*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang betul kalau 10 X pigi haji tapi kalau kita masih buat maksiat tak guna. Sebab 
itu kita kena paham, tunaikan
Haji itu rukun Islam. Paling tidak seumur hidup sekali.

Tapi soal haji diterima tu bukan hak saudara ibnu Muhajir, tapi atas Allah. begitu 
juga hukum sesat dan mengkufurkan
orang itu hak Allah bukan hak ibnu Muhajir. Tugas kita sebagai manusia ialah nasihat 
menasihati dan bukannnya maniac
untuk menghukum. Betul tak ??? Orang yang berilmu macam ibnu muhajir tentu lebih arif.

Oh yaaaa, boleh tolong berikan dalil Al Quran dan hadis berkenaan membaca Al Quran 
yang telah dibariskan ??? Setahu
ilmu saya yang sikit ni, Al Quran mula dikumpulkan di zaman Sidina Osman R.A. dan 
ianya tak mempunyai baris......



ibn muhajir wrote:

> salam~
>
> cakap banyak2 pun tak ke mana tuan haji $ dolar.
>
> tolong berikan nas dr quran hadith yg menyatakan disyariatkan ajaran SUFI ni atau 
>SUFI ni sebahagian dr syariat.
>
> mintak tolong ler...berikan nas tu dulu sebelum kita berbencang lebih lanjut lagi.
>
> ambo ingat kalau tuan 10 x pigi balik haji pun belum tentu jumpa nas tu.
>
> wslm
>
> ------Original Message------
> From: "$Haji" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: roslan nordin <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: April 16, 2000 6:58:12 AM GMT
> Subject: Re: H-Net* Fwd: President Maskhadov distances himself from Basayev
>
> Assalamu a'laikum
>
> Saya berkesempatan membilik tiga buah buku berkenaan dua orang ulamak ternama di
> Tanah Melayu. Pertamanya Tok Kenali dan yang keduanya ialah Tokku Paloh di
> Terengganu. Ampun maaf kepada golongan yang suka menghukum sesat dan kufur ke
> atas pengikut sufi. Kedua-dua ulamak ini adalah pengamal tarikat. Adakah
> keilmuan Ibnu Muhajir setanding dengan keilmuan 2 tokoh ulamak ini ?
>
> Jasa bakti kedua-dua ulamak ini, tak perlu diceritakan sebab hampir kesemua
> rakyat di Malaysia ini tahu. Sumbangan mereka bukan sekadar mendirikan pengajian
> pondok malah juga dalam menentang penjajah. Sebab itu dicatat dalam sejarah,
> penjajah Inggeris amat takut untuk bersemuka dengan Tokku Paloh.
>
> Nampaknya dari Omar Mokhtar (Lion of The Desert) yang beramal dengan tarekat
> Sanussi, hinggalah ke ulamak Tanah Melayu bertarekat. Tak ada pula diceritakan
> mereka ini seperti di rasuk.
>
> Sekali lagi ingin saya mengingati diri saya sendiri serta saudara seIslam yang
> lain. Kayu pengukur dalam memberi hukum sesat/kufur dan sebagainya adalah dari
> segi pengamalan syariat. Jika jelas berlaku perlanggaran hukum Allah, seperti
> dedah aurat, makan riba, tinggal sembahyang dll, tak payah bertarekat pun kita
> sudah jatuh sesat walaupun kita mengaku kita pejuang Islam dan mengaku banyak
> ilmu.
>
> Orang yang berilmu, tidak mudah menyesatkan orang. Tetapi membimbing orang ke
> arah kebenaran. Rasulullah SAW tidak pernah menyesatkan Abu Lahab dan kafir
> Quraisy tetapi berusaha membimbing mereka ke arah kebenaran walaupun di saat
> akhir hayat Abu Lahab Rasulullah SAW terus menziarahi dan mendakwah Abu Lahab.
>
> Allah telah mengutus seorang yang lebih jahat dari kita iaitu Firaun dan Allah
> juga mengutus seorang yang lebih mulia dari kita iaitu Musa A.S. Itupun Allah
> memerintahkan Musa A.S. berlembut dan bersopan dengan Firaun. Adakah kita ini
> lebih mulia dari Nabi Musa A.S.
