajak
pula orang ramai atau orang lain sama-sama berbuat demikian. Kononnya
itulah perjuangan atau jihadnya dalam internet ini.

Berkenaan dengan golongan yang mulut celupar dan suka menuduh orang lain
sesat tanpa bukti yang nyata (melihat dengan mata kepala) dan fikiran yang
waras serta berlandaskan ilmu yang ada di dada (al ilmu 'ala fi sudur) ini
memang ramai yang pernah saya temui.

Di belakang sahaja ramai yang berani bercakap demikian. Bila berhadapan dan
bertemu muka, cubalah cakap jika berani kerana Allah? Malangnya ramai yang
bila berhadapan tidak berani bertemu muka dan tidak berani nak buka mulut
bercakap? Yang pelik bin hairan, kalau dia di pihak yang benar (tentu Allah
berserta dengannya) apa yang nak ditakuti?  Adakah dengan manusia pulak
yang dia
takut?

Pengalaman orang tuduh dan dakwa sesat ini, bagi saya sudah menjadi "asam
garam dalam hidup". Saya pernah dituduh sesat oleh Pengarah Pusat Islam,
Pegawai kanan Pusat Islam, Imam Besar dan beberapa orang lain yang
seangkatan dengannya sejak daripada tahun 1983 lagi. Tetapi yang peliknya,
mereka hanya berani bercakap di belakang sahaja. Bila berhadapan dengan
saya, semasa berjabat
tangan sama ada selepas solat, atau selepas majlis ilmu (kuliah Maghrib
atau Subuh) atau usrah yang saya hadiri, tidak pernah sekalipun mereka
berani berkata dan mengulangi tuduhan itu.

Saya tidaklah berkecil hati dengan tuduhan mereka itu. Tetapi yang
membuatkan saya berkecil hati ialah jika saya sesat kenapakah tidak pernah
tegur saya atau nasehatkan saya secara berhadapan. Dan tunjukkan yang
manakah yang dikatakan sesat dan yang manakah yang dikatakan benar atau
betul?

Kawan-kawan saya (sahabat saya) dan murid-murid yang belajar silat dengan
saya, kerap kali menyampaikan berita, ustaz ini ustaz itu mengatakan saya
sesat. Itulah yang peliknya?

Sebenarnya tuduhan sesat itu hanya rekaan semata. Ini disebabkan saya
pernah menegor ustaz, tok Imam dan pegawai kanan tersebut, ketika
menyampaikan majlis ilmu dalam kuliah maghrib dan majlis usrah. Mereka
semua adalah berijazah lepasa universiti Azhar dan Madinah. Saya tidak
hairan itu semua ...

Saya bertanyakan beberapa soalan seperti berikut?

1. Apakah maksud beribadah kerana Allah? Sedangkan Allah tidak akan dan
tidak pernah mengambil faedah daripada makhluk?

2. Bagaimanakah kaifiyat untuk mencapai ikhlas. Supaya amalan yang
sedemikian tidak rosak dan dirosakkan oleh syaitan?

3. Dalam bab perkara yang menyebabkan terbatalnya syahadah. Ustaz telah
membaca sebuah kitab yang menerangkan 15 perkara yang membatalkan syahadah.
Lalu saya menambah dua perkara lagi yang tidak ada lagi dalam kitab
tersebut.

4. Dalam bulan Ramadan al mubarak, saya bertanyakan kepada Pengarah Pusat
Islam, bagaimanakah seorang wanita yang uzur yang tidak boleh berpuasa,
mengaji Quran, dan lain-lain amalan, sepatutnya memakmurkan bulan tersebut
dengan ibadah? Dan saya tanyakan ibadah ini ada berapa? Ada banyak ke satu
sahaja?

5. Sah syahadah itu dengan apa? Dimana? Siapakah yang mengesahkannya?

6. Perhimpunan solat itu dimana? Dengan apa? Dengan apakah kefarduannya?


Persoalan-persoalan tersebut adalah persoalan yang asas bagi seorang
mukmin. Menjadi kefarduannya mengetahui, memahami dan mengamalkannya
sebelum mengajarkannya kepada orang lain. Kalau dia gagal menjawabnya,
fikirlah sendiri, muhasabahlah diri sendiri sebelum menuduh orang lain
sesat?

Yang paling lantang menuduh saya sesat, saya pegang tangan saya ketika
berjabat tangan, saya tanyakan kepadanya di hadapan mukanya bersaksikan
dengan dua pasang mata (mata dia dan mata saya). Saya tanyakan dua soalan
(no. 5 dan no.6). Tidak terjawab sepatah perkataan pun. Kenapa? Adakah ilmu
itu masih terletak dalam kitab atau buku? Jadi bila nak jawab kena rujuk
kitab dan buku?

Yang seorang lagi, pangkatnya lagi tinggilah. Saya pegang tangan dia, saya
tanyakan soalan no. 4. Saya renung wajah dia, agar berkata sesuatu yang
boleh dijadikan pedoman yang berguna. Sebaliknya dia tergamam dan
teragak-agak untuk berkata-kata sesuatu.

Baru-baru ini beberapa orang pelajar (jumlahnya lebih kurang 12 orang)
datang ke rumah saya, tiga malam berturut-turut. Daripada pukul 10.00 malam
hinggalah pukul 3.00 dan 4.00 pagi. Mereka ini sebelum itu telah mendengar
tuduhan yang saya ini sesat oleh Imam Besar masjid. Saya berjumpa mereka di
kantin, dan saya pelawa mereka datang ke rumah saya. Saya katakan kepada
mereka, jangan
mudah terikut secara taklid buta atas tuduhan orang lain yang tanpa usul
periksa. Dengarkan dahulu penerangan saya. Awak boleh tanya apa jua soalan.
Dan insya Allah dengan izin Allah tiada soalan yang tidak akan dijawab.

Alhamdulillah mereka datang ke rumah saya. Mereka semua adalah pelajar yang
"kaki masjid" dan kerap menghadiri majlis ilmu, kuliah Maghrib, Subuh dan
sebahagiannya menjadi pengikut setia kumpulan Tabligh.

Saya bagi peluang mereka bertanya dahulu. Tidak kiralah nak tanya tentang
apa sahaja. Sama ada dari aspek iktiqad, akidah, ibadah, Syariat, Tarekat,
Hakikat, Makrifat, Ilmu Usuludin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf, Quran, Hadis,
Ijmak Ulama'.

Setelah melewati waktu peluang bertanya itu dan Alhamdulillah, saya telah
menjawabnya. Saya kata, berilah pula peluang saya menyoal, agar adil majlis
perbincangan ini?

Saya tanyakan soalan yang paling basik dan mudah sekali serta wajib bagi
sekalian mukalaf mengetahuinya. Saya bertanyakan

1. Tolong ceritakan iktiqad sdr.2 sekalian. Apakah yang sdr.2 iktiqadkan
sekarang ini terhadap Tuhan sdr.2 sekalian yang sebenar-benar iktiqad yang
diterimaNya dan tidak menyengutukannya.

2. Yang dikatakan sdr.2 berTuhankan kepada Allah itu bagaimanakah
sebenar-benar berTuhankan kepadaNya dengan tidak menyengutukannya.

3. Apakah yang dikatakan sebenar-benar ibadah? Iaitu ibadah yang
diperintahkan Allah tidak boleh putus (oleh ruang, masa dan keadaan) yang
diperintahkan kepada sekalian golongan jin dan manusia?

4. Apakah sebenar-benar solat? Jika lalai di dalamnya masuk ahli Neraka dan
jika mabuk di dalamnya HARAM mendirikannya?

Sebenarnya, ada banyak lagi soalan lain yang saya tanyakan kepada mereka.
Di atas ini hanya sebahagian sahaja. Malangnya, mereka tidak dapat
menjawabnya. Jika mereka cuba menjawabnya sipi-sipi pun tidak ada. Apa yang
berlaku, yang bertanya jugalah yang kena jawab.

