*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesungguhnya apa (kenyataan / tulisan) yang di hantar oleh Saudara Abdul Jamil Lam itu 
adalah BETUL DAN BENAR.

-----Original Message-----
From:   Prof. Nurani [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent:   Monday, June 05, 2000 3:34 AM
To:     [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc:     [EMAIL PROTECTED]
Subject:        Re: H-Net* Tanzih Dan Tasybih Bahg.3 FINAL!


 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam...

Nak mencelah sikit...

>From: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Abdul Jamil Lam <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Tanzih Dan Tasybih Bahg.3 FINAL!
>Date: Mon, 05 Jun 2000 22:31:30 +0800

>Assalamualaikum,
>
>     Kepada pembaca sekelian, perlulah kita ingat bahawa SEGALA YANG 
>DITULIS oleh
>Sdr. Jamil LAm seperti di bawah ini adalah TEORI BELAKA dan TIDAK ADA ASAS 
>dari
>Al Quran mahupun As Sunnah.  Ini berlaku sekalipun sdr. Jamil Lam mendapat
>IJAZAH dari Mesir.

Hello encik... you ni masih tak berubah-berubah. Sekarang ini dah tahun 2000 
tapi fikiran anda masih JUMUD lagi! Siapa yang memberi WATIKAH kepada 
saudara mengatakan tulisan tersebut TEORI dan TIDAK ADA ASAS dari Al-Quran 
mahupun As Sunnah??? Nampak gaya... saudara masih lagi tidak berpuas hati 
dengan LEDAKAN-LEDAKAN saudara Jamil Lam!

Jangan ikut sedap mulut awak saja nak menafikan kebenaran yang dibawa oleh 
orang lain, sedangkan awak tidak ada apa-apa sumbangan pun di dalam 
memartabatkan ilmu Allah!


>JAdi tulisan di bahwah ini kita boleh terima dan kita boleh tolak.  Tapi 
>lebih
>selamat untuk ditolak demi untuk mengelakkan bahaya BIDAAH.

Ini satu lagi jahilnya si Rahman ni! Dalam pada hendak membid'ahkan orang, 
sempat juga dia kata tulisan saudara Jamil Lam kita ini boleh diterima dan 
boleh kita tolak.

Nampak sangat confuse akal si Rahman ni! Nak ditolaknya..takut tergelincir 
pula. Nak diterima tulisan tersebut rasa BESAR KEMALUAN pula.... maklumlah 
kerja si Rahman selama ini membid'ahkan orang saja.

Kononnya dia saja yang betul...kononnnn!

Best regards - Nurani



>
>
> >                  Tuhan Yang Tercipta Dalam I'tiqad
> >                  (Al-Haqq Al-Makhluq Fil I'tiqad)
> >
> > Ini adalah Tuhan dalam pengertian kepercayaan. Tuhan seperti ini 
>bersifat
> > subjektif iaitu menurut pandangan dan konsep kita sendiri. Allah sebagai
> > Tuhan dalam I'tiqad, adalah hanya konsep yang kita perolehi dari ilmu
> > pengetahuan kita tentang diri kita. Sifat-sifat yang positif yang kita
> > perihalkan kepada-Nya itu adalah berdasarkan sifat positif yang kita
> > perihalkan kepada-Nya itu adalah berdasarkan sifat positif kita dan yang
> > negetif itu dari sifat kita, maka dengan itu kita ciptakan Dia (ciptakan
> > konsep Tuhan) itu. Dia memperihalkan diri-Nya kepada kita melalui kita.
> > I'tiqad atau keyakinan kita itu sebenarnya adalah dari diri kita juga. 
>Kalau
> > konsep kita tentang Allah itu sempurna, maka sempurnalah Tuhan (Allah) 
>dalam
> > pengenalan (ma'rifat) kita itu. Fahamkanlah!
> >
> >                      Al A'yan Al-Thabita
> >
> > Sebelum makhluk atau kejadian wujud dalam alam nyata ini, makhluk atau
> > kejadian itu berada dalam keadaan terpendam dalam Zat Ketuhanan dan 
>berupa
> > idea-idea yang akan terjadi di masa hadapan dan ini adalah isi ILMU 
>ALLAH
> > dan ini juga disamakan dengan ilmu-Nya tentang diri-Nya. Pendeknya al 
>a'yan
> > al-thabita ini adalah model-model perkara yang akan dizahirkan yang 
>berada
> > dalam ilmu-Nya ataupun hakikat-hakikat sesuatu perkara yang terpendam 
>dalam
> > pengetahuan-Nya.
> >
> > Allah menzahirkan diri-Nya kepada diri-Nya dalam keadaan kesedaran diri
> > (self-consciousness). Ini digelar sebagai perbatasan atau pengkhususan
> > pertama Wujud Mutlak itu (al-ta'yyun al-awwal). Dalam keadaan itu, Dia
> > melihat dalam dalam diri-Nya dan untuk diri-Nya, a'yan yang tidak 
>terbatas
> > itu dibataskan sebagai "bentuk-bentuk" Zat-Nya sendiri, bentuk-bentuk 
>yang
> > membayangkan dalam setiap perincian bersamaan dengan idea-idea qadim 
>Tuhan
> > itu sendiri berkenaan a'yan itu. Bentuk-bentuk ini digelar a'yan 
>al-thabita.
> > Boleh kita katakan a'yan al-thabita itu sebagai keadaan-keadaan 
>terpendam
> > dalam Ilmu dan dalam Zat Allah itu tentang kejadian-Nya di masa hadapan,
> > yang mana hanya boleh dinyatakan menurut Nama-nama Allah dan semua 
>nisbah
> > yang mengikat antara nama-nama itu.
> >
> > A'yan ini ada dua aspek. Aspek pertama ialah sebagai idea-idea atau 
>konsep
> > dalam ilmu Allah. Aspek yang kedua sebagai ragam (mode) tertentu bagi
> > Zat-Nya. Kadang-kadang istilah mahiyyah dan huwiyyah digunakan untuk 
>a'yan
> > al-thabita itu. Mahiyyah adalah aspek pertama iaitu sebagai idea atau
> > konsep. Huwiyyah adalah aspek kedua iaitu sebagai ragam (mode) Zat itu.
> >
> > Dari segi mental, kita boleh bezakan antara Zat dengan a'yan (seperti
> > membezakan fikiran dengan keadaan-keadaan fikiran itu, dan menganggapnya
> > sebagai berpisah). Tetapi pada segi hakikatnya a'yan al-thabita itu 
>bersatu
> > dengan Zat dan juga kesedaran (ilmu) Allah, sepertimana bersatunya
> > keadaan-keadaan mental dengan mental itu sendiri.
> >
> > Setiap ragam (mode) mestilah satu keadaan dalam zat dan keadaan dalam 
>ilmu
> > Allah. Kedua-dua itu bersatu dan berpadu dalam a'yan al-thabita.
> >
> > A'yan al-thabita itu terletak antara Yang Satu (Wujud Mutlak) dengan 
>Alam
> > Maya ini. Digelar juga mafatih al-ghayb (Kunci Yang Ghaib) atau mafatih
> > al-awal (Kunci Pertama) kerana, a'yan al-thabita itulah bab pembukaan 
>kepada
> > buku sejarah makhluk sekalian semesta raya ini.
> >
> > Wallahu ta'ala a'lam.......
> >
> > Wassalamu.......
> >
> > Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
> >
> > 30 Mei, 2000 / 26 Safar 1421

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: zakki <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to