*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syabas kepada Red Arowana. Tulisan sdra sangat menarik dan mustajab untuk 
membantu kita memahami khusuk secara mudah. Aku bukan nak mengata orang 
lain, tapi diri sendiri ni susah benar nak khusuk (concentrate??) dalam 
sembahyang. Yang herannya tu, dalam masa sembahyang tu lah benda2 yang 
tadinya terlupa dok datang balik. Semua benda yang tak bersangkutan dengan 
sembahyang akan menjelma masa kita nak cuba concentrate kepada bacaan dalam 
sembahyan. Nak kata dapat ilham masa sembahyang pun....mungkin jugak.

Selain dari konsep khusuk seperti sdra. sebutkan itu, boleh tak berikan tips 
macamana nak dapatkan khusuk tu. Ye lah, walaupun ianya bermula dari luar 
sembahyang, tapi mungkin ada cara yang boleh diamalkan @ dilatih secara 
amali untuk mendapatkan khusuk itu.


>From: "Red Arowana" <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* BAGAIMANA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
>Date: Tue, 06 Jun 2000 12:37:39 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>BAGAIMANA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
>
>Ada orang bertanya, mengapa hati kita susah untuk khusyuk dl dalam
>sembahyang Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di
>luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak  khusyuk dengan ALLAH,
>memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.
>
>Ibarat kita hendak membuat suatu pekerjaan yang berat seperti menanam atau
>mencangkul, kalau kita tidak biasa melakukannya atau dua, tiga bulan sekali
>baru hendak buat, memang terasa berat. Tetapi bagi orang yang setiap hari
>buat kerja-kerja seperti itu, kemudian dia menyambung bekerja, tentulah
>tidak terasa berat.
>
>Jadi, tidak khusyuknya kita di dalam sembahyang adalah disebabkan hati
>tidak khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang tidak khusyuk,
>bukan mudah untuk memaksa-maksa hati untuk khusyuk di dalam sembahyang.
>Biarlah hati kita sentiasa dengan ALLAH di mana saja kita berada.
>
>Firman ALLAH: Mereka yang sentiasa mengingati ALLAH semasa berdiri, duduk
>dan baring. (Ali Imran: 191)
>
>Kalau kita dapat rasakan kewujudan ALLAH walau di mana saja kita berada,
>maka di waktu sembahyang kita hanya menyambung atau mempertajamkan rasa
>itu. Ertinya, benihnya sudah ada, tinggal hendak disuburkan. Tapi kalau di
>luar sembahyang tidak terasa adanya ALLAH, waktu sembahyang tentu datang
>jemu, letih dan sebagainya. Itulah rahsianya. Hati tak berhubung dengan
>Tuhan, tiba-tiba dalam sembahyang baru hendak berhubung, tentulah payah.
>Jadi, khusyuk dalam sembahyang itu bermula dari luar sembahyang.
>
>Seperti kita sebut tadi, kalau kita seorang yang kaki bekerja, kita tidak
>akan rasa letih dan payah walaupun tidak henti-henti buat kerja. Mungkin
>lepas menyapu, kita menyangkul. Lepas menyangkul, kita tengok kambing atau
>ayam itik. Lepas itu sapu rumah, kemudian menyambung kerja menebang kayu di
>hutan. Walaupun semuanya kerja yang memerlukan tenaga empat kerat, tapi
>kita tidak terasa payah sangat sebab sudah dilatih bekerja setiap hari.
>Tapi kalau tidak pernah buat kerja-kerja yang perlukan tenaga; menyapu tak
>pernah, menyangkul tak pernah, bercucuk tanam pun tidak, kemudian tiba-tiba
>orang ajak ke hutan tebang kayu, tentu kita rasa seksa. Mahu mati rasanya.