Seterusnya  pada malam-malam berikutnya, mereka yang pada awalnya datang
semata-mata terpengaruh untuk berhujah "saya ini sesat" telah tertarik hati
pula untuk datang pada malam-malam berikutnya untuk mendapatkan penjelasan
yang lebih lanjut daripada orang yang sesat ini!

Malahan sehingga ke hari ini pun, ada yang masih datang tak renti-renti.
Kacau pula saya jadinya. Kerana saya terpaksa meluangkan masa yang agak
lama berbincang dengan mereka.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah barangkali ibnu Muhajir belum
bertemu dengan orang yang dapat memberikan kepuasan hatinya menerangkan
berkenaan dengan tarekat-sufi. Oleh itu berlakulah seperti yang sudah
berlaku sekarang.

Walau bagaimanapun, pada hakikatnya ,"Yang memberikan petunjuk kepada
manusia itu ialah Allah dan yang menyesatkan manusia itu pun Allah".

Dan saya telah pun lali dengan tuduhan sesat dan sebagainya itu. Bagi saya
setakat manusia yang mengatakan sesat, saya tidak rugi apa-apa. Sehelai
bulu roma pun tidak gugur. Setitik peluh pun tidak menitis. Saya tidak rugi
apa-apa. Yang rugi itu ialah :

1. Orang yang lalai daripada mengingati Tuhannya
- Wahai orang berIman, janganlah harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu
daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian nescaya
termasuklah kamu ke dalam golongan yang amat RUGI. (al Munafikun : 9).

- Syaitan telah menguasai orang-orang munafik itu lalu menjadikan mereka
lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa
sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang amat RUGI. (al Mujadilah
: 19)

2. Masuk neraka Wel

- Neraka Wellah bagi mereka yang keras hatinya tidak dapat mengingati
Allah. Mereka itulah golongan yang SESATnya amat TERANG. (Azzummr : 22)

- Neraka Wellah bagi mereka yang solat, sedangkan mereka lalai dalam
solatnya. (al Maun : 4 & 5).

Yang lebih utama dan penting ialah muhasabah diri sendiri dan menuding diri
sendiri sebelum memperkatakan diri orang lain .."Wahai orang berIman
peliharalah diri kamu (dahulu) dan (selepas itu) peliharalah orang-orang di
bawah tanggungan kamu..."

Wassalamualaikum wbt.

ibn muhajir wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> salam~
>
> ambo lihat kebanyakan pengikut2 sufi ni gelojoh, tak teliti, emosional
spt kena histeria atau dirasuk syaitan.
>
> Para ulama mengatakan sekuler itu KUFUR, dan tareqat sufi itu SESAT.
mengapa begitu? Kerana sememangnya fahaman sekuler itu benar2 kufur dan
tareqat-sufi itu sememangnya SESAT. ada perbezaan antara SESAT dan KUFUR.
Kengkadan' sesat boleh membawa kekufuran, tetapi KUFUR itu sememangnya
SESAT. eg. zalim itu tidak semestinya KAFIR tetapi KAFIR itu mengandungi
ZALIM dan FASIQ.
>
> kita dituntut menyesatkan yg sesat dan mengkufurkan yg kufur. Kerana
tuntutan kalimah syahadah itu sendiri menuntut agar menafikan segala ilah
dan mengingkari segala toghut. Jika tidak, maka sesialah syahadahnya. Sebab
itulah sunnah membaca surah al-KAFIRUN dlm sunat subuh dan witir, agar kita
senantiasa memperbaharui bara' atau permusuhan kita terhadap KUFFAr dan
golongan SESAT.
>
> muzakarah? tak payah la..sebab..siang2 lagi & senang2 saja puak2 sufi ni
di-ter-lanjang-bogelkan oleh budak2 pusat Islam.
>
> Wslm
>
______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke