*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
Assalamualaikum,
Kepada pembaca sekelian, perlulah kita ingat bahawa SEGALA YANG DITULIS oleh
Sdr. Jamil LAm seperti di bawah ini adalah TEORI BELAKA dan TIDAK ADA ASAS dari
Al Quran mahupun As Sunnah. Ini berlaku sekalipun sdr. Jamil Lam mendapat
IJAZAH dari Mesir.
JAdi tulisan di bahwah ini kita boleh terima dan kita boleh tolak. Tapi lebih
selamat untuk ditolak demi untuk mengelakkan bahaya BIDAAH.
> Tuhan Yang Tercipta Dalam I'tiqad
> (Al-Haqq Al-Makhluq Fil I'tiqad)
>
> Ini adalah Tuhan dalam pengertian kepercayaan. Tuhan seperti ini bersifat
> subjektif iaitu menurut pandangan dan konsep kita sendiri. Allah sebagai
> Tuhan dalam I'tiqad, adalah hanya konsep yang kita perolehi dari ilmu
> pengetahuan kita tentang diri kita. Sifat-sifat yang positif yang kita
> perihalkan kepada-Nya itu adalah berdasarkan sifat positif yang kita
> perihalkan kepada-Nya itu adalah berdasarkan sifat positif kita dan yang
> negetif itu dari sifat kita, maka dengan itu kita ciptakan Dia (ciptakan
> konsep Tuhan) itu. Dia memperihalkan diri-Nya kepada kita melalui kita.
> I'tiqad atau keyakinan kita itu sebenarnya adalah dari diri kita juga. Kalau
> konsep kita tentang Allah itu sempurna, maka sempurnalah Tuhan (Allah) dalam
> pengenalan (ma'rifat) kita itu. Fahamkanlah!
>
> Al A'yan Al-Thabita
>
> Sebelum makhluk atau kejadian wujud dalam alam nyata ini, makhluk atau
> kejadian itu berada dalam keadaan terpendam dalam Zat Ketuhanan dan berupa
> idea-idea yang akan terjadi di masa hadapan dan ini adalah isi ILMU ALLAH
> dan ini juga disamakan dengan ilmu-Nya tentang diri-Nya. Pendeknya al a'yan
> al-thabita ini adalah model-model perkara yang akan dizahirkan yang berada
> dalam ilmu-Nya ataupun hakikat-hakikat sesuatu perkara yang terpendam dalam
> pengetahuan-Nya.
>
> Allah menzahirkan diri-Nya kepada diri-Nya dalam keadaan kesedaran diri
> (self-consciousness). Ini digelar sebagai perbatasan atau pengkhususan
> pertama Wujud Mutlak itu (al-ta'yyun al-awwal). Dalam keadaan itu, Dia
> melihat dalam dalam diri-Nya dan untuk diri-Nya, a'yan yang tidak terbatas
> itu dibataskan sebagai "bentuk-bentuk" Zat-Nya sendiri, bentuk-bentuk yang
> membayangkan dalam setiap perincian bersamaan dengan idea-idea qadim Tuhan
> itu sendiri berkenaan a'yan itu. Bentuk-bentuk ini digelar a'yan al-thabita.
> Boleh kita katakan a'yan al-thabita itu sebagai keadaan-keadaan terpendam
> dalam Ilmu dan dalam Zat Allah itu tentang kejadian-Nya di masa hadapan,
> yang mana hanya boleh dinyatakan menurut Nama-nama Allah dan semua nisbah
> yang mengikat antara nama-nama itu.
>
> A'yan ini ada dua aspek. Aspek pertama ialah sebagai idea-idea atau konsep
> dalam ilmu Allah. Aspek yang kedua sebagai ragam (mode) tertentu bagi
> Zat-Nya. Kadang-kadang istilah mahiyyah dan huwiyyah digunakan untuk a'yan
> al-thabita itu. Mahiyyah adalah aspek pertama iaitu sebagai idea atau
> konsep. Huwiyyah adalah aspek kedua iaitu sebagai ragam (mode) Zat itu.
>
> Dari segi mental, kita boleh bezakan antara Zat dengan a'yan (seperti
> membezakan fikiran dengan keadaan-keadaan fikiran itu, dan menganggapnya
> sebagai berpisah). Tetapi pada segi hakikatnya a'yan al-thabita itu bersatu
> dengan Zat dan juga kesedaran (ilmu) Allah, sepertimana bersatunya
> keadaan-keadaan mental dengan mental itu sendiri.
>
> Setiap ragam (mode) mestilah satu keadaan dalam zat dan keadaan dalam ilmu
> Allah. Kedua-dua itu bersatu dan berpadu dalam a'yan al-thabita.
>
> A'yan al-thabita itu terletak antara Yang Satu (Wujud Mutlak) dengan Alam
> Maya ini. Digelar juga mafatih al-ghayb (Kunci Yang Ghaib) atau mafatih
> al-awal (Kunci Pertama) kerana, a'yan al-thabita itulah bab pembukaan kepada
> buku sejarah makhluk sekalian semesta raya ini.
>
> Wallahu ta'ala a'lam.......
>
> Wassalamu.......
>
> Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
>
> 30 Mei, 2000 / 26 Safar 1421
>
> ________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>