>
>Demikianlah kiasan yang mudah untuk kita faham. Ini kerja-kerja lahir, kita
>boleh kiaskan dengan kerja-kerja batin. Kerana khusyuk itu adalah kerja
>batin atau kerja hati. Kalau hati kita tidak pernah hidup, tidak ada
>konteks dengan ALLAH di luar sembahyang, kemudian baru hendak konteks waktu
>sembahyang, tentulah payah. Bagaimana hendak rasa lazat menebang kayu di
>hutan kalau sebelumnya kita tak pernah buat kerja-kerja ringan? Tentulah
>seksa. Inilah rahsianya mengapa kita susah untuk khusyuk dalam sembahyang.
>Kenapa tunggu dalam sembahyang baru hendak khusyuk? Patut sebelumnya lagi
>hati sudah khyusuk.
>
>Di dalam sembahyang itu kesannya cuma terikat dengan disiplin disebabkan
>sembahyang itu ada disiplin. Khusyuk hati itu sepatutnya di luar sembahyang
>sudah ada, cuma ia tidak terikat dengan satu sistem, yakni ada kebebasan.
>Tapi hati kita dengan ALLAH sepatutnya tidak ada beza di antara di luar
>sembahyang dengan di dalam sembahyang. Sebab itu dalam ajaran Islam, walau
>dalam tandas sekalipun, kita tidak boleh Iupa ALLAH. Cuma baca Al Quran
>saja yang tidak dibenarkan di dalam tandas. Tapi hati mesti sentiasa ada
>konteks dengan ALLAH. Ertinya, mengingati ALLAH itu bukan mesti menyebut
>Subhanallah, Alhamdulillah atau Allahu Akbar. Tapi ingat ALLAH itu ialah
>dengan hati sentiasa berhubung dengan ALLAH, walaupun lidah tidak menyebut
>nama ALLAH. Melihat kejadian ciptaan ALLAH, hati terasa kebesaran ALLAH.
>Bahkan kalau banyak lagi kejadian yang berlaku di depan mata kita, ia kian
>menyuburkan lagi ingatan kepada ALLAH. Misalnya bila dapat nikmat, hati
>akan tersentuh dan rasa malu dengan Tuhan. Bila ditimpakan ujian, hati
>terasa berdosa. "Berdosa aku ni rupanya". la menambahkan tebal lagi hati
>dengan ALLAH SWT. Itulah maksudnya.
>
>Tetapi bagi ahli sufi yang jahil, dia hanya asyik berwirid zikir dan
>melakukan ibadah sembahyang. Kerja-kerja lain tidak dibuat kerana dianggap
>tidak membawa ingatan kepada ALLAH. Dia dan muridnya asyik dengan tasbih
>saja, Pandang orang pun tidak, angguk-angguk saja, bercakap pun tidak.
>Sebenarnya bukan begitu yang dimaksudkan hati khusyuk. Yang dikatakan
>khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup. Bila tengok orang susah terasa
>insaf, terasa syukur kepada ALLAH SWT. Syukur, ALLAH tak jadikan aku
>begini. Apa hikmahnya aku jadi begini? Lihatlah betapa ia menghidupkan
>jiwa. Menyuburkan jiwa lagi tapi benih sudah ada. Itulah yang dimaksudkan
>oleh firman-Nya: Mereka yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk dan
>baring.
>
>Tapi sesetengah orang yang tidak faham, dia asyik bertasbih 24 jam. Dengan
>emak pun tak bercakap. ltulah jahil. Sepatutnya bila tengok pemandangan
>ciptaan ALLAH, terasa di hati, kalaulah ciptaan Tuhan sudah begini hebat,
>Tuhan betapalah lagi. Dengan itu jiwa terbangun. Itulah zikir namanya.
>Zikir sambil berdiri, kerana melihat pokok-pokok selalunya di waktu
>berdiri. Setiap kejadian boleh menusuk hati hingga terasa konteks dengan
>ALLAH SWT.
>
>Sebab itu ahli-ahli sufi itu berkata, "Aku terasa ramai di waktu
>keseorangan." Kenapa? Kerana dia terasa berzikir dengan melihat pokok,
>melihat binatang, melihat air dan sebagainya. Dengan melihat benda-benda
>itu, hatinya lantas mengingati ALLAH, Tuhan yang mencipta semua itu.
>Seolah-seolah dia sedang berzikir. Ibarat kita sayang kepada ayah yang
>berada di tempat yang jauh, Setiap barang kepunyaan ayah yang dilihat di
>depan mata akan membuatkan hati terus ada konteks dengan ayah. Misalnya,
>bila terlihat jam kepunyaan ayah, lantas teringat ayah. "Ini jam ayah!"
>
>Bila tengok kereta ayah di garaj, teringat ayah. Tengok pula pakaiannya,
>"Ini pakaian ayah ni". Emak pun sebut pula, "Ini pakaian ayah engkau, ni!"
>Tapi kenapa hati kita tidak boleh konteks dengan ALLAH bila melihat
>kejadian ciptaan ALLAH? Kenapa? Bila hati tidak boleh rasa dekat dengan
>ALLAH ketika melihat kejadian ciptaan ALLAH, bagai- mana hendak rasa
>khusyuk dalam sembahyang? Tentu tak boleh. Benih pokok tidak ada, bagaimana
>hendak diberi baja? Tentu tidak boleh. Inilah ajaran tasawuf. Kalau sudah
>ada benih khusyuk di Iuar sembahyang, waktu ambil air sembahyang pun sudah
>khusyuk, gambarkan betapa kalau di dalam sembahyang. Tentu lebih khusyuk
>lagi.
>
>Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang
>cabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Ini menunjukkan benih
>khusyuk sudah ada di Iuar sembahyang. Bila waktu ambil air sembahyang, dia
>membaja lagi benih yang sedia ada itu. Khusyuk bukan boleh dilakon-
>lakonkan. la sudah sedia ada di hati. Sebab itu pernah orang berwirid
>berzikir sambil tunduk, lalu datang Sayidina Umar Al Khattab menegur,
>"Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati." Ada
>setengah orang bila berzikir masuk dalam kelambu, padam lampu. Taklah
>salah, tapi kalaulah itu dianggap cara untuk dapat khusyuk, sudah ghurur
>(tertipu).
>
>Erti khusyuk itu ialah hati terasa kewujudan ALLAH setiap masa dan walau di
>mana saja  ketika berjuang, berjihad, ketika tebang kayu, ketika bekerja
>dan sebagainya. Mesti khusyuk dalam semua keadaan. Khusyuk di hati itu
>benda maknawiyah, bukan berlafaz lagi. Ada orang yang tak tahan dengan
>cinta ALLAH SWT hingga jadi mabuk. Bila melihat apa saja, dia ingat ALLAH
>SWT. Ingatan itu selalu memukul hatinya hingga dia jadi seakan-akan gila.
>Apa tidaknya, setiap apa yang dilihatnya, membuatkan dia dipanah cinta.
>Lihat batu, kayu, pokok, binatang, lihat air dan lain-lain tanpa rehat maka
>dia dipanah cinta. Bila tak tahan, dia akan jadi sakar (mabuk). Tapi bagi
>seseorang yang ALLAH mahu dia jadi hak ramai atau jadi pemimpin, ALLAH SWT
>tak jadikan dia begitu. ALIAH SWT akan beri kekuatan akal untuk dia
>mengimbanginya. Dia dapat kawal mabuk cintanya dengan ALLAH SWT.
>
>
>
>
>------------------------------------------------------------------------
>Missing old school friends?  Find them here:
>http://click.egroups.com/1/4055/7/_/496684/_/959328323/
>
>
>Send FREE Greetings for Father's Day--or any day!
>Click here: http://www.whowhere.lycos.com/redirects/fathers_day.rdct
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Red Arowana" <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "badar istaq" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke