> ILMU ZAHIR DAN ILMU BATIN - 2
>
 
Saya pelik, macamana boleh ada ilmu ZAHIR DAN BATIN.  Sedangkan ILMU Zahir adalah ilmu yang datang dengan jalan RIWAYAT, dari mana pula datangnya ILMU BATEEN.

Penerangan tentang ILMU ZAHIR dan BATIN yang diberikan oleh sdr. ini adalah berlawanan dengan AL HADEETH Nabi SAW:

    " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat, yakni ALKitab dan Sunnah ku"

Apakah sumber IMU BATEEN bila ILMU ZAHIR itu ASASNYA adalah AL QURAN DAN SUNNAH.

Nabi SAW bersabda:

    " Sesiapa yang beramal dengan apa yang bukan dari amalan kami, maka ianya adalah tertolak"     (Al BUKHARI).

Ertinya ILMU BATEEN yang cuba diberikan oleh penulis, walaupun BELIAU BELAJAR AZHAR 5-6 tahun ini jelas MENAMPAKAN PENENTANGAN dengan AL QURAN DAN SUNNAH kerana TIADA ILMU LAIN selain AL QURAN DAN SUNNAH yang boleh dianggap sebagai sebahagian dari ISLAM.

p.s. takda pun PARA SAHABAT, TABIIN dan TABIT TABIIN yang mempercayai kewujudan ILMU BATEEN ini.  Ianya adalah tidak lain dan tidak bukan satu BIDAAH YANG AMAT NYATA.
 

> · Asas ilmu agama : Dari penjelasan di atasnyatalah
> bahawa ilmu Islam atau
> ilmu agama (Ilmu al-Din) berpunca dari syariat atau
> syara' yang dikembalikan
> kepada Kitab dan Sunnah atau Al-Qur'an dan Al-Hadis.
> Inilah ilmu asas dalam
> agama (Islam). Ilmu ini perlukan pengkhususan yang
> tersendiri. Sarjana Islam
> telah mengistilahkan pengkhususan dalam bidang ini
> dengan ilmu al-Riwayat
> yang merangkumi segala yang berhubung dengan Hadis.
> Pengkhususan ilmu ini
> adalah dikehendaki dan dituntut oleh Al-Qur'an dan
> Sunnah sendiri.
> Pengkhususan ilmu ini melahirkan ahli yang pakar dan
> ber-authority yang
> berkaitan dengannya; iaitu golongan yang
> diistilahkan oleh sarjana Islam
> dengan Ahli Hadis. Mereka adalah
>
> menjadi saksi kebenaran Rasulullah SAW, para sahabat
> dan Tabi'in kepada umat
> Islam dalam setiap peringkat zaman dan generasinya.
>
> Oleh kerana hidup kita di dunia, seperti yang
> digambarkan atau ditegaskan
> oleh Al-Qur'an, adalah pengembaraan dan perjalanan
> untuk kembali kepada
> Allah, maka pastilah perjalanan dan pengembaraan
> hidup kita ini melalui
> jalan yang ditentukan oleh Allah, mengikut jalan
> yang diredhai dan
> dikehendaki oleh Allah. Itulah syara' atau syariat
> sebagai menifestasi dari
> Iradatullah, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan
> dijelaskan dan
> dipertunjukkan sebagai contoh yang benar dan tepat
> oleh Rasulullah SAW
> dituntut oleh agama ialah keselarasan kedua-dua amal
> dan perbuatan itu zahir
> dan batinnya Qalban wa Qalaban dengan jalan atau
> syariat Allah.
>
> Kedua-dua ilmu, zahir dan batin dalam syariat
> tentang kedua-dua gerak amal
> dan perbuatan zahir dan batin dalam perjalanan dan
> pengembaraan hidup insan
> itu perlukan kepada bidang pengkhususan atau
> pemahaman yang mendalam
> (al-Tafaqquh) oleh ahli-ahli yang terkhusus, dan
> professional yang punya
> authority dalam bidang-bidang tersebut. Pengkhususan
> dalam kedua-dua bidang
> tersebut adalah dituntut agama. Pengkhususan dalam
> bidang ilmu zahir tentang
> amal dan perbuatan zahir diistilahkan dengan ilmu
> al-Dirasah yang diasaskan
> pada al-Naql dan al-'Aql. Bidang ini juga terkenal
> dengan ilmu feqhi zahir
> al-Feqh al-Zahir, iaitu ilmu yang meliputi bidang
> ibadat, muamalat,
> munakahat, jinayat, faraid dan jihad.
>
> Golongan yang terkhusus dalam bidang ini diberikan
> gelaran Ulama' Feqhi atau
> Fatwa. Merekalah golongan yang professional dalam
> perundangan Islam dan
> hukaum-hukumnya, yang mengetahui segala
> selok-beloknya, asal-usul dan
> asas-asasnya, syariat dan rukunnya. Merekalah yang
> berkemampuan untuk
> menentukan hukum dalam urusan dan peristiwa semasa
> berdasarkan kepada Nas
> al-Kitab dan Sunnah, Qias dan Ijma' umat,
> berkemampuan untuk mempertahankan
> kebenaran hukum Allah, menolak segala kritik yang
> cuba menyekat dan
> mengelirukan, yang mempermainkan dan memperkecilkan;
> yang mempunyai
> keupayaan untuk menjelaskan kemusykilan. Merekalah
> golongan teristimewa
> dalam usaha menjaga dan memelihara, menyeru dan
> melaksanakan syiar Islam,
> sebagai hujatullah kepada makhluknya. Ulama' feqhi
> ini adalah juga antara
> golongan warisan Nabi-nabi dari sudut
> ketakhasusannya.
>
> Golongan Ulama' feqhi yang ahli atau takhassus dalam
> bidang ilmunya tetapi
> hanya membataskan amalan dan perbuatannya melalui
> Hadis-hadisnya, supaya
> perjalanan dan pengembaraan hidup kita yang kita
> terjemahkan melalui gerak
> amalan dan perbuatan itu menepati dengan jalan
> Allah, syariat Allah, acuan
> Allah, Iradah Allah, kita perlulah mengetahui dan
> mempunyai ilmu tentang
> batas-batas hukum yang boleh dijadikan panduan dan
> ukuran dalam usaha kita
> mengarahkan perjalanan dan pengembaraan hidup kita
> itu dan gerak amal serta
> perbuatan dalam hidup kita itu menepati dengan
> syariat Allah tadi.
>
> Oleh kerana gerak amal dan perbuatan dalam hidup
> kita itu mempunyai dua
> jenis dan dua sudut; iaitu zahir dan batin, maka
> kita perlulah  mengetahui
> dan mempunyai ilmu tentang batas hukumannya dalam
> kedua-dua jenis dan
> sudutnya; iaitu ilmu tentang amal dan perbuatan dan
> perbuatan zahir dan ilmu
> tentang amal dan perbuatan batin. Apabila kita
> mengatakan zahir dan batin
> bukanlah bermakna kita mengakui dualisme dalam erti
> pemisahan antara
> kedua-duanya, sebaliknya mengakui kesatuan
> seterusnya kestabilan antara
> kedua-duanya. Dalam usaha amalan dan perbuatan kita,
> dalam perjalanan dan
> pengembaraan hidup kita di dunia ini kedua-dua ilmu
> ini amatlah penting,
> kerana gerak amal dan perbuatan zahir yang telah
> menepati dengan hukum zahir
> seperti yang dikehendaki oleh syariat Allah (yang
> zahir sahaja) belum dapat
> diterima oleh agama sebab belum menepati dengan
> jalan dan syariat Allah,
> yang sebenar, yang layak dan menerima nilai balasan
> dan kurniaan Allah. Oleh
> sebab itu gerak amal dan perbuatan zahir yang telah
> menepati hukum zahir,
> tegasnya menepati dengan jalan atau syariat Allah
> yang zahir pastilah
> disertai dengan gerak amal dan perbuatan batinnya
> yang juga menepati dengan
> hukum batin, tegasnya menepati dengan jalan dan
> syariat Allah dari sudut
> batin. Mungkin orang yang telah dapat menjauhkan
> gerak amal dan perbuatan
> zahirnya dari dosa dan maksiat yang zahir tetapi
> tidak semestinya ia telah
> menjauhkan gerak amal dan perbuatan batinnya dari
> dosa dan maksiat batin;
> ataupun mungkin orang itu telah dapat melakukan amal
> dan perbuatan zahirnya
> yang salih tetapi tidak semestinya ia telah berbuat
> demikian pada amal dan
> perbuatan batinnya. Jelasnya antara amal dan
> perbuatan zahirnya dengan amal
> dan perbuatan batinnya masih tidak selaras dan
> menepati dengan jalan Allah
> dan syariatnya. Sedangkan takat batasan yang sesuai
> dengan ilmunya telah
> diberikan gelaran Ulama' Rusum. Adapun yang hanya
> ahli dan takhassus dengan
> ilmunya tetapi menyalahi amalannya maka gelaran yang
> diberikan kepada mereka
> ialah "Ulama' dunia" atau "Ulama' al-Su'".
>
> Sebagaimana pengkhususan dalam ilmu zahir begitulah
> juga pengkhususan dalam
> bidang ilmu batin yang membicarakan tentang gerak
> amal dan perbuatan batin
> telah diistilahkan sebagai ilmu al-Wirathah ataupun
> ilmu feqhi al-Batin yang
> lebih terkenal dengan panggilan ilmu Tasauf. Oleh
> kerana ilmu ini terlalu
> luas daerahnya maka ia diberikan berbagai gelaran
> Ilmu al-Qulub, Ilmu
> Khawatir, Ilmu Isyarat, Ilmu al-Asrar, Ilmu
> al-Maqamat, Ilmu al-Suluk, dan
> Ilmu al-Tariqat. Dari sudut lain ilmu ini juga
> diberikan nama Ilmu
> al-Ma'arif, Ilmu al-Mukasyafah dan Ilmu al-Haqaiq.
> Golongan yang ahli dalam
> bidang ini digelar ahli Sufi.
>
> Golongan ahli Sufi tidak bertentangan atau
> bercanggahan dengan golongan ahli
> ilmu al-Riwayah dan ahli ilmu al-dirasah, dari
> Ulama'

Kirim email ke