>
> Saya biarkan persoalan ini dijawab oleh saudara-saudara sekelian terutamanya Ibn
> Muhajir.
>
> Wassalam
>
> Wassalam
>
> roslan nordin wrote:
>
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Salam,
> >
> > Ibnu Muhajir, itu lah akhlak orang Sufi. Mereka tak akan menerkam apabila di
> > hujah oleh saudara se Islam. Lagi pun bagi mereka tiada guna nya berhujah
> > dengan mereka yang jahil dalam hal-hal kerohanian ini. Boleh tak saudara
> > berbuat demikian atau berahklak sebegitu ?
> > Kalau saudara benar-benar beriman tentu boleh .......
> >
> > Saudara kena faham, kaum Sufi beriman dengan Allah bukan dengan dalil ilmu
> > sebagaimana orang awam. Mereka beriman dengan iman haqqul yaqin yang tak
> > perlu pada hujah seperti para anbiya' dan para sahabat Rasulullah s.a.w. Apa
> > perlu pada hujah jika telah melihat Al-Haq dgn. mata hati. Hanya orang yang
> > buta mata hati sahaja tidak melihat nya.
> >
> > Jika seandai nya saudara benar-benar orang beriman, saudara tidak akan
> > sewenang-wenang memfatwa orang Sufi sesat. Orang beriman itu berahklak mulia
> > tidak menuduh membabi buta sebagamana saudara.
> >
> > Begini lah saudara, saudara tunggulah akhir hayat Tok Guru saudara tu, jika
> > ia mati dalam husnul khatimah boleh lah saudara ikut ajaran nya. Amacam o.k
> > tak ? Untuk pegetahuan saudara, saya sudah melihat sendiri akhir hayat Guru
> > saya yang beramal dengan ajaran Sufi, sungguh menakjubkan.........husnul
> > khatimah........
> >
> > Tunggu saja lah...........
> >
> > >From: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
> > >To: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > >CC: "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
> > >[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> > >Subject: Re: H-Net* Fwd: President Maskhadov distances himself from Basayev
> > >Date: Fri, 14 Apr 2000 04:34:44 -0400 (EDT)
> > >
> > >
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >Salam~
> > >
> > >Pernah ustadz saya berhadapan dgn Tok/Syaikh Tareqat Sufi dan mengatakan: "
> > >Jamaah kamu ni dari segi ekonomi, pakaian, sudah cukup baik, tapi Aqidah
> > >dan amalannya belum betul".
> > >
> > >Tok/Syaikh tareqat sufi tu cume diam membisu 2 ribu bahasa. tiada jawab,
> > >tiada soal, tiada kata apa2.
> > >
> > >mata bertentang mata, mulut bertengtang mulut, tapi tok/syaikh sufi itu
> > >terbungkam 2 ribu bahasa. nah! mane benarnya org sufi?
> > >
> > >wslm
> > >
> > >------Original Message------
> > >From: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>
> > >To: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
> > >Sent: April 14, 2000 8:15:11 AM GMT
> > >Subject: Re: H-Net* Fwd: President Maskhadov distances himself from Basayev
> > >
> > >
> > >Assalamualaikum wbt.
> > >
> > >Kalau nak dikira sudah banyak kali rakan kita ini sdr. ibn Muhajir begitu
> > >mudah mendakwa golongan tarekat-sufi adalah sesat. Kali ini dia mengajak
> > >pula orang ramai atau orang lain sama-sama berbuat demikian. Kononnya
> > >itulah perjuangan atau jihadnya dalam internet ini.
> > >
> > >Berkenaan dengan golongan yang mulut celupar dan suka menuduh orang lain
> > >sesat tanpa bukti yang nyata (melihat dengan mata kepala) dan fikiran yang
> > >waras serta berlandaskan ilmu yang ada di dada (al ilmu 'ala fi sudur) ini
> > >memang ramai yang pernah saya temui.
> > >
> > >Di belakang sahaja ramai yang berani bercakap demikian. Bila berhadapan dan
> > >bertemu muka, cubalah cakap jika berani kerana Allah? Malangnya ramai yang
> > >bila berhadapan tidak berani bertemu muka dan tidak berani nak buka mulut
> > >bercakap? Yang pelik bin hairan, kalau dia di pihak yang benar (tentu Allah
> > >berserta dengannya) apa yang nak ditakuti?  Adakah dengan manusia pulak
> > >yang dia
> > >takut?
> > >
> > >Pengalaman orang tuduh dan dakwa sesat ini, bagi saya sudah menjadi "asam
> > >garam dalam hidup". Saya pernah dituduh sesat oleh Pengarah Pusat Islam,
> > >Pegawai kanan Pusat Islam, Imam Besar dan beberapa orang lain yang
> > >seangkatan dengannya sejak daripada tahun 1983 lagi. Tetapi yang peliknya,
> > >mereka hanya berani bercakap di belakang sahaja. Bila berhadapan dengan
> > >saya, semasa berjabat
> > >tangan sama ada selepas solat, atau selepas majlis ilmu (kuliah Maghrib
> > >atau Subuh) atau usrah yang saya hadiri, tidak pernah sekalipun mereka
> > >berani berkata dan mengulangi tuduhan itu.
> > >
> > >Saya tidaklah berkecil hati dengan tuduhan mereka itu. Tetapi yang
> > >membuatkan saya berkecil hati ialah jika saya sesat kenapakah tidak pernah
> > >tegur saya atau nasehatkan saya secara berhadapan. Dan tunjukkan yang
> > >manakah yang dikatakan sesat dan yang manakah yang dikatakan benar atau
> > >betul?
> > >
> > >Kawan-kawan saya (sahabat saya) dan murid-murid yang belajar silat dengan
> > >saya, kerap kali menyampaikan berita, ustaz ini ustaz itu mengatakan saya
> > >sesat. Itulah yang peliknya?
> > >
> > >Sebenarnya tuduhan sesat itu hanya rekaan semata. Ini disebabkan saya
> > >pernah menegor ustaz, tok Imam dan pegawai kanan tersebut, ketika
> > >menyampaikan majlis ilmu dalam kuliah maghrib dan majlis usrah. Mereka
> > >semua adalah berijazah lepasa universiti Azhar dan Madinah. Saya tidak
> > >hairan itu semua ...
> > >
> > >Saya bertanyakan beberapa soalan seperti berikut?
> > >
> > >1. Apakah maksud beribadah kerana Allah? Sedangkan Allah tidak akan dan
> > >tidak pernah mengambil faedah daripada makhluk?
> > >
> > >2. Bagaimanakah kaifiyat untuk mencapai ikhlas. Supaya amalan yang
> > >sedemikian tidak rosak dan dirosakkan oleh syaitan?
> > >
> > >3. Dalam bab perkara yang menyebabkan terbatalnya syahadah. Ustaz telah
> > >membaca sebuah kitab yang menerangkan 15 perkara yang membatalkan syahadah.
> > >Lalu saya menambah dua perkara lagi yang tidak ada lagi dalam kitab
> > >tersebut.
> > >
> > >4. Dalam bulan Ramadan al mubarak, saya bertanyakan kepada Pengarah Pusat
> > >Islam, bagaimanakah seorang wanita yang uzur yang tidak boleh berpuasa,
> > >mengaji Quran, dan lain-lain amalan, sepatutnya memakmurkan bulan tersebut
> > >dengan ibadah? Dan saya tanyakan ibadah ini ada berapa? Ada banyak ke satu
> > >sahaja?
> > >
> > >5. Sah syahadah itu dengan apa? Dimana? Siapakah yang mengesahkannya?
> > >
> > >6. Perhimpunan solat itu dimana? Dengan apa? Dengan apakah kefarduannya?
> > >
> > >
> > >Persoalan-persoalan tersebut adalah persoalan yang asas bagi seorang
> > >mukmin. Menjadi kefarduannya mengetahui, memahami dan mengamalkannya
> > >sebelum mengajarkannya kepada orang lain. Kalau dia gagal menjawabnya,
> > >fikirlah sendiri, muhasabahlah diri sendiri sebelum menuduh orang lain
> > >sesat?
> > >
> > >Yang paling lantang menuduh saya sesat, saya pegang tangan saya ketika
> > >berjabat tangan, saya tanyakan kepadanya di hadapan mukanya bersaksikan
> > >dengan dua pasang mata (mata dia dan mata saya). Saya tanyakan dua soalan
> > >(no. 5 dan no.6). Tidak terjawab sepatah perkataan pun. Kenapa? Adakah ilmu
> > >itu masih terletak dalam kitab atau buku? Jadi bila nak jawab kena rujuk
> > >kitab dan buku?
> > >
> > >Yang seorang lagi, pangkatnya lagi tinggilah. Saya pegang tangan dia, saya
> > >tanyakan soalan no. 4. Saya renung wajah dia, agar berkata sesuatu yang
> > >boleh dijadikan pedoman yang berguna. Sebaliknya dia tergamam dan
> > >teragak-agak untuk berkata-kata sesuatu.
> > >
> > >Baru-baru ini beberapa orang pelajar (jumlahnya lebih kurang 12 orang)
> > >datang ke rumah saya, tiga malam berturut-turut. Daripada pukul 10.00 malam
> > >hinggalah pukul 3.00 dan 4.00 pagi. Mereka ini sebelum itu telah mendengar
> > >tuduhan yang saya ini sesat oleh Imam Besar masjid. Saya berjumpa mereka di
> > >kantin, dan saya pelawa mereka datang ke rumah saya. Saya katakan kepada
> > >mereka, jangan
> > >mudah terikut secara taklid buta atas tuduhan orang lain yang tanpa usul
> > >periksa. Dengarkan dahulu penerangan saya. Awak boleh tanya apa jua soalan.
> > >Dan insya Allah dengan izin Allah tiada soalan yang tidak akan dijawab.
> > >
> > >Alhamdulillah mereka datang ke rumah saya. Mereka semua adalah pelajar yang
> > >"kaki masjid" dan kerap menghadiri majlis ilmu, kuliah Maghrib, Subuh dan
> > >sebahagiannya menjadi pengikut setia kumpulan Tabligh.
> > >
> > >Saya bagi peluang mereka bertanya dahulu. Tidak kiralah nak tanya tentang
> > >apa sahaja. Sama ada dari aspek iktiqad, akidah, ibadah, Syariat, Tarekat,
> > >Hakikat, Makrifat, Ilmu Usuludin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf, Quran, Hadis,
> > >Ijmak Ulama'.
> > >
> > >Setelah melewati waktu peluang bertanya itu dan Alhamdulillah, saya telah
> > >menjawabnya. Saya kata, berilah pula peluang saya menyoal, agar adil majlis
> > >perbincangan ini?
> > >
> > >Saya tanyakan soalan yang paling basik dan mudah sekali serta wajib bagi
> > >sekalian mukalaf mengetahuinya. Saya bertanyakan
> > >
> > >1. Tolong ceritakan iktiqad sdr.2 sekalian. Apakah yang sdr.2 iktiqadkan
> > >sekarang ini terhadap Tuhan sdr.2 sekalian yang sebenar-benar iktiqad yang
> > >diterimaNya dan tidak menyengutukannya.
> > >
> > >2. Yang dikatakan sdr.2 berTuhankan kepada Allah itu bagaimanakah
> > >sebenar-benar berTuhankan kepadaNya dengan tidak menyengutukannya.
> > >
> > >3. Apakah yang dikatakan sebenar-benar ibadah? Iaitu ibadah yang
> > >diperintahkan Allah tidak boleh putus (oleh ruang, masa dan keadaan) yang
> > >diperintahkan kepada sekalian golongan jin dan manusia?
> > >
> > >4. Apakah sebenar-benar solat? Jika lalai di dalamnya masuk ahli Neraka dan
> > >jika mabuk di dalamnya HARAM mendirikannya?
> > >
> > >Sebenarnya, ada banyak lagi soalan lain yang saya tanyakan kepada mereka.
> > >Di atas ini hanya sebahagian sahaja. Malangnya, mereka tidak dapat
> > >menjawabnya. Jika mereka cuba menjawabnya sipi-sipi pun tidak ada. Apa yang
> > >berlaku, yang bertanya jugalah yang kena jawab.
> > >
> > >Seterusnya  pada malam-malam berikutnya, mereka yang pada awalnya datang
> > >semata-mata terpengaruh untuk berhujah "saya ini sesat" telah tertarik hati
> > >pula untuk datang pada malam-malam berikutnya untuk mendapatkan penjelasan
> > >yang lebih lanjut daripada orang yang sesat ini!
> > >
> > >Malahan sehingga ke hari ini pun, ada yang masih datang tak renti-renti.
> > >Kacau pula saya jadinya. Kerana saya terpaksa meluangkan masa yang agak
> > >lama berbincang dengan mereka.
> > >
> > >Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah barangkali ibnu Muhajir belum
> > >bertemu dengan orang yang dapat memberikan kepuasan hatinya menerangkan
> > >berkenaan dengan tarekat-sufi. Oleh itu berlakulah seperti yang sudah
> > >berlaku sekarang.
> > >
> > >Walau bagaimanapun, pada hakikatnya ,"Yang memberikan petunjuk kepada
> > >manusia itu ialah Allah dan yang menyesatkan manusia itu pun Allah".
> > >
> > >Dan saya telah pun lali dengan tuduhan sesat dan sebagainya itu. Bagi saya
> > >setakat manusia yang mengatakan sesat, saya tidak rugi apa-apa. Sehelai
> > >bulu roma pun tidak gugur. Setitik peluh pun tidak menitis. Saya tidak rugi
> > >apa-apa. Yang rugi itu ialah :
> > >
> > >1. Orang yang lalai daripada mengingati Tuhannya
> > >- Wahai orang berIman, janganlah harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu
> > >daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian nescaya
> > >termasuklah kamu ke dalam golongan yang amat RUGI. (al Munafikun : 9).
> > >
> > >- Syaitan telah menguasai orang-orang munafik itu lalu menjadikan mereka
> > >lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa
> > >sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang amat RUGI. (al Mujadilah
> > >: 19)
> > >
> > >2. Masuk neraka Wel
> > >
> > >- Neraka Wellah bagi mereka yang keras hatinya tidak dapat mengingati
> > >Allah. Mereka itulah golongan yang SESATnya amat TERANG. (Azzummr : 22)
> > >
> > >- Neraka Wellah bagi mereka yang solat, sedangkan mereka lalai dalam
> > >solatnya. (al Maun : 4 & 5).
> > >
> > >Yang lebih utama dan penting ialah muhasabah diri sendiri dan menuding diri
> > >sendiri sebelum memperkatakan diri orang lain .."Wahai orang berIman
> > >peliharalah diri kamu (dahulu) dan (selepas itu) peliharalah orang-orang di
> > >bawah tanggungan kamu..."
> > >
> > >Wassalamualaikum wbt.
> > >
> > >ibn muhajir wrote:
> > >
> > > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > > salam~
> > > >
> > > > ambo lihat kebanyakan pengikut2 sufi ni gelojoh, tak teliti, emosional
> > >spt kena histeria atau dirasuk syaitan.
> > > >
> > > > Para ulama mengatakan sekuler itu KUFUR, dan tareqat sufi itu SESAT.
> > >mengapa begitu? Kerana sememangnya fahaman sekuler itu benar2 kufur dan
> > >tareqat-sufi itu sememangnya SESAT. ada perbezaan antara SESAT dan KUFUR.
> > >Kengkadan' sesat boleh membawa kekufuran, tetapi KUFUR itu sememangnya
> > >SESAT. eg. zalim itu tidak semestinya KAFIR tetapi KAFIR itu mengandungi
> > >ZALIM dan FASIQ.
> > > >
> > > > kita dituntut menyesatkan yg sesat dan mengkufurkan yg kufur. Kerana
> > >tuntutan kalimah syahadah itu sendiri menuntut agar menafikan segala ilah
> > >dan mengingkari segala toghut. Jika tidak, maka sesialah syahadahnya. Sebab
> > >itulah sunnah membaca surah al-KAFIRUN dlm sunat subuh dan witir, agar kita
> > >senantiasa memperbaharui bara' atau permusuhan kita terhadap KUFFAr dan
> > >golongan SESAT.
> > > >
> > > > muzakarah? tak payah la..sebab..siang2 lagi & senang2 saja puak2 sufi ni
> > >di-ter-lanjang-bogelkan oleh budak2 pusat Islam.
> > > >
> > > > Wslm
> > > >
> > >______________________________________________
> > >FREE Personalized Email at Mail.com
> > >Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup
> > >
> > >
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > >Pengirim: ibn muhajir <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> > ______________________________________________________
> > Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "roslan nordin" <[EMAIL PROTECTED]>
> ______________________________________________
> FREE Personalized Email at Mail.com
> Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "$Haji" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke