*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BAGAIMANA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Ada orang bertanya, mengapa hati kita susah untuk khusyuk dl dalam
sembahyang Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di
luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak  khusyuk dengan ALLAH,
memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.

Ibarat kita hendak membuat suatu pekerjaan yang berat seperti menanam atau
mencangkul, kalau kita tidak biasa melakukannya atau dua, tiga bulan sekali
baru hendak buat, memang terasa berat. Tetapi bagi orang yang setiap hari
buat kerja-kerja seperti itu, kemudian dia menyambung bekerja, tentulah
tidak terasa berat.

Jadi, tidak khusyuknya kita di dalam sembahyang adalah disebabkan hati
tidak khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang tidak khusyuk,
bukan mudah untuk memaksa-maksa hati untuk khusyuk di dalam sembahyang.
Biarlah hati kita sentiasa dengan ALLAH di mana saja kita berada.

Firman ALLAH: Mereka yang sentiasa mengingati ALLAH semasa berdiri, duduk
dan baring. (Ali Imran: 191)

Kalau kita dapat rasakan kewujudan ALLAH walau di mana saja kita berada,
maka di waktu sembahyang kita hanya menyambung atau mempertajamkan rasa
itu. Ertinya, benihnya sudah ada, tinggal hendak disuburkan. Tapi kalau di
luar sembahyang tidak terasa adanya ALLAH, waktu sembahyang tentu datang
jemu, letih dan sebagainya. Itulah rahsianya. Hati tak berhubung dengan
Tuhan, tiba-tiba dalam sembahyang baru hendak berhubung, tentulah payah.
Jadi, khusyuk dalam sembahyang itu bermula dari luar sembahyang.

Seperti kita sebut tadi, kalau kita seorang yang kaki bekerja, kita tidak
akan rasa letih dan payah walaupun tidak henti-henti buat kerja. Mungkin
lepas menyapu, kita menyangkul. Lepas menyangkul, kita tengok kambing atau
ayam itik. Lepas itu sapu rumah, kemudian menyambung kerja menebang kayu di
hutan. Walaupun semuanya kerja yang memerlukan tenaga empat kerat, tapi
kita tidak terasa payah sangat sebab sudah dilatih bekerja setiap hari.
Tapi kalau tidak pernah buat kerja-kerja yang perlukan tenaga; menyapu tak
pernah, menyangkul tak pernah, bercucuk tanam pun tidak, kemudian tiba-tiba
orang ajak ke hutan tebang kayu, tentu kita rasa seksa. Mahu mati rasanya.

Demikianlah kiasan yang mudah untuk kita faham. Ini kerja-kerja lahir, kita
boleh kiaskan dengan kerja-kerja batin. Kerana khusyuk itu adalah kerja
batin atau kerja hati. Kalau hati kita tidak pernah hidup, tidak ada
konteks dengan ALLAH di luar sembahyang, kemudian baru hendak konteks waktu
sembahyang, tentulah payah. Bagaimana hendak rasa lazat menebang kayu di
hutan kalau sebelumnya kita tak pernah buat kerja-kerja ringan? Tentulah
seksa. Inilah rahsianya mengapa kita susah untuk khusyuk dalam sembahyang.
Kenapa tunggu dalam sembahyang baru hendak khusyuk? Patut sebelumnya lagi
hati sudah khyusuk.

Di dalam sembahyang itu kesannya cuma terikat dengan disiplin disebabkan
sembahyang itu ada disiplin. Khusyuk hati itu sepatutnya di luar sembahyang
sudah ada, cuma ia tidak terikat dengan satu sistem, yakni ada kebebasan.
Tapi hati kita dengan ALLAH sepatutnya tidak ada beza di antara di luar
sembahyang dengan di dalam sembahyang. Sebab itu dalam ajaran Islam, walau
dalam tandas sekalipun, kita tidak boleh Iupa ALLAH. Cuma baca Al Quran
saja yang tidak dibenarkan di dalam tandas. Tapi hati mesti sentiasa ada
konteks dengan ALLAH. Ertinya, mengingati ALLAH itu bukan mesti menyebut
Subhanallah, Alhamdulillah atau Allahu Akbar. Tapi ingat ALLAH itu ialah
dengan hati sentiasa berhubung dengan ALLAH, walaupun lidah tidak menyebut
nama ALLAH. Melihat kejadian ciptaan ALLAH, hati terasa kebesaran ALLAH.
Bahkan kalau banyak lagi kejadian yang berlaku di depan mata kita, ia kian
menyuburkan lagi ingatan kepada ALLAH. Misalnya bila dapat nikmat, hati
akan tersentuh dan rasa malu dengan Tuhan. Bila ditimpakan ujian, hati
terasa berdosa. "Berdosa aku ni rupanya". la menambahkan tebal lagi hati
dengan ALLAH SWT. Itulah maksudnya.

Tetapi bagi ahli sufi yang jahil, dia hanya asyik berwirid zikir dan
melakukan ibadah sembahyang. Kerja-kerja lain tidak dibuat kerana dianggap
tidak membawa ingatan kepada ALLAH. Dia dan muridnya asyik dengan tasbih
saja, Pandang orang pun tidak, angguk-angguk saja, bercakap pun tidak.
Sebenarnya bukan begitu yang dimaksudkan hati khusyuk. Yang dikatakan
khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup. Bila tengok orang susah terasa
insaf, terasa syukur kepada ALLAH SWT. Syukur, ALLAH tak jadikan aku
begini. Apa hikmahnya aku jadi begini? Lihatlah betapa ia menghidupkan
jiwa. Menyuburkan jiwa lagi tapi benih sudah ada. Itulah yang dimaksudkan
oleh firman-Nya: Mereka yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk dan
baring.

Tapi sesetengah orang yang tidak faham, dia asyik bertasbih 24 jam. Dengan
emak pun tak bercakap. ltulah jahil. Sepatutnya bila tengok pemandangan
ciptaan ALLAH, terasa di hati, kalaulah ciptaan Tuhan sudah begini hebat,
Tuhan betapalah lagi. Dengan itu jiwa terbangun. Itulah zikir namanya.
Zikir sambil berdiri, kerana melihat pokok-pokok selalunya di waktu
berdiri. Setiap kejadian boleh menusuk hati hingga terasa konteks dengan
ALLAH SWT.

Sebab itu ahli-ahli sufi itu berkata, "Aku terasa ramai di waktu
keseorangan." Kenapa? Kerana dia terasa berzikir dengan melihat pokok,
melihat binatang, melihat air dan sebagainya. Dengan melihat benda-benda
itu, hatinya lantas mengingati ALLAH, Tuhan yang mencipta semua itu.
Seolah-seolah dia sedang berzikir. Ibarat kita sayang kepada ayah yang
berada di tempat yang jauh, Setiap barang kepunyaan ayah yang dilihat di
depan mata akan membuatkan hati terus ada konteks dengan ayah. Misalnya,
bila terlihat jam kepunyaan ayah, lantas teringat ayah. "Ini jam ayah!"

Bila tengok kereta ayah di garaj, teringat ayah. Tengok pula pakaiannya,
"Ini pakaian ayah ni". Emak pun sebut pula, "Ini pakaian ayah engkau, ni!"
Tapi kenapa hati kita tidak boleh konteks dengan ALLAH bila melihat
kejadian ciptaan ALLAH? Kenapa? Bila hati tidak boleh rasa dekat dengan
ALLAH ketika melihat kejadian ciptaan ALLAH, bagai- mana hendak rasa
khusyuk dalam sembahyang? Tentu tak boleh. Benih pokok tidak ada, bagaimana
hendak diberi baja? Tentu tidak boleh. Inilah ajaran tasawuf. Kalau sudah
ada benih khusyuk di Iuar sembahyang, waktu ambil air sembahyang pun sudah
khusyuk, gambarkan betapa kalau di dalam sembahyang. Tentu lebih khusyuk
lagi.

Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang
cabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Ini menunjukkan benih
khusyuk sudah ada di Iuar sembahyang. Bila waktu ambil air sembahyang, dia
membaja lagi benih yang sedia ada itu. Khusyuk bukan boleh dilakon-
lakonkan. la sudah sedia ada di hati. Sebab itu pernah orang berwirid
berzikir sambil tunduk, lalu datang Sayidina Umar Al Khattab menegur,
"Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati." Ada
setengah orang bila berzikir masuk dalam kelambu, padam lampu. Taklah
salah, tapi kalaulah itu dianggap cara untuk dapat khusyuk, sudah ghurur
(tertipu).

Erti khusyuk itu ialah hati terasa kewujudan ALLAH setiap masa dan walau di
mana saja  ketika berjuang, berjihad, ketika tebang kayu, ketika bekerja
dan sebagainya. Mesti khusyuk dalam semua keadaan. Khusyuk di hati itu
benda maknawiyah, bukan berlafaz lagi. Ada orang yang tak tahan dengan
cinta ALLAH SWT hingga jadi mabuk. Bila melihat apa saja, dia ingat ALLAH
SWT. Ingatan itu selalu memukul hatinya hingga dia jadi seakan-akan gila.
Apa tidaknya, setiap apa yang dilihatnya, membuatkan dia dipanah cinta.
Lihat batu, kayu, pokok, binatang, lihat air dan lain-lain tanpa rehat maka
dia dipanah cinta. Bila tak tahan, dia akan jadi sakar (mabuk). Tapi bagi
seseorang yang ALLAH mahu dia jadi hak ramai atau jadi pemimpin, ALLAH SWT
tak jadikan dia begitu. ALIAH SWT akan beri kekuatan akal untuk dia
mengimbanginya. Dia dapat kawal mabuk cintanya dengan ALLAH SWT.




------------------------------------------------------------------------
Missing old school friends?  Find them here:
http://click.egroups.com/1/4055/7/_/496684/_/959328323/


Send FREE Greetings for Father's Day--or any day!
Click here: http://www.whowhere.lycos.com/redirects/fathers_day.rdct

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Red Arowana" